You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG,

43300 SERI KEMBANGAN,


SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEDUA 2020

Tarikh : 12 Mei 2020


Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet)

Kehadiran :
Bil. Nama Jawatan
1. Pn. Norfazlyn Bt Hashim Pk Petang / Guru Sains
2. Pn. Siti Atikah Bt Ghazali Ketua Panitia / Guru Sains
3. Cik. Thamillarasi A/P Deivasigamony Setiausaha / Guru Sains
4. Pn. Nor Azwani Bt Zakaria Guru Sains
5. Pn. Roziah Ibrahim Guru Sains
6. Pn. Dayang Faridah Bt Abang Mohamed Omar Guru Sains
7. Pn. Rahayu Bt Mokhtar Guru Sains
8. Pn. Siti Raudah Bt Mohamed Guru Sains
9. Pn. Hanis Syahirah Bt Ridzuan Guru Sains
10. Pn. Nor Habsah Bt Hamid Guru Sains

Turut Hadir : Tiada

Tidak Hadir ( bersebab ) : Tiada

Urus Setia Mesyuarat :


Cik Thamillarasi A/P Deivasigamony Setiausaha Kurikulum
1.0 UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

1.1 Penolong Kanan Petang, Puan Norfazlyn Bt Hashim mengucapkan salam serta
mengalu-alukan penglibatan semua Ahli Panitia Sains ke Mesyuarat Panitia kali
kedua tahun 2020 secara atas talian.
1.2 Penolong Kanan Petang memaklumkan bahawa guru-guru Sains perlu selalu
mengikuti hebahan KPM berhubung keperluan PdPc semasa tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak pendemik Covid 19.
1.3 Penolong Kanan Petang juga menyampaikan pesanan Puan Guru Besar yang
meminta guru-guru untuk mengubah cara berfikir dalam tempoh PKP, agar PdPc
dapat disampaikan kepada murid-murid dengan menggunakan apa jua aplikasi atas
talian terutamanya penggunaan Google Classroom (GCR).
1.4 Penolong Kanan Petang juga berharap agar semua guru sains akan lebih komited
dalam menjalankan tugas dalam merealisasikan kehendak yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan. Walaupun tahun ini tiada UPSR guru - guru Sains
tetap perlu berdedikasi dalam menyampaikan PdP terutamanya kepada murid tahun
6 agar mereka dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam bidang
Sains.
Makluman: Semua AJK

2 PERUTUSAN PENGERUSI

2.1 Pengerusi Puan Siti Athikah bt Sazeli mengucapkan salam dan mengalu-alukan
kehadiran Puan Norfazlyn bt Hashim dan semua AJK ke Mesyuarat Panitia Sains
Kali kedua 2020.
2.2 Beliau juga berharap semua ajk dapat memberi komitmen dalam memantapkan lagi
perjalanan panitia Sains.
2.3 Beliau juga menyatakan tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan
Program Panitia Sains dan prestasi murid yang banyak mengalami perubahan
akibat PKP.
Makluman: Semua AJK
3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara Minit Mesyuarat Panitia Sains bil. 1 / 2020
disahkan tanpa pindaan.

Cadangan pengesahan - Puan Roziah Ibrahim


Sokongan pengesahan - Puan Nor Habsah Bt Hamid

Tindakan: Semua AJK

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Program Panitia Sains ditangguhkan kerana arahan perintah kawalan pergerakan
(PKP).

3.2 Ujian Penilaian Sekolah Sekolah Rendah (UPSR) 2020, bagi murid tahun 6
dibatalkan secara rasmi oleh pihak KPM.

3.3 Pelaksanaan PdPc adalah secara atas talian. Ini bagi memastikan PdPc secara
berterusan dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selamat.

3.4 Latihan perlu diberikan kepada murid sekurang - kurangnya seminggu sekali
sepanjang tempoh PKP.

3.5 Sudut panitia Sains di setiap kelas perlu dikemaskini dari masa ke semasa.

Tindakan: Semua AJK


4.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

4.1 PBD bagi matapelajaran Sains perlu dilaksanakan mengikut panduan yang telah
ditetapkan sepanjang tempoh PKP.
4.2 Guru-guru Sains boleh membuat pentaksiran murid menggunakan mana-mana
kaedah iaitu secara pemerhatian, bertulis ataupun secara lisan.

Tindakan : Semua AJK


5.0 HAL-HAL LAIN.

5.1 Guru- guru digalakkan untuk membuat perbincangan atas talian untuk mencari
langkah - langkah yang berkesan bagi mengatasi masalah murid yang lemah dalam
subjek Sains dalam tempoh PKP.

5.2 Pencapaian akademik matapelajaran Sains mesti diutamakan.


5.3 Guru Sains digalakkan membuat post-mortem ke arah meningkatkan prestasi
murid dalam mata pelajaran Sains.
5.4 Pemantauan perkembangan murid dengan lebih cekap.
5.5 Guru- guru digalakkan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar serta lembaran
kerja yang lebih efektif.
Tindakan : Semua AJK

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN.

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen semua Ahli Jawatankuasa
Kurikulum dalam mesyuarat kali kedua ini. Semoga guru-guru terus bersemangat
menjalankan tugas dalam suasana yang berbeza dan mengamalkan norma-
norma baharu dalam PdPc agar proses pembelajaran dapat diikuti oleh murid-
murid secara berkesan dan berterusan.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi.

Urus Setia
Unit Kurikulum
SK Sri Serdang
Tarikh : 12 Mei 2020

You might also like