You are on page 1of 18
: dl to, OL: KaMeusibOR Jurnal Penyelidikan Dedtkasi, Jilid. STIMULUS GAYA PEMBELAJARAN MURID SUKAR BELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Mohd Razimi Bin Husin Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh mohdrazimi@ipip.edu.my Dr. Hj. Abd, Aziz Bin Shukor Universiti Pendidikan Sultan Idris Abd.aziz@fppm.upsi.edu.my Prof. Madya Dr. Ahmad Jazimin Bin Jusoh Universiti Pendidikan Sultan Idris ahmadjazimin@yahoo.com Abstrak Penyelidikan ini bertujuan meneroka kecenderungan dan penekanan gaya pembelajaran murid sukar belajar (MSB) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini adalah satu Kayian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif di mana data kajian diperoleh melalui pemerhatian, tenn bual dan analisis dokumen. Kajian dijalankan terhadap enam orang murid yang dipilih secara bertujuan di sekolah rendah integrasi yang berada di kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di negeri Perak yang berumur antara 19 hingga 13 tahun, Murid-nurid yang dipilih adalah mempunyai ciri-ciri kefimgsian belajar yang hampir sama yang dikategorikan sebagai slow learner. Data verbatim pemerhatian disokong oleh data tenn bual dan analisis dokumen, Empat orang guru dan enam orang ibu bapa di temu bual dalam kajian ini. Data ini dianalisis dengan teknik perbandingan Berterusam ciri gaya pembelajaran Murid Sukar Belajar Berkemampuan Tahap Tinggi (MSBBIT) menggunakan perisian NVivo8 bagi mengenal pasti tema ciri gava pembelajaran yang dimiliki oleh MSBBIT dan sejauh mana penekanan diberikan di sekolah, Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn dijadikan panduan dalam pemerhatian kerana model ini dikatakan paling sesuai diaplikasikan kepada MSB. Secara Reseluruhamrya, terdapat lima stimulus Khusus kepada pembelajaran dan kanduigan Pendidikan Islam yang hampir sama dengan Model Gaya Pembelajaran Dun dan Dunn dari aspek Stimulus Persekitaran, Stimulus Emosi, Stimulus Sosiologi, Stimulus Fisiologi dan Stinulus Psikologi. Pola-pola dapatan kajian ini dijadikan panduan untuk menghasilkan Model Gaya Pembelajaran MSBBTT di sekolah rendat. Kata Kunci: Gaya Pembelajaran, Murid Sukar Belajar, Pendidikan Islam, Strategi Pembelajaran dan Kajian Kes. Abstract This study aimed to explore and understand the tendency of a student's learning style among students with learning difficulties (MSB) in the subjects of Islamic Education. The study, using a qualitative approach was a case study and was conducted on six students aged 10 to 13 in the Perak (Primary) Integrated School. The students in the special education class were selected purposefully and they shared similar functional characteristics categorized as a slow learner. Data was collected through observations, interview and document analysis. Observation data was triangulated by verbatim transcribed interview data and document analysis. The interview data comprised data 59 Jurnal Penyelidikan Dedtkasi, Jilid 9, 2015 from six students and four teachers. Data of the study were analyzed by using constant ‘comparison techniques whereby the learning styles of high ability students with learning difficulties and the extent to which the emphasis is on school were categorized according to themes using NVivo8 software, Model Dunn and Dunn Learning Styles as a basis theory and guide for observation is said to be the most appropriate model is applied to the MSB. The results of the analysis show that, five stimulus due to specific sample show the patterns of the learning styles mostly related to the stimulus in the Dunn and Dunn model that is, Environmental, Emotional, Sociological, Physiological and Psychological. This finding calls for models of learning styles in the primary schools which could act as guides to schools and teachers. Key Words: Learning Styles, Learning Difficulties, Isiamic Education, Learning Strategies and Case Study. PENGENALAN Kajian-kajian lepas menggunakan istilah murid sukar belajar (MSB) secata meluas bagi murid-murid masalah pembelajaran dan murid-murid inklusif. Isu istimewa yang dibangkitkan ialah berkaitan penilaian pengajaran celik huruf kepada murid yang mempunyai masalah membaca dalam kelangan MSB termasuklah murid pemulihan (Wheldall, 2009, Seabi dan Amod, 2009). MSB ialah murid yang mempunyai tahap fungsi intelek yang terhad dan sedang berkembang ataupun berkembang pada tahap yang lambat berbanding murid lain (Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, 2011). Lata dan Gaonkar (2008) menggunakan istilah sukar belajar kepada murid lembam atau slow learner dalam. kajian mempertingkatkan pembelajaran sains, Manakala Mead (2012) menggunakan singkatan LLDD (Leamers with Learning Disabilities and Difficulties) untuk kajiannya terhadap murid kurang keupayaan dan kesukaran belajar. Istilah yang akan digunakan dalam kajian ini ialah Murid Sukar Belajar Berkemampuan Talap Tinggi (MSBBIT) yang dapat berfungsi hampir sama dengan murid normal walaupun mempunyai tahap 1Q yang lebih rendah berbanding murid normal (Mohd Razimi Husin, Abd. Aziz Shukor dan Ahmad Jazimin Jusoh, 2011). Mereka juga mempunyai kefiangsian yang tinggi dengan kemahiran motor halus sebagaimana murid aliran perdana, Mereka belajar pendidikan Islam dan j-QAF (Jawi, al-Quran, Babasa Arab dan Fardu Ain) berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, MSBBTT yang dimaksudkan ialah murid yang menguasai sebahagian 3M, mempunyai kemahiran tinggi dan ditempatkan di dalam Kelas terbaik di sekolah. Terdapat empat bidang pembelajaran yang melibatkan MSB. Salah satu daripadanya ialah bidang Kerohanian dan Nilai (Abdullah Yusoff, Shukri Ismail, Nik Azhar Nik Ab Rahman dan Azhari Muhamood, 2011). Dalam bidang Kerohanian dan Nilai, murid beragama Islam belajar Pendidikan Islam dan j-QAF berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Utusan Malaysia, 26 Ogos 2011), Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 9, 2015 rare, Latar Belakang Kajian Jabatan Pendidikan Khas telah menetapkan markah 80% dan ke atas sebagai murid tahap tinggi dalam ujian penentuan penempatan bagi 3 Komponen iaitu komponen manipulatif, Bahasa Melayu dan Matematik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Dalam kajian ini mereka yang dimaksudkan dengan separa inklusif ialah murid yang menerima pendidikan dalam sebaliagian mata pelajaran bersama-sama murid program aliran perdana atau pernah menerima pendidikan inklusif atas kemampuan mereka. Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan istilah Kategori Berkemampuan Tahap Tinggi kepada murid ini bagi membezakan mereka dengan MSB lain dalam pertandingan koku-akademik. Pelbagai strategi digunakan bagi memenuhi keperluan MSB seperti pembelajaran penguasaan perkataan melalui permainan pembelajaran spontan berjaya menarik perhatian MSB dan mencetuskan perasaan seronok kepada mereka (Subramaniam, Mallan dan Mat, 2013). Kajian tentang MSB di Malaysia telah dilaksanakan oleh Tan Kok Leong dan Yadav Hematram (2008), untuk menentukan sama ada penilaian perkembangan kanak- kanak dengan kecacatan di bawah pemuliban patut dilakukan pada selang tiga bulan atau selang enam bulan. Kajian terkini tethadap MSB dijalankan oleh Subramaniam, Mallan dan Mat (2013) tentang modul aktiviti multi-deria kanak-kanak disleksia di Malaysia Kajian Pendidikan Islam hanya melibatkan penyelidikan sains gunaan seperti kajian Mohd Aliff Mohd Nawi, Ezad Azraai Jamsari, Mohd Isa Hamza, Adibah Sulaiman dan Azizi Umar (2012) yang bertajuk The Impact of Globalization on Current Islamic Education Pernyataan Masalah Kumpulan MSBBTT tidak begitu dipandang khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF di Malaysia. Kajian awal penyelidik terhadap beberapa orang murid di Kuala Lumpur dan Perak menggalakkan lagi kajian ini dilakukan kerana mereka mempunyai citi yang berbeza dengan murid-murid lain, Murid-murid yang belajar dengan gaya pembelajaran menunjukkan prestasi belajar lebih baik daripada mereka yang belajar tanpa mengambil kira gaya pembelajaran (Hwang, Sung, Hung dan Huang, 2013). Oleh itu, kajian yang lebih khusus dan menyeluruh perlu dilaksanakan dengan memberi fokus kepada ciri-citi gaya pembelajaran MSBBTT dalam bentuk kajian kualitatif hasil daripada data pemerhatian, tem bual dan analisis dokumen. Selain itu, sukatan pelajaran Pendidikan Khas banyak menekankan kepada aspek ibadah solat yang memerlukan pendekatan dan kaedah penyampaian yang mudah difahami dan diingati murid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005a, 200Sb). Bermula tahun 2013 buku teks digunakan bagi murid talmun satu hingga tahun tiga meliputi kandungan yang lebih luas dengan penambahan bidang Akidah, Akblak dan Sirah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Walau bagaimanapun pelaksanaan penambahbaikan dan peningkatan proses PdP kurang dilakukan oleh mana-mana pihak. Sukatan pelajaran ini berbeza dengan sukatan pelajaran murid aliran perdana dari segi jumlah kandungan yang menunjukkan penekanan dan pendekatan yang berbeza perlu dilakukan kepada mereka. Kajian yang dilakukan oleh pelbagai institusi dan penyelidik juga membuktikan bahawa pembelajaran Pendidikan Islam MSBBTT masih tidak mengambil kira tahap dan 61 Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 9, 2015 rare, kecenderungan murid yang berbeza. Abdullah Yusoff dan rakan-rakan (2013) mendapati quru-guru j-QAF memiliki pengetalmuan tentang Pendidikan Khas dan mencadangkan agar satu kajian dilaksanakan bagi mengetabui sejauh mana pengetahuan mereka digunakan sebagai amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk menetoka gaya pembelajaran tethadap Murid Sukar Belajar Berkemampuan Tahap Tinggi (MSBBTT) yang diguaakan dalam membentuk strategi dan pendekatan yang sesuai kepada mereka. Tujuan Khusus kajian ini dilakukan untuk : i Meneroka ciri-ciri gaya pembelajaran MSBBTT berdasarkan kandungan pembelajaran Pendidikan Islam. ii. Menilai penekanan yang diberikan oleh guru dan ibu bapa terhadap gaya pembelajaran MSBBTT dalam pembelajaran di sekolah dan di rumah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. iii, Meneroka gaya pembelajaran MSBBTT sebagai indikator pembelajaran dan pencapaian yang boleh meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Soalan Kajian Secara umummya, pengkaji ingin melihat persoalan-persoalan berikut i Bagaimanakah ciri-ciri gaya pembelajaran MSBBTT berdasarkan kandungan pembelajaran Pendidikan Islam? ii, Bagaimana gaya pembelajaran telah digunakan dan diberi penekanan terhadap MSBBTT? iii, Bagaimana gaya pembelajaran MSBBTT sebagai indikator pembelajaran dan pencapaian meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam? Kepentingan Kajian Kajian ini dapat memperkaya maklumat berkaitan dimensi yang wujud dalam gaya pembelajaran MSBBTT. Hasil yang dipetoleh melalui ciri-ciri khusus gaya pembelajaran akan membantu para guru menentukan strategi dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada MSBBTT ini, Kajian ini juga semestinya memberi manfaat kepada MSBBTT itu sendiri dan murid-murid lain amnya apabila amalan pembelajaran berpaksikan kepada gaya pembelajaran, Selain itu, Kajian ini akan dapat dimanfaatkan oleh bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Jabatan Pendidikan Khas, Bahagian Latihan Perguruan, Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Perkembangan Kurikulum. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 9, 2015 rare, TINJAUAN LITERATUR Dunn dan Dunn (1978), mendefinisiken gaya pembelajaran sebagai cara orang atau individu menumpukan pethatian bagi memahami dan mengingati_maklumat atau kemabiran baharu, Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, gaya pembelajaran melibatkan faktor mempengaruhi persembahan bahan agama Islam secara sistematik kepada murid. Umpamanya pembelajaran murid bergantung kepada jenis pelajar, latar belakang tempat tinggal, umur dan latar belakang ibu bapa (Ahmad Mohd.Salleh, 2004), Setiap murid sewajamya mengetahui atau guru mencungkil untuk mengetabui gaya pembelajaran mereka dan melaksanakan pengajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid. Kajian Fine (2003), yang mengkaji pendekatan gaya pembelajaran, mmendapati bahawa murid lebih belajar, lebih ingat dan lebih seronok apabila pembelajaran berasaskan material pembelajaran mereka sendii. Dari segi pencapaian pula, didapati kerja kumpulan telah membantu pelajar mencapai peningkatan skor lebih tinggi. Kajian Alireza Homayouni dan rakan-rakan (2009) pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan hubungan positif antara pelbagai lapangan gaya-gaya pembelajaran dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Pyle (2009), mendapati bahawa ‘pemulihan’ yang diberikan menunjukkan masalah kerja rumah kanak-kanak ADHD yang amat bemmiasalah boleli dikurangkan. Jadi intervensi dalam pengajaran kemahiran kerja rumah termasuklah intervensi dalam gaya-gaya pembelajaran memberi kesan yang positif dalam memperlengkapkan diri murid-murid Pendidikan. Fine (2003) juga banyak menyentuh tentang model gaya pembelajaran Dunn dan Duan untuk memaksimumkan proses pengajaran dan pembelajaran, yang metupakan satu- satunya strategi pengajaran yang secara positifaya memberi kesan kepada pencapaian inurid-nmurid Pendidikan Khas. Fine (2002) dalam bahagian pertama dalam kaji selidik mendapati kecenderungan gaya pembelajaran daripada kedua-dua iaitu Pendidikan Biasa (RED) dan Pendidikan Khas (SPED) di sekolah tinggi dengan menggunakan Inventori Gaya Pembelajaran (Dunn, Dunn dan Price, 2000). Secara signifikannya kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai trait gaya pembelajaran yang berbeza. Kajian terkini oleh Mohd Razimi Husin, Abd. Aziz Shukor dan Ahmad Jazimin Jusoh. (2011), menunjukkan terdapat empat citi gaya pembelajaran utama wujud pada murid- mnurid ini. Dalam unsur tanggungjawab mereka boleh melakukan kerja sendiri dan boleh mencari maklumat tanpa bantuan guru. Manakala dalam stimulus sosiologi mereka suka belajar dengan cara berdamping dengan guru METODOLOGL Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Kajian kes bersesuaian dengan hasrat dan matlamat kajian iaitu untuk memahami dan 63 Jurnal Penyelidikan Dedtkasi, Jilid 9, 2015 meneroka situasi atau keadaan dan amalan seseorang dalam konteks kehidupan sebenar (British Ministry of Education, 2000). Hasil pemerhatian, temu bual dan data dokumen dianalisis secara kualitatif. Penemuan data menggunakan alat-alat pengukuran iaitu nota lapangan pemerhatian, soalan-soalan temu bual dan profil murid. Hasil temu bual bertujuan mendapatkan maklumat lanjutan berhubung dengan gaya pembelajaran murid dan juga untuk tujuan triangulasi. Data-data gaya pembelajaran Pendidikan Islam akan dianalisis dengan menggunakan jadual pemerhatian lapangan berpandukan model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn. Analisis gaya pembelajaran murid ini akan menentukan gaya pembelajaran mereka dan juga gaya pembelajaran yang tidak berasaskan mode! Dunn dan Dunn. Peserta Kajian Peserta Kajian ini adalah murid-nmurid di dua buah sekolah terpilih di negeri Perak. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan pensampelan tujuan (purposive sampling), Murid-murid berumur antara 10 hingga 13 talnun didapati sesuai dipilih sebagai peserta kajian kerana kelas MSB dalam program Pendidikan Khas menempatken murid-murid yang berbeza umur dalam satu kelas berdasarkan kefungsian mereka Alat Pengumpulan Data Dalam kajian ini data-data diperoleh menggunakan alat pengumpulan data iaitu borang pemerhatian lapangan, soalan-soalan temubual dan borang catatan profil murid. Hasil pemerhatian, temu bual dan data dokumen dianalisis secara kualitatif, Borang pemerhatian lapangan merupakan helaian catatan yang digunakan untuk mencatat atau merakam pembelajaran sebenar murid. Kemudian temubual dijalankan bertujuan mendapatkan maklumat lanjutan berhubung dengan gaya pembelajaran murid. Analisis kualitatif menggunakan perisian Nvivo versi 8 untuk mendapatkan tema bagi menjawab persoalan kajian. Analisis dan Interpretasi Data Data kualitatif dalam kajian ini dijangkakan terlalu banyak kerana ianya berpunca daripada pelbagai sumber. Proses pengumpulan data tidak akan berakhir walaupun proses analisis telah bermula, sebaliknya akan berlaku secara berterusan kerana maklumat yang kurang sempurna akan terus ditambah baik sehingga tiada lagi data perlu ditambah. Proses pengumpulan data dan analisis tidak dijalankan secara linear kerana ianya mungkin berlaku secara bertindan. Triangulasi dalam kajian ini melibatkan orang yang paling hampir dengan MSBBTT iaitu guru dan ibu bapa. Guru dan ibu bapa juga boleh menjadi satu mediator faktor persekitaran. Kesemua data yang diperoleh diuruskan menggunakan perisian Nvivo versi 8. Data-data berasaskan teks seperti nota Iapangan pemerhatian, transkrip temu bual, dokumen-dokumen berkaitan dan nota penyelidik akan diuruskan dengan sistematik supaya boleh dianalisis mengikut komponen tertentu. Komponen-komponen utama dalam kajian ini adalah Komponen pengumpulan, penguncupan, pengolahan dan kesimpulan sebagaimana yang dicadangkan oleh Noraini Idris (2010). Kod dibina berasaskan teori, pengetahuan atau rumusan daripada teks, merujuk kepada gaya pembelajaran mutid. Penjanaan tema, pola dan perkaitannya bersifat interpretif, iaitu memberi makna kepada teks yang dibaca, 64 Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 9, 2015 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Ci ‘iri Gaya Pembelajaran MSBBTT dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Semasa proses PdP penyelidik melihat ciri atau tingkah laku yang menggambarkan kecenderungan atau unsur gaya pembelajaran tertentu yang wujud dalam diti mutid. Beberapa stimulus telah menunjukkan citi-citi yang nyata dan tekal melalui kaedah perbandingan sebagaimana yang dijelaskan berikut ini Stimulus Munagasyah Stimulus Munagasyah yang dibincangkan ini merupakan stintulus sosiologi yang terdapat dalam Model Dunn dan Dunn (Wamba dan Dunn, 2007). Beberapa unsur dalam stimulus tersebut dikaitkan secara khusus dengankandungan Pendidikan Islam.Stimulus tersebut dinyatakan dalam Jadual 1. Jadual 1 ‘Stimulus Sosiologi dalam Pendidikan Islam MSBBTT M1-MB di Si dan S2 Bi Gaya Unsur MIS M2S_ M3S_ MIS M2S M3S_ Catat I Pembelajar 1 1 1 2 2 an an MSBBIT 1 Munagasyah Bangkit X X X xX xX Xx ‘Semangat Gharib x x Xx x x Xx Maklumat X X X X xX XxX Lepas Stimulus munagasyah melibatkan kecenderungan belajar melalui perbincangan yang dikendalikan guru, Berdasarkan pemethatian, penyelidik mendapati banyak unsur dan citi yang ditunjukkan dalam stimulus ini seperti unsur bangkit semangat, gharib, maklumat baharu, maklumat lepas, respon dan tashih yang mana pada setiap ciri tersebut mempunyai maklumat atau aktiviti khusus yang akan dijelaskan berikutnya. Unsur ini dikategorikan bersama dalam stimulus sosiologi kerana mempunyai persamaan dengan unsur dewasa iaitu melibatkan guru, Unsur bangkit semangat ditunjukkan apabila MSBBTT terlibat dalam perbincangan yang diketuai guru untuk membangkitkan semangat murid. MSBBTT akan terus bersemangat belajar selepas menjawab soalan guru dengan betul. Fariza (M2S1) dilihat terus bersemangat apabila memberi jawapan yang betul setelah guru mencungkilnya, Fariza menunjukkan semangat belajar dengan memberi respon kepada perbincangan guru selepas itu seperti transkrip berikut; (MSBBTT/SM/BGKT SMGT/CNGKL JWPN BTL): “Fariza mengantuk, guru tegur, Sila beritahu ustazah anggota wuduk yang wajib, tanya ustazah, Kawan- 65 Jurnal Penyelidikan Dedtkasi, Jilid 9, 2015 kawan lain menjawab kecuali Fariza. Kemudian ustazah meminta murid menyatakam anggota wajib secara sumbang saran. Ustazah menulis jawapan yang betul. Fariza menjawab dengan betul dan baharu bersemangat dengan mencelah-celah kata-kata guru”. (M281 RV:005) Dapatan tersebut disokong oleh kenyataan Halim (M2S2) yang mampu membangkitkan semangat belajar apabila memberi jawapan yang betul terutamanya apabila beliau mengantuk iaitu: (MSBBTT/SM/BGKT SMGT/CNGKL JWPN BIL): “... ngantuk tak suka ... rasa bila jawab betul terkejut ... jawab betul ... sedar sikit .. tak ngantuk, tak bosan”. (M282TS2:012) Guru mereka juga bersetuju dengan pembelajaran sedemikian boleh membangkitkan semangat. Gum yang memabami murid akan berusaha membina soalan-soalan perbincangan yang sesuai. Oleh itu, setiap kali kelas Pendidikan Islam, Ustazah Lina banyak tanya soalan bagi memastiken terdapat soalan yang boleh dijawab MSBBTT tersebut seperti katanya; (MSBBTT/SM/BGRT SMGT/CNGKL JWPN BIL): “Kalau Halim, dia tahu dia dah dapat jawab dengan baik, masa tu bahar dia semangat sikit, tapi kalau dia bagi jawapan salah ..lepas itu memang tak berapa fokus .. ikutkan tiap kali kelas, cuma banyak soalan saya tanyakan, Maknanya dalam satu sesi ..ada yang beuul.” (G2S2 TS2:026) Selain daripada bersemangat apabila memberi jawapan yang betul, MSBBTT juga bersemangat membetulkan perbuatan rakan dalam kemahiran yang di ajar apabila mereka telah berjaya melakukannya dengan benul. Terdapat juga murid yang mempunyai kecerdasan existencial apabila lebih berminat untuk bertanya tentang perkara abstrak dan ketuhanan atau lebih tepat lagi dinamakan unsur gharib. Unsur gharib bercirikan maklumat asing menjadi gaya pembelajaran MSBBTT. Ciri maklumat asing adalah perbincangan tentang kandungan pembelajaran yang tidak pemah di dengar atau perkara abstrak yang belum diketahui. Contoh tajuk yang sesuai untuk unsur gharib adalah Rukun Iman, Allah, Malaikat dan Hari Kiamat seperti yang ditunjukkan oleh Halim melalui tenm bual gurunya iaitu; (MSBBTT/SM/GHARIB/MKLMT ASING): “..sebelum ini dia tak pernah dengar, jadi biasanya benda yang dia tak tahu dia akan fokus .., contoh pasal hari kiamat. " (G282 TS2:026) Unsur gharib ini cenderung kepada kemahizan existential iaitu suka bertanya perkara abstrak dan berbeza dengan kemabiran kinestatik dan taktual kerana kemabiran existential melibatkan kecenderungan belajar tentang perkara-perkara yang tidak dapat diliat atau dijangkan dengan mata kasar seperti berikut: 66 Jurnal Penyelidikan Dedtkasi, Jilid 9, 2015 (MSBBTT:SM/GHARIB/MKLMT ASING)". amat _berminat untuk bertanya perkara-perkara abstrak seperti malaikat dan kekuasaan Allah,’ (MIS1 TSI: 019) Oleh itu guru perlu pendekatan dan kaedah yang menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai seperti penerangan serta berbantukan papan putih dan layar skrin yang boleh menatik minat murid Unsur maklumat lepas atau. mengulang kaji tajuk lepas bersama guru amat membantu MSBBTT menerima pelajaran dengan baik. Memandangkan kandungan tidak banyak dan masa tidak dihadkan, guru sentiasa metancang aktiviti wlang kaji tajuk-tajuk lepas. Dapatan pemerhatian dan temu bual menunjukkan ulang kaji tajuk-tajuk lepas berjaya memantapkan pengetahuan MSBBTT. Azim murid sekolah 2 menyatakan nmdah ingat belajar dengan cara mengulang kaji tajuk lepas bersama guru. Begitu juga Halim, murid sekolah 1 apabila dalam pemerhatian beliau adalah seperti berikut; (MSBBTT/SM/MKLMT LEPAS/ULANG KAJ): "Pada langkah pengajaran yang kedua, guru membuat ulang kaji tajuk lepas. Halim masih ingat lima nama- nama malaikat. Kemudian guru memberi masa untuk murid-murid menghafal nama-nama malaikat untuk menambahkan lagi ingatan mereka kepada nama- nama malaikat yang lain.’ (MISI OS1:016) Stimulus Fisiologi Stimulus fisiologi memiliki ciri-ciri pengalaman pembelajaran.Stimulus tersebut adalah stimulus lagu dalam pembelajaran Pendidikan Islam MSBBTT. Stimulus lagu seperti mempunyai kaitan dengan uasur audio yang telah dibincangkan dalam stimulus fisiologi ini, Stimulus lagu adalah belajar melalui lagu yang diperdengarkan guru jaitu melibatkan citi audio, Guru memperdengarkan lagu nasyid menggunakan komputer riba. MSBBTT memberi tumpuan apabila guru mengajar dengan memperdengarkan lagu. Contoh-contoh transkrip pemerhatian dan temu bual terdapat pada unsur audio pada dapatan yang dibincangkan sebelum ini. Namun, sebagai tambahan, MSBBTT didapati senang mengingati maklumat yang terkandung dalam lagu nasyid sebagaimana kata Ustazah Lina iaitu: (MSBBTT:SLINASYIDINASYID): “yang itu memang dia suka sebab kalau menvanyi memang dia senang ingat . kalau menyanyi, ikur lagu yang sava pasangiah sebab itu yang dia suka .. banyak lagu solat dan wuduk sebab benda itu banyakkan. Macam rukun wuduk banyak.” (G282 TS2:026) Begitu juga dengan Halim (M2S2) yang akan menyanyi dengan kuat bersama-sama dengan klip video “AA” ‘Ba’ ‘Ta’ yang ditayang oleh’ gurunya O$2:050). Oleh itu, MSBBTT bukan sahaja dengar lagu nasyid, malah mereka akan turut bersama-sama menyanyi dan mengingati lirik lagu yang merupakan kandungan pelajaran mereka. Begitu 67 Jurnal Penyelidikan Dedtkasi, Jilid 9, 2015 juga Azam (M1S2). iaitu: (MSBBTT/SLINASYIDNASYID): “Semasa guru menayangkan video lagu melalui Komputer,Azam kelihatan seronok dengan lagu ‘alif’'ba' ‘ta’, Dia dapat mengingat lagu dan menyenyikan bersama mengikut rentak. ” (MIS2 RVS2:005) Penggunaan audio menarik minat murid belajar dan memberi kesan yang tinggi terhadap penerimaan pembelajaran. MSBBTT amat suka kepada audio yang melibatkan lagu dengan memberi tumpuan apabila diperdengarkan lagu. Sebagai Contoh, Halim (M1$1) dalam temu bual menyatakan seperti berilcut: (MSBBTT:SF/PERSEPSI/AUDIO/LAGU): “sikit-sikit ada dengar lagu.. suka’ (MIS1 TS1:011) Begitu juga dengan Halim (M2S2) yang suka dan rasa seronok, mudah ingat dan fabam apabila belajar melalui audio lagu yang mana beliau menjelaskan seperti berikur; (MSBBTT:SF/PERSEPSVAUDIO/LAGU): “.suka..Jagu —huruf hifatvah, seronok.. (angguk menvatakan beliau ingat dan faham)..’ (M22 TS2:012) Dapatan berikut tidak sepadan dengan mana-mana gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn. Dapatan yang telah dibincangkan sebelum ini adalah sepadan dengan gaya pembelajaran Mode] Dunn dan Dunn. Terdapat satu unsur baharu dengan cii-cirinya yang Khusus telah diperoleh dalam pemerhatian, tamu bual dan analisis dokumen yang dijalankan penyelidik. Stimulus Ghalib Stimulus Ghalib ialah pembelajaran yang berlaku secara rutin terutamanya yang selalu dilakukan di rumah, Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan terhadap MSBBTT, terdapat satu unsur dan satu citi yang terdapat dalam Stimulus Ghalib iaita unsur rutin dan citi amalan harian di rumah. Mereka akan melaksanakan dan menjawab soalan dengan baik sekiranya melibatkan perkara amalan harian di rumah seperti yang dijelaskan melalui transkrip berikut; (MSBBTT:SG/RUTIN/HARIAN): “Kala macam Halim, kalau saya bawa ke tempat lain yang tiada orang, biasa dia bagi tumpuan lebih berbanding dalam kelas yang dah biasa sebab nungkin pada saya .. kalau macam di suran, solat, macam dia itu dah biasa pergi ke masjid, surau, macam dia boleh aplikasikan apa yang dia selalu buat...” (G2S2 TS2:026) Tou Halim sendiri menyataken anaknya Halim tidak meninggalkan amalan fardu semasa di rumah. Katanya: (MSBBTT:SG/RUTIN/HARIAN): “.. budak susah solatkan, tapi dia bangun dia 6s Jurnal Penyelidikan Dedtkasi, Jilid 9, 2015 dengar azan .. dia solat subuh lepas itu baharu dia tidur balik..” (IB M2S2 TIB:028) Begitu juga Azim (MIS2) belajar dengan baik apabila melibatkan perkara yang selal dilakukan dirumah seperti sembahyang dan mengaji al-Quran (TS2:013). Selain dapatan melalui temu bual, Azim (M1S2) melaksanakan aktiviti pada lembaran kerja dengan amat baik untuk kedua-dua perkara tersebut seperti ditunjukkan pada dokumen 1 dan 2 (DIS2 & D282). Selain Azim, Halim juga dapat menjawab semua soalan perkata rutin yang dilakukan dirumah. Gaya Pembelajaran yang telah Digunakan dan Diberi Peuekanan kepadaMSBBTT Stimulus Sosiologi Munaqasyah Stimulus sosiologi munagasyah merupakan gaya pembelajaran MSBBTT. Berdasarkan pemerhatian dan temm bual didapati guru Pendidikan Islam j-QAF selalu melakukan aktiviti munagasyah bersama MSBBTT. Pendekatan bermunaqasyah dengan MSBBTT amat tepat dan kena dengan gaya pembelajaran mereka. Aktiviti yang dilakukan guru bersama MSBBTT adalah ulang kaji tajuk-tajuk lepas, sumbang sarah dan menyoal soalan mudab bagi mengaktifkan murid. Ulang koji tajuk lepas bersama guru amat membantu MSBBTT menerima pelajaran dengan baik dan berjaya memantapkan pengetaliuan mereka. Ustazah Lina (G2S2) menyatakan beliau selalu membuat perbincangan tajuk lepas dengan murid dan murid- inuridnya membeti tindakbalas yang baik tentang perkara yang telah dipelajari (TS2:026) Kadang-kadang Ustazah Lina merangka dan melaksanaian perancangan khusus untuk ulang kaji dalam sesuatu sesi PAP iaitu: (MSBBTT:SM/MKLMT LEPAS/ULANG KAID: “Selepas 30. minit_kelas bermula Ustazah Lina masih membuat ulang kaji tentang anggota wuduk dan lafa: niat serta doa selepas wuduk. Azim tidak mengingati perkara sunat wuduk iaitu memasukkan air ke dalam hidung. Azim mengingati niat wuduk dengan baik, rerapi tidak ingat untuk doa selepas wuduk.” (G282 082: Begitu juga, guru membuat sumbang saran tentang cara-cara berwuduk yang mana mendapat respons yang baik dari murid mereka (M2S2 RVS2:052). Selain itu, guru juga selalu mengajukan soalan yang cenderung dijawab murid seperti yang ditunjukkan oleh Halim iaitu: (MSBBTT/SM/BGKT SMGT/CNGKL JWPN BTL): “Kalau Halim, dia tau dia dah dapat jawab dengan baik, masa tu baharu dia semangat sikit, tapi kalau dia bagi jawapan salah .Jepas itu memang tak berapa fokus .. ikutkan tiap kali Felas, cuma banyak soalan saya tanyakan. Maknanya dalam satu sesi .ada yang betul.”