You are on page 1of 19

1|

MODUL SEJARAH KERTAS 3/2020


1249/3 (3 JAM)
SMK PERMATANG RAWA
14000 BUKIT MERTAJAM PP

Cgu Echah80 pg. 1


2|

PENGENALAN

MAKSUD, DEFINISI DASAR LUAR MALAYSIA

Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka sudah semestinya menjalin
hubungan diplomatik dengan pelbagai negara. Dalam konteks ini, hubungan diplomatik yang terjalin
sejak merdeka hingga kini telah menunjukkan prinsip yang jelas berbaik-baik dengan semua negara di
dunia. Malaysia meneruskan polisi bebas berprinsip dan dasar luar yang dinamik berdasarkan nilai
keamanan, kemanusiaan, keadilan dan persamaan sejagat.

Pelaksanaan dasar luar Malaysia bertujuan menjaga kedaulatan negara serta kepentingan
negara. Selain itu, Malaysia juga memberi sumbangan yang bermakna kepada konsep persamaan
dalam kalangan komuniti global melalui pendekatan diplomasi yang efektif. Dasar luar Malaysia
dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya seperti kedudukannya yang strategik, politik, kepimpinan
dan sebagainya. Sehingga kini dasar luar Malaysia tidak dinafikan telah mengangkat kedudukan
Malaysia sebagai salah sebuah negara yang dihormati di peringkat dunia.

LATAR BELAKANG DASAR LUAR MALAYSIA

Zaman Kesultanan Melayu Melaka menjadi legasi kepada asas pembentukan dasar luar
Malaysia. Kerajaan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan luar dengan pelbagai kerajaan sama
ada dengan kerajaan-kerajaan kecil di kepulauan rempah, mahupun kuasa besar seperti dinasti China.
Sehubungan dengan itu, Selepas kemerdekaan, legasi ini diteruskan oleh pemimpin negara .

Namun, dasar luar sesuatu negara mesti dipandu oleh kepentingan nasional mengikut persepsi
kepimpinan tertinggi negara. Oleh yang demikian, beberapa prinsip dasar luar telah digariskan
mengikut perkembangan semasa. Salah satu prinsip yang diamalkan oleh Malaysia ialah dasar
berbaik-baik dengan semua negara di samping bersedia menjalinkan hubungan diplomatik dengan
mana-mana negara. Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip memelihara keamanan dunia dalam
menjalin hubungan luarnya.

MATLAMAT/KEPENTINGAN DASAR LUAR MALAYSIA

Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara.
Matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu, dapat
memelihara kepentinagn nasional dan mengekalkan kedaulatan negara. Seterusnya matlamat dasar
luar ialah menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. Dasar luar dapat mengekalkan
keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Oleh itu, matlamat dasar luar dapat menjadikan
Malaysia sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha-usaha yang dapat
memupuk kesejahteraan penduduk dunia.

BENTUK HUBUNGAN DASAR LUAