You are on page 1of 23

BIL TAJUK –TAJUK PENTING KARANGAN SPM 2019

1 Semangat kejiranan
2 Kebakaran terbuka
3 Kemalangan yang melibatkan kanak-kanak
4 Pertubuhan sukarela/ aktiviti sukarela/ kerja sosial
5 Generasi pelapis/ Kepentingan kepada negara
6 Makanan seimbang dan remaja
7 Obesiti dan remaja – langkah mencegah obesiti
8 Rumah terbuka
9 Aktiviti gotong-royong
10 Pendidikan – pendidikan maya / kepentingan ilmu kepada remaja
11 Pendidikan berasaskan industri
12 Kebaikan pokok hiasan
13 Kebaikan Pendidikan Maya
14 Menceriakan kawasan sekolah
15 Pusat sumber sekolah
16 Koperasi sekolah
17 Kantin sekolah
18 Perhimpunan sekolah
19 Motivasi belajar – punca murid hilang motivasi belajar / cara meningkatkan motivasi
belajar
20 Aktiviti berfaedah pada masa lapang
21 Mempelajari sejarah tanah air menambah rasa cinta akan negara
22 Ciri-ciri murid cemerlang/ Faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan murid
23 Perpaduan
24 Kraf tangan
25 Keluarga bahagia
26 Buah-buahan tempatan
27 Budaya membaca
28 Sungai – pencemaran sungai / sungai sumber rezeki dalam kehidupan
29 Laman web/ telefon pintar
30 Krisis bekalan air/ krisis makanan
KARANGAN TAMBAHAN
31 Permainan tradisioanal/Punca & Langkah menggalakkan
32 Masalah sosial dalam kalangan remaja
33 Industri Kecil dan Sederhana
34 Jasa Ibu bapa/ Kebajikan mereka
35 Malaysia syurga kepada PATI ( Pendatang Tanpa Izin)/ Kesan kehadiran
36 OKU /Jenis bantuan & Cara
37 Pemanasan Global
38 Persediaan
39 Semangat patriotisme / Kepentingan dan Cara memupuk
40 Pelancongan/ Cara dan Kesan kehadiran pelancong

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
Analisis Soalan Bahasa Melayu Kertas 1, SPM (2013 – 2018)

TAHUN BAHAGIAN A BAHAGIAN B


SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5
2013 Langkah-langkah Kasih ibu membawa ke Usaha-usaha yang Persediaan- Pidato: “Keamanan Aspek drama di
(JUN) Menjaga syurga, kasih bapa dapat dilakukan oleh persediaan yang perlu Dunia Milik televisyen yang
Keselamatan Jalan sepanjang masa. pelbagai pihak untuk dilakukan oleh Masyarakat Sejagat” meninggalkan kesan
Raya menggalakkan kerajaan untuk yang mendalam kepada
Beri pendapat anda. masyarakat merealisasikan hasrat anda.
bersenam dan mencapai status
bersukan. negara maju.
2013 Kepentingan Usaha-usaha yang Rencana: Peranan Huraikan kebaikan- Penganjuran sukan Anda ingin menulis
(NOV) Memelihara dan dapat dilakukan untuk ibu bapa dalam kebaikan yang bertaraf antarabangsa cerita yang bertemakan
Memulihara membentuk akhlak mengawal diperoleh jika negara membawa pelbagai penghargaan terhadap
Bangunan yang terpuji dalam diri pengambilan kita mempunyai kebaikan kepada jasa guru untuk
Bersejarah di negara seseorang. makanan segera dan rakyat berminda kelas negara penganjur. dimuatkan dalam
Kita makanan ringan pertama. majalah sekolah.
dalam kalangan Bincangkan.
anak-anak. Tulis cerita tersebut
selengkapnya.
2014 Langkah-langkah Pengalaman: Penduduk Penjagaan terhadap Perkembangan Perubahan cuaca Langkah-langkah yang
(JUN) Menjaga di tempat anda telah warga tua sepatutnya pelbagai bidang dunia yang tidak perlu dilaksanakan
Keselamatan Kanak- mengadakan majlis diberi keutamaan industri di negara kita menentu perlu untuk memastikan
kanak sambutan hari oleh keluarga. seperti industri diberikan perhatian . generasi muda dapat
keluarga. automobil, perbankan mengamalkan,
Berikan hujah-hujah dan pelancongan Jelaskan usaha-usaha menghormati dan
Ceritakan penglibatan anda untuk telah membuka yang perlu dilakukan menghargai
anda dalam menyokong hujah- banyak peluang pada peringkat kepelbagaian budaya di
menjayakan majlis hujah di atas. pekerjaan kepada antarabangsa untuk Malaysia.
tersebut. rakyat. menangani perkara
tersebut.

