You are on page 1of 11

1

BAB 1: BIDANG INDUSTRI BINAAN

Pengenalan

Industri binaan adalah satu bidang yang sangat penting bagi menstabilkan negara.
Ia merupakan satu bidang perniagaan yang meliputi kerja bangunan, kejuruteraan awam,
mekanik, air, elektrik, kuari, memajukan hutan dan tanah, telehubungan dan lain-lain.
Matlamat utama ialah untuk mendapatkan pulangan atau keuntungan ke atas pelaburan
yang telah dibuat sehingga ke peringkat yang paling maksimum. Bagi menjamin
melicinkan perjalanan sesuatu projek binaan ini, maka pengurusan dan aturcara yang baik
mesti dirancangkan.

Definisi Industri Binaan


Industri yang meliputi kerja-kerja bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan awam.

Jenis-jenis kerja dalam industri binaan

 Kejuruteraan Awam.

Ia melibatkan projek-projek besar serta kos yang banyak dan komplek.


Contoh-contoh kerjanya seperti :
 pembinaan jalanraya dan lebuhraya
 jambatan dan jeti
 terowong
 pembentungan najis dan lain-lain.
2

 Bangunan
Ia melibatkan kerja-kerja pembinaan :
 Rumah-rumah kediaman
 Pejabat-pejabat
 Hotel dan resort
 Hospital
 Sekolah dan institusi pendidikan
 Masjid dan lain-lain

 Kejuruteraan Awam berat


 Pelantar minyak
 Empangan sungai
 Lapangan terbang
 Rangkaian lebuhraya negara
 Landasan keretapi dan lain-lain

Aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam pembinaan.

 Kajian Kemungkinan.
Kajian ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu pembinaan
dijalankan. Di antara kajian yang perlu dibuat ialah :
1. Kajian Sosial iaitu untuk menentukan untung rugi, dapat memenuhi
permintaan pelanggan atau tidak juga tercapai atau tidak bagi
menyelesaikan masa sosial.
2. Kajian penyiasatan tanah bagi menentukan jenis-jenis tanah dan
keupayaan galasnya.
3. Laporan perlu dibuat berdasarkan laporan yang sedia ada dan kajian-
kajian baru yang telah dibuat.
3

 Rekabentuk.
Peringkat rekabentuk dibahagikan kepada subperingkat : cadangan
rangka,reka bentuk skim, rekabentuk terperinci dan maklumat pengeluaran.
Cadangan rangka dan rekabentuk skim kadang kala dikenali sebagai ‘pelan
lakar’, manakala reka bentuk terperinci dan maklumat pengeluaran sebagai
‘lukisan kerja’.Sebagai rumusannya peringkat ini merangkumi :
 Reka bentuk skim, termasuk anggaran kos
 Reka bentuk terperinci
 Lukisan kerja, spesifikasi dan jadual
 Bil kuantiti
 anggaran kos akhir

 Tender.
Tawaran dikeluarkan setelah plan selesai dibuat bagi memilih kontraktor yang
sesuai untuk membina dan menyiapkan projek pembinaan tersebut.

 Kontrak

Kontrak adalah suatu perjanjian di antara dua atau lebih pihak yang
bertanggungjawab dan perjanjian itu berkuatkuasa oleh undang-undang. Dari
segi kontrak, pihak utama dalam kontrak binaan ialah kontraktor sebagai pihak
yang membuat tawaran dan tuanpunya sebagai pihak yang menerima.
Manaakala perunding merupakan pihak lain yang biasanya dilantik oleh
tuanpunya.

Rajah 1.1 menunjukkan pertalian di antara kontrak

TUANPUNYA KONTRAKTOR

Jurukur Bahan
Arkitek pembekal

Jurutera Kontraktor
kecil
4

 Pembinaan

Kontraktor yang telah menandatangani kontrak mesti membina dan


menyiapkan pembinaan mengikut waktu yang dihadkan dan kos yang
dipersetujui dan juga mengikut kualiti yang telah ditentukan.

