You are on page 1of 2

Pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak berlangsung selama 105 tahun, iaitu dari tahun

1841 hingga 1946. Sepanjang tempoh itu, pemerintahan Sarawak dilakukan mengikut sistem
monarki dengan raja berkuasa mutlak dalam semua urusan pentadbiran negeri. Ketua pentadbiran
negeri menggunakan gelaran ‘raja’ dan pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak dikenali sebagai
pemerintahan ‘Rajah Putih’. Terdapat tiga orang keluarga Brooke yang memerintah Sarawak iaitu
James Brooke(1841-1868), Charles Brooke(1868-1917), Charles Vyner Brooke(1917-1946). Di sabah
pula, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) mengambil alih pemerintah Sabah pada
tahun1881. Pada tahun 1888, Sabah dijadikan negeri di bawah naungan empayar British dan
diperintah secara langsung oleh SBBU antara tahun 1881 sehingga 1946.

Semasa pemerintah Rajah Putih yang pertama di Sarawak, James Brooke, beliau tidak
merombak sistem pemerintahan yang sedia ada namun memperkenalkan beberapa perubahan yang
dianggap sesuai untuk memastikan setiap pembesar yang berkuasa di wilayah masing-masing
memberi kesetiaan kepadanya. Dengan itu, James Brooke melantik beberapa orang pembesar
tempatan menjadi penasihat kanan dimana beberapa orang Eropah turut dilantik beliau bagi
membantunya dalam pentadbiran negeri. Antara pembesar tempatan yang dilantik ialah Datuk
Patinggi, Datuk Temenggung, Datuk Bandar, dan Datuk Imam.

Setelah mengambil alih pentadbiran negeri, Charles Brooke menubuhkan Majlis Negeri
( Council Negeri) pada tahun 1868 untuk memberi peluang kepada ketua-ketua suku kaum terlibat
dalam pentadbiran negeri. Majlis ini dianggotai oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi, pegawai kanan Eropah
dan Melayu serta ketua-ketua suku kaum Iban. Majlis Negeri ini Bersidang sekurang-kurangnya tiga
kali setahun, tetapi tidak berkuasa untuk membuat undang-undang. Charles Brooke turut menyusun
pentadbiran negeri dengan membahagikan Sarawak kepada lima bahagian dimana setiap bahagian
diketuai oleh seorang Penolong residen yang dilantik dalam kalangan orang Eropah.

Pentadbiran SBUB di Sabah diketuai oleh seorang gabenor yang bertanggungjawab kepada
lembaga pengarah syarikat di London.Majlis penasihat ditubuhkan untuk menasihati gabenor dalam
hal ehwal pentadbiran. Pada peringkat awal pentadbiran SBUB Sabah dibahagikan kepada dua buah
residensi sahaja. Iaitu Residensi Pantai Barat dan Pantai Timur. Pada tahun 1935, jumlah residensi
bertambah menjadi 4. Setiap residensi diketuai oleh seorang residen yang bertanggungjawab
terhadap semua daerah dalam residensinya. Residensi pula dibahagikan kepada 10 buah daerah
yang setiap satunya diketuai oleh pegawai daerah. Pegawai daerah bertugas sebagai majistrate,
pegawai buruh, pemungut cukai ,bendahari daerah dan ketua pentadbir semua jabatan pada
peringkat daerah.

Seterusnya, SBUB menghadapi masalah kekurangan modal semasa memerintah Sabah. Bagi
mengatasi masalah ini SBUB telah menyerapkan system pentadbiran penduduk tempatan dengan
sistem pentadbiran syarikat dengan mengekalkan jawatan Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.
Ketua Anak Negeri membantu pegawai daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah.
Mereka diberi surat kuasa oleh SBUB untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan
masyarakat tempatan .Ketua Anak Negeri juga dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri.
Ketua Kampung menjalankan pentadbiran peringkat kampung. Mereka terdiri daripada orang yang
berpengalaman dan berpengaruh dalam masyarakat.

Kesimpulannya, sepanjang pemerintahan Kedua-dua pihak mempunyai pentadbiran yang


terpisah dengan kerajaan British. Pentadbiran mereka mendapat tentangan daripada masyarakat
tempatan.

You might also like