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
Ulas pernyataan di
atas.
2014 Faedah Menyertai Syarahan: “Pengurusan Peranan setiap ahli Usaha kerajaan Usaha membanteras Aktiviti-aktiviti untuk
(NOV) Aktiviti Lasak kepada Masa Berkesan keluarga dalam memajukan bidang penyeludupan dadah memupuk minat murid
seseorang Melahirkan Individu membantu anak- pertanian memang memerlukan terhadap karya sastera.
Cemerlang” anak ketika wajar kerana bidang kerjasama antara
menghadapi sesuatu ini memberikan negara-negara di
masalah. pelbagai kebaikan dunia.
kepada rakyat dan
negara. Jelaskan bentuk-
bentuk kerjasama
Bincangkan. tersebut.
2015 Langkah Kelebihan menguasai Syarahan: “Yang Tua Cara menjadikan Faktor pemakanan, Drama yang disiarkan
(JUN) Menjimatkan lebih daripada satu Dihormati, Yang keindahan semula jadi latihan, insentif dalam televisyen
Perbelanjaan bahasa Muda Disayangi” dan keunikan bentuk kemenangan dan tempatan sarat dengan
muka bumi sebagai sebagainya pengajaran.
produk pelancongan mempengaruhi
untuk menarik pencapaian seseorang Beri komen.
pelancong ke ahli sukan.
Malaysia.
Bincangkan.
2015 Tujuan Mengadakan Laporan: Laporan Aktiviti rekreasi Setiap kaum di Banyak usaha telah Anda telah membaca
(NOV) Sambutan Hari Guru tentang bencana alam seperti melancong, Malaysia dijalankan oleh karya sastera yang
di Peringkat Sekolah dan bantuan yang berkelah dan mengamalkan budaya pelbagai pihak untuk mengandungi banyak
diberikan sebagai bersenam membawa warisan kaum masing- memastikan perkara yang dapat
sukarelawan. pelbagai manfaat masing seperti cara keamanan sejagat dijadikan pedoman
kepada masyarakat. berpakaian dan adat dapat direalisasikan. hidup.
perkahwinan. Berdasarkan karya
Ulas pernyataan Jelaskan usaha-usaha tersebut, jelaskan
tersebut. Jelaskan kepentingan tersebut. perkara-perkara yang
mengekalkan budaya dapat dijadikan
warisan tersebut.
Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
pedoman dalam
kehidupan.
2016 Kepentingan Pelbagai aktiviti yang Kesihatan Sepanjang Pidato: “Bahasa Kemajuan Pengajaran yang dapat
(JUN) Memelihara Hutan dijalankan di sekolah Hayat bermaksud Kebangsaan infrastruktur seperti diperoleh daripada
bertujuan untuk kita perlu menjaga Pemangkin Perpaduan pelabuhan, jaringan pantun yang diberi.
melahirkan murid yang kesihatan diri supaya Rakyat” jalan raya dan sistem
seimbang dari segi kita hidup sihat komunikasi
jasmani, emosi, rohani sepanjang masa. memainkan peranan
dan intelek. penting dalam
Sehubungan dengan Jelaskan langkah- meningkatkan eksport
itu, setiap murid langkah yang perlu negara kita.
hendaklah melibatkan kita lakukan untuk
diri secara aktif dalam mencapai matlamat Bincangkan
aktiviti-aktiviti yang sihat sepanjang pernyataan di atas.
disertai oleh mereka. masa.

Ulas pernyataan di
atas.
2016 Ciri-ciri Sekolah Ceramah: “Cara Peranan ahli keluarga Sikap kurang prihatin Tahap kesedaran Cara-cara menghargai
(NOV) Selamat Mengurangkan Risiko membantu remaja terhadap alam sekitar masyarakat tentang golongan sasterawan
Kemalangan Jalan Raya menghadapi cabaran menyebabkan penyakit berbahaya
dalam Kalangan Murid” hidup (rakan sebaya, berlakunya banjir yang yang mengancam
media massa, budaya membawa pelbagai nyawa manusia
barat) kesusahan kepada seperti barah dan
banyak pihak. demam denggi masih
Beri komen rendah.
Bincangkan.

2017 Kepentingan Pasar Cara-cara menangani Kebaikan melancong Syarahan: “Peranan Manfaat program Cerita berdasarkan
(JUN) Tani stres bersama-sama Sukan dalam pertukaran pelajar peribahasa “Setinggi-
keluarga Mengharumkan Nama antara negara tinggi terbang bangau,
Negara”
Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
akhirnya hinggap di
belakang kerbau juga”

2017 Peranan Unit Usaha anak untuk Peranan sekolah Langkah-langkah Rencana: “Kebaikan Gurindam:
(NOV) Bimbingan dan menjadi individu memupuk amalan menjadikan Malaysia TMK kepada Kelebihan individu
Kaunseling di kebanggaan keluarga mencintai alam negara yang Masyarakat Dunia” bersifat pemurah
Sekolah sekitar dalam diri menghasilkan
murid-murid makanan yang cukup
untuk rakyat
2018 Punca Keracunan Kerjaya seseorang Cara-cara keluarga Rencana: Amalan gaya Keistimewaan sebuah Bincangkan peribahasa
(JUN) Makanan dipengaruhi oleh faktor mengamalkan hidup sihat dapat negara selain Malaysia ‘ukur baju di badan
minat, bakat, amalan berjimat meningkatkan kualiti yang menjadi pilihan sendiri’
kemahiran dan cermat hidup anda
pencapaian akademik.
Bincangkan.
2018 Langkah-langkah Huraikan faedah Ibu bapa perlu Pidato: Sukan Kepentingan Malaysia Karya sastera seperti
(NOV) Menggalakkan Orang aktiviti kokurikulum memupuk sikap mengukuhkan menjalinkan novel yang diadaptasi
Ramai Menggunakan kepada murid. saling menghormati perpaduan hubungan baik dalam bentuk drama
Pengangkutan Awam antara kaum dalam dengan negara-negara atau filem memberikan
kalangan anak-anak luar dalam pelbagai banyak manfaat kepada
sejak kecil lagi. bidang seperti pelbagai pihak.
Ulas pernyataan di pendidikan, sosial dan Jelaskan.
atas. ekonomi.

