You are on page 1of 10

0

DASAR
SEKOL
AH
Objektif Sekolah
1
SK Lambir Village berusaha dan komited:

1. Untuk memberi didikan kepada murid di sekolah ini secara menyeluruh


dan seimbang sebagai pendidikan asas yang meliputi aspek intelek, rohani,
jasmani, bakat, akhlak, bertanggungjawab, taat setia, berdisiplin dan
bersepadu.

2. Meningkatkan mutu dan kecemerlangan perkhidmatan pelajaran yang


diberi dan disediakan dalam bidang kurikulum, kokuriklum, sahsiah dan
kebajikan murid.

3. Meningkatkan tahap profesionalisme dan budaya kerja semua


kakitangan sekolah.

4. Mewujudkan alam dan persekitaran kerja yang kondusif serta harmonis.

5. Meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber dalam pengurusan dan


pentadbiran sekolah.

6. Meningkatkan dan menambahbaik prasarana dan kemudahan sekolah.

Pelan Tindakan
Pelan tindakan kami bagi mencapai objektif di atas adalah dengan cara:

v Menyediakan Perancangan Strategik Sekolah


v Menubuhkan Panitia dan Jawatankuasa peringkat Sekolah
v Menyediakan Jadual Waktu Yang Seimbang
v Menyediakan Takwim Tahunan Sekolah
v Menyediakan Program Pembangunan Staf

Piagam Pelanggan

2
Kami GURU-GURU dan PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA Sekolah Kebangsaan
Lambir Village, Miri berjanji untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan-pelanggan kami melalui perkara-perkara berikut:-

1. Memastikan semua murid dapat menguasai pencapaian aras minima


pada penghujung tahun

2. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai peningkatan prestasi


sekolah dalam bidang akademik, sahsiah, sukan dan kokurikulum

3. Memberi layanan yang cepat dan mesra kepada waris-waris yang


datang ke sekolah

4. Merancang dan mengendalikan program sekolah dengan sebaik


mungkin untuk mencapai kecemerlangan dalam semua peringkat

5. Menyediakan kawasan sekolah, bilik darjah, bilik khas dan bilik air
yang bersih , ceria dan diurus dengan cekap

6. Bekerja dengan bertanggungjawab dan berusaha mengikis sikap


mementingkan diri sendiri

7. Mengamalkan budaya “perkhidmatan cemerlang” pada setiap masa

8. Berusaha setiap masa untuk meningkatkan taraf professional kami


melalui program-program budaya ilmu

9. Bersedia dan sanggup menerima perubahan serta teguran dari mana-


mana pihak demi meningkatkan mutu perkhidmatan kami

10. Berkhidmat dengan muhibbah dan mesra

Budaya Kerja Sekolah


1. Memahami dan menghayati :

3
1.1 Falsafah Pendidikan Negara
1.2 Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah

2. Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian


Pendidikan pada setiap masa.

3. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.

4. Menentukan objektif (setiap fungsi).

5. Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan.

6. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.

7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.

8. Mengamalkan perkhidmatan penyayang.

9. Kepimpinan melalui tauladan.

10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.

11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan berkemahiran.

12. Kerja adalah ibadah.

TAGLINE SK LAMBIR VILLAGE

Slavilla Perkasa
‘Mendidik dari jiwa dengan penuh rasa bangga’
 

4
Pengertian:

Perkataan SLAVILLA merupakan singkatan kepada Sekolah Kebangsaan Lambir

Village. Justeru itu Slavilla   merujuk kepada keseluruhan entiti Sekolah


Kebangsaan Lambir Village. Ia merupakan identiti sekolah yang melambangkan
keazaman kental warga sekolah, semangat membara satu pasukan, solidariti, dan
kebanggaan seluruh warga sekolah sekaligus sebagai inspirasi menuju kecemerlangan
sekolah dalam semua bidang.

Perkataan ‘PERKASA’ membawa maksud Unggul, Hebat serta Juara…. Perkasa


sesungguhnya cerminan budaya kerja serta keazaman yang tinggi warga Slavilla yang
sentiasa inginkan perubahan dengan mengutamakan prestasi dan kualiti ditunjangi
kesepaduan serta permuafakatan entiti yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Prinsip budaya kerja perkasa serta perubahan ke arah kecemerlangan yang
dihasratkan merupakan impak terbaik sekolah seperti yang direncanakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Matlamat:

Menjana inspirasi dan daya penggerak secara total kepada semua warga sekolah bagi
menyokong dasar PPPM serta mewujudkan watak insaniah cemerlang.
 
Objektif:

1. Meningkatkan tahap kecekapan Pengurusan, Kepimpinan dan Pentadbiran sekolah.


2. Mewujudkan prinsip serta budaya kerja yang mengutamakan prestasi dan kualiti.
3. Menggalakan nilai permuafakatan di kalangan warga sekolah dan komuniti
setempat.
4. Mewujudkan toleransi dan budaya penyayang di kalangan warga sekolah.
5. Memupuk rasa bangga terhadap  sekolah. 
6. Mewujudkan daya saing dan ketrampilan diri warga sekolah.

SK LAMBIR VILLAGE
98000 LAMBIR, MIRI

KEHADIRAN
1. Guru hendaklah berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu
belajar. Kehadiran ke sekolah dan balik hendaklah dicatat dalam Buku Kedatangan

5
setiap hari bertugas.
2. Guru yang tidak dapat hadir ke sekolah atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi
kenyataan dan sebab yang wajar kepada pihak sekolah secepat mungkin.
3. Jadual waktu untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta jadual guru ganti mesti
dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam
keadaan kecemasan.
5. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang diadakan tepat pada masanya.
6. Semua guru juga diwajibkan menghadiri sebarang majlis atau acara sekolah samada
rasmi atau tidak rasmi.

