You are on page 1of 34

<SMART COIN READER>

MUHD HAFIZUL ARIF B ZALIHIN 13DTK15F1027


MUHD SYAKIRIN B MAT BAKRI 13DTK15F1105
MUHD FAWAZ B wggg 13DTK15F1

Dikemukakan untuk

<Diploma Kejuruteraan Elektronik>

daripada

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

KM 8, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu

Mac 2017

Penyelia:

<PN SALEHAN BT NIK MOHAMED>

PSMZA 2017

1
PENGISYTIHARAN KEASLIAN

Saya mengesahkan bahawa laporan projek kami menyerahkan sepenuhnya kerja kita sendiri
dan apa-apa bahan yang digunakan dari sumber-sumber lain yang telah dikenal pasti dengan
jelas dan betul diakui dan dirujuk.

Tajuk Projek : ‘Smart Coin Reader’

Tandatangan Pengarang :

Nama Pengarang : Muhammad Hafizul Arif bin Zalihin

No. Pendaftaran : 13DTK15F1027

Tarikh :

Tandatangan Pengarang :

Nama Pengarang : Muhammad Syakirin bin Mat Bakri

No. Pendaftaran : 13DTK15F1105

Tarikh :

Tandatangan Pengarang :

Nama Pengarang :

No Pendaftaran :

Tarikh :

2
KELULUSAN
Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat Diploma Kejuruteraan Elektrik. Ahli-ahli jawatankuasa
penyeliaan adalah seperti berikut:

Tandatangan Penyelia :

Nama Penyelia : Puan Salehan binti Nik Mohamed

Tarikh :

Tandatangan Penyelaras :

Nama Penyelaras :

Tarikh :

3
ABSTRAK

Summary of the abstract in 100-200words. Times 12.

It is suggested that the abstract be structured as follows:

Problem: What you tackled, and why this needed a solution

Objectives: What you set out to achieve, and how this addressed the problem

Methodology: How you went about solving the problem

Achievements: What you managed to achieve, and how far it meets your objectives.

4
ISI KANDUNGAN

Pengisytiharan Keaslian…………………………………………………………..2

Kelulusan ………………………………………………………………………………….3

Abstrak …………………………………………………………………………............4

Isi Kandungan …………………………………………………………….…….5

1 Pengenalan

1.1 Pendahuluan ……………………………………………………………….7

1.2 Kajian Lepas ………………………………………………………………..8 - 9

1.3 Latar Belakang Masalah..……………………………………………….10

1.4 Penyataan Masalah ……………………………………………….…………11

1.5 Objektif ……………………………………………………………………………12

1.6 Skop Kajian ………………………………………………………………………12

2 Kajian Literatur

2.1 Pengenalan ………………………………………………….……………….13

2.2 Jenis Tabung Simpanan……………………………………………………13-15

2.3 Cara Mengira Duit Syiling Dengan Menggunakan Cara Manual ...........16

3 Metodologi

3.1 Pengenalan………………………………………………………….…….17

3.2 Carta Alir ……………………………………………………………………18

3.2.1 Taklimat Projek……………………………………………….…………..19

3.2.2 Pembentukan Kumpulan Projek …………………………………19

3.2.3 Pemilihan Tajuk Projek Dan Penyelia Projek ………………20

5
3.2.4 Penyediaan Kertas Cadangan Projek……………………………20

3.2.5 Semakan Kertas Cadangan ………………………………………….20

3.2.6 Pembentangan Penilaian Kertas Cadangan Projek ………20

3.2.7 Pelaksanaan Aktiviti Projek Dan Penghasilan Laporan ….21

3.2.8 Semakan Hasil Projek Dan Laporan Akhir ……………………..21

3.2.9 Pembentangan Penilaian Projek Dan Laporan Akhir …….21

3.2.10 Carta Alir Litar Arduino …………………………………………………22

3.3 Litar Projek ……………………………………………………………………23

3.3.1 Litar Arduino …………………………………………………………………23

6
BAB 1
BAB 1 : PENGENALAN
1.1. PENDAHULUAN

Sejak kecil kita sudah diajar utnuk menyimpan duit ataupun dipanggil sebagai
menabung.Menabung adalah satu perbuatan dimana kita menyimpan duit secara sedikit-
sedikit untuk kegunaan kita di masa hadapan ketika masa kecemasan seperti kehabisan duit
simpanan . Menabung juga sesuai untuk semua peringkat umur tetapi bagi umur bawah 9
tahun mestilah dipantau oleh ibu bapa.Tabung merupakan satu tempat yang digunakan untuk
menabung . Banyak jenis tabung yang boleh digunakan seperti tabung plastik yang dijual di
kedai-kedai. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan kos, membuat tabung sendiri dengan
menggunakan balang jar plastik . Kemudian kita membuat satu lubang panjang di atas
penutup balang jar itu.