2019 Faedah-faedah Menjelaskan pelbagai Faktor-faktor yang Pidato: Amalan NIlai Menghuraikan bentuk Menghuraikan faedah-
(JUN) Inovasi dalam aktiviti untuk menyebabkan Murni Melahirkan kerjasama antara faedah pembacaan
Kehidupan merapatkan hubungan perniagaan dalam Masyarakat Harmoni negara di dunia bagi karya sastera seperti
kekeluargaan. talian mendapat menjaga alam sekitar. novel, cerpen dan puisi
sambutan dalam kepada pembaca.
kalangan masyarakat.
Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
Rangka Karangan 2019

Tajuk 1: Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan


Pendahuluan - jiran – orang yang tinggal berdekatan
- manusia zaman sekarang sibuk mengejar duniawi – tidak ada
masa untuk mengenali jiran – bersikap seperti enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing
- semangat kejiranan semakin terhakis terutamanya di bandar/di
kota
- usaha-usaha perlu dijalankan untuk memupuk semangat
kejiranan
Isi-isi Penting:
menubuhkan Rukun Tetangga - serampang dua mata/menyelam sambil minum air – dapat
mengenali jiran semasa bertugas/semasa bermesyuarat – dapat
menjaga keselamatan kawasan

menyertai aktiviti kemasyarakatan - kenduri-kendara, gotong-royong dan hari keluarga – melakukan


aktiviti bersama-sama – bagai aur dengan tebing/berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing – bergaul mesra dan berkenal-
kenalan antara satu sama lain – bertukar-tukar pandangan dan
pendapat – hubungan kejiranan semakin erat – tak kenal maka
tak cinta

saling berkunjung sesama - –– berkunjung sewaktu perayaan atau kenduri-kendara –


jiran/amalan ziarah-menziarahi melawat jiran sewaktu mereka sakit – dapat mengeratkan
silaturahim – bagai isi dengan kuku
prihatin terhadap kebajikan jiran - menolong jiran sewaktu berlaku kecemasan – menghantar
mereka ke hospital jika ditimpa musibah – malang tidak berbau –
jiran akan berasa diambil berat – mewujudkan suasana yang
harmoni
-
mengadakan rumah terbuka - Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali – jiran dapat
semasa sambutan hari-hari bergotong-royong menyediakan juadah – dapat berbual-bual dan
perayaan bertukar-tukar fikiran semasa menjamu selera – mewujudkan
perpaduan – semangat 1Malaysia seperti yang diperkenalkan
oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Penutup - pelbagai langkah dapat dijalankan
- usaha murni ini wajar diteruskan agar tidak lapuk dek hujan, tidak
lekang dek panas
- dapat mewujudkan suasana harmoni – diharapkan negara bukan
hanya maju dari segi kebendaan tetapi juga maju dalam aspek
nilai-nilai kemasyarakatan yang syumul menjelang Transformasi
Nasional 2050 (TN50)
-
7

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
Tajuk 2: Kepentingan Amalan Pemakanan Seimbang kepada Remaja
Pendahuluan - zaman remaja sangat penting – perubahan dari segi fisiologi,
fizikal, mental, emosi dan sosial – memerlukan makanan
seimbang
- makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup
untuk keperluan tubuh badan
- mematuhi piramid makanan seperti yang disarankan oleh
Kementerian Kesihatan – diet harian perlu mempunyai
karbohidrat, vitamin, protein
- terdapat beberapa kepentingan makanan seimbang kepada
remaja
Isi-isi Penting
untuk merangsang tumbesaran - remaja memerlukan zat yang cukup untuk membantu
seseorang remaja itu lebih tumbesaran – sekiranya tidak seimbang, tumbesaran akan
sempurna daripada aspek fizikal terjejas
- contohnya, jika kurang pengambilan protein, tumbesaran remaja
akan terjejas –
untuk menjanakan tenaga - kerana remaja perlu aktif – belajar dan melakukan aktiviti fizikal –
sekiranya makanan tidak seimbang, mereka akan lemah
- contoh, sekiranya remaja ke sekolah tanpa bersarapan, mereka
tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran
- kajian oleh Prof. Awang Had Salleh mendapati terdapat perkaitan
antara pengambilan sarapan dengan kecerdasan minda pelajar
- Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah hasil daripada
kajian beliau
untuk menjamin kesihatan - pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian
sangat penting
- membekalkan vitamin dan mineral
- contohnya, vitamin C dalam buah-buahan penting untuk
menguatkan daya tahan badan – mengelakkan penyakit seperti
selesema
- kurang pengambilan makanan berlemak dan terlalu manis atau
masin dalam diet harian dapat mengelakkan penyakit darah
tinggi, kencing manis dan penyakit jantung
- mencegah lebih baik daripada mengubati – kesihatan yang baik
memastikan seseorang remaja dapat melakukan aktiviti tanpa
masalah
- kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit
untuk mengelakkan masalah - kajian mendapati masalah obesiti penduduk dunia, termasuk
obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat
- masalah obesiti dapat dikaitkan dengan pengambilan makanan
yang tidak seimbang

