You are on page 1of 1

Introduction

Company name: Enco Wildbitez

Company Logo:

Company tagline:

Tagline syarikat Enco Wildbitez adalah “Savor it, lick it, bon appétit”.

Product Description:

Syarikat Enco Wildbitez akan memperkenalkan dan menjual suatu jenis produk iaitu
Cookiestick yang merupakan produk berasaskan cookies berperisa coklat yang dicampurkan
dengan kehadiran ‘chocolate chips’ pada adunannya. Keistimewaan dan keunikan atau
inovasi yang ada pada produk kami ialah penyediaan cookies berserta pencucuk ataupun
chopstick dan mempunyai 3 jenis pilihan sos yang berperisa iaitu coklat, keju dan strawberi.
Pelanggan boleh memilih jenis sos yang mereka inginkan mengikut citarasa masing-masing
dan kemudian mencelupkan cookies tersebut kedalam sos yang mereka pilih. Syarikat kami
akan membekalkan chopstick ataupun pencucuk sebagai alternatif untuk pelanggan yang
tidak mahir menggunakan chopstick. Kehadiran pencucuk ataupun chopstick adalah untuk
memudahkan pelanggan menikmati cookies di mana sahaja tanpa perlu mengotorkan
tangan mereka ketika mencelup cookies ke dalam sos tersebut. Oleh itu, pelanggan dapat
menjaga kebersihan terutama semasa musim pandemik ini dimana kita digalakkan untuk
kurang menyentuh kawasan mulut/hidung. Melalui kehadiran chopstick dan pencucuk pada
produk kami, maka terhasillah idea untuk menamakan produk kami sebagai Cookiestick.

You might also like