 Penyerahan

Projek pembinaan akan diserahkan oleh kontraktor kepada pemaju atau


tuanpunya setelah pembinaan siap sepenuhnya (termasuk setelah tamat
tempoh tanggungang kecacatan).

 Penggunaan dan penyenggaraan.

Setelah projek pembinaan itu boleh digunakan atau diduduki oleh pengguna
maka majikan atau tuanpunya akan sentiasa membuat penyenggaraan yang
mana perlu.

Tugas-tugas ahli kumpulan perekabentuk

Ahli kumpulan perekabentuk ialah :


 Pemaju projek.
i) merupakan tuanpunya yang berniat atau berkehendak untuk membina
projek.
ii) melantik perunding dan kontraktor.
 Arkitek..
i) menyempurnakan hajat tuanpunya projek serta memberi nasihat dan
cadangan.
ii) menyediakan rekabentuk awal dan terperinci berdasarkan kehendak
dan modal yang dimilik oleh tuanpunya projek itu.

 Jurutera struktur/Awam, Elektrik dan Jentera.


i) Peranannya hampir sama dengan arkitek Cuma merujuk bidang
masing-masing dan selalu berhubung dengan arkitek.
5

 Jurukur Bahan.
i) Berperanan sebagai penasihat kos pada peringkat awal walaupun lukisan
terperinci belum disediakan.
ii) Membuat Anggaran kasar untuk rujukan pihak pemaju.
iii) Sebagai perancang kos bagi menganalisa secara sistematik setiap elemen
di dalam sesebuah bangunan serta membuat perbandingan dengan kos
keseluruhan.
iv) Menyediakan Dokumen tawaran.

Tugas-tugas ahli Kumpulan Jurubina

Ahli-ahli kumpulan Jurubina ialah :-


 Kontraktor.
Ia bertanggungjawab untuk:-
i) Membina dan menyiapkan projek pembinaan berdasarkan dokumen kontrak.
ii) Menanggung segala kerja yang telah dilaksanakan dan disiapkan di tapak bina.
iii) Melaksanakan kerja dengan teratur dan cekap bagi menyiapkan kerja
mengikut tarikh yang telah ditentukan.
iv) Mematuhi segala peraturan pihak berkuasa tempatan .
v) Menyediakan perlindungan insuran ke atas kerja dan pekerjanya.

 Arkitek.
i) Mengawas dan menyelia projek semasa pembinaan.
ii) Sebagai ketua di kalangan perunding
iii) Berhubung dengan kontraktor

 Jurutera Struktur/Awam, Elektrik dan Jentera


i) Mengawas dan menyelia projek semasa pembinaan
ii) Penasihat utama di dalam bidang masing-masing di tapak bina.
6

 Jurukur Bahan.
i) Menilai kerja di tapak bina untuk bayaran kemajuan.
ii) Menilai arahan pindaan kerja
iii) Memastikan sebarang kecacatan telah diperbaiki apabila tamat tempoh
tanggungan kecacatan.
iv) Menyediakan akaun muktamad
7

ATUR CARA PENDAFTARAN KONTRAKTOR DI PUSAT KHIDMAT


KONTRAKTOR (PKK)

Tugas –tugas Pusat Khidmat Kontraktor

i. Pusat pendaftaran bagi semua kontraktor kerja di peringkat Persekutuan atau


negeri.
ii. Memberi pengiktirafan Bumiputera kepada kontraktor-kontraktor yang
berkelayakan.
iii. Pusat rujukan perihal kontraktor kerja.
iv. Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kontraktor bumiputera.

Syarat-syarat Pendaftaran Kontraktor

i. Mestilah mendaftar perniagaan di Pejabat Pendaftaran Perniagaan.


ii. Memiliki modal yang minimum.
iii. Mempunyai kelayakan Teknikal (sijil/diploma/ijazah)
iv. Mempunyai pengalaman kerja atau rekod kerja syarikat.
v. Mempunyai kemudahan kredit, bekalan bahan dan mesin.
vi. Mempunyai surat sokongan daripada penyelia projek dan kontraktor utama.
vii. Mempunyai alat kelengkapan dan jentera.
viii. Mempunyai kakitangan teknikal dan pengurusan.

