You are on page 1of 3

LEE EE WERN

PART A

1. Ciri-ciri sesebuah tamadun ialah wujud system kepercayaan dan agama seperti Islam, Buddha
dan Hindu. Ciri-ciri tamadun seterusnya is ialah wujud penenplatan kekal di sesebuah atau
beberapa kawasan yang membentuk Bandar seperti Lembah Nil, Lembah Indus dan
sebagainya. Ciri-ciri tamadun ketiga ialh wujud sistem insitusi social seperti politik,
pendidikan yang teratur dan sebagainya.

2. Salah satu keistimewaan Tamadun Islam ialah bersifat rabbani. Tamadun Islam adalah
tamadun yang didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Sumber matlamat dan
tujuan kehidupan manusia telah ditetapkan oleh Allah. Al-Quran menjadi sumber dan
pedoman kepada kegiatan hidup manusia. Tanggungjawab manusia ialah sebagai hamba dan
khalifah Allah di muka bumi. Seterusnya, tamadun Islam merupakan sempurna dan
menyeluruh. Tamadun Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk undang-
undang, aqidah, akhlak, hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan
manusia dengan makhluk lain serta hubungan antarabangsa. Selain itu, tamadun Islam tidak
membebankan. Perintah yang disyariatkan Allah swt sesuai dengan kemampuan manusia

3. Teori kedatangan Islam ke Alam Melayu dari Arab dibuktikan oleh pengaruh Asia Barat
dalam tulisan Jawi, yang mana tulisan Jawi adalah menggunakan huruf-huruf yang sama
dengan huruf Arab. Seni Khat atau kaligrafi juga terdapat di masjid dan istana. Seni suara
seperti qasidah, marhaban, berzanji, nasyid dan lain-lain juga merupakan bukti teori
kedatangan Islam ke Alam Melayu dari Arab. Seterusnya, teori kedatangan Islam ke Alam
Melayu dari India dibuktikan oleh batu-batu nisan yang dijumpai di A.M. Pedagang-pedagang
Gujerat di Kepulauan Melayu juga memainkan peranan penting dalam penyebaran agama
Islam ke Alam Melayu. Selain itu, teori kedatangan Islam ke Alam Melayu dari China juga
dibuktikan oleh Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang bertarikh 702
H/1303 M. Ada juga dikatakan bahawa Rasulullah SAW menghantar Wahab Abi Kabash dan
akhirnya meninggal dunia di Canton. Khalifah Uthman pula menghantar Sa’ad bin ABi
Waqas dan mengasaskan sebuah masjid di Canton.

4. Terdapat banyak pencapaian tamadun India dalam pelbagai bidang. Pertamanya, dalam
bidang bahasa dan kesusateraan, bahasa Sanskrit dan tamil berasal daripada tamdun India dan
masih digunakan oleh orang India sehingga hari ini. Epik Mahabharata dan Ramayana ialah
hasil karya sastera agama Hindu dan Buddha. Dalam bidang sains dan teknologi, ahli
matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri yang mendorongnya
memperkenalkan sistem nombor iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti yang mencecah ke
angka perpuluhan. Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dipetik daripada Rig Veda.
Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untuk membuat batu
bata daripada tanah liat manakala dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
Dalam bidang seni bina, masyarakat tamadun ini berupaya membina binaan yang sangat baik
dan lengkap dan dapat dilihat melalui binaan Great Bath. Elemen geometri iaity bentuk segi
empat dan bulat digunakan dalam pembinaan mereka. Masyarakat Indus telah menggunakan
tanah liat dalam membentuk patung-patung dan alat-alat penghiasan seperti tiang Asoka telah
menjadi monumen.

5. Terdapat banyak kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat Cina dalam tamadun Cina. Salah
satu ialah konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah,
keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 SM). -
Dalam kitab Analects (Lun Yu), pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai
dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan
ketaatan kepada ibubapa (xiao). Seterusnya, buddhisme yang diasaskan oleh Siddhartha
Gautama Buddha di India pada kurun ke-6 SM dan disebar ke China pada kurun 1 Masehi,
dari Dinasti Han hingga ke Dinasti Tan. Asas pengajarannya iaitu penderitaan adalah
berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia (4
Kebenaran Mulia). Selain itu, Daoisme yang diasaskan oleh dua orang pemikir Cina iaitu Lao
Zi (604 SM), dan Zhuang Zi (369-2865 SM). Kepercayaan ini menekankan kepada
pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei atau melakukan perbuatan secara spontan dan
tanpa sebarang usaha Kepercayaan ini terbahagi kepada dua cabang utama iaitu pemikiran
falsafah dao (daojia) dan aliran keagamaan dao (daojio) yang terkandung dalam kitab Daode
Jing

. PART B

1. Konflik-konflik yang melanda kepada penduduk Myammar ialah tuntutan demokrasi oleh
daripada pemerintahan junta tentera. Konflik kedua ialah konflik antara penganut pelbagai
agama, etnik dan golongan minority di kawasan pinggir Bandar di bawah kekuasaan pusat
yang majoriti beragama Buddha. Keganasan tersebut mengakibatkan ratusan bahkan ribuan
nyawa terkorban, kemusnahan penempatan dan menyebabkan ribuan penduduk kehilangan
tempat tinggal. Kepelbagaian etnik ini telah menyumbang kepada ketegangan dan konflik.
Konflik antara Muslim Rohingya dengan Buddha Rakhine mempunyai sejarah yang panjang
dan mempunyai perbezaan besar dari sudut agama, budaya dan norma sosial serta amalan
tradisional. Ketegangan dua etnik ini telah menyaksikan serangan dan pembunuhan, perasaan
perkauman dan kuasa mengawal politik. Situasi ini bukan sahaja menjejaskan keamanan
antarabangsa, malah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa
seolah-olah menutup mata atas segala kekejaman dan keganasan yang melanda umat Islam di
Myanmar.

2. Myanmar mempunyai 3.3 juta penduduk yang terdiri daripada pelbagai etnik. Satu pertiga
daripada penduduknya ialah golongan minoriti yang secara tradisi mendiami kawasan pinggir
bandar yang bersempadan dengan Thailand, China dan India. Walaupun pembahagian etnik
ini wujud sebelum penjajahan British, tetapi pembahagian mereka telah diinstitusikan di
bawah undangundang penjajah melalui pecah dan perintah yang memisahkan golongan
majoriti mendiami tanah rendah, manakala golongan minoriti mendiami kawasan sempadan
dengan sistem pemerintahan yang berbeza. Keadaan ini memburukkan lagi hubungan antara
golongan majoriti dan minoriti.
3. Pada pandangan saya, etnik Rohingya di Myammar tidak wajar ditindas dan dipinggirkan.
Rakyat di Myammar haruslah bersatu bagi menzahirkan bantahan kepada penindasan dan
kekejaman yang berlaku. Bagi menentang apa yang berlaku di sana, rakyat di Myammar
harus bersama-sama sekata dan senada untuk menyatakan pendirian mereka untuk
menghentikan tindakan itu. Usaha berterusan untuk membela nasib Rohingya sepatutnya
sentiasa dilakukan. Kita juga haruslah bersifat adil dalam membela nasib pelarian-pelarian
tidak kira daripada mana asalnya mereka. Kita juga perlulah sentiasa meletakkan hak asasi
kemanusiaan sebagai perkara paling utama yang akan dititikberatkan dalam membantu dan
menyuarakan hak-hak mereka yang ditindas.

You might also like