You are on page 1of 3

3.4.

5 Sastera

-berbentuk prosa dan puisi


(prosa- berbentuk esei dan karangan untuk menjelaskan sesuatu
perkara)
(puisi-memaparkan kemahiran bahasa dan penggunaan kata yang indah
melalui rima bunyi yang tertentu)

-dapat dilihat dalam naskah melayu meliputi pelbagai bidang iaitu


ketatanegaraan, undang-undang, ilmu falah, pemerintahan, agama islam
dan perubatan.

3.5.4 Hubungan tamadun melayu dengan tamadun-tamadun lain di


malaysia
- tamadun melayu bersifat terbuka kepada unsur-unsur luaran
- Ia berpunca daripada sejarah kebudayaan melayu yang tinggal di
kawasan kepulauan

 Orang melayu penduduk kawasan kepulauan


- merupakan penduduk di kawasan kepulauan
- lokasi pulau yang jauh telah memisahkan orang-orang melayu secara
fizikal dan mengasingkan penduduk daripada mudah untuk berinteraksi
dengan manusia lain.
- hal ini menyebabkan penduduk ini sangat mengharapkan kedatangan
orang luar untuk datang ke pulau tersebut untuk mendapatkan khabar
berita dan pada masa yang sama untuk berdagang.
- pedagang ini juga penting kepada orang melayu untuk mereka
mendapatkan keperluan yang tidak terdapat di kawasan mereka.

 Orang melayu bersifat Heterogeneous


-keadaan orang melayu yang tinggal di kawasan kepulauan telah
memisahkan mereka secara fizikal dengan kumpulan orang melayu yang
lain menyebabkan mereka kurang berinteraksi dengan kumpulan orang
melayu yang lain dan hal ini menyebabkan kemunculan perbezaan
perbezaan kebudayaan tempatan.
- perbezaan ini mnjadikan org melayu bersifat heterogeneous iaitu
pelbagai.
- kepelbagaian ciri kebudayaan masyarakat melayu ini berterusan kerana
masyarakat melayu tidak pernah disatukan dengan mana mana
kerajaan.

 Sikap terbuka kepada luar


- bersifat terbuka kepada kedatangan orang luar
- penerimaan kedatangan org luar adalah sebahagian drpd keperluan
masyarakat yang menetap di kawasan kepulauan untuk
mempertingkatkan kemampuan diri mereka.
- hal ini kerana tanpa kedatangan orang luar, mereka tidak dapat
mengikut apa-apa perkembangan yang terbaru dan lama kelamaan
mereka akan ketinggalan zaman.

 Penerimaan pandangan luar


- orang melayu juga mudah menerima pandangan dari pihak luar tetapi
ia tidak bermakna orang melayu setuju dengan semua pandangan
tersebut.
- orang melayu biasa melihat kelainan dan tidak menganggap kelainan
itu sesuatu yang berbahaya kerana lokasi kepulauan ini membolehkan
mereka berinteraksi dengan kumpulan manusia yang berbeza.
- oleh sebab masyarakat melayu mengetahui kewujudan kelainan dan
mampu berhadapan dengan kelainan, mereka juga mampu menerima
pndgn dari luar.

 Memberi peluang kepada kemampuan luar


- kemampuan tamadun melayu untuk menerima pandangan dari luar
merupakan satu sifat yang berkait rapat dengan kesediaan masyarakat
melayu untuk meberi peluang kepada kemampuan luar.
-kesediaan masyarakat melayu untuk memberi peluang kepada
kemampuan luar ialah sifat tamadun melayu yang membolehkan
masyarakat melayu berubah mengikut keperluan semasa.
-pada masa yang sama, kesediaan ini juga mencerminkan pemahaman
masyarakat melayu bahawa terdapat pelbagai cara yang berbeza untuk
melakukan sesuatu.

 Bermusyawarah
- salah satu cara dalam tamadun melayu untuk mencapai kata sepakat
adalah dengan melalui proses bermusyawarah atau bermuafakat. Ia
merupakan proses di mana semua orang terlibat dalam mengeluarkan
pandangan dan berbincang untuk mencapai kata sepakat.
- ini merupakan proses yang berkemungkinan bermula semasa
masyarakat melayu masih lagi mempunyai organisasi masyarakat di
peringkat perkampungan.
-organisasi pada peringkat ini tidak dipimpin oleh seorang ketua yang
mempunyai kuasa mutlak seperti raja, tetapi sebaliknya kepimpinan
sesuatu perkampungan itu berdasarkan persetujuan ramai.
-walaupun ketua kampung mempunyai kuasa, namun kuasa tersebut
berdasarkan pengaruh yang diperolehnya dan tepaksa juga
mendapatkan persetujuan ramai sebelum sesuatu keputusan boleh
diterima.

 Interaksi melayu dengan orang bukan melayu


- interaksi yang berlaku antara orang melayu dengan orang bukan
melayu di malaysia menunjukkan ciri-ciri umum kumpulan etnik
terbesar. Sama seperti kebanyakan negara lain, kumpulan etnik terbesar
selalunya mempunyai sesuatu nila yang dipandang tinggi oleh kumpulan
etnik yang lebih kecil.
- kumpulan etnik yang lain sentiasa cuba untuk memasuki kumpulan
etnik yang terbesar di negara negara tersebut seperti negara AS, Great
Britain, Australia, India dan Singapura.
- walaupun terdapat persamaan dari segi perasaan untuk memasuki
kumpulan etnik terbesar, namun terdapat satu kelainan yang berkaitan
dengan pemikiran terhadap tamadun dan peradaban.
-ia juga berkaitan dengan nilai prestij dan kuasa
- akan tetapi, memasuki kumpulan etnik melayu jauh lebih awal
daripada kemunculan negara-negara di atas kerana istilah masuk melayu
adalah perubahan nilai-nilai kebudayaan dan juga bertukar agama untuk
menganut agama islam malah perubahan sedemikian telah lama wujud
sejak kemunculan islam di kepulauan melayu.
-oranh melayu dipandang tinggi oleh masyrakat rumpun melayu di
kepulauan melayu keranaorang melayu dikaitkan dengan tamadun
melayu, sesuatu yang dianggap sebagai pencapaian peradaban tertinggi
dalam kalangan masyarakat kepulauan melayu.

You might also like