You are on page 1of 2
Kepentingan Dan Faedah Bersukan Kepada Masyarakat ZK rm) o CC Feedeh Borsolen = Neo Dec =. 3 een eed Pesce este ae 3 Dewasa ini, aktivi) bersuken dalam kalangan masyarakat semakin mendapat perhatian. Perkembangan infrastruktur sukan seperti gelanggang futsal, badminton dan kawasan lapang dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat kita dimana bersukan bukan sahaja menjadi aktiviti di waktu slang malah telah dipraktkkan pada waktu malam. Hal ini kerana ramai diantara kita sibuk mencari rezeki untuk suapan diri dan tangungan masing-masing di pagi hari maka aktivit seperti bersukan dan bersenam dilakukan pada waktu malam. Pelbagai faedah yang diperoleh daripada bersukan terutamanya kepada diri dan masyarakat secara tidak langsung. Isit Bersukan dapat menjamin kesihatan diri seseorang individu kerana ia merupakan aktiviti yang melibatkan penggunaan fizikal dan juga mental individu tersebut. Peluh dan toksik dalam badan dapat dirembes keluar dengan melakukan aktiviti bersukan dalam tempoh masa yang tertentu. Tahap kardio ‘seseorang juga akan bertambah balk serta berat badan yang ideal dapat dicapai sekiranya individu tetsebut konsisten dalam bersukan, Tambahan pula, bersukan adalah langkah yang jelas dalam mengelak daripada penyakit-penyakit yang kronik seperti obesit. Sediakan payung sebelum hujan adalah peribahasa Melayu yang sesual dalam menggambarkan faedah bersukan kepada masyarakat dari segi menjamin kesihatan dir. Isi2 Selain itu, ativit sukan dapat membantu mengurangkan stress Kerana mental seseorang individu itu 'memerlukan aktivitl yang berbeza dengan kerjaya mereka, Majorit daripada pengamal sukan melakukan aktivit ini di waktu santal dan sebagai hiburan. Psikologi seseorang juga mendapat input yang positif dengan bersukan dimana gelak tawa dan peluh terhasil daripada keseronokan melakukan ~aktiviti bersukan. Dengan kemudahan teknologi hart ini, ada datam kalangan kita suka berjoging sambil mendengar radio atau rakaman suara yang berkongsi maklumat dan membincangkan isu-isu semasa yang dapat kita manfaatkan dalam kehidupan kita, Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air dimana satu pekerjaan mendapat hasil yang lebih. Isi3 Dalam pada itu, sukan juga mampu menjadi kerjaya seseorang. Sukan berkemampuan menjadi sebuah industri yang mampu menarik pelaburan serta menjadi hiburan kepada masyarakat. Sebagal contoh, sukan bola sepak di benua Eropah dan sukan bola keranjang di Amerika Syarikat yang ‘menjana keuntungan daripada hak-hak penyiaran di televisyen dan media massa. Maka, dengan latihan yang ju dan bimbingan yang tepat, kita mampu untuk melahircan atlet-atlet yang bersaing di peringkat dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Azizulhasni Awang, Atlet yang bersaing di peringkat dunia mampu mendapat habuan yang banyak sekiranya Konsisten bertanding dan menjuarai kejohanan yang disertal. Namun begitu, ramai yang mempersoalkan kerjaya atlet ini hanya bertahan kurang daripada 10 tahun. Mereka sebenamya berpeluang besar dalam mencari kerjaya yang sesual seperti menjadi jurulatih, komentator sukan dan juga menyambung pelajaran dalam sains sukan sekaligus dapat membantu dalam perkembangan industri sukan negara. Isi4 ‘Axtiviti sukan juga mampu memupuk semangat setiakawan dalam diri masing-masing. Di sini kita ‘dapat lihat bahawa sistem pendidikan kita telah menerapkan perkara ini sejak dibangku sekolah lagi. Penglibatan seseorang dalam aktiviti sukan secara berpasukan seperti permainan hoki dan bola jaring dapat membentuk dan menambah nilal berpasukan dalam mencari kemenangan ke atas pihak lawan. ‘Sukan secara berpasukan memerlukan strategi dan disiplin yang baik supaya apa yang ingin dicapai ‘dapat dipraktikkan dengan baik, Secara tidak langsung semangat setia kawan, kerjasama dan kekitaan akan timbul dan menjadi senjata penting dalam mencapai kemenangan dalam aktiviti sukan yang disertai, Tambahan pula, sukan dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain di mana perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan diraikan dengan lebih balk demi tanah air yang tercinta. Penutup Kesimputannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada masyarakat dalam menyertal aktiviti- aktivit bersukan. Tlada halangan untuk kita bersukan pada ha ini kerana banyak infrastruktur sukan vyang lengkap dan boleh digunakan samada di waktu siang atau malam, Sekiranya hujan ataupun dara di luar tidak sihat, kita mempunyal pilinan untuk melakukan aktiviti sukan di gelanggang yang bertutup dan teduh daripada cuaca yang tidak menentu, Hendak seribu daya tak hendak seribu dali yang bermaksud tiada halangan jika kita berusaha mencari jalan dalam mencapal apa yang dikehendaki. Marlah kita bersama-sama ringan tulang dalam menyertai aktiviti bersukan serta menyumbang sesuatu dalam perkembangan sukan supaya lahir rakyat sihat, otak cerdas. Kesihatan fizikal dan mental membentuk rakyat yang efektif sekaligus mampu memacu negara menjadi lebih maju dan berdaya saing. Majulah sukan untuk negara

You might also like