You are on page 1of 8

157MATLAMAT AJARAN ISLAM (MAQASID AL-

SHARI’AH)
MATLAMAT AJARAN ISLAM (MAQASID AL-SHARI’AH)

Matlamat utama pelaksanaan ajaran Islam ialah untuk mengatur hidup


manusia atas asas makruf dan mengenepikan mungkar.
Istilah makruf bererti segala nilai luhur dan sifat baik yang selalunya
diterima oleh naluri manusia sebagai baik. Manakala mungkar pula
membawa erti segala macam dosa dan kejahatan yang selalunya dikecam
oleh naluri manusia sebagai jahat.

Pada prinsipnya perlaksanaan syariah dan ajaran Islam keseluruhannya


bertujuan untuk menyelamatkan dan memelihara kemaslahatan kehidupan
manusia dan mengelakkan segala keburukan. Menurut Islam, keperluan
kemaslahatan manusia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama
iaitu daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah.

Keperluan daruriyyah

Al-Imam al-Syatibi menerangkan keperluan daruriyyah ialah keperluan


asas bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia di dunia dan
di akhirat. Apabila keperluan daruriyyah tidak wujud, maka rosaklah
sistem hidup manusia dan ia boleh membawa kehancuran, sama ada pada
peringkat individu ataupun negara. Keperluan asas daruriyyah ini boleh
dibahagikan kepada lima perkara yang menjadi teras kehidupan manusia
iaitu agama, jiwa, akal, keturunan (nasab) dan harta.

1. Keperluan agama

Agama Islam mengajarkan manusia asas-asas dalam kehidupan mereka.


Islam menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling mulia daripada
makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang lain-lain. Perbezaan utama antara
manusia dengan ciptaan Allah s.w.t. yang lain-lain ialah manusia
diperintahkan untuk beriman dan melaksanakan ajaran Islam dalam semua
aspek kehidupan mereka.
Bagi memastikan manusia tetap kekal sebagai makhluk yang paling mulia
di sisi Allah, agama Islam mestilah menjadi pegangan yang utama bagi
manusia.

Untuk itu, Islam memerintahkan manusia mengamalkan akidah yang betul


supaya perjalanan hidup mereka akan menjadi lebih teratur dan sempurna.
Allah s.w.t. melaknati mereka yang membawa kerosakan kepada agama
seperti penyebaran agama sesat, murtad dan sebagainya.

2. Keperluan akal

Kita semua tentu tahu bahawa akal adalah asas bagi manusia. Akal juga
adalah ukuran perbezaan antara manusia dengan makhluk ciptaan Allah
yang lain. Tanpa akal, manusia tidak mempunyai apa-apa. Pernahkah anda
terfikir bahawa haiwan, sekalipun tiada berakal, dianugerahkan oleh Allah
s.w.t. dengan keistimewaan yang lain. Ada haiwan yang boleh terbang di
udara, ada yang boleh menyelam di air, ada yang sangat besar dan gagah
fizikalnya, ada yang sangat pantas pergerakannya dan keistimewaan yang
lain-lain lagi. Kesemua keistimewaan ini tiada pada manusia.

Tanpa akal, manusia akan menjadi lebih rendah dan lebih lemah
kedudukannya kerana manusia tidak ada apa-apa keistimewaan dan
kekuatan. Justeru, pentingnya kedudukan akal, maka Islam
memerintahkan manusia supaya sentiasa memelihara kesihatan akal dan
berusaha mengembangkan potensi akal dengan cara berfikir tentang
ciptaan dan kebesaran Allah s.w.t., membaca, menuntut ilmu dan
sebagainya. Seterusnya, untuk mengelak akal daripada dirosakkan, maka
Islam mengenakan hukuman keras ke atas kesalahan yang melibatkan
keselamatan akal fikiran seperti minum arak, mengambil dadah dan
sebagainya.

