You are on page 1of 5

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

+
PENGAJIAN JARAK JAUH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER OKTOBER 2017/2018
PENSYARAH: DR. MD. ZAWAWI ABU BAKAR
KURSUS : PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
KOD KURSUS : SSZK 2003
HARI/MASA : TBA

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan mengenai falsafah dan konsep asas penyelidikan dalam
bidang Sains Sosial. Tujuannya agar pelajar memahami dan boleh mengaplikasikan
prinsip-prinsip penyelidikan dalam menghasilkan penyelidikan ilmiah yang berkualiti
dan memenuhi kriteria dalam sesebuah penyelidikan. Melalui kursus ini mereka turut
didedahkan dengan kaedah penyelidikan asas yang memenuhi syarat asas sesebuah
penyelidikan sains sosial. Dalam pada itu, mereka juga dilatih dalam menulis
proposal kajian yang berkualiti yang mana boleh memudahkan mereka
mengaplikasikannya dalam sesebuah penyelidikan sebenar. Metodologi kajian,
meliputi kualitatif dan kuantitatif turut diajarkan. Selain itu, analisa kajian serta
bagaimana menulis laporan berdasarkan alat analisa ujian yang dipilih termasuk asas
SSPS.

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1.1 Mengetahui asas penyelidikan dalam bidang Sains Sosial.


1.2 Memahami kaedah menulis proposal yang berkualiti sebagai sebahagian
proses penyelidikan.
1.3 Mengetahui kaedah menjalankan sesebuah kajian termasuk analisis data.
1.4 Mengetahui kaedah menulis laporan akhir kajian serta boleh menggunakan
dalam latihan ilmiah masing-masing.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri (self-learning approach). Modul


kursus yang diberikan perlu digunakan sebagai rujukan utama. Modul yang dibekalkan
kepada pelajar lengkap dengan soalan-soalan latihan bertujuan menguji kefahaman
pelajar. Pelajar adalah dinasihatkan supaya merujuk bahan-bahan bacaan tambahan bagi
meningkatkan kefahaman kandungan pelajaran. Soalan-soalan dari buku rujukan
tambahan juga boleh dicuba bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar.

1
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

Bagi membantu pelajar memahami kandungan modul, terdapat empat (4) fasa pertemuan
bersemuka di antara pelajar dan tenaga pengajar telah ditetapkan. Pertemuan kelima
adalah untuk tujuan peperiksaan akhir. Pelajar dinasihatkan supaya membaca terlebih
dahulu modul yang diberikan sebelum menghadiri kuliah atau pertemuan bersemuka.

Jadual sesi pertemuan dilampirkan dalam bahagian seterusnya. Namun begitu, jadual
tersebut adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan pelajar dinasihatkan agar sentiasa
berhubung dengan PACE dan penyelia pusat pembelajaran untuk mendapatkan maklumat
terkini.

PENILAIAN KURSUS

Penilaian akan diadakan berdasarkan tugasan individu, tugasan berkumpulan, kuiz dan
peperiksaan akhir semester. Ketiga-tiga komponen penilaian ini akan dijelaskan dengan
lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. Agihan markah adala seperti berikut:

Tugasan Individu 30 %
Tugasan berkumpulan 20 %
Kuiz 10 %
Peperiksaan akhir 40 %

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima yang mana tarikh, masa dan
tempat sebenar akan diberitahu kelak. Peperiksaan ini adalah komprehensif, yakni
merangkumi keseluruhan modul kursus. Masa yang diperuntukan adalah 2 jam 30
minit. .

RUJUKAN

Mohd Najib Marzuki. Modul SSZK 2003 Penyelidikan Sains Sosial , Universiti Utara
Malaysia: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan.

Newman, W.L. (1997). Social Research Methods : Qualitative and Quantitative


Approaches. Boston: Allyn & Bacon.

Rohana Yusoff. (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur. PTS Publication and
Distributors Sdn. Bhd.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya : Prentice Hall.

2
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

Sekaran, U. (2000). Research Methods for Business : A Skill Building. New York : John
Wiley.

TENAGA PENGAJAR

Nama Pensyarah No. Telefon E-mel


DR. MD. ZAWAWI ABU BAKAR 049285732 zawawi@uum.edu.my

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER,


DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Pertemuan Modul Tempoh

Pertemuan  Penerangan kursus


1  Perbincangan Bab 1 dan 2.  2 jam
 Perbincangan group dan  2 jam
pembentangan

Pertemuan  Perbincangan Bab 3, 4 ,5  2 jam


2  Perbincangan group dan  2 jam
pembentangan

Pertemuan  Perbincangan Bab 6 dan 7 4 jam


3  Kuiz

Pertemuan  Perbincangan Bab 8, 9 dan 10 4 jam


4  Serahan tugasan.

PEPERIKSAAN AKHIR 2 jam 30 minit


(meliputi keseluruhan modul)

3
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

SOALAN TUGASAN INDIVIDU (30 MARKAH)

1. Sebagai seorang yang terlatih dengan kursus Penyelidikan Sains Sosial di universiti.
Anda telah diminta oleh majikan untuk melakukan sebuah penyelidikan. Anda diberi
kebebasan untuk membuat kajian samada kajian berkaitan organisasi atau apa jua isu
sosial. Justeru itu, sediakan satu proposal kajian yang memenuhi kriteria penyelidikan
sebagaimana yang telah anda pelajari di universiti. Antara kriteria yang perlu ada ialah:

- Tajuk kajian
- Pernyataan masalah
- Persoalan kajian
- Objektif kajian
- Hipotesis
- Sorotan literature
- Kerangka kajian
- Metodologi kajian
o Rekabentuk kajian
o Kaedah Persampelan
o Kaedah Pengumpulan data
o Kaedah Analisis data
- Perancangan kajian (flow chart/gant chart untuk kajian enam bulan)

Format:
- Panjang tugasan 25 halaman ke atas.
- Tulisan Times New Roman, font 12, double spacing
- Sorotan literatur 10 artikel jurnal ke atas.
- Hantar pada pertemuan keempat kepada pensyarah

TUGASAN BERKUMPULAN (20 MARKAH)


Pensyarah bentukkan kumpulan 5-6 orang setiap kumpulan yang akan kekal dalam
kumpulan ini sehingga akhir semester untuk tujuan perbincangan dan pembentangan.

1. Perbincangan dan Pembentangan 1 (10 markah) Pertemuan Pertama


Kumpulan pelajar akan membincangkan bagaimana memilih, membuat, mencari
isu-isu penyeledikan untuk dijadikan tajuk kajian berserta justifikasi kenapa isu
tersebut perlu dikaji (permasalahan kajian). Disamping itu, objektif, persoalan dan
hipotesis kajian juga dikenalpasti dengan bantuan pensyarah dan rakan kuliah.

2. Perbincangan dan Pembentangan 2 (10 markah) Pertemuan Kedua


Kumpulan pelajar akan dipandu oleh pensyarah samada membincangkan tajuk
beikut dan seterusnya membentangkan dalam kelas bagi tujuan perkongsian.
Aktiviti ini mengajar pelajar secara hand on dalam membuat penyelidikan sains
sosial. Topik yang boleh dipilih ialah:

4
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL PJJUUM

- Sorotan kajian
- Kaedah Persampelan
- Kaedah analisis data
- Kaedah Pengumpulan data

KUIZ (10 MARKAH)

Pensyarah akan membuat soalan kuiz (10 markah) berdasarkan bab 1 hingga 5. Adalah
dicadangkan pada pertemuan ketiga.

You might also like