You are on page 1of 5

KESEPADUAN PASUKAN

Maksud pasukan ( Carron, 1994 )


1. Kumpulan individu yang mempunyai identiti yang sama.
2. Berkongsi matlamat dan objektif yang sama.
3. Berkongsi nasib.
4. Mempunyai corak interaksi dan komunikasi yang tersendiri.
5. Menonjolkan sifat-sifat saling membantu.
6. Memerlukan antara satu sama lain.
7. Menganggap diri mereka sebagai satu pasukan.

Proses Pembentukan Pasukan


1. Fasa pembentukan
2. Percubaan untuk mengenali serta membiasakan dengan ahli pasukan lain.
3. Membuat perbandingan sosial ( kemampuan dan kebolehan )
4. Menilai kekuatan dan kelemahan.
5. Menilai kemampuan aksi.

  Fasa Pertelagahan
1. Dipenuhi dengan pertelagahan dan persaingan.
2. Untuk mendapatkan perhatian jurulatih.
3. Jurulatih mesti tegas untuk mengurangkan risiko kecederaan dan perpecahan.
  Fasa Pembentukan Norma
1. Pemain sudah menjalin hubungan positif / bekerjasama.
2. Pemain mementingkan kehendak pasukan daripada diri sendiri.
3. Menilai sumbangan unik setiap pemain.
4. Persaingan bertukar menjadi bantuan.
  Fasa Prestasi
1. Bersedia sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang disasarkan.
2. Mengetahui peranan yang perlu dimainkan oleh setiap individu.
3. Menghargai setiap sumbangan yang diberikan.
4. Tidak timbul perasaan iri hati.
5. Hubungan jurulatih dengan pemain semakin akrab.

 Langkah-langkah Untuk Meningkatkan Kesepaduan Pasukan


1. Membiasakan pemain dengan peranan rakannya yang lain.
2. Kenali pemain anda.
3. Gunakan strategi komunikasi yang berkesan.
4. Memberikan komen yang positif selepas setiap perlawanan.
5. Memberikan maklum balas kepada pemain.
1
6. Wujudkan sistem sokongan dalam pasukan.
7. Awasi kumpulan kecil dalam pasukan.
8. Konsisten ketika mendisiplinkan pemain.
9. Atasi masalah keciciran pemain.

Jika usaha untuk membentuk satu pasukan yang benar-benar bersepadu dan mantap
menjadi pilihan, maka langkah-langkah di atas boleh digunakan untuk membantu
mencapai kesepaduan pasukan. Bagaimanapun, cadangan ini bukan satu yang eksklusif.
Terdapat banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk membantu meningkatkan
kesepaduan pasukan. Maka jadilah pengalaman anda sebagai jurulatih untuk memikirkan
langkah-langkah lain yang lebih berkesan untuk meningkatkan kesepaduan pasukan.

Tumpuan

Pengenalan
Menurut Cox (1998), tumpuan bermaksud kemampuan seseorang individu mengalihkan
tumpuan dari satu sumber maklumat kepada satu sumber maklumat yang lain dan jumlah
maklumat yang difokuskan dalam tempoh masa tertentu. 

Manakala menurut Galott(1994), proses menumpukan perhatian ditakrifkan sebagai


konsentrasi yang diasaskan oleh proses atau aktiviti kognitif individu. 

2
Keadaan ini merujuk kepada aktiviti memberi tumpuan atau memfokuskan perhatian
secara kognitif dengan menggunakan tumpuan fikiran kepada sesuatu topik atau tugasan
yang dilakukan secara sedar dan disengajakan.

Bagi aspek konsentrasi pula, konsentrasi bermaksud kemampuan memberikan tumpuan


(fokus) kepada petunjuk di persekitaran serta mengekalkan fokus tersebut dalam tempoh
masa yang diperlukan. Kemampuan konsentrasi merupakan aspek penting yang
menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pasukan atau atlet dalam sukan.

Kesan serta kepentingan tumpuan dalam kehidupan kita telah menarik minat ramai ahli
psikologi sukan. Ahli psikologi sukan ini berpendapat bahawa tumpuan merupakan elemen
penting yang berkaitan dengan sukan. Umumnya, kajian ini boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan utama iaitu kajian yang melihat perkaitan di antara tumpuan serta prestasi dalam
sukan dan stail atau gaya tumpuan seseorang atlet (Wann, 1997). 