. (G2S2 TS2:026) 69 Jurnal Penyelidikan Dedtkast, isd 9 Gia Pelaksanaan kaedah-kaedah dan teknik-teknik tersebut membantu MSBBTT memahami kandungan dan membandingkan sesuatu perkara dengan lebih jelas. Oleh itu, guru perlu sentiasa merancang aktiviti-aktiviti sebegini yang mampu membant murid menerima dan memantapkan maklumat yang disampaikan. Stimulus Fisiologi Baca Stimulus fisiologi baca merupakan gaya pembelajaran MSBBIT. Berdasarkan pemerhatian dan temm bual didapati guru Pendidikan Islam j-QAF selalu melakukan aktiviti membaca. Aktiviti membaca sinonim dengan kandungan pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, aktiviti ini kena dengan gaya pembelajaran MSBBTT. Aktiviti yang dilakukan guru bersama MSBBTT adalah menayangkan video bacaan contoh, bacaan berbimbing dan bacaan kuat beramai-ramai. Dalam menjawab soalan satu, istilah giraah digunakan untuk gaya pembelajaran ini. Berdasarkan dapatan hasil pemerhatian, didapati guru telah menayangkan video berikut; (MSBBTT:SF/QIRAAH): “Guru menayangkan video bacaan Inruf. hijaiyah Murid ikut bacaan tersebut dengan pemih minat.” (M2S2RVS2:050) Selain itu, guru selalu melakukan aktiviti bimbingan bacaan yang memerlukan dampingan dan musyafahah, Musyatalah adalah contoh sebutan yang didengar dan dilihat gerak bibir sebagai contoh: (MSBBTT:SE/QIRAAH): “Guru yang disebelah Mahfiz bertanya, ‘Kenapa baca panjang pada kalimah iyyaka?’. Guru menyatakan sebab kalimah tersebut ada ‘alif’. Mahfuz membacanya dengan beiul ayat empat tersebut. Mahfuz yang berjaya membaca dengan betul membant rakannya yang lain membaca. Kenndian guru membimbing membetulkan sebutan kalimah ‘na an am’ ..” (MB3SIRVS1:051) Kesimpulannya, giraah membantu murid bersemangat belajar apabila dibantu dengan sumber yang menyeronokkan, memantapkan bacaan apabila dilaksanakan secara musyafahah dan bacaan kuat. Kesenma aktiviti ini lebih sesuai dilaksanakan secara sendirian melainkan terdapat murid turus isitu yang mampu membantu rakan-rekan mereka. Stimulus Fistologt Amali Stimulus fisiologi amali merupakan salah satu gaya pembelajaran MSBBTT. Berdasarkan pemerhatian dan temm bual didapati guru Pendidikan Islam j-QAF selalu melakukan aktiviti amali di lar dan dalam bilik darjah. Berdasarkan pemerhatian, didapati guru telah melaksanakan amali di perkarangan bilik darjah sebelah pintu masuk sebagaimana berikut; (MSBBTT:SF/AMALD: “Mida-nnia guru bimbing murid baca doa masik tandas, Kemudian murid dilatih membaca doa tersebut sehingga berjaya. Apabila murid dapat membaca doa tersebut dengan batk, guru mengarahkan murid keluar Kelas untuk menunjukkan cara masuk tandas. Bilik darjah dianggap sebagai tandas.” 70 Jurnal Penyelidikan Dedtkasi, Jilid 9, 2015 (2s RVS1:020) Selain itu, guru juga melaksanakan amali saghir iaitu tunjuk cara di tempat duduk. Namun, aktiviti ini tidak menjadi gaya pembelajaran murid kerana didapati kurang berkesan (M2S2 TS2:027). Kesimpulannya, MSBBTT menguasai maklumat dan kemabiran yang disampaikan melalui pelaksanaan kemahiran sebenar atau melalui tunjuk cara yang dilakukan sendiri oleh mereka. Gaya Pembelajaran Sebagai Indikator Pembelajaran dan Pencapaian MSBBTT Dapatan bahagian ini menjawab soalan kajian ketiga iaity gaya pembelajaran sebagai indikator pembelajaran dan pencapaian yang meningkatkan kualiti penerimaan maklumat MSBBTT dalam mata pelajaran Pendidikan Islam j-QAF. Gaya pembelajaran lebih penting berbanding strategi tertentu. Hal ini semua akan dinilai berdasarkan data-data berikut ini. Penilaian dibuat berdasarkan pembelajaran murid yang belajar berasaskan minat bagi mengenal pasti bagaimana dan kenapa minat mempengaruhi gaya pembelajaran. Oleh itu dapatan bahagian ini akan merungkai kaitan antara gaya pembelajaran dan minat secara mendalam. Stimulus Munaqasyah Bangkit Semangat Stimulus munagasyah sebabagian daripada stimulus sosiologi. Gaya pembelajaran stimulus munagasyah melibatkan unsur bangkit semengat, gharib, maklumat lepas dan respons yang mana pada setiap ciri tersebut mempunyai maklumat atau aktiviti khusus, Unsur bangkit semangat lebih efektif apabila guru mengajukan soalan yang mudah dahulu (M2S1 RVS1:051). MSBBTT merasa teruja untuk menjawab soalan mudah, Tambahan pula, apabila guru menyuruh tulis jawapan di papan putih (M2S1 RVS1:051), MSBBTT dengan pantas bertindak balas pertanyaan guru apabila yakin jawapan yang akan diberikan adalah betul (G22 TS2:026). Sekiranya soalan sukar, mereka kurang memberi respon.Oleh itu, guru perlu selang seli soalan mudah dan susah bagi memantapkan pengetahuan baharu. Contoh soalan muds adalah tentang solat, wuduk dan Jawi (G2S2 7'$2:026). MSBBTT suka menjawab dengan ringkas lebih kurang tiga patah perkataan (M2S2 TS2:011). Jawapan yang diberi peri betul baharulah mereka bersemangat belajar. Sekiranya jawapan mereka salah menyebabkan meteka tidak fokus selepas itu. Guru melaksanakan amalan ini setiap kali kelas Pendidikan Islam dan setiap sesi mereka ada menjawab jawapan dengan betul (G2S2 TS2:026). Contoh soalan yang ditanya ialah; (MSBBTT:SM/BGKT