3. Keperluan jiwa (Nyawa dan tubuh badan)

Kita semua tentu sayangkan jiwa atau nyawa. Kenapa kita sayangkan
nyawa? Jawabnya kerana kita tahu, pada adatnya tanpa nyawa kita akan
mati. Begitu juga kita tahu bahawa tubuh badan kita sangat mustahak
kerana tanpa tubuh badan yang sihat, nyawa kita juga boleh terancam.
Islam juga menganggap bahawa jiwa atau nyawa dan tubuh badan itu satu
keperluan asasi fitrah manusia.
Nyawa dan tubuh fizikal manusia sangat penting kerana tujuan utama Allah
s.w.t. menjadikan manusia itu adalah untuk beribadat kepada-Nya. Oleh itu
Allah memerintahkan manusia supaya sentiasa menjaga kesihatan jiwa dan
tubuh fizikal, memerintahkan manusia makan dan minum daripada
makanan dan minuman yang halal dan baik dan mengelakkan dari
sebarang perkara yang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh badan
dan jiwa mereka. Untuk mengelakkan dari berlakunya kerosakan ke atas
jiwa dan tubuh badan, maka Islam melarang keras sebarang kesalahan yang
melibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan tubuh badan seperti
membunuh (termasuk membunuh diri), mencederakan, memakan
makanan yang kotor dan bernajis dan sebagainya.

4. Keperluan keturunan (Maruah)

Islam sangat mementingkan institusi kekeluargaan yang aman dan


harmoni. Hal ini kerana sesebuah masyarakat tidak mungkin menjadi
masyarakat yang baik dan berjaya jika institusi kekeluargaan yang
membentuk masyarakat berada dalam keadaan yang tidak terurus. Islam
menganggap institusi keturunan merupakan satu keperluan asas fitrah
manusia. Institusi keturunan dan kekeluargaan itu sebenarnya merupakan
pendinding kepada satu lagi keperluan penting manusia dalam
kehidupannya iaitu maruah.

Tahukah anda apakah maksud maruah? Maruah berasal daripada bahasa


Arab iaitu maru’ah yang secara umumnya boleh diertikan sebagai harga
diri. Harga diri merupakan satu perkara asas bagi manusia. Ia memberi
imej tentang tahap kedudukan manusia dari segi status akhlak dan
integritinya menurut Islam. Tiada nilai bagi seseorang manusia yang tiada
harga diri dan maruah. Justeru, pentingnya unsur ini dalam kehidupan
manusia, maka Islam mengajarkan manusia beberapa perkara untuk
memelihara keperluan keturunan dan maruah. Antaranya ialah sistem
perkahwinan yang teratur, hubungan kekeluargaan yang harmoni dan
sistem perhubungan berlainan jenis yang terhormat. Seterusnya, untuk
mengelakkan dari berlakunya kerosakan terhadap keperluan asas ini, maka
Islam melarang dan mengenakan hukuman yang keras bagi kesalahan
seperti perzinaan, jenayah rogol dan sebagainya.

5. Keperluan harta
Tentu anda bersetuju bahawa harta juga merupakan keperluan asas
manusia. Harta yang dimaksudkan ini ialah sekadar keperluan asas
manusia, bukanlah harta kekayaan yang bertimbun-timbun sehingga
melampaui batas. Apa yang dimaksudkan dengan harta ialah
keperluandaruri bagi manusia ialah harta sekadar memenuhi keperluan
asas mereka seperti rumah yang sempurna, makanan yang halal, pakaian
yang menutupi aurat dan pendidikan asas.

Islam memerintahkan manusia supaya bekerja bagi mencari rezeki dengan


cara yang halal. Untuk mengelak kerosakan terhadap keperluan ini, Islam
melarang dan mengenakan hukuman yang keras terhadap kesalahan seperti
mencuri, merompak, penipuan dan sebagainya.