Projek ini merupakan penciptaan satu tabung yang mampu mengira secara automatik
jumlah setiap duit syiling yang kita masukkan dalam tabung itu. Tabung ini dilengkapi
dengan sensor infrared dan LCD untuk memudahkan tabung mengesan kemasukan duit
syiling dan memaparkan terus jumlah duit syiling yang dimasukkan. Tabung ini menyerupai
mesin penapis air yang menggunakan duit syiling untuk mengeluarkan air tapis itu. Tabung
ini menggunakan litar Arduino . Litar ini dimasukkan coding bagi membolehkan tabung ini
boleh memaparkan jumlah duit syiling yang dimasukkan. Projek ini tertumpu pada menabung
duit syiling.

7
1.2. KAJIAN LEPAS
1.2.1. Mesin Penapis Air Duit Syiling

Rajah 1.1: Mesin Penapis Air Duit Syiling (sumber: http://waterich-


m6nanohydrogen.blogspot.my/p/pelaburan.html).

Hasil daripada kajian awal dengan menemubual penduduk-penduduk di satu taman,


mereka amat memerlukan mesin penapis air ini untuk sumber air mineral yang dipercayai
tanpa boleh mendatangkan sebarang penyakit berjangkit. Hasil maklumat juga mendapati
penduduk ini juga mempunyai masalah untuk menggunakan mesin penapis air kerana
disebabkan ianya hanya boleh dikeluarkan oleh sesuatu syarikat atau organisasi dan
memerlukan kos yang amat tinggi untuk membeli mesin tersebut.

Oleh kerana itu, sudah sampai masanya rakyat Malaysia yang mempunyai ilmu
kepakaran dalam bidang teknologi perlu membuka minda dengan menyumbangkan idea yang
bernas bagi merancang strategi untuk menghasilkan alat atau mesin penapis air yang mampu
menandingi produk daripada negara luar. Seterusnya dapat membantu penduduk sekeliling
yang memerlukan sumber air mineral yang bersih dan memudahkan mereka untuk mencari
sumber air mineral itu tanpa memeningkan kepala mereka.

Kaitan dengan projek…. Contohnya: mesin ini menggunakan konsep yang sama dengan
projek

8
1.2.2. Mesin Pengira Duit Syiling

Hasil daripada kajian ini , mesin ini dilengkapi dengan pengesan sensor dan coding apabila
duit syiling dimasukkan serta dikira jumlahnya mengikut coding yang telah dimasukkan .
Kekuatan mesin ini boleh mngira jumlah duit syiling dengan banyak dan teliti tanpa
kesilapan .
Daripada kajian dan pemerhatian, kami dapati mesin ini dapat mengira duit syiling
hanya didapati di bank untuk mengelakkan kesalahan dalam pengiraan . Oleh itu, semua duit
syiling akan bercampur dan ini menyukarkan lagi untuk mengasing kan duit syiling yang
dikehendaki oleh penggun .
Oleh sebab itu, kami menghasilkan tabung ini bagi projek kami yang hanya akan
mengesan dan mengira jumlah duit syiling sahaja. Bagi projek tabung ini, kami telah serta
kan satu coding yang mampu mengesan dan mengira jumlah duit syiling .

9
1.3.LATAR BELAKANG MASALAH

Tabung merupakan satu alat yang digunakan untuk menabung duit . Tanpa tabung,
amalan menabung tidak akan dapat dilakukan . Hal ini kerana,menabung memerlukan tempat
untuk menyimpan duit itu seperti tabung supaya duit dapat dikumpul dalam satu tempat.
Terdapat banyak jenis tabung yang boleh digunakan pada zaman sekarang malahan terdapat
juga tabung yang boleh dibuat sendiri.