KELUAR WAKTU MENGAJAR


1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan
kecuali ianya suatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat
kebenaran dari pihak pentadbir.
2. Guru dikehendaki mencatat atau mengisi buku rekod keluar setelah mendapat
kebenaran dari pihak pentadbir.
3. Guru bertanggungjawab menyediakan kerja bertulis atau tugasan kepada pelajar
sebelum meninggalkan sekolah (kursus, mesyuarat dan sebagainya) melalui guru relief
atau Guru Penolong Kanan.

PERHIMPUNAN SEKOLAH
1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah tepat pada masanya.
2. Guru hendaklah memakai pakaian yang lengkap serta memakai tanda nama.
3. Guru bertugas dikehendaki memastikan pelajar bersedia tepat pada masanya dan
tentatif perhimpunan berjalan lancar.
4. Semua guru diminta menunjukkan perlakuan yang baik (tidak berbual dsb) kerana pada
waktu itu tumpuan pelajar adalah pada guru yang dianggap sebagai role model.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1. Guru hendaklah melaksanakan P&P mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Guru
mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan penuh
tanggungjawab.
2. Guru hendaklah masuk ke kelas tepat pada masanya.
3. Merancang P&P yang berkesan sebelum masuk ke kelas. Buku Persediaan Mengajar
perlu dibawa setiap kali masuk ke kelas.

6
4. Guru perlu prihatin dan peka dengan keadaan pelajar. Guru hendaklah menegur pelajar
yang tidak menumpukan perhatian atau tidak masuk/lewat ke kelas.
5. Semua butiran dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah disempurnakan dengan lengkap
dan teliti. Semua guru wajib menyerahkan buku rekod pada setiap hari Isnin untuk
ditandatangani oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan.
6. Setiap guru matapelajaran hendaklah memastikan sekurang-kurangnya pencapian
minima 50% lulus tercapai dan peningkatan 3% setiap mata pelajaran dari pencapaian
tahun sebelumnya.
7. Guru matapelajaran hendaklah memastikan Standard Akademik yang ditetapkan oleh
Panitia Matapelajaran masing-masing dilaksanakan dengan berkesan.
8. Guru hendaklah melaksanakan Audit Akademik bagi mengenalpasti pencapaian murid
dari semasa ke semasa dan menentukan program peningkatan / penambahbaikkan
yang perlu dibuat.

TUGAS
1. Setiap pegawai hendaklah melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dengan
dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
2. Semua aktiviti luar dari bilik darjah hendaklah dirancang dengan teliti dan mesti
mendapat kelulusan dari Guru Besar sebelum dilaksanakan.
3. Semua pembelian mesti mendapat kelulusan dari Guru Besar.
4. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan / arahan misalnya menghadiri
mesyuarat, guru terbabit mesti mematuhinya dan tidak boleh mengarahkan orang lain
untuk menggantikannya tanpa pengetahuan Guru Besar.

PAKAIAN
1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profession keguruan.
2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan pendek tidak dibenarkan bagi guru-
guru perempuan
3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang yang sesuai.
4. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

7
BILIK GURU

1. Kebersihan dan keselamatan peralatan di dalam bilik guru adalah tanggungjawab


semua guru.
2. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru kecuali atas urusan
yang tidak dapat dielakkan.
3. Guru sewajarnya mewujudkan perasaan kekitaan (tidak berpuak-puak) dan sentiasa
mengawal tutur kata supaya tidak menyinggung pihak yang lain.

BILIK-BILIK KHAS

1. Guru-guru yang menguruskan bilik khas bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan,


keselamatan dan keceriaan bilik tersebut.
2. Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik ini kecuali dengan kehadiran guru.
3. Guru yang menggunakan bilik-bilik ini mesti memastikan bilik tersebut berada dalam
keadaan kemas sebelum meninggalkannya.
4. Bilik-bilik ini adalah Kawasan Larangan Merokok.

CUTI

1. Cuti Rehat atau Cuti Penggal.


Mengikut Pekeliling KPM, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah
menggantikan cuti rehat, tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak
melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun itu (Perintah Am
50 (a) Bab C) untuk menjalankan tugas selain mengajar.

2. Cuti Sakit
Sijil sakit perlu untuk mendapat cuti. Ketua Jabatan boleh beri cuti sakit apabila
seseorang pegawi itu disahkan tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya
oleh PPK / LP / Panel Doktor. Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang
diterima mengikut Perintah Am Bab C 1 (xi).

3. Cuti Tanpa Gaji


Mengikut Perintah Am Bab C, CTG boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang
mustahak. PAC 14 (b) – Urusan sendiri di dalam Malaysia atau PAC 14 (c) – Urusan
sendiri di luar Malaysia. Kuasa melulus ialah Ketua Jabatan (Pengarah JPN). Jumlah

8
cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan. Had maksimum 360 hari. Syarat minimum layak memohon CTG ialah 6
bulan perkhidmatan yang melayakkan.

Perintah Am 14 A Bab C menyatakan tiada gaji bagi tempoh tidak hadir bekerja tanpa
cuti – jika sesorang pegawai itu tidak hadir bekerja bagi suatu tempoh tanpa sesuatu
sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munsabah, maka
pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi
tempoh tidak hadir bekerja itu.

4. Cuti Rehat Khas


Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017 – kadarnya 10 hari dalam
satu tahun kelendar. Guru Besar boleh meluluskan CRK kepada PPP yang berkenaan
asalkan tidak menganggu atau menjejaskan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
sekolah.

You might also like