Tumpuan Secara Umum


Sebelum mendalami dalam dimensi tumpuan dan gaya tumpuan, masalah yang biasanya
timbul berkaitan tumpuan adalah seseorang individu terlalu memikirkan atau memberikan
tumpuan kepada apa yang telah berlaku, terlalu memikirkan apa yang akan berlaku,
memberikan tumpuan kepada terlalu banyak kiu dan petunjuk di persekitaran serta terlalu
menumpukan kepada mekanik atau proses pergerakan sesuatu kemahiran yang telah
dikuasai dengan baik. 

Beberapa faktor yang menyumbangkan kehilangan tumpuan pula adalah seseorang


individu memikirkan kepentingan sesuatu pertandingan, menghadapi tekanan yang
keterlaluan menyebabkan atlet hilang tumpuan. Pada saat-saat kritikal dalam sesuatu
perlawanan seperti penentuan sepakan penalti. Tambahan pula, penilaian ke atas pemain
sama ada oleh jurulatih, pengurusan, rakan sepasukan, penonton dan peminat.

Oleh itu, terdapat beberapa cara mengatasi masalah hilang tumpuan. Antaranya, seseorang
individu boleh bicara kendiri yang positif. Sebagai contoh, saya boleh lakukan boleh di
bicara dalam diri seseorang. Selain itu, menggunakan perkataan atau kiu tertentu untuk
memfokuskan tumpuan. Seterusnya, seseorang individu boleh berlatih dengan gangguan
dan simulasi. Mewujudkan serta mengekalkan rutin tertentu juga merupakan salah satu
cara. Tambahan pula, memberikan fokus terhadap peranan masa kini dengan melupakan
perkara yang sudah berlaku dan tumpukan perhatian pada masa sekarang juga salah satu
cara yang berkesan. 

Dimensi Tumpuan
Menurut Hideffer(1993), terdapat dua jenis dimensi tumpuan utama yang sering digunakan
dalam kehidupan seharian iaitu keluasan tumpuan(attentional width) dan arah tumpuan.

Dimensi pertama iaitu keluasan tumpuan  berkait rapat dengan bilangan stimulus yang
diberikan tumpuan atau yang di fokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa dari
sempit kepada luas. Sebagai contoh, penjaga gol perlu meluaskan tumpuannya dengan
3
menilai pergerakan penyerang. Tumpuan ini biasanya berkaitan dengan jumlah rangsangan
yang diterima untuk memberi tumpuan sepenuhnya. Tumpuan utama ini hanya
memberikan tumpuan kepada isyarat berprestasi yang berkaitan dengan bidang fokus atlet.
Isyarat yang berprestasi termasuklah teknik taktik, perlawanan, skor, waktu sisa
pertandingan dan sebagainya. Dengan kata lain, atlet hanya perlu memberi tumpuan pada
petunjuk-petunjuk yang boleh membantu mereka melakukan yang terbaik.

Seterusnya, dimensi kedua ialah arah tumpuan. Arah tumpuan merujuk kepada tahap di
mana individu mengarahkan tumpuannya sama ada ke dalam atau ke luar. Arah tumpuan
dalaman berlaku apabila atlet mengarahkan tumpuannya kepada perasaan serta
pemikirannya manakala arah tumpuan luaran merujuk kepada tindakan atlet memberikan
tumpuannya kepada stimulus yang terdapat di persekitarannya atau luarannya. Contohnya,
penjaga gol tadi perlu mengatasi perasaan takut , tidak yakin dan bimbang untuk membuat
keputusan yang tepat dalam menghalang penjaringan bola penyerang. Penumpuan arahan
ini adalah segala di dalam diri atlet (fikiran emosi dan tindak balas) dan segala di luar atlet
(pemandangan dan bunyi). 

Kehilangan tumpuan ini boleh menghalang prestasi pemain dan menjadikan ia sebagai
halangan dengan menyukarkan kemenangan. Oleh itu. psikologi sukan boleh membantu
atlet mempelajari kemahiran memberi tumpuan sepanjang pertandingan berlangsung.