Pemohon-pemohon yang memiliki syarat-syarat (berkelayakan) boleh memohon di PKK


dan akan ditemuduga.

Kelas Pendaftaran Kontraktor

 Pemohon hendaklah menyatakan Kelas pendaftaran yang hendak dipohon.


Kontraktor dibenarkan berdaftar dalam satu kelas sahaja.
 Pendaftaran Kelas F adalah dikhaskan untuk syarikat perseorangan Bumiputera
dan syarikat-syarikat yang 100% Bumiputera dari segi pegangan saham,
Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja.
 Kontraktor yang berdaftar hanya dibenarkan menyertai tender yang dipelawa
bagi kelas pendaftaran yang ianya didaftarkan.
 Had Kewangan (iaitu kos kerja) bagi satu-satu kelas pendaftaran adalah seperti
berikut :
8

KELAS HAD KEWANGAN (Kos Kerja)


A RM 10,000,000 keatas
B RM 5,000,001 hingga RM 10,000,000
C RM 2,000,001 hingga RM 5,000,000
D RM 500,001 hingga RM 2,000,000
E RM 200,001 hingga RM 500,000
F RM 200,000 ke bawah

KELAS HAD KEWANGAN (minimum modal)


A RM 600,001
B RM 400,001
C RM 100,001
D RM 35,001
E RM 17,501
F RM 10,000

Jenis- jenis Kepala


Jenis-jenis kepala yang wujud dalam pendaftaran kontraktor kerja awam ialah :
KEPALA BIDANG KERJA
Kepala I Kerja Kejuruteraan Awam
(Civil Engineering Works)
Kepala II Kerja Bangunan
(Building Works)
Kepala III Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembersihan dan Kejuruteraan Air.
(Mechanical, Sanitary and Water Engineering Works)
Kepala IV Lain-lain Kerja Kejuruteraan Awam ‘Specialist’.
(Other Specialist Civil Engineering Works)
Kepala V Kerja pecah batu, Pembekalan Tanah dan Pengangkutan.
(Quarrying Metal and Earth Supply, Cartage and Transport)
Kepala VI Kerja Perhutanan dan Pembangunan tanah.
(Forest and Land Development)
Kepala VII Kerja Elektrik
(Electric Works)
Kepala VIII Kerja Telekomunikasi
(Telecommunication Works)
9

Pengiktirafan Bumiputera

Syarikat yang memohon Pengiktirafan Bumiputera hendaklah memenuhi syarat yang


tercatat dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 tahun 1974 iaitu :

i. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah


terdiri daripada kaum Bumiputera.
ii. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Pengurusan
terdiri daripada kaum Bumiputera.
iii. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada hak milik saham dimiliki
oleh kaum Bumiputera.
iv. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja-pekerja
(perkeranian dan tapak bina) terdiri daripada kaum Bumiputera.

Kelayakan Kakitangan

Syarikat yang memohon hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang berkelulusan


teknikal di dalam syarikat, sama ada sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham
atau kakitangan yang dibayar gaji dan dibayar caruman kepada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP).

Kelulusan teknikal yang diwajibkan adalah seperti berikut :

i. Kelas A, B dan BX

Ijazah atau Diploma Lanjutan daripada institusi pengajian tinggi


yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang ada kaitan dengan
bidang kerja yang dipohon.

ii. Kelas C

Diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh


kerajaan dalam bidang yang ada kaitan dengan bidang kerja yang
dipohon.

iii. Kelas D, E, EX dan F

Sijil kursus pemborong dan/atau pengalaman kerja dalam bidang


kerja yang dipohon.

iv. Kelulusan Tambahan

a) Bagi bidang kerja Telekomunikasi (kepala VIII), syarikat


yang memohon mestilah mempunyai ahli pengurusan atau
10

pekerja yang memiliki Sijil Kelulusan / Surat Perakuan


Kompetensi daripada Jabatan Telekom Malaysia (JTM)
atau Syarikat Telekom Malaysia (STM) bagi pihak JTM.

b) Bagi bidang kerja tertentu yang lain perlu surat akuan sama
ada dari Jabatan Kilang dan Jentera, Jabatan Bomba, Majlis
Perbandaran, Jabatan Galian, Polis Di Raja Malaysia dan
sebagainya.

