You are on page 1of 10

SULIT 3755/1

1. Pernyataan yang manakah menerangkan ciri peniaga ?


A. Mengembangkan perniagaan secara kreatif
B. Mementingkan khidmat kepada masyarakat
C. Memiliki wawasan untuk memajukan perniagaan
D. Melakukan aktiviti jual beli untuk mencari keuntungan

2. Gambar yang manakah berkaitan dengan keperluan rohani berdasarkan Model


Hierarki Keperluan Maslow ?

A B C D

3. Rajah 1 menunjukkan cabang pengeluaran.

PENGELUARAN

PERDAGANGAN PERUSAHAAN KHIDMAT


LANGSUNG

EKSTRAKTIF X PEMBINAAN

Apakah aktiviti pengeluaran yang mewakili X


A. Menggunting rambut
B. Mencari gali minyak
C. Memproses makanan
D. Membuat jambatan

3755/1 2 SULIT
SULIT 3755/1

Soalan 4 berdasarkam maklumat di bawah

Mengecat
Memasang tayar
Memasang enjin
Memasang cermin tingkap

4. Pembahagian tugas di atas dilakukan di sebuah kilang kereta di Shah Alam.


Apakah jenis pengkhususan tersebut?
A. Pengkhususan antarabangsa
B. Pengkhususan mengikut proses
C. Pengkhususan mengikut kawasan
D. Pengkhususan mengikut profesion

Soalan 5 berdasarkan maklumat yang berikut.


Ikan yang berlebihan sebelum musim tengkujuh dikeringkan
untuk memenuhi permintaan pada musim tengkujuh.

5. Penyataan di atas merujuk kepada…


A. Nilai faedah masa
B. Niai faedah tempat
C. Nilai faedah bentuk
D. Nilai faedah milikan

6. Pernyataan yang manakah merupakan fungsi peruncit ?


I. Menjual beraneka jenis barang
II. Membiayai modal pemborong
III. Menstabilkan harga barang
IV. Memberi perhidmatan selepas jualan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Antara berikut, yang manakah menyebabkan peranan pemborong disingkirkan?


I. Penubuhan kedai runcit
II. Penubuhan kedai sejaras
III. Kemunculan jualan langsung
IV. Kemunculan peruncit besar-besaran

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

3755/1 3 SULIT
SULIT 3755/1

8. Mengapakah peruncit kecil-kecilan lebih suka mendapatkan stoknya daripada


pemborong bayar dan bawa?
A. Pemborong menawarkan harga yang murah
B. Pemborong menyediakan perkhidmatan serahan
C. Peruncit boleh membeli barang secara kredit
D. Peruncit boleh membeli beraneka jenis dan jenama barang

9. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk perniagaan runcit.

 Modal besar
 Perkhidmatan layan diri
 Beroperasi 24 jam tanpa pengawasan

Apakah bentuk perniagaan runcit berikut


A. Pesanan mel
B. Jualan langsung
C. Televisyen interaktif
D. Mesin peruncitan automatik

10. Antara yang berikut, yang manakah tugas seorang pemborong berfungsi penuh
I. Menjual dan membeli pelbagai jenis barang
II. Menyediakan kemudahan pergudangan
III. Menjual barang pada harga murah
IV. Memperagakan barang di premis perniagaan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

11. Nota Debit ialah dokumen yang dihantar oleh pembekal kepada pelanggannya utuk
memberitahu bahawa..
A. Pembekal mengurangkan jumlah hutangnya
B. Pembekal menambahkan jumlah hutangnya
C. Pembekal mengekalkan jumlah hutangnya
D. Pembekal mengkreditkan jumlah hutangnya

12. Dokumen yang manakah digunakan semasa urus niaga barang ?


A. Sebut harga
B. Katalog
C. Invois
D. Resit

3755/1 4 SULIT
SULIT 3755/1

13. Pengeluar roti mengambil semula bekalannya yang telah tamat tarikh luput dari
Kedai Runcit Irfan.
Apakah jenis kaedah jualan tersebut?
A. Jualan prabayar
B. Jualan konsainan
C. Jualan kredit
D. Jualan tunai

14. Gambar menunjukkan satu pertandingan bertaraf antarabangsa yang diadakan di


Malaysia.