Dalam amalan menabung sudah pastinya akan terkumpulnya banyak duit syiling.
Terdapat juga pelbagai nilai duit syiling seperti syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Oleh itu,
jika syiling sudah memnuhi tabung itu, kita mesti mahu mengira duit syiling yang banyak itu
untuk mengetahui jumlah kesemua duit syiling yang telah dikumpul selama ini. Dalam
mengira jumlah duit syiling ini, kita mesti mengasingkan nilai-nilai duit syiling bagi
memudahkan proses mengira duit syiling.Bayangkan jika kita mempunyai 100 duit syiling 10
sen, 50 duit syiling 20 sen dan 150 duit syiling 50 sen. Sudah semestinya akan mengambil
masa yang sangat lama untuk mengira jumlah duit syiling tersebut.

Oleh itu, kami ingin mencipta satu mesin yang mampu mengira jumlah duit syiling
dengan serta merta dan meringankan beban si penabung. Dengan terciptanya mesin ini,
penabung tidak perlu mengeluarkan kesemua duit syiling untuk mengira duit syiling tersebut
kerana LCD itu akan terus memaparkan jumlah duit syiling yang ada dalam tabung itu.
Tabung ini juga akan terus mengasingkan duit syiling mengikut nilainya sendiri. Jadi
penabung tidak perlu menyepahkan sesuatu tempat dalam mengasingkan semua duit syiling
itu.

Menabung ini memerlukan tempat yang sesuai untuk digunakan menyimpan duit
syiling tersebut .Hal ini kerana sudah semestinya penabung akan menyimpan duit syiling
yang amat banyak . Mengasingkan duit syiling ini pastinya memrlukan ruang yang banyak
untuk meletakkan semua duit syiling itu . Pengasingan duit syiling ini akan memerlukan masa
yang agak lama dan ruang yang agak besar untuk digunakan dalam proses pengasingan duit
syiling itu. Tambahan pula pelbagai nilai duit syiling itu akan menyukarkan penabung untuk
mengasingkan duit syiling tersebut. Oleh sebab itu, keadaan yang bersepah dengan duit
syiling akan menyebabkan fikiran penabung itu kusut melihat duit syiling bertaburan dengan
amat banyak.

10
1.4.PENYATAAN MASALAH

Amalan menabung ini sudah menjadi ikutan dan contoh kepada semua orang tidak kira
tua atau muda. Amalan ini telah memberikan kesan yang positif kepada masyarakat samaada
dari segi kewangan mahupun emosi. Walaupun amalan menabung ini telah lama diamalkan
di Malaysia, tetapi masalah untuk mengira duit syiling akan menyebabkan pembaziran masa
dan ruang kerana tidak ada mesin pengira duit syiling automatik. Untuk mencipta alat ini, ia
perlu dikaji dan untuk menciptanya memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
elektronik. Namun begitu, tabung mengira syiling automatik ini belum terdapat di kedai-
kedai elektronik. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan satu tabung
automatik untuk membantu penabung dalam mengasingkan nilai-nilai duit syiling itu serta
mengira jumlah kesemua syiling yang telah dikumpul selama ini. Tabung yang dihasilkan ini
dapat berfungsi menyimpan, mengira dan mengasingkan duit syiling tersebut serta memenuhi
ciri-ciri yang dikehendaki oleh penabung. Selain daripada itu terciptanya tabung ini dapat
meringankan beban dan menjimatkan masa para penabung.

1. Mengambil masa yang lama untuk mengira jumlah kesemua duit syiling yang telah
dikumpul kerana syiling itu harus dikeluarkan dari tabung terlebih dahulu untuk
mengiranya.
2. Memerlukan ingatan yang kuat untuk mengingat jumlah yang telah dikira dan ini
memberi masalah kepada orang yang sudah berumur.
3. Sesuatu ruang itu akan bersepah dan dipenuhi dengan longgokan duit syiling dalam
proses mengira jumlah duit syiling itu.
4. Menabung ini juga sudah semestinya memerlukan tabung ataupun satu bekas yang
selamat untuk disimpan tanpa adanya kehilangan duit syiling tersebut.