Renungan

Dalam pengalaman hidup anda seharian, anda tentu pernah bertemu


dengan seseorang yang hidup dengan penuh bahagia dan harmoni tanpa
memiliki kekayaan yang banyak atau individu yang kaya-raya tetapi
kehidupannya amat sengsara dan menderita. Mengapa semua ini
berlaku? Di sinilah kita akan memahami peri pentingnya kesederhanaan
dan keberkatan dalam kehidupan seseorang.

 
 

 Keperluan hajiyyah

Keperluan hajiyyah ialah keperluan yang penting bagi manusia untuk


menjamin kelapangan hidup mereka, sekaligus menghilangkan kesempitan
yang biasanya membawa kesusahan dan kesukaran. Apabila maqasid ini
tidak diambil kira, maka banyak kesukaran akan dihadapi oleh manusia
walaupun tidak ke tahap kehancuran sistem kehidupan manusia seperti
dalam keperluan daruri. Imam al-Syatibi menyebut beberapa
contoh maqasid hajiyah yang terdapat dalam ibadat, muamalat dan
jenayah. Antara contoh-contoh tersebut ialah rukhsah bagi orang yang sakit
dan musafir dalam ibadat, jual beli saham, memberi modal dan mengairi
tanaman dalam muamalat, manakala dalam jenayah pula ialah
sumpah, diat (denda) ke atas orang yang baligh dan jaminan ke atas harta.

Keperluan tahsiniyyah
Keperluan tahsiniyyah ialah keperluan manusia terhadap perkara-perkara
yang dianggap terpuji dalam adat kehidupan dan pergaulan mereka
seharian serta menjauhi suasana yang kurang baik yang dipandang rendah
oleh akal yang sempurna dan matang. Pada keseluruhannya ia menyentuh
peraturan akhlak dalam seluruh aspek pergaulan dan perhubungan
termasuk perkara-perkara sunat. Antara contoh
keperluan tahsiniyyah ialah melakukan amalan sunat dalam beribadat,
menjaga adabadab makan, minum, berpakaian, musafir, percakapan dan
lain-lain dalam bidang sosial, dan mengharamkan penipuan, sorok barang
untuk mengaut keuntungan, menyembunyikan kecacatan barang yang
dijual dan sebagainya dalam sistem ekonomi.

Inilah sebenarnya matlamat utama ajaran Islam secara ringkas. Kalau anda
tinjau secara objektif dengan hati yang suci, anda akan dapati bahawa
segala ajaran Islam dan hukum-hakam yang ditetapkan dalam apa juga
bidang terarah kepada mencapai matlamat yang disebutkan. Ia bukan
diwahyukan untuk menyusah dan menganggu kehidupan manusia, tetapi
untuk menjamin kehidupan mereka supaya lebih harmoni dan sempurna.
Dengan perbincangan ini diharapkan anda dapat memahami, menerima
dan menghayati segala hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

 
SYARIAH

SYARIAH

Manusia mempunyai peraturan hidup ataupun undang-undang. Di dalam


Islam, peraturan hidup ini dinamakan syariah yang meliputi peraturan
hidup individu, masyarakat dan negara. Malah, peraturan ini mencakupi
semua bidang kehidupan manusia seperti upacara keagamaan, moral,
keluarga, sosial, ekonomi, kewarganegaraan, sistem kehakiman, undang-
undang perang serta perdamaian dan hubungan antarabangsa. Sekarang
mari kita memahami istilah syariah secara lebih mendalam.

