You are on page 1of 4

Secara umumnya, perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani purba iaitu

phisophia yang membawa maksud cinta akan kebijaksanaan (Woodhouse 1994, 13). Plato
(427-348 SEBELUM MASIHI) menyatakan falsafah bermaksud pengetahuan yang
mempunyai sifat untuk mencapai keberanan yang sebenar. Al Farabi (872-950M)
menyatakan bahawa falsafah adalah Imu yang menyelidik hakikat yang sebenar dari segala
aspek. Falsafah juga merangkumi satu kaedah penyelidikan berdasarkan renungan dan
penakulan unyuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan aam. Falsafah mumpu berfungsi
nadi kehidupan manusia dan memberi makna dalam kehidupan apabila dibentuk secara
sistemtik. Falsafah membantu manusia untuk berfikir berteraskan logik agar memberi
kebaikan kepada sesuatu perkara yang ingin diilhamkan. Dengan adanya falsafah dalam
kehidupan manusia seharian, maka akan wujudnya kehidupan yang baik, berstruktur,
berfokus dan bermatlamat.

Dunia fasafah mempunyai pebagai tokoh-tokoh yang terkemuka. Antara tokoh


tersebut ialah Plato, Socrates, Al-Farabi dan lain-lain. Di dalam konteks ini, saya telah
memilih Plato sebagai medium kajian saya dan antara falsafah terkenal Phto adalah
mengenai negara Ideal. Socrates merupakan perwatakan penting dalam membentuk Plato
menjadi seorang ahi falsafah. Minat Plato telah dipupuk oleh Socrates untuk mendalami
bidang falsafah Lantas selepas Socrates meninggal dunia anak didiknya Plato telah menjadi
seorang ahli falsafah yang berjaya pada ketika itu. Di dalam kajian ini saya telah memberi
penekanan ataupun menfokuskan kepada falsafah Plato dalam karyanya politiknya
mempengaruhi kemasyarakatan.
Plato merupakan seorang ahli falsafah yang berketurunan Aristokrat. Beliau
dilahirkan pada tahun 428/7 dalam keluarganya yang terkemuka di Athens ayahnya bernama
Ariston dan ibunya pula Kristian. Secara keseluruhannya keluarga dia merupakan keturunan
raja yang telah memerintah Bandar Athens. Nama Plato diberikan oleh gurunya, Socrates.
Dia memperoleh nama berkenaan dengan bahunya yang luas. Sama dengan badannya yang
tinggi dan teguh, bahagian badannya yang tersendiri dan tahapnya sesuai dengan ciptaan
klasik lelaki baik. Baik dan sifatnya yang membolehkan beliau untuk berfikir dengan baik.
Dalam badan yang besar dan sihat ia juga menyemai pemikiran yang mendalam dan mampu
untuk berfikir secara matang walau di usia beliau yg masih kecikl. Pandangan beliau sama
sahaja menzahirkan seolah-olah dia akan merealisasikan cita-cita beliau secara
bersungguh.Antara pelajaran yang diperolehnya pada zaman kanak-kanaknya adalah
pelajaran am dan lukisan diikuti dengan pembelajaran muzik dan puisi berdasarkan
keharmonian kehidupan. Ketika beliau berusia remaja beliau telah banyak melibatkan diri
dalam bidang ketenteraan dan sukan-sukan yang lasak.

Sejak kecil lagi, dia pandai menulis. Seperti anak-anak yang baik, pada masa itu,
mendapat pendidikan daripada guru falsafah. Pelajaran falsafah pertama diperoleh dari
kratylos. Kratylos adalah pelajar heracleitos yang mengajar kosep "semuanya berjalan
dengan" seperti air (lancar). Doktrin seperti itu tidak terletak di dalam hati bangsawan yang
dipengaruhi oleh tradisi keluarganya. Sejak berumur 20 tahun lagi, Plato adalah sentiasa
bersama sokrates untuk mencari nilai kependidikan .Pelajaran adalah atas dasar kepuasaan
terhadap dirinya. Pengaruh sokrates semakin mendalam kepadanya lantas beliau menjadi
pelajar sokrates yang setia.