11
1.5 OBJEKTIF

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Tabung ini mampu menjimatkan masa bagi penabung untuk mengira jumlah
duit syiling yang telah dikumpul selama ini.
ii. Tabung ini akan memberikan pengiraan yang amat tepat tanpa kesalahan
kerana tabung ini deilengkapi dengan sistem ‘sensor scan’.
iii. Tabung ini juga dapat memudahkan penabung dalam proses pengiraan duit
syiling dengan tidak mengira secara manual (menulis dikertas) malahan terus
memaparkan jumlah duit syiling yang terdapat dalam tabung .

1.6.SKOP KAJIAN
Kami telah memilih skop sebuah keluarga sebagai kajian untuk melaksanakan tugasan ini.
Skop kajian menjerumus kepada keluarga di taman itu yang sudah mengamalkan tabung
menabung ini sejak sekian lama. Faktor – faktor dan juga kesan yang menyebabkan
berlakunya pembaziran masa dalam pengiraan duit syiling serta menggunakan sesuatu ruang
untuk mengeluarkan semua duit syiling. Selain itu, faktor kebatasan pemikiran manusia dan
ingatan juga menyebabkan kesalahan ketika mengira jumlah kesemua duit syiling yang telah
dikumpul.
Skop kajian yang lebih tertumpu kepada penduduk di taman ini kerana kebanyakan
mereka sudah mengamalkan amalan menabung ini sejak dari dulu lagi untuk kegunaan masa
hadapan mereka .Penduduk taman ini juga perlu pergi ke bank yang berdekatan untuk
mengetahui jumlah duit syiling simpanan mereka. Mereka tidak tahu samaada pihak bank
menjalankan kerja dengan amanah ataupun tidak. Terdapat juga golongan warga emas yang
masih mengamalkan amalan menabung ini, ingatan mereka sudah pastinya sudah terbatas dan
tidak sama seperti masa mereka muda dahulu.

12
BAB 2
BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

2.1. PENGENALAN

Tabung digunakan untuk menyimpan wang simpanan hasil daripada


10%,20% atau 30% daripada wang pendapatan kita . Pada zaman ini , pengeluaran
kepelbagaian tabung dari segi warna , rekabentuk dan konsep oleh syarikat bank bagi
memupuk sifat menabung pada anak-anak muda untuk masa hadapan mereka .Tidak
kira bangsa , menabung merupakan amalan yang mulia dan boleh diamalkan oleh
setiap masyarakat . Selain itu , perubahan rekabentuk tabung dari zaman dahulu sering
berubah bagi menarik minat anak-anak muda untuk menabung.

Tabung boleh dihasilkan menggunakan pelbagai bahan mentah mengikut


citarasa dan kreativiti si pembuat tabung. Antaranya :

- Plastik
- Pokok Buluh
- Besi
- Bahan yang boleh dikitar semula.

13
2.2. JENIS TABUNG SIMPANAN
Tabung simpanan juga mempunyai pelbagai jenis tabung iaitu:

 Tabung yang diperbuat daripada buluh.


 Tabung yang diperbuat dari besi (selalu digunakan oleh pihak bank).
 Tabung yang diperbuat daripada plastik (selalu dijual dikedai-kedai).
 Tabung yang diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula seperti
bekas makanan ringan plastik berbentuk silinder.

2.2.1. TABUNG BULUH


Tabung buluh adalah tabung yang diperbuat dari pokok buluh. Pokok buluh ini
memanjang dan kecil .Orang zaman dahulu tidak mempunyai modal untuk membeli
tabung yang dijual dipasaran.Oleh sebab itu mereke mengambil inisiatif mereka
sendiri dengan menggunakan buluh untuk membuat tabung mereka sendiri.Apabila
tabung itu sudah penuh, maka tabung itu harus dipecahkan untuk mengambil duit
syiling tersebut.Cara untuk membuat tabung buluh :

 Batang Buluh yang tebal dan ruas yang panjang diperlukan untuk dijadikan
tabung. Batang buluh dipotong mengikut ukuran yang diingini dan ditebuk
secara melintang menyerupai bentuk lubang secara melintang. Ukuran lubang
tu kira2 boleh muat duit syiling 50 sen.
 Kemudian, buluh ini digosok dengan daun palas untuk melicinkannya.
kebiasaannya tabung ni akan dipaku ke tiang dinding.

