You are on page 1of 1

Johor Bahru: Seramai 26 mangsa daripada 21 keluarga di Kampung Pasir, di sini, ditempatkan di

Pusat Komuniti Kampung Pasir, susulan hujan lebat yang melanda kampung berkenaan sehingga
menyebabkan berlakunya banjir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Suhaimi Abd Jamal berkata, sejurus pihaknya
menerima panggilan kecemasan jam 3.20 petang, sebuah jentera bersama 16 anggota bergegas ke
lokasi kejadian.
"Pasukan bomba terbabit dalam operasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dan mangsa
yang diselamatkan dalam kalangan orang kurang upaya (OKU), warga emas termasuk wanita
sedang dalam berpantang.
"Sehingga jam 7 malam, seramai 26 mangsa berusia 11 hari hingga 86 tahun dikenal pasti.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun ada di sini, mereka akan pindahkan mana-mana
pesakit yang memerlukan ke hospital berhampiran.
"Pihak bomba menjangkakan hujan akan berterusan malam ini dan perlu segera membuat
pemindahan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pasir demi keselesaan dan kebajikan
masyarakat setempat," katanya ketika ditemui Pusat Komuniti Kampung Pasir, hari ini.
Suhaimi berkata, agensi berkaitan akan terus mencari mangsa yang terkandas dan orang ramai
dinasihatkan untuk menjaga keselamatan di musim yang tidak menentu ini.
Sementara itu, daerah Muar difahamkan turut berlakunya banjir membabitkan kawasan Parit Masjid,
Kampung Parit Othman Kiri, Jalan Sungai Terap, Jalan Sungai Abong dan Pekan Bukit Pasir.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muar, Angkatan Pertahanan Awam
(APM) Muar berkata, hujan lebat mulai jam 1 tengah hari hingga 4 petang tadi menyebabkan lima
rumah penduduk terjejas, namun tiada mangsa dipindahkan kerana limpahan air berlaku hanya di
halaman rumah.
Katanya, kerja pemantauan di tempat berisiko sedang giat dijalankan memandangkan satu daripada
tiga stesen hujan di kawasan itu mencatatkan bacaan taburan hujan melebihi 31 milimeter (mm).

You might also like