You are on page 1of 1

KEMPEN #PASTICARUM

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Tuan/Puan yang dihormati,

Pandemik Covid-19 dan PKP telah memberi impak besar kepada kesihatan & ekonomi. Bilangan Asnaf juga
meningkat mendadak. Yang sebelumnya bayar zakat, kini mungkin penerima zakat. Lebih banyak wang zakat
diperlukan untuk menampung keperluan agihan kepada Asnaf.

Maka, Lembaga Zakat Selangor mengambil inisiatif melancarkan program khas #PASTICARUM.

#PASTICARUM

1. Apa itu program #PastiCarum?


Program #PastiCarum adalah satu
inisiatif Lembaga Zakat Selangor untuk menggalakkan pekerja MULA/TAMBAH caruman zakat potongan gaji
serendah RM8/bulan, dengan menghadiahkan botol minuman edisi terhad sebagai tanda penghargaan.

2. Bagaimana saya boleh MULA/TAMBAH caruman?


Anda boleh imbas kod QR pada poster ATAU isi borang atas talian di https://cutt.ly/wahida
ATAU isi borang kebenaran potong gaji yang boleh didapati melalui HR syarikat.

3. Bagaimana cara untuk saya menuntut botol edisi terhad LZS?


Botol edisi terhad LZS akan diberikan kepada wakil HR syarikat dan boleh dituntut dari pihak HR.
*Botol edisi terhad LZS akan diberikan secara rawak.

4. Apa pula Kempen 8 to 8?


Selain menerima botol edisi terhad LZS, anda yang MULA/TAMBAH caruman serendah RM8 juga layak
menyertai kempen MEGA galakan berzakat iaitu Kempen 8 to 8. Anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah
menarik yang disediakan dengan hanya menjawab 2 soalan mudah di https://cutt.ly/kempen8to8

5. Siapa boleh saya hubungi untuk pertanyaan lanjut?


Anda boleh hubungi Perunding Zakat Anda, Pn. Wahida di 019 388 8130 atau whatsapp ke
https://tanyazakat.wasap.my/

#BantuKamiBantuAsnaf
#AndaHeroAsnaf

Yang Benar,
Wahida Idris | Jabatan Majikan | Lembaga Zakat Selangor

You might also like