14
2.2.2. TABUNG BESI
Kebiasaannya, tabung besi ini terdapat dijual di kedai-kedai dan pasaraya. Tetapi
terdapat juga tabung besi jenis yang dilengkapi dengan sistem keselamatan yang
memerlukan penabung meletakkan kata laluan jika mahu membuka tabung tersebut.
Selain itu, tabung besi ini juga lebih sukar untuk dipecahkan jika pencuri mahu
mengambil duit didalam tabung tersebut . Tabung besi ini memerlukan kos yang agak
tinggi jika ingin membelinya .

2.2.3. TABUNG PLASTIK


Tabung plastik ini lebih mudah didapati di mana-mana. Malahan di kedai-kedai runcit
juga terdapat tabung plastic ini. Ini kerana tabung plastik paling mudah untuk
dikeluarkan oleh pembekal. Tabung ini juga hanya memerlukan kos yang sangat
sedikit untuk mendapatkannya . Dengan ini tabung ini agak sesuai jika ibubapa ingin
anak mereka menggunakan tabung plastik ini sebagai tempat mereka menyimpan
duit. Mudah untuk kanak-kanak membawanya kerana ianya sangat ringan.

14
2.2.4. TABUNG YANG MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA
SEPERTI BEKAS MAKANAN RINGAN BERBENTUK
SILINDER.

Untuk membuat tabung ini juga memerlukan kos yang sangat sedikit juga dan ia
bergantung kepada kreativiti si pembuat. Sama seperti tabung buluh, jika tiada modal
untuk membeli tabung dipasaran, boleh mengambil inisiatif dengan membuat tabung
sendiri.Buluh mungkin banyak digunakan pada zaman dahulu, tetapi tidak pada
zaman sekarang. Oleh sebab itu, buluh sukar untuk didapati pada zaman sekarang.
Dengan adanya bekas makanan ringan berbentuk silinder itu , kita boleh membuat
tabung sendiri dengan kreativiti tersendiri seperti membalut bekas makanan ringan itu
dengan pembalut hadiah. Kemudian membuat lubang kecil memanjang diatas penutup
bekas makanan ringan itu.

15
2.2.5. CARA MENGIRA DUIT SYILING DENGAN MENGGUNAKAN
CARA MANUAL.

 Pertama sekali mengira duit syiling menggunakan cara manual adalah sangat
menyukarkan penabung serta membazir masa . Ini kerana jika penabung ingin
mengira jumlah kesemua duit syiling di dalam tabung itu, penabung haruslah
membuka tabung itu terlebih dahulu untuk mengeluarkan duit syiling itu .
Selepas itu, duit syiling itu akan menjadi longgokan yang sangat banyak. Ini
akan mengusutkan pemandangan penabung dan menganggu sesuatu ruang itu .
 Kedua, penabung perlu menyediakan kertas dan pen untuk proses mengira dan
mengasingkan duit syiling mengikut nilai-nilainya tersendiri.Bagi yang
berpengetahuan dalam Matematik memang tiada masalah bagi mereka.
Bagaimana pula dengan mereka yang tiada pengetahuan dalam Matematik.
Sudah tentu akan menyusahkan mereka kerana mereka perlu mengira setiap
nilai duit syiling itu dan menambah semua. Lain pula dengan warga emas .
Pastinya ingatan mereka amat lemah. Ini akan menyukarkan mereka untuk
mengira duit syiling tersebut.
 Dalam proses mengira juga, penabung perlu mengasingkan duit syiling
mengikut nilainya supaya memudahkan penabung untuk mengira . Duit syiling
tersebut akan diasingkan mengikut nilai 10sen, 20sen dan 50sen. Kemudian
kira berapa banyak kuantiti bagi setiap jenis nilai duit syiling tersebut.
Seterusnya jika penabung ingin memudahkan cara mengiranya, penabung
tidak perlu menambah nilai-nilai duit syiling tersebut, malah penabung perlu
mendarabkan kuantiti setiap kategori nilai dan darabkan dengan nilai duit
syiling itu.