Gaya Tumpuan (Stail Tumpuan)


Ramai ahli psikologi sukan tertarik untuk mengetahui tentang stail tumpuan seseorang ahli
sukan.  Stail tumpuan boleh dimaksudkan sebagai kecenderungan seseorang individu
menumpukan perhatiannya kepada maklumat serta apa yang berlaku di sekelilingnya
dengan selesa.  Ia boleh dikaitkan dengan ciri-ciri peribadi yang stabil serta konsisten
dalam semua situasi (Nideffer, 1993) Stail Tumpuan. Kebanyakan kajian yang dilakukan
dalam ruang lingkup stail tumpuan ini adalah untuk menilai fokus tumpuan (pemusatan
tumpuan) atlet terbabit iaitu kemampuan menggunakan stail tumpuan yang sesuai dengan
rangsangan atau tugasan yang perlu dilaksanakan.

Terdapat empat gaya tumpuan yang biasanya boleh dilihat dalam seseorang individu
dalam kehidupan seharian. Gaya-gaya tumpuan ini ialah luas luaran (broad external), luas
dalaman (broad internal), sempit luaran (narrow external) dan sempit dalaman (narrow
internal).

Gaya tumpuan pertama ialah luas luaran. Kebiasaannya, individu yang mempunyai fokus
luas luaran bertindak menilai pergerakan rakan dan pelawan semasa aktiviti sedang
berlangsung. Sebagai contoh seorang posisi penjaga gol. Keadaan ini disebabkan
tumpuannya luas untuk melihat posisi serta pergerakan pemain yang berada dan terlibat di
padang. 

4
Sementara itu, individu yang menggunakan fokus tumpuan yang bercorak luas dalaman
biasanya menganalisis sesuatu situasi seperti memikirkan strategi serta taktik yang
berkesan untuk mengatasi pihak lawan. Dengan itu, keadaan ini biasa dihadapi oleh
seorang jurulatih semasa menyaksikan pasukan beraksi dalam sesuatu perlawanan.

Seterusnya bagi individu yang mempunyai tumpuan bersifat sempit luaran kebiasaannya
individu yang menggunakan fokus sempit luaran memberikan tumpuan kepada sesuatu
perkara sahaja. Keadaan ini biasanya dialami oleh atlet memanah kerana mereka bersedia
melepaskan anak panah ke arah sasaran.

Sementara bagi atlet yang menggunakan fokus tumpuan yang bercorak sempit dalaman
biasanya memberikan tumpuan kepada satu atau dua perkara sahaja. Keadaan ini selalu
digunakan oleh atlet gimnastik yang membayangkan pergerakannya yang akan dilakukan
dalam acara senaman lantai.

Jelasnya, kemampuan menggunakan fokus tumpuan yang bersesuaian berkait dengan


individu yang mengalami kesukaran untuk “meluaskan”  fokus tumpuan. Natijahnya,
individu ini gagal bertindak berdasarkan maklumat yang terdapat di persekitarannya.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan dengan menggunakan TAIS, Nideffer
(1980) menggariskan beberapa profil penumpuan yang berbeza. Pertama, individu yang
mendapat skor yang tinggi bagi sub skala OET dan OIT serta skor rendah bagi NAR
menunjukkan corak tumpuan yang kurang efektif lazimnya sukar beralih dari fokus
tumpuan dalaman kepada fokus tumpuan luaran. Akibatnya, mereka lambat bertindak
berdasarkan maklumat yang terdapat di persekitaran.

Sungguhpun penggunaan TAIS menunjukkan hasil yang positif, terdapat juga beberapa
penyelidik yang meragui kesahihan psikometrik TAIS. Bagaimanapun, sebagai
kesimpulannya, ujian ini mungkin lebih sesuai jika digunakan sebagai alat diagnosis
tumpuan jika dibandingkan sebagai alat untuk meramal prestasi atlet.

Kesimpulannya, kehilangan tumpuan walaupun Cuma beberapa saat sahaja boleh


mengakibatkan kekalahan atau kerugian yang besar. Bahkan ia boleh menyebabkan
kecederaan serius atau kehilangan nyawa dalam acara sukan tertentu seperti lumba kereta,
motosikal dan gimnastik. Lebih malang lagi, kehilangan tumpuan juga merupakan punca
utama kemalangan jalan raya yang mengorbankan banyak nyawa saban tahun di negara
kita. Justeru itu, kemampuan menumpukan perhatian bukan sahaja penting dalam bidang
sukan malah ia penting dalam semua aspek kehidupan.

You might also like