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
- pengambilan makanan berlemak dalam makanan ringan dan
makanan segera menyumbang kepada masalah obesity
- kanak-kanak dan remaja tidak suka makan sayur-sayuran juga
menyebabkan obesity
- oleh itu amalan-amalan ini perlu dihindari untuk mengelakkan
obesiti
- obesiti menyebabkan penyakit jantung, darah tinggi dan kencing
manis serta menyukarkan aktiviti harian
Penutup - pengambilan makanan seimbang amat penting kepada remaja
- mereka merupakan tonggak negara pada masa akan datang –
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
- aspek pemakanan seimbang perlu diberikan perhatian untuk
menjamin kesihatan remaja – George William Curtis pernah
berkata, “Kebahagiaan paling utama adalah dalam kesihatan”
- remaja harus mengamalkan tabiat pemakanan seimbang untuk
memastikan mereka sihat

Tajuk 3: Peranan Ibu Bapa untuk Mewujudkan Budaya Ilmu/ Budaya Membaca kepada Anak-
anak/Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Modal Insan
Pendahuluan - anak-anak ialah aset negara yang penting – jatuh bangun
sesebuah negara bergantung kepada anak-anak yang merupakan
generasi pelapis yang akan menjadi tulang belakang kepada
negara pada masa akan datang
- Namun begitu, pelbagai cabaran yang menjadi duri dalam daging
dalam usaha melahirkan generasi berilmu/modal insan yang
menjadi aspirasi semua pihak
- ibu bapa memainkan peranan dalam
mewujudkan/membentuk/menerapkan modal insan/budaya
ilmu/budaya membaca dalam kalangan anak-anak
Isi-isi Penting
memberikan didikan agama yang - anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang akan
cukup mencorakkannya
- dengan didikan agama yang cukup, anak-anak akan memiliki
benteng keimanan yang ampuh dalam mendepani dunia yang
penuh dengan cabaran
- didikan agama yang cukup menjadikan anak-anak seorang
memiliki akhlak terpuji dan cinta akan ilmu kerana Hamka pernah
berkata, “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya”
- anak-anak yang diberikan diberikan didikan agama yang cukup
akan menjadi insan yang cemerlang dan bijaksana
mendidik anak-anak dengan - menggunakan kata-kata nasihat yang lembut
penuh kasih sayang
9

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
- Hamka Pernah berkata, “Kata-kata yang lembut dapat
melembutkan hati yang lebih keras daripada batu. Sebaliknya,
kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera”
- meluangkan masa dengan mereka dan sentiasa memahami dan
berkongsi masalah
- mereka akan menjadi insan yang cemerlang apabila lahir daripada
keluarga yang dilimpahi kasih sayang
menjadi suri teladan kepada anak- - sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak – ke
anak mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi/bapa borek, anak
rintik/bagaimana acuan, begitulah kuihnya
- ibu bapa membaca buku/menunjukkan akhlak yang baik di
hadapan anak-anak
- anak-anak akan biasa dengan amalan yang terpuji/tabiat
membaca dan akan menjadi darah daging/sebati dalam hidup
mereka kerana alah bisa tegal biasa
- ibu bapa perlu sentiasa menunjukkan amalan yang baik ini agar
menjadi ikutan anak-anak dan bukannya menjadi seperti ketam
mengajar anaknya berjalan betul
menyediakan suasana yang - dari segi fizikal: bilik tidur, ruang belajar yang selesa
kondusif di rumah - mempunyai perpustakaan mini di rumah – anak-anak dapat
belajar dengan selesa
- dari segi emosi: suasana yang tenang – elakkan suasana tegang di
rumah
- kajian mendapati faktor latar belakang keluarga seperti pengaruh
rumah tangga mempengaruhi pelajar dari segi pencapaian
akademik dan tingkah laku pelajar
Penutup - banyak peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa
- peranan ibu bapa sebagai tonggak/nadi/tulang belakang dalam
sesebuah keluarga amat ditagih/diharapkan
- negara amat memerlukan modal insan yang benar-benar
berkualiti dalam mengharungi kehidupan dalam dunia kian
mencabar – anak-anak perlu dididik agar mempunyai kualiti
insaniah yang diharap-harapkan –pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara
- untuk memastikan Malaysia setanding/berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah dengan negara-negara maju yang lain

10

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
Tajuk 4: Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Keluarga Bahagia
Pendahuluan - pelbagai masalah sosial – saban hari media massa melaporkan
berita – jenayah, salah laku, keruntuhan moral
- terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kebejatan
sosial yang menjadi duri dalam daging dalam masyarakat – salah
satu faktor ialah latar belakang keluarga
- keluarga ialah institusi/unit masyarakat yang yang terdiri daripada
ibu, bapa dan anak
- keluarga bahagia amat penting diwujudkan agar anak-anak
terhindar daripada masalah-masalah sosial
- ibu bapa memainkan peranan untuk mewujudkan keluarga
bahagia
Isi-isi Penting
memberikan didikan agama yang - anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang akan
cukup mencorakkannya
- dengan didikan agama yang cukup, anak-anak akan memiliki
benteng keimanan yang ampuh dalam mendepani dunia yang
penuh dengan cabaran
- didikan agama yang cukup menjadikan anak-anak seorang
memiliki akhlak terpuji dan menjaga tingkah lakunya kerana
Hamka pernah berkata, “Bertambah kuat kepercayaan kepada
agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan
bertambah naik tingkah laku dan akal budinya”
- anak-anak yang diberikan diberikan didikan agama yang cukup
akan menjadi insan yang sentiasa menghormati ibu bapa dan ahli-
ahli keluarga
mendidik anak-anak dengan - menggunakan kata-kata nasihat yang lembut
penuh kasih sayang - Hamka pernah berkata, “Kata-kata yang lembut dapat
melembutkan hati yang lebih keras daripada batu. Sebaliknya,
kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera”
- ibu bapa harus meluangkan masa dengan mereka dan sentiasa
memahami dan berkongsi masalah
- mereka akan menjadi insan yang cemerlang apabila lahir daripada
keluarga yang dilimpahi kasih sayang
- dengan itu keluarga bahagia dapat diwujudkaN
menyediakan suasana yang - dari fizikal: ruang tamu, bilik tidur, ruang belajar yang selesa –
kondusif di rumah anak-anak berasa selesa
- sebaliknya keadaan fizikal yang tidak kondusif seperti rumah yang
berselerak dan sempit akan memaksa anak-anak untuk keluar
dari rumah untuk memperoleh ketenangan
- dari segi emosi: suasana yang tenang – elakkan suasana tegang di
rumah
11