16
BAB 3
BAB 3 : METODOLOGI

3.1. PENGENALAN

Projek ‘Smart Coin Reader’ ini adalah projek yang berbentuk satu produk sebenar
yang boleh terus digunakan oleh semua golongan masyarakat.

Tabung ini mampu menangani masalah yang dihadapi oleh warga penduduk taman
dalam pengiraan duit syiling simpanan. Selain itu, terciptanya tabung ini akan lebih
menjimatkan masa dan tenaga penabung.

Di samping itu, tabung ini juga mempunyai pelbagai fungsi yang mampu menolong
menyelesaikan masalah penabung. Antaranya :

 Mampu mengira syiling simpanan.


 Menyimpan syiling dengan baik kerana dilengkapi system keselamatan.
 Tabung ini juga mesra alam.
 Mampu mengasingkan duit syiling mengikut nilai syiling itu sendiri.

17
3.2. CARTA ALIR
 Perancangan projek

Mula

Penyelaras projek
Taklimat Projek

Pembentukan kumpulan Pelajar

Pemilihan penyelia Pelajar / penyelia

Pemilihan tajuk Pelajar / penyelia

Penyediaan initial Pelajar


proposal

Semakan initial proposal Penyelia

Tidak
Pembentangan/ penilaian Pelajar / penel

Diterima?

Ya
Pelaksanaan aktiviti projek Pelajar

Penghasilan laporan Pelajar

Semakan hasil projek/


Tidak Penyelia
laporan

Diterima?

ya

Pembentangan projek 1
akhir

Pelajar / panel
Tamat
18

3.2.1. TAKLIMAT PROJEK


Penyelaras projek jabatan menyampaikan taklimat projek kepada penyelia projek dan pelajar
pada minggu pertama sesi pengajian. Penerangan ini bagi memastikan semua pihak yang
terlibat mendapat maklumat yang jelas dan selaras terhadap tugas serta tanggungjawab
masing-masing ke arah penghasilan projek pelajar yang berkualiti, berinovasi dan mempuyai
nilai komersial. Isi kandungan taklimat yang dicadangkan adalah seperti berikut:
i. Course Outline (CLO, PLO, AST) berdasarkan dokumen kurikulum yang disediakan
oleh penyelaras kursus/ ketua program.
ii. Pemilihan penyelia berdasarkan kepakaran penyelia bagi setiap program.
iii. Jenis-jenis projek berdasarkan keperluan program masing-masing.
iv. Tema, tajuk dan idea projek dalam bidang.
v. Pengagihan pelajar mengikut penyelia.
vi. Pendaftaran tajuk yang dipersetujui oleh penyelia dan pendaftarannya kepada
penyelaras projek.
vii. Penulisan kertas cadangan dan carta Gantt.
viii. Pembentangan dan penilaian kertas cadangan.
ix. Buku log pelajar.
x. Pelaksanaan projek pelajar.
xi. Pembahagian markah berdasarkan dokumen kurikulum program.
xii. Pelaporan, pembentangan dan laporan akhir projek.
xiii. Hak milik projek.

3.2.2. PEMBENTUKAN KUMPULAN PROJEK


Pelajar perlu menyenaraikan ahli kumpulan masing-masing dengan menggunakan borang
pendaftaran projek berdasarkan senarai yang disediakan oleh penyelaras projek.

19
3.2.3. PEMILIHAN TAJUK PROJEK DAN PENYELIA PROJEK
Pelajar perlu mengemukakan borang pendaftaran projek untuk memilih tajuk projek dan
penyelia projek selewat-lewatnya pada minggu ketiga sesi pengajian bergantung kepada
pindaan semasa. Tajuk projek yang dipilih perlu memenuhi skop dan selaras dengan silibus
kursus mengikut program pengajian masing-masing. Cetusan idea projek akhir pelajar adalah
daripada pelajar sendiri, penyelia, komuniti setempat atau kolaborasi industri. Penyelia projek
perlu mengesahkan tajuk projek yang telah dipilih oleh pelajar. Tajuk projek merupakan tajuk
yang telah dipersetujui oleh penyelaras, penyelia, dan pelajar bagi menepati kriteria-kriteria
seperti:
i. berpandukan kehendak industri (industry-driven) dan boleh dikomersialkan.
ii. mempunyai ruang nilai penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kualiti projek sedia ada
(future upgrade).