Konsep syariah

Secara etimologi, syariah bermaksud pandangan dan jalan yang lurus. Ia


juga berkongsi kata dasar dengan perkataan syur’at al-ma’ yang bererti
tempat keluar air yang digunakan untuk minuman. Allah s.w.t. berfirman
yang bermaksud:

… untuk setiap umat antara kamu, Kami berikan kamu aturan, yakni
syariah atau jalan yang terang …

(Sural al-Maidah: 48)

Dari segi istilah, syariah secara umumnya bermaksud segala perintah yang
diwahyukan oleh Allah s.w.t. ke atas manusia dari segi akidah, amaliyyah
dan akhlak. Namun dalam pengertian yang khusus, syariah merujuk kepada
perintah Allah s.w.t. dari segi amaliyyah sahaja. Aspek amaliyyah merujuk
kepada amalan dan aktiviti zahir manusia. Dalam pengertian yang khusus
ini, syariah tidak melibatkan aspek akidah kerana akidah merujuk kepada
pegangan dan kepercayaan hati manusia, manakala akhlak pula lebih
merujuk kepada urusan pembersihan hati dan jiwa manusia.

Syariah dalam pengertian yang khusus ini boleh pula dipecahkan kepada
empat unsur utama iaitu:
 

Keistimewaan syariah

1. Syariah Islamiah adalah syariah Rabbani iaitu ciptaan Allah s.w.t., Tuhan
Semesta Alam.

2. Syariah Islam menekankan bukan sahaja kebahagiaan dan keselamatan


di dunia tetapi yang lebih penting lagi ialah kehidupan di akhirat. Ia
mengatur kehidupan manusia daripada yang paling kecil hingga paling
besar bagi memelihara kesejahteraan manusia.

3. Undang-undang syariah juga bersepadu kerana ia mempunyai prinsip-


prinsip perundangan yang mengatur urusan keduniaan dan keagamaan,
tanpa batasan perkauman, warna kulit, bahasa, tempat, pangkat kedudukan
dan sebagainya.

4. Syariah Islam berpendirian teguh dan tetap dalam soal prinsip dan dasar
agama tetapi dalam persoalan furu’ (cabang agama) sangat fleksibel (boleh
bertolak ansur). Contoh furu’ ialah bacaan dan qurut. Sila rujuk kepada
tutor anda untuk penjelasan lebih lanjut.

5. Syariah Islam juga sangat sesuai dan selaras dengan fitrah dan naluri
manusia yang suci dan bersih.

6. Syariah juga telah mendapat pengiktirafan pemikir dan pakar barat.


Antaranya adalah seperti berikut:

a. Dr. Shifferer, Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Wina


menegaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. membawa syariah yang
unggul, manakala bangsa Eropah memerlukan dua ribu tahun untuk
membuat perundangan seumpama dengannya.

b. Dr. Hocking, Ketua Dekan Ilmu Falsafah Universiti Harvard, Amerika


Syarikat pula menegaskan bahawa kemajuan sesuatu negara Islam akan
diperoleh apabila setiap Muslim dalam negara itu menggunakan segala
sumber kekuatan dan kemajuan daripada agamanya. Islam mempunyai
daya kekuatan yang luar biasa dalam ajarannya. Islam juga unggul dalam
banyak aspek apabila dibandingkan dengan syariah yang lain. Halangan
yang dihadapi selama ini adalah kerana tiada kemahuan umat Islam untuk
menggunakan sumber-sumber kekuatan ajaran Islam.

c. Bernard Shaw juga mengakui bahawa Islam mempunyai potensi sejajar


dengan kepentingan hidup umat manusia pada setiap masa dan zaman.

d. H.G Wells menyatakan bahawa undang-undang pentadbiran dan


perdagangan yang terdapat di Eropah pada dasarnya berasal daripada
syariah Islam. Itulah sebabnya Eropah terhutang budi pada Islam.

e. Dr. Isacco Ensepato secara objektif menegaskan bahawa syariah Islam


dalam banyak hal melebihi perundangan negara-negara Eropah. Ia juga
merupakan perundangan yang paling lengkap di dunia.

Keterangan tentang keistimewaan syariah Islam di atas jelas menunjukkan


bahawa syariah Islam sangat relevan untuk dijadikan panduan hidup semua
manusia dan sesuai diamalkan pada sepanjang masa serta di mana-mana
tempat.

You might also like