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
- kajian mendapati faktor latar belakang keluarga seperti keadaan
rumah tangga mempengaruhi tingkah laku anak-anak
melakukan aktiviti bersama-sama - berkelah, melancong, menonton televisyen, makan malam,
membersihkan rumah – dapat bertukar-tukar fikiran dan
menyelami hati budi anak-anak – dapat bergurau senda -
menimbulkan suasana ceria – kasih sayang antara ahli keluarga
semakin kukuh bagai isi dengan kuku

menjadi suri teladan kepada anak- - sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak – ke
anak mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi/bapa borek, anak
rintik/bagaimana acuan, begitulah kuihnya – ibu bapa
menunjukkan hubungan yang baik di hadapan anak-anak – anak-
anak melihat ikatan kasih sayang ibu bapa mereka - akan menjadi
darah daging/sebati dalam hidup mereka kerana alah bisa tegal
biasa – anak-anak mencontohi ibu bapa mereka
Penutup - banyak peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa
- peranan ibu bapa sebagai tonggak/nadi/tulang belakang dalam
sesebuah keluarga amat ditagih/diharapkan
- negara amat memerlukan modal insan yang benar-benar
berkualiti dalam mengharungi kehidupan dalam dunia yang kian
mencabar – anak-anak yang dilahirkan daripada keluarga yang
bahagia sudah pasti melahirkan modal insan yang memiliki kualiti
yang diharap-harapkan – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara

Tajuk 5: Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Minat Bersukan kepada Anak-anak
Pendahuluan - sukan antara aktiviti yang digemari di negara kita – pelbagai
lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan taraf sosial
menceburi bidang ini
- bidang sukan diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan –
sekolah sukan ditubuhkan – pertandingan sukan dianjurkan
- sukan dapat menjulang nama negara di persada dunia – Datuk
Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David
- ibu bapa berperanan penting untuk menyemai minat bersukan
kepada anak-anak
-
Isi-isi Penting
membelikan anak-anak mereka - kasut, pakaian, raket – supaya anak-anak tidak menghadapi
peralatan sukan masalah semasa bersukan

12

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
- misalnya, mereka tidak perlu meminjam daripada kawan atau
tersingkir daripada pemilihan gara-gara tidak mempunyai
peralatan sukan yang cukup
- peralatan tersebut harus berkualiti kerana sukan ialah aktiviti
yang lasak – alah membeli menang memakai
- ibu bapa tidak harus lokek/bersikap tangkai jering/bakhil untuk
melabur sekiranya anak-anak berminat
- mungkin pelaburan tersebut akan membuahkan
hasil/memberikan pulangan yang lumayan sekiranya anak-anak
menjadi bintang sukan
menggalakkan anak-anak bergiat - memastikan anak-anak tidak culas menghadiri aktiviti sukan
aktif dalam aktiviti sukan di - menghantar anak untuk sesi latihan di sekolah
sekolah - anak-anak tidak akan memandang ringan/memandang sebelah
mata terhadap aktiviti sukan di sekolah – anak-anak mungkin
berjaya mewakili sekolah, daerah atau negeri
- mungkin dapat mewakili negara pada masa depan
- perlu disemai sejak di bangku sekolah lagi
- melentur buluh biarlah daripada rebungnya
memberikan sokongan padu - hadir memberikan sokongan sewaktu anak-anak terlibat semasa
kepada anak-anak sesi latihan atau pertandingan
- kehadiran ibu bapa amat bermakna –
- dapat menjadi suntikan semangat kepada mereka
- sudah tentu mereka dapat meraih kejayaan dengan adanya
sokongan padu daripada ibu bapa
memastikan anak-anak mendapat - sukan ialah aktiviti fizikal yang memerlukan kecergasan,
makanan yang seimbang dan ketangkasan dan stamina
berkhasiat - makanan yang diambil oleh anak-anak perlu mempunyai diet
yang mencukupi seperti karbohidrat untuk membekalkan tenaga,
protein untuk membina otot dan vitamin untuk menjamin
kesihatan
- ibu bapa perlu mengetahui diet yang diperlukan untuk ahli sukan
- dapatkan maklumat daripada bahan-bahan bacaan atau laman-
laman sesawang
- makanan juga perlu disediakan sendiri oleh ibu di rumah
- makanan hasil daripada air tangan ibu ialah makanan yang
terbaik
Penutup - kejayaan anak-anak dalam bidang sukan ialah tanggungjawab ibu
bapa
- sukan dapat dijadikan kerjaya yang mampu memberikan
pulangan yang lumayan
- ibu bapa harus merebut peluang
- diharapkan legasi keluarga Haji Sidek yang dapat melahirkan
anak-anak yang telah mengharumkan nama negara di persada
badminton dunia pada suatu ketika dahulu dapat diteruskan oleh
ibu bapa yang berwawasan
13