Mengapakah Malaysia menganjurkan pertandingan tersebut


A. Menambahkan eksport tak nyata
B. Menambahkan import nyata
C. Mengurangkan import nyata
D. Mengurangklan eksport tak nyata

15. Antara berikut, urus niaga yang manakah merupakan eksport tak nyata Malaysia?
I. Syarikat Speed membeli komponen computer dari Jepun
II. Encik Karim membuat pelaburan di Thailand
III. Pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke US
IV. Mercy menghantar sekumpulan doctor ke Iraq

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

16. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Bil Udara ?
A. Dokumen hak milik membolehkan pengimport menuntut barang
B. Nota konsainan sebagai pengakuan penerimaan barang
C. Boleh dicagarkan untuk mendapatkan pinjaman
D. Boleh dipindah milik

3755/1 5 SULIT
SULIT 3755/1

17. Bagaimanakah pengimport dan pengeksport mengatasi halangan dalam urus


niaga mereka ?
I. Mengeratkan kerjasama dengan peniaga negara lain
II. Mengadakan pameran perdagangan di luar negara
III. Memudahkan prosedur pengangkutan
IV. Menurunkan kadar tukaran wang asing

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

18. Mengapakah milikan tunggal mudah ditubuhkan?


A. Diurus oleh pemilik
B. Modal yang besar
C. Saiz perniagaan yang kecil
D. Peraturan dan dokumentasi yang sedikit

Pemyataan berikut berkaitan dengan masalah sebuah syarikat lndustri KeciI


dan Sederhana (IKS).

Pengeluaran produknya tinggi tetapi jualannya rendah

19. Apakah program untuk mengatasi masalah tersebut?

A. Program Bantuan Kewangan


B. Program Pembangunan Pemasaran
C. Program Pembangunan lnfrastruktur
D. ProgramPenyelidikan dan Pembangunan

20. Pernyataan yang manakah menerangkan ciri Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
A. Sumber tenaga kerja terdiri daripada pekerja sepenuh masa dan sambilan
B. Jenis keluaran terdiri daripada jentera pengeluaran
C. Teknologi pengeluaran lebih intensif modal
D. Modal awal diperolehi daripada bantuan institusi kewangan

21. Mengapakah penguasaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengadakan


hubungjalin dengan firma besar?
A. Menambahkan eksport barang pengguna
B. Mewujudkan peluang pekerjaan
C. Meningkatkan produktiviti
D. Menambahkan pendapatan negara

3755/1 6 SULIT
SULIT 3755/1

22. Pilih pernyataan yang benar tentang Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat
Awam Berhad

Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad


A Syer boleh dipindah milik dengan Syer boleh dipindah milik dengan bebas
kebenaran
B Bilangan pemegang syer tidak terhad Bilangan pemegang syer terhad
C Syer boleh dijual kepada orang ramai Syer dijual kepada sekumpulan individu
tertentu
D Hal ehwal syarikat diumumkan Hal ehwal syarikat dirahsiakan

23. Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan oleh Encik Rahim

Encik Rahim telah membeli sebuah rumah. Rumah berkenaan disewakan


kepada rakannya. Setelah 10 tahun, rumah itu dijual.

Apakah aktiviti tersebut


A. Pengeluaran ekstraktif
B. Pengeluaran langsung
C. Perniagaan sewa beli
D. Pelaburan

24. Pernyataan yang manakah menerangkan tentang spekulator


A. Menjual dan membeli syer bagi pihak pelabur runcit untuk mendapat
keuntungan
B. Membeli syer pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi dalam masa
yang singkat
C. Membeli syer untuk mendapat pulangan dalam jangka panjang
D. Menjual syer untuk menambahkan modal syarikat

25. Puan Maznah membeli sebuah premis kedai bernilai RM 200 000. Beliau telah
menjual kedai tersebut pabila ditawarkan nilai RM 350 000. Berapakah
keuntungan modal yang Puan Maznah perolehi ?
A. RM550 000
B. RM350 000
C. RM200 000
D. RM150 000

26. Maklumat berikut berkaitan dengan satu prinsip perbankan Islam

3755/1 7 SULIT
SULIT 3755/1

Jika wang tunai diterima dengan persetujuan pelanggan untuk disimpan,


pihak bank bertanggungjawab ke atas keselamatan wang tersebut

Apakah prinsip tersebut


A. Wadiah
B. Ijarah
C. Kafalah
D. Murabahah

Soalan 27 berdasarkan maklumat di bawah

 Mengumpulkan modal daripada ahli-ahlinya menerusi penjualan


syer
 Menjalankan perkhidmatan yang terhad sahaja
 Melindungi kepentingan dan kebajikan ahlinya

27. Antara berikut, bank manakah yang mempunyai perkara di atas


A. Bank Simpanan Nasional
B. Bank Rakyat Malaysia Berhad
C. Bank Bumiputera-Commerce Berhad
D. Bank Pembangunan Malaysia Berhad

28. Faktor yang manakah perlu dipertimbangkan oleh pihak bank sebelum
meluluskan permohonan seseuatu pinjaman perniagaan ?
A. Lokasi operasi usahawan
B. Kedudukan kewangan peminjam
C. Bilangan pemilik syarikat
D. Sasaran pasaran peniaga

29. Cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan untuk membuat
bayaran tertentu kepada si penerima dalam Bandar yang sama ialah …
A. Kad bank
B. Cek jurubank
C. Cek pembawa
D. Cek perintah

3755/1 8 SULIT
SULIT 3755/1

30. Pernyataan berikut menerangkan gambarajah di atas kecuali


A. Cek ini tidak boleh dipindah milik kepada orang lain
B. Penerima yang sah ialah penerima yang namanya tertulis di atas cek
C. Jika cek ini hilang, orang yang menjumpainya tidak mempunyai hak milik ke
atas cek itu
D. Pengendorsan boleh dilakukan ke atas cek ini

31. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan overdraf ?