Sekitar tahun 427 sebelum masihi. Di masa remaja, dia mula berkenalan dengan
socrates yang menjadi gurunya dan sahabat karibnya. Plato cuba untuk berharap bahawa
beliau akan menceburi bidang politik tetapi semuanya adalah terbantut kerana perbicaraan
gurunya iaitu Socrates berakhir dengan kepimpinan demokrat menjatuhkan hukuman bunuh
ke atas gurunya sendiri dengan memberi makan racun kerana mengajar agama palsu dan
ajaran sesat yang menentang agama rasebelum masihii Athens. Plato sangat marah dan
merumuskan bahawa kematian gurunya itu memberi kesedarannya mengenai kekejaman
demokrasi pada ketika itu. Pada tahun 399 sebelum masihi sebelum Socrates berumur 70
tahun dia diseret ke pengadilan dengan pertuduhan yang tidak sepatutnya dihukum terhadap
dia kerana mengajar ajaran sesat dan merosakkan akhlak golongan muda Athens . Lalu
Socrates di kutuk lalu dihukum mati. Pelaksanaan hukum mati terhadap socrates yang
dikenalinya sebagai seorang bijaksana jujur baik dari semua manusia yang pernah beliau
kenal membuatkan dia benci kepada pemerintahan demokrasi di Athens. Tak lama sesudah
socrates mati, Plato pergi meninggalkan Athens dan mengembara selama 10 hingga 12 tahun
kerana atas dasar membenci pentadbiran di tanah airnya sendiri.

Plato cuba untuk berharap bahawa beliau akan menceburi bidang politik tetapi
semuanya adalah terbantut kerana perbicaraan gurunya iaitu Socrates berakhir dengan
kepimpinan demokrat menjatuhkan hukuman bunuh ke atas gurunya sendiri dengan memberi
makan racun kerana mengajar agama palsu dan ajaran sesat yang menentang agama
rasebelum masihii Athens. Plato sangat marah dan merumuskan bahawa kematian gurunya
itu memberi kesedarannya mengenai kekejaman demokrasi pada ketika itu.

Pada am kehidupannya, Plato menjadikan gurunya adalah sentiasa yang terbaik dari
segi ketinggian ilmunya lantas menjadikan gurunya sebagai seorang idola. Dengan cara ini
pengajaran falsafah diambil oleh sokrates. Selepas pandangan falsafah gurunya adalah jauh di
belakang dan jauh dari pandangan gurunya lantas cuba untuk menjana pendapat sendiri.
Socrates menggambarkannya sebagai jiwa orang-orang di Athens yang ditindas melalui
penumbangan demokrasi menjadi anarki dan semudahnya diganti secara keras oleh kuasa
seorang Tiran dan Oligarki, yang akhirnya menyebabkan Athens lenyap di bawah kuasa
asing.

Plato membesar di era peperangan Peleponesos dan berpeluang untuk menyaksikan


kekalahan Athens kepada Sparta pada ketika itu (Nih 2012. 145). Plato yang lahir selepas
kematian Pericles telah berada di mana zaman-zaman ketika kepimpinan Athens mula retak
di bawah tekanan di samping telah kehilangan seorang yang berpengaruh iaitu Pericles. Pada
ketka itu kehidupan sangat sukar dan taraf hidup jatuh Pemimpin demokrasi menjadi sangat
imperialis. Pada 430 sebelum masihi, Athens bekerja keras untuk mempertahankan
empayarnya. Namun gagal dan bertukar ketika tahun 416 SEBELUM MASIHI di mana
Athens bukan sahaja perlu bekerja keras menangkis serangan tetapi perlu mendapatkan balik
keuntungan demi menampung kerugian perang sebelum ni.

Oleh kerana ketidak puas hatian terhadap politik di Athens, maka beliau telah
meninggalkan bidang sukan lasak tersebut, dan selalu menumpukan sepenuhnya perhatian
terhadap bidang falsafah oleh kerana marah beliau yang begitu tinggi terhadap sistem politik
di Athens maka beliau telah bertindak untuk meninggalkan bandar tersebut Dengan berhijrah
ke Mesir dan telah kembali ke bandar kelahirannya ketika beliau berusia 40 tahun. Beliau
juga merupakan seorang yang cintakan kebenaran dan sangat mementingkan penakulan masa
depan baik dan pertimbangan yang baik terhadap sesuatu perkara.

Hidup Plato telah banyak menyumbangkan tenaga dia seperti menjadi pengasas
kepada sebuah Universiti pertama dalam sejarah yang dikenali sebagai ‘Akademy’. Nama
Universiti ini diambil bersempena dengan nama taman Arcadem iaitu dituju kepada pohon-
pohon zaitun yang rendang. Salah seorang muridnya yang terkenal adalah Aristotle. Plato
telah meninggal pada tahun 347 sebelum masihi dengan usia 70 tahun. Namun begitu sekitar
tahun 387 sebelum masihi dia cuba untuk kembali ke Athens dan mendirikan sebuah sekolah
di sana iaitu sebuah Akademik yang berjalan lebih dari 900 tahun. Beliau banyak
menghabiskan sisa umur nya iaitu saki-baki dengan 40 tahun di Athens mengajar dan menulis
soal persoalan yang berkaitan falsafah. Ia sekaligus melahirkan muridnya yang termasyhur
seperti Aristotle. Aristotle sekaligus telah menjadi murid Akademi sewaktu berusia 17 tahun
lagi sedangkan Plato sendiri waktu itu berumur 60 tahun.

You might also like