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
Tajuk 6: Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak Memanfaatkan Internet / Laman Sesawang /
Telefon Pintar
Pendahuluan - teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) berkembang begitu
pesat – syarikat-syarikat komputer dan telefon pintar berlumba-
lumba menghasilkan pelbagai alat komunikasi yang dan peranti
elektronik yang canggih – Internet dapat diakses begitu mudah
dengan adanya rangkaian jalur lebar – di mana-mana sahaja
- Internet ialah rangkaian yang dapat menghubungkan komputer
atau telefon pintar di seluruh dunia – memberikan manfaat
kepada pengguna dalam pelbagai urusan
- sekiranya tidak dikawal, mendatangkan kesan buruk kepada
pengguna – terutama generasi muda yang bakal mewarisi tampuk
kepimpinan negara
- ibu bapa perlu berperanan dalam mendidik anak-anak
memanfaatkan Internet
Isi-isi Penting
ibu bapa sendiri hendaklah - untuk mengimbangi pengetahuan anak-anak yang begitu pantas
memiliki pengetahuan dan ilmu sejajar dengan perkembangan dunia TMK – berkongsi
yang mencukupi tentang teknologi pengetahuan dengan anak-anak dan menentukan aspek yang
maklumat positif sahaja dimuat turun
melaksanakan peraturan dan - ibu bapa tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada anak-anak
tatacara yang tegas tentang untuk mengakses apa-apa sahaja
penggunaan Internet kepada anak- - memastikan anak-anak patuh dan faham tentang maksud
anak penggunaan Internet untuk tujuan positif sahaja
membawa anak-anak ke tempat- - anak-anak memperoleh pendedahan yang lebih luas tentang
tempat pameran komputer dan teknologi komputer dan Internet
ekspo pendidikan ICT - dapat memilih perisian-perisian yang berguna untuk kegunaan
anak-anak
mengehadkan dan - ada peruntukan masa yang anjal antara masa belajar,
memperuntukkan masa yang beriadah, berinteraksi, dan mengakses Internet
sewajarnya - mengelak anak-anak terus menjadi terlalu obsess terhadap
komputer dan Internet
Penutup - ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak
memanfaatkan Internet
- ibu bapa tidak boleh memandang enteng terhadap perkara ini –
komputer dan Internet merupakan cara hidup atau budaya pada
zaman dunia tanpa sempadan/era globalisasi ini
- perhatian dan didikan tentang penggunaan Internet yang betul
harus menjadi agenda penting dalam melahirkan anak-
anak/modal insan yang cemerlang

14

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
- diharapkan anak-anak dapat memanfaatkan Internet ke arah
kebaikan – dapat menyumbang kepada kemajuan negara dalam
merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50)

Tajuk 7: Kelebihan Malaysia sebagai Destinasi Pelancongan


Pendahuluan - Malaysia mempunyai keistimewaan yang tersendiri
- menjadi pilhan pelancong - saban tahun, jumlah pelancong yang
direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari
negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah
turut menjadi tumpuan pelancong asing dari China, Asia Barat,
Eropah dan Amerika Syarikat
- industri pelancongan mempunyai potensi besar dan mampu
dijadikan sumber pendapatan negara
- banyak syarikat pelancongan yang tumbuh bak cendawan selepas
hujan mahupun Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong
berkunjung ke Malaysia
- terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi
tumpuan pelancong
Isi-isi Penting
Malaysia mempunyai banyak - kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk
tempat menarik untuk dilawati seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands
- mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa
yang berusia lebih dua juta tahun
- pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati
keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan
fauna
disebabkan oleh keadaan iklim - banyak pelancong dari negara-negara barat seperti negara
semula jadinya yang panas Eropah dan Amerika Syarikat yang mengambil kesempatan
sepanjang tahun bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari
terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia
- keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan
berpasir putih
- saujana mata memandang - pelancong dapat melakukan aktiviti
seperti berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda
-
perkembangan industri - pulau yang menjadi tumpuan para pelancong termasuklah Pulau
pelancongan di negara kita juga Langkawi, Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Tioman
turut disebabkan oleh kewujudan - prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan
banyak pulau yang indah dan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para
menarik pelancong
- para pelancong dapat merasai “syurga dunia” dengan melakukan
aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas
sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia
15

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
- kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut
kemajuan industri pelancongan - Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat
tanah air dibantu oleh wujudnya majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini
keunikan budaya di negara kita - gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah
berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing
- kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan
zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga -
Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang
dapat dinikmati oleh para pelancong
- masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti
sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal
dengan masakan kari, tosei dan idali
peranan pihak kerajaan dan agensi - Sebagai contohnya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
kerajaan yang berkaitan dengan Malaysia telah mengadakan pelbagai pertunjukan dan promosi
pelancongan juga turut tentang kebudayaan dan destinasi pelancongan di Malaysia ke
memajukan sektor pelancongan di beberapa buah negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia
Malaysia - tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara Eropah
atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia
termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur
- kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi
menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora
Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le
Tour De Langkawi dan sebagainya
- Malaysia juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baharu
seperti ekopelancongan, agrotourism, pelancongan perubatan
dan pelancongan pendidikan
Penutup - terdapat banyak kelebihan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan
- sektor pelancongan merupakan sektor baharu yang berpotensi
untuk menyumbang pada ekonomi negara
- industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya
- peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan
kerjasama daripada segenap lapisan masyarakat amat diperlukan
- semoga melalui keprihatinan, rasa bertanggungjawab dan cinta
akan negara seluruh rakyat, nama Malaysia akan gah di persada
dunia