SMGT/CNGKL JWPN BTL)“Contoh soalan kalau macamn puasa ..bila puasa. Puasa bulan apa?” (G2S2 TS2:026) Guru yang memahami murid akan berusaha membina soalan-soalan perbincangan yang sesuai. Setiap kali kelas Pendidikan Islam, guru banyak tanya soalan bagi memastikan tetdapat soalan yang boleh dijawab MSBBTT sebelum berali kepada soalan seterusnya yang lebih sukar. Soalan muda bertujuan membangkitkan semangat belajar, manakala soalan sukar bertujuan menyerapkan pengetahuan babaru sebelum soalan tersebut menjadi soalan mudah untuk masa berikutaya Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 9, 2015 rare, Stimulus Munaqasyah Gharib Gharib merupakan satu unsur dalam stimulus munaqasyah yang juga sebahagian daripada stimulus sosiologi kerana melibatkan soalan murid kepada guru dalam interaksi pelajaran. Gaya pembelajaran unsur gharib melibatkan istilah yang tidak pemah di dengar atau perkara abstrak. Contoh tajuk yang sesuai untuk unsur gharib adalah Rukun Iman, Allah, Malaikat dan Hari Kiamat. Selain itu, istilah sukar pada maksud doa-doa yang dibaca juga menjadi tarikan MSBBTT seperti perkataan ‘azab’ (M3S1 RVS1:006). Stimulus Lagu Stimulus lagu mempunyai banyak persamaan dengan stimulus pengalaman nyanyi seperti yang dijelaskan sebelum ini. MSBBTT amat sukakan lagu. Kandungan Pendidikan Islam inenggunakan lagu-lagu nasyid, Lagu-lagu nasyid ini bukan sahaja_merupakan kecenderungan MSBBTT. malah lagu juga merupakan indikator yang baik dalam mencapai hasil pembelajaran, Mereka suka dan senang menyimpan maklumat melalui cara ini (G2S2 TS2:026). Hazim (M2S2) menyatakan beliau sukakan nasyid (TS2:027). Nasyid juga ditonton dan didengar melalui klip video komputer. Mereka akan melibatkan diti dengan cara menyanyi mengikut Klip video yang ditonton kepada mereka (M2S2 0S2:050). Mereka menghayati pada tayangan pertama dan boleh ikut menyanyi pada tayangan kedua, Kesimpulannya, gaya pembelajaran ini bukan sabaja menarik tumpuan MSBBTT. malah merupakan indikator bagi meningkatkan kualiti pembelajaran mereka apabila aktif melibatkan diri menyanyi mengikut lagu sekurang-kurangnya pada tontonan kedua. KESIMPULAN DAN CADANGAN, Dapatan kajian memberi sumbangan yang besar kepada murid dan warga pendidik kerana kecenderungan yang ditunjukkan mmurid membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan seperti menggunakan strategi dengan teknik dan bahan bantu tertentu. Antara strategi yang boleh membantu MSBBTT ialah pembelajaran melalui tayangan klip video Selain itu pelaksanaan amali merupakan satu kaedah yang amat sesuai untuk bidang ibadah. Kaedah lagu dan nyanyian mendorong MSBBTT menumpukan perhatian dan aktif semasa belajar. Guru juga perlu tahu kaedah membangkitkan semangat belajar murid yang pasif atau merasa bosan di dalam bilik darjah. Banyak istilab-istilah yang perlu diterokai olen MSBBTT dalam kandungan pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini merumuskan bahawa terdapat teknik yang sesuai untuk tujuan tersebut iaitu teknik gharib. Teknik gharib diperincikan dalam jadual 2 berdasarkan hasil dapatan kajian ini. Jurnal Penyelidikan Dedtkasi, Jilid 9, 2015 Jadual 2 Panduan Gharib Perkara Prosedur Gharib Kesan/Pembabitan Lain * Membina tema pembelajaran ¢ —Lebil fokus yang menarik © Ingin tabu Gharib * Memastiken — istilah-istilah « Memantapkan tertentu: yang tidak pernah pengetahuan didengar murid © Contoh tema yang © Lebihberkesan sekiranya sesuai: Tuhan yang membiarkan murid bertanya MahaEsa, Malaikat tentang perkara gharib dekat dengan kita © Menyediakan klip video dan Kiamat akan untuk menjelaskan perkara tiba. gharib © Memastikan istilah sukar pada doa difahami, conto ‘azab™ Manakala cadangan-cadangan yang perlu diberi perhatian oleh penyelididk akan datang adalah melibatkan perbezaan responden, metodologi, bidang dan pembentukan strategi sebagaimana dijelaskan berikut ini Kajian yang berikut pula memupakan satu kajian kualitatif perbandingan di antara MSBBTT dengan murid lain dalam pelbagai bidang termasuk Pendidikan Islam dan j- QAF. Cadangan kajian perbandingan ini agar ciri-ciri kelemahan yang ada pada MSBBTT dapat diperhatikan, dipersembahkan dan disenaraikan bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian ini khususnya apabila melibatkan model-model pembentukan dan pelaksanaan kurikulum. Dapatan kajian ini menekankan pengamalan dalam bilik darjah yang berkait dengan persekitaran. Oleh im, dicadangkan kajian berikutnya menggunakan inventori-inventori yang dibina berasaskan dapatan kajian ini bagi menyokong dapatan ini dan juga bagi kegunaan kumpulan pelajar lain. Penyelidik akan datang boleh membina inventori gaya pembelajaran yang menekankan pengamalan standard Kandungan dan standard pembelajaran yang kiusus kepada mata pelajaran tertentu. Bagi memudahkan penyelidik akan datang, soalan tenm bual yang disahkan oleh pakar boleh dijadikan panduan dalam mendapat maklumat secara mendalam bagi membina strategi pelaksanaan kurikulum yang mantap kepada MSBBTT dan murid lain. Batasan Kajian Kajian ini berpandukan kepada model Dunn dan Dunn yang berkaitan dengan cara murid memperoleh maklumat. Selain itu, kajian ini juga menumpukan kepada pengaruh sekitar untuk melihat sumbangannya kepada dimensi psikologi. Penyelidikan ini hanya tertumpu kepada murid-murid sukar belajar di kelas Pendidikan Khas masalah pembelajaran tahap B Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 9, 2015 tinggi sekolah rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF. Kanak-kanak tahap tinggi yang dimaksudkan adalah murid cemerlang yang mempunyai kemahiran tinggi dan ditempatkan di dalam kelas terbaik di sekolah. Mereka belajar pendidikan Islam dan j-QAF berdasarkan modul yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. ‘Manakala