Denda Terhadap Pihak Kontraktor

Pihak kontraktor yang melanggar syarat-syarat pendaftaran akan didenda sama ada dalam
bentuk penggantungan atau pembatalan atau penarikan semula Perakuan (lesen)
Pendaftaran.

Faktor-faktor berikut akan menyebankan pendaftaran kontraktor digantung atau ditarik


balik :

 pemegang perakuan telah dihukum sebagai bankrup atau

 petisyen penggulungan berhubung dengan kontraktor telah diserahkan


atau

 pemegang perakuan gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau


peraturan-peraturan pendaftaran atau

 pemegang perakuan telah memperolehi perakuan dengan membuat


perakuan atau pernyataan palsu secara bertulis atau sebaliknya atau

 pemegang perakuan meninggalkan kerja pembinaan yang sedang


dijalankan atau

 pemegang perakuan telah didapati bersalah oleh mahkamah atau mana-


mana badan penyiasat yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-
undang bertulis kerana cuai dalam perlaksanaan kerja-kerja pembinaan
yang dilaksanakan atau

 pemegang perakuan telah melanggar atau gagal mematuhi, atau telah


membantu pelanggaran mana-mana terma, syarat-syarat atau batasan yang
dikenakan oleh Lembaga.
11

Pendaftaran akan terbatal secara automatik seperti kes-kes di bawah :

i. Apabila pendaftarannya dengan Pendaftar Perniagaan telah tamat, kecuali


kontraktor menyerahkan salinan perakuan pembaharuan dengan pendaftar
Perniagaan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tamat Perakuan
Pendaftaran Perniagaan.
ii. Bagi kontraktor yang pendaftarannya dengan Jabatan bekalan Elektrik dan gas
telah tamat, kecuali kontraktor menyerahkan salinan perakuan pembaharuan
dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tamat pendaftaran.
iii. Apabila seseorang kontraktor yang menjalankan operasi secara milik tunggal
meninggal dunia kecuali waris atau walinya memohon kebenaran dari Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( LPIPM) dalam masa satu (1) bulan
dari tarikh kematian, di mana dengan kelulusan LPIPM, pendaftarannya boleh
diteruskan sehingga kerja-kerja semasa yang sedang dilaksanakan siap.
iv. Apabila rakan kongsi kontraktor yang beroperasi secara perkongsia meninggal
dunia atau berpecah kongsi kecuali rakan kongsi yang masih hidup atau tinggal
memohon kebenaran LPIPM dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh kematian
atau pemecahan, dimana dengan kelulusan LPIPM, pendaftaran kontraktor
dibenarkan sehingga kerja semasa siap atau tamat pendaftarannya yang mana
lebih awal.
v. Kontraktor yang pendaftarannya telah dibatalkan, digantung atau ditarik balik
tidak dibenarakan dari menyertai mana-mana tender baru atau meneruskan mana-
mana kerja pembinaan.
vi. Pihak Lembaga boleh dalam keadaan tertentu membenarkan kontraktor yang
pendaftarannya telah dibatalkan untuk menyiapkan kerja semasanya.

Perakuan Pendaftaran adalah hak milik LPIPM dan hendaklah diserahkan balik kepada
LPIPM dalam tempoh empat belas (14) hari setelah notis dihantar apabila pendaftaran
kontraktor dibatal, digantung atau di tarik balik atas apa-apa sebab.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM atau CIDB)

Peranan Lembaga ini ialah :

i. Untuk mendaftarkan kontraktor-kontraktor yang hendak melaksanakan


perniagaan di Malaysia sama ada syarikat kerajaan atau swasta.
ii. Mendaftarkan kakitangan pengurusan dan penyeliaan.
iii. Mendaftar pekerja mahir atau tukang.
iv. Menyediakan latihan bagi peningkatan latihan dan kemahiran.

You might also like