16

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
Tajuk 8: Sumbangan Sektor Pelancongan kepada Negara
Pendahuluan - kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada
tahun 1990
- hasilnya, setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke
Malaysia semakin meningkat
- menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian
yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini
berpotensi memajukan ekonomi negara
- pendapatan daripada pelancongan mencecah RM50 bilion
setahun
- apakah kebaikan yang diperoleh negara dalam usaha
mempromosikan negara yang kita cintai ini, iaitu Malaysia kepada
pelancong dari luar negara?
Isi-isi Penting
dapat memperkenalkan negara - Misalnya, melalui penganjuran perlumbaan kereta Formula 1 di
Malaysia ke seantero dunia litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan
negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia
- dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah
bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai
kemudahan prasarana selaras dengan Slogan ”Malaysia Boleh’’
- Malaysia dapat dipromosikan ke seluruh dunia dengan kos yang
rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh
dunia
- penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan
kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi
Malaysia kepada dunia luar
- bertepatan dengan peribahasa sambil menyelam minum air
dapat meningkatkan ekonomi - pelancong yang datang dari negara luar terpaksa menukar mata
negara dari segi pengaliran wang wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia
asing masuk ke negara kita sebelum boleh berbelanja di sini.
- peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada
perniagaan yang dijalankan
- pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja
menguntungkan sektor perniagaan bahkan dapat digunakan
untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan
dari luar negara
dapat memajukan industri kraf - barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja
tangan di Malaysia bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan
- barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang dibuat
daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat

17

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati
kepada pelancong
- mereka pasti membeli-belah barangan kraf tangan buatan
Malaysia seperti batik, kain songket, dan lain-lain sebagai buah
tangan kepada keluarga atau rakan mereka
- kedatangan pelancong asing ke Malaysia menjadi sumber rezeki
kepada pengusaha kraf tangan tempatan
dapat memajukan industri hiliran - pelancong asing yang datang ke Malaysia memerlukan tempat
penginapan, makanan, minuman, perkhidmatan pengangkutan,
pemandu pelancong dan perkhidmatan lain
- mereka juga amat menggemari makanan sama ada makanan
tradisional mahupun makanan barat di Malaysia
- mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati
makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar
dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak
di tepi jalan
- sudah pasti mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada
usahawan tempatan
- tempat-tempat penginapan juga giat dibina bagai cendawan
tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan
tepi pantai
- boleh menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau
menginap secara pakej seperti inap desa yang membolehkan
pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari
cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan
tradisional dan sebagainya
- mereka juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk
bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain
- pengusaha pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan
lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan.
- kedatangan pelancong memberikan rezeki yang melimpah ruah
dapat memperkenalkan budaya - Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik
Malaysia yang unik lagi istimewa seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain
kepada dunia luar - mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan
unik
- dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan
dan tak lekang dek panas
- persembahan kesenian tradisional seperti wayang kulit, makyung,
dikir barat, ronggeng dan kuda kepang
- mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah
panjang, congkak dan batu seremban - pakaian tradisional seperti
baju kurung yang dibuat daripada kain batik dan songket boleh
cuba dipakai oleh pelancong asing

18

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
- keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal
pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit
mereka untuk datang semula ke Malaysia
Penutup - industri pelancongan banyak memberikan sumbangan
- semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing
untuk memajukan industri pelancongan
- kita harus menggunakan kelebihan yang ada di negara kita
dengan sepenuhnya untuk memajukan bidang ini
- kedatangan pelancong yang semakin meningkat saban tahun
membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa depan yang sangat
cemerlang dalam industri ini

Tajuk 9: Peranan Pelbagai Pihak/Usaha-usaha untuk Memajukan Industri/Sektor Pelancongan


Pendahuluan - sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi
sumber pendapatan negara yang penting
- tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti
cendawan selepas hujan
- kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk
memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar
dengan pembangunan negara yang pantas
- Namun, masih ada ruang yang wajar dimanfaatkan oleh semua
pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada
perkembangan sektor ini
- terdapat beberapa langkah yang proaktif lagi pragmatik untuk
memajukan sektor pelancongan di negara kita harus diambil
Isi-isi Penting
pihak kerajaan memperkenalkan - program inap desa - konsep pelancongan kesihatan, pelancongan
produk pelancongan baharu yang pendidikan, agropelancongan, ekopelancongan dan
dapat menarik minat pelancong seumpamanya hendaklah dikembangkan
asing - memperkenalkan pelancongan semasa musim buah-buahan
seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya -
biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di
negara mereka
- kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan
negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian
masyarakat tempatan
- pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat
luar bandar dan mendalami cara hidup mereka
kerajaan wajar menganjurkan - karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk
karnival pelancongan di seluruh memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan
pelosok dunia - memperkenalkan tempat-tempat menarik, makanan yang
pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum

19

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
- karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan
yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa
- karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia
kerajaan wajar menganjurkan - penganjuran acara sukan antarabangsa seperti “Monsoon Cup”,
pelbagai acara antarabangsa perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, dan
dengan lebih kerap seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat
perhatian peminat antarabangsa
- dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada
beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia
yang diadakan di Sarawak pada setiap tahun.
- Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa
memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia
- dengan cara ini, lebih ramai pelancong akan mengunjungi negara
ini bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang
dianjurkan, malahan untuk melawat ke tempat-tempat menarik
di negara kita, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air
mengadakan kempen Tahun - kempen ini dapat menggalakkan pelancong datang ke negara kita
Melawat Malaysia dengan lebih dengan lebih besar bilangannya
berkesan dan melibatkan lebih - kempen ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat
banyak penyertaan pelancong datang ke negara ini
- Misalnya, acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan
untuk para pelancong
- Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul
tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan yang kompetitif, bak kata pepatah berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing
- hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan
awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini
menyediakan maklumat lengkap - kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
tentang sesuatu destinasi menarik (LPPM)
yang terdapat di negara ini - hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti
risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik
seperti radio dan televisyen
- mewujudkan halaman pelancongan dalam internet juga
merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai
sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing
wajar memperlengkap kemudahan - untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan
pengangkutan dan komunikasi dituju kemudahan pengangkutan dan perhubungan penting
yang ada kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin
akan keselesaan dan ketenangan
- Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah
untuk menikmati keindahan pulau dan pantai
- oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan
bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar
20

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
Laut China Selatan untuk memudahkan pelancong menikmati
keindahan alam semula jadi
Penutup - terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan
untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita semua
pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi
untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak
dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya
- jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum
di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk
dinikmati oleh pelancong
- kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan
menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan
yang terkenal di dunia
-
-

Tajuk 10: Peranan Ahli keluarga untuk Memastikan Kanak-kanak dan Remaja Terhindar daripada Masalah
Obesiti
Pendahuluan - obesiti bermaksud keadaan berat badan berlebihan akibat
pengumpulan sejumlah besar lemak di dalam badan
- masalah obesiti ini dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-
kanak dan remaja akibat amalan pemakanan yang tidak sihat
- kanak-kanak dan dan remaja menggemari makanan segera
seperti ayam goreng dan burger serta makanan ringan yang
mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi
- masalah obesiti juga berlaku akibat kurangnya aktiviti fizikal –
kanak-kanak dan remaja gemar menghabiskan masa mereka
dengan telefon pintar dan komputer
- setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan untuk memastikan
kanak-kanak dan remaja terhindar daripada masalah obesiti ini.
Isi-isi Penting
ibu bapa perlu mengurangkan - restoran makanan segera seperti KFC, McDonald’s dan Pizza Hut
kunjungan mereka ke restoran dapat dilihat di mana-mana sahaja
makanan segera - seperti cendawan tumbuh selepas hujan
- pengambilan makanan segera ini merupakan amalan pemakanan
tidak sihat dan harus dikurangkan dalam diet harian kerana
makanan ini mengandungi kadar garam dan lemak yang tinggi
yang menyumbang kepada masalah obesiti
ibu bapa perlu sentiasa mengawasi - bapa yang merupakan ketua keluarga perlulah lebih tegas dengan
anak-anak mereka supaya mereka mengadakan peraturan tentang makanan yang boleh dan tidak
menjauhi amalan pemakanan boleh dimakan oleh anak-anak
tidak sihat
21

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
- makanan yang perlu dijauhi oleh anak-anak ialah gula-gula, snek,
coklat dan aiskrim
- minuman berkarbonat menyebabkan obesiti kerana
mengandungi kadar kandungan gula yang tinggi
ibu bapa perlu memastikan anak- - ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka banyak
anak mereka mengamalkan tabiat memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan
makan makanan seimbang pengambilan makanan yang berlemak
- ibu hendaklah kerap memasak dengan cara mengukus,
membakar atau merebus makanan
- ibu bapa haruslah menerapkan amalan makan makanan
seimbang kepada anak-anak mereka sejak kecil kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya
-
ibu bapa seharusnya - kerana kemajuan teknologi menjadikan mereka lebih gemar
menggalakkan anak-anak mereka menghabiskan masa di dalam rumah dengan cara menonton
beriadah dan melakukan aktiviti televisyen, bermain permainan komputer dan terlalu asyik
sukan dengan telefon bimbit
- keadaan ini meningkatkan risiko kanak-kanak kepada masalah
obesity
- kakak atau abang haruslah ringan tulang membantu ibu bapa
dengan cara menemani adik mereka yang masih berumur
setahun jagung itu bermain di luar rumah
Penutup - ahli keluarga, khususnya ibu bapa memainkan peranan yang amat
penting untuk menghindari masalah obesiti dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja
- setiap ahli keluarga perlu berganding bahu bagai aur dengan
tebing untuk menangani masalah ini agar masalah obesiti ini tidak
menjadi masalah kesihatan yang akan menjejaskan kebahagiaan
sesebuah keluarga kerana kesihatan ialah kunci kebahagiaan
- masalah obesiti mengundang pelbagai masalah kesihatan yang
kronik seperti penyakit jantung dan diabetes
- sikap mencegah lebih baik daripada mengubati perlu diamalkan
oleh setiap ahli keluarga melalui penerapan amalan pemakanan
dan gaya hidup sihat

22

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.
23

Disediakan oleh,
Cikgu Zamri Salleh ©
SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun.

You might also like