A. Pemohon perlu mengemukakan penjamin
B. Kemudahan diberi kepada pemegang akaun semasa
C. Kaedah pengiraan faedah secara kadar tahunan semasa
D. Suatu pendahuluan kepada pemilik kad kredit

32. Mengapakah nilai aset yang dicagarkan mesti lebih tinggi daripada amaun
yang dipinjam
A. Mengelakkan harga aset tersebut meningkat
B. Membantu bank menambah aset yang boleg dilelong
C. Mengurangkan nilai baki pinjaman yang perlu dibayar
D. Menampung kos pinjaman jika peminjam gagal membayar balik

3755/1 9 SULIT
SULIT 3755/1

Gambar 2 menunjukkan sekeping cek

33. Pernyataan yang manakah benar mengenai cek tersebut ?


A. Ramli adalah penyuruh bayar
B. Amirah adalah pesuruh bayar
C. Cek dibankkan di bank Ijarah Berhad Ipoh
D. Cek dibankkan di Bank Islam Shah Alam

34. Pernyataan yang manakah benar mengenai insurans


I. Amalan tolong menolong apabila menghadapi risiko
II. Cara mudah untuk mengatasi risiko yang tidak diingini
III. Mengurangkan risiko bencana melalui bayaran ganti rugi
IV. Meminimumkan kerugian apabila diyimpa risiko

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

35. Perbezaan yang manakah benar antara Risiko Boleh Insurans dengan Risiko
Tidak Boleh Insurans.

Risiko Boleh Insurans Risiko Tidak Boleh Insurans


A Kekerapan kejadian jarang Kekerapan kejadian sering
berlaku di seseuatu tempat berlaku di sesuatu tempat
B Kejadian sukar diramal Kejadian sukar diramal
kerana tiada maklumat kerana ada maklumat
terdahulu terdahulu
C Kerugian yang dialami boleh Kerugian yang di alami
dijangka secara statistik sukar dijangka secara
statistik
D Anggaran bayaran premium Anggaran bayaran premium
sukar dikira lebih mudah dikira

3755/1 10 SULIT
SULIT 3755/1

36. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis insurans

Encik Kasim berhasrat menyediakan perlindungan insurans kepada


keluarganya. Walaupun berpendapatan rendah, beliau sanggup membayar
premium yang kecil sehingga meninggal dunia.

Apakah jenis insurans yang perlu beliau miliki ?


A. Insurans liabiliti am
B. Insurans hayat sementara
C. Insurans kemalangan peribadi
D. Insurans hayat seumur hidup

37. Encik Abu telah mengupah seorang juruwang di kedai runcitnya. Apakah
jenis insurans yang perlu diambil bagi melindungi risiko ketidakjujuran
pekerja tersebut..
A. Insurans kecurian
B. Insurans liabiliti am
C. Insurans jaminan setia
D. Insurans hayat seumur hidup

38. Penyataan berikut adalah tentang prinsip insurans


Ganti rugi hanya akan dibayar kepada isured setakat kerugiannya yang
dialaminya sahaja.

Apakah prinsip insurans tersebut ?


A. Subrogasi
B. Indenmiti
C. Penuh percaya mutlak
D. Doktrin sebab hampiran

39. Syarikat Insurans ALM telah menolak permohonan Puan Azura untuk
menginsuranskan perubahan cita rasa terhadap fesyen pakaian ciptaannya.
Mengapakah permohonan tersebut ditolak..
A. Tiada data yang lengkap tentang kejadian risiko
B. Kadar premium yang terpaksa dikenakan adalah tinggi
C. Kemungkinan berlakunya risiko tu adalah sangat tinggi
D. Syarikat isurans akan mengalami kerugian jika risiko berlaku

40. Mengapakah undang-undang mewajibkan setiap pemilik kenderaan


bermotor membeli insurans pihak ke tiga..
A. Melindungi harta benda insured
B. Melindungi insured daripada tuntutan pihak ke tiga
C. Melindungi harta awam akibat kemalangan kenderaan bermotor
D. Membolehkan insurer membayar ganti rugi kepada insured akibat kecuaian
pihak ke tiga

3755/1 11 SULIT

You might also like