Pertukaran penyelia hanya dibenarkan dengan persetujuan penyelaras projek dan kelulusan
Ketua Jabatan. Penyelaras projek berhak menentukan penyelia gantian yang baharu dengan
kelulusan Ketua Jabatan. Pertukaran tajuk projek pula hanya dibenarkan dengan persetujuan
penyelia projek dan sokongan penyelaras projek. Pertukaran tajuk projek dengan kebenaran
boleh dilakukan hingga minggu keenam pembelajaran dan pengajaran (P&P).

3.2.4. PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PROJEK


Pelajar perlu menghasilkan kertas cadangan projek bergantung kepada keperluan program
dan boleh merujuk panduan kertas cadangan projek.

3.2.5. SEMAKAN KERTAS CADANGAN PROJEK


Penyelia projek harus menyemak kertas cadangan projek yang telah disediakan oleh pelajar
sebelum penghasilan projek. Maklumat yang berkaitan boleh merujuk panduan kertas
cadangan projek .

3.2.6. PEMBENTANGAN/ PENILAIAN KERTAS CADANGAN PROJEK


Pelajar perlu membentang kertas cadangan projek kepada panel penilai. Panel penilai akan
menilai kertas cadangan projek pelajar dengan merujuk cadangan rubrik yang dilampirkan.
Kertas cadangan projek yang tidak diterima, perlu dibuat pembetulan sewajarnya dengan
bimbingan penyelia.

20
3.2.7. PELAKSANAAN AKTIVITI PROJEK DAN PENGHASILAN
LAPORAN
Pelajar perlu melaksanakan aktiviti projek yang telah dirancang dan menghasilkan laporan
akhir projek. Penyelia harus membimbing pelajar dalam proses pelaksanaan aktiviti projek
dan penghasilan laporan. Segala perbelanjaan aktiviti projek adalah di bawah tanggungan
pelajar sendiri, walau bagaimanapun, pelajar boleh berbincang dengan penyelia bagi
mendapatkan peruntukan daripada politeknik sekiranya projek tersebut berkepentingan
kepada politeknik. Pelajar juga digalakkan untuk bekerjasama dengan penyelia bagi
mendapatkan geran penyelidikan daripada kementerian serta organisasi yang menawarkan
geran tersebut.
Kebenaran menggunakan fasiliti politeknik perlu mendapat sokongan penyelia projek dan
mendapat persetujuan pegawai yang bertanggungjawab. Pelajar perlu mendapatkan surat
kebenaran menjalankan aktiviti luar politeknik daripada penyelia projek yang ditandatangani
oleh Pengarah Politeknik.

3.2.8 SEMAKAN HASIL PROJEK DAN LAPORAN AKHIR


Hasil projek dan laporan akhir haruslah disemak oleh penyelia projek dengan sebelum
pembentangan dan penilaian oleh panel penilai.

3.2.9 PEMBENTANGAN / PENILAIAN PROJEK DAN LAPORAN


AKHIR
Pelajar perlu membentang dapatan projek mengikut rubrik silibus program masing-masing
untuk tujuan penilaian.

21
3.2.10 .Carta Alir Litar Arduino

Mula

Mencari litar

Lakar litar dalam proteus


Tidak Ya

Test

Mencari komponen

Memasang litar

Tidak
Atching

Ya

Test

Pembentangan projek

Tamat

22
3.3.Litar Projek

3.3.1 Litar Arduino


 Komponen
 IC ATMEGA328P
 Kapasitor 1nF = 2
 Kapasitor 22p = 2
 Resistor 10k = 1
 Resistor 220R = 1
 IC 7805 = 1
 LED biru = 1
 Connector conn-H4 = 4
 Connector conn-Sil7 = 4
 Connector conn-H6 = 1
 TBlock kaki2 = 1
 Crystal oscillator 16MHz = 1
 Bateri 9V petak = 1
 Wayar sambung bateri = 1
 Suis = 1

 Lakaran skematik

23
 Paparan PCB

24
 Paparan 3D depan

25
 Paparan 3D belakang

26
3.2.8. Litar buzzer
 Komponen

 Litar
RUJUKAN
LAMPIRAN

You might also like