umur mutid yang dipilib sekitar 10 hingga 13 talun. Implikasi Kajian Hasil perbincangan dapatan kajian ini menghasilkan beberapa implikasi terhadap penghasilan model, teori, praktis, serta polisi dalam sistem pendidikan di Malaysia secara umum dan sistem pendidikan terhadap MSBBTT secara khusus. Cadangan terhadap implikesi ini juga akan dibincangkan bagi meayempurnakan lagi hasil kajian ini. Avpek Teori dan Penghasilan Model daripada Pola Dapatan Kajian Ciri bagi setiap kategori kerangka kajian ini khususnya yang berkaitan dengan ciri gaya pembelajaran pada umumnya masih dalam peringkat teori yang belum dapat dibuktikan dengan kajian saintifik di lapangan melainkan kepada peserta kajian. Secara ringkas ciri gaya pembelajaran MSBBTT merangkumi dua babagian utama iaitu yang berasaskan Model Dunn dan Dunn dan yang bukan berasaskan Model Dunn dan Dunn. Selain itu, rangsangan persekitaran juga perlu diberi perhatian kerana didapati telah mempengaruhi faktor wujudaya gaya pembelajaran tertentu pada MSBBTT. RUJUKAN Abdullah Yusoff, Che Rabiaah Mohamed, Che Noorwani Che Wil, Azhari Muhamood & Halim Wan Ibrahim. (2013). Pengetahuan tentang Pendidikan Khas dalam kalangan guru pelatih program j-QAF minor Pendidikan Khas. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia Abdullah Yusoff, Shukri Ismail, Nik Azhar Nik Ab Rahman & Azhari Muhamood, (2011). Pengurusan kurikulum Pendidikan Khas Masala Pembelajaran: Satu kajian awal dan keperluan inovasi, Dalam Prosiding International Conference on Early Childhood and Special Education 2011.Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Faisafah, sejarah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Alireza Homayouni (2009).Learning and Cognitive Styles as Effective Factors in Learning English for EFL Students Journalof Learning. 16 (6), 144-194. British Ministry of Education, (2000). Teaching students with autism: A resource guide for schools. Victoria: British Columbia. Dunn, R. & Dunn, K. (1978). Teaching students through their individual learning styles: A practical approach. Dunn. R., Dunn, K., & Price, G. E. (2000). Learning styles inventory. Lawrence, KS: Price nage lid aus weal Fine, D.A (2002). Comparisons between the learning styles of special- and regular- education high-school students and the effects of responsive teaching on the short- and long-term achievement, attitudes, and behaviors of a sub-set of special- education adolescents. New York: St. John's University. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 9, Fine, D, A. (2003).A sense of learning style. Principal Leadership. Reston 4(2). Hwang, G., Sung, H. Y., Hung. C. M., Huang. I. (2013). A Learning Style Perspective to Investigate the Necessity of Developing Adaptive Learning Systems. Educational Technology and Society, 16 (2), 188-197 Kementerian Pelajaran Malaysia (2005a). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat Program j-OAF di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Kuala Lumput: Bahagian Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia (2005b). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’ Program j-OAF di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur: Babagian Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2007). Buku pandian instrumen penentuan penempatan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (LP.P.).Selangor: Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2012).Bukw Teks Talum Satu, Dua dan Tiga.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lata, L. P. & Gaonkar, V. (2008). Instructional Strategies to Accelerate Science Learning among Slow Leamners.Karnataka Journal University of Agriculture Sciences: 21(4), 553-556. ‘Mead, L (2012). Using Interactive White Boards as a Tool to Motivate and Engage Student Leamers with Leaming Difficulties and Disabilities. Journal of Assistive Technologies: 6(1), 62-65 Mohd Aliff Mohd Nawi, Ezad Azraai Jamsari, Mohd Isa Hamza, Adibah Sulaiman & Azizi Umar (2012).The Impact of Globalization on Current Islamic Education. Australian Journal of Basie and Applied Sciences: 6(8), 74-78. Mohd Razimi Husin, Abd. Aziz Shukor & Ahmad Jazimin Jusoh (2011). Menilai gaya pembelajaran murid sukar belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j- QAF. Dalam Prosiding Imernational Conference and Exhibition On Research in Islamic and Arabic Language Education 201]. Langkawi: Hotel Awana Porto Malai. Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad (2011). Penganar pendidikan Khas: Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan, Kuala Lumpur: McGraw Hill. 78 nage lid Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 9, Pyle, A. D. (2009). ADHD focused homework intervention. San Francisco: University of the Pacific. Seabi, J. & Amod, Z. (2009). Effects of mediated intervention on cognitive functions: A pilot study with Grade 5 learners at a remedial school. Australian Journal of Learning Difficulties, 14(2), 185-198 Subramaniam, V., Mallan, V. K., Mat, N. H. C., (2013). Multi-senses Explcation Module for Dyslexic Children in Malaysia.Asian Sosial Science: 7), 241-267. Tan Kok Leong & Yadav Hematram (2008). Reassessment on the Development of Children with Disability in Malaysia. Medical Journal of Malaysia: 63(1), 17-20. Wamba, N. & Duna, K. J. (2009). Effective Individualized Educational Plans: Do Something Special with Learning Styles.Jnsights on Learning Disabilities.6(1), 1- 1 Wheldall, K. (2009). Effective instruction for socially disadvantaged low-progress readers: The Schoolwise Program. Australian Journal of Learning Difficulties, 14 (2): 151-170. (2011, 26 Ogos). Pemantapan Pendidikan Islam. Utusan Malaysia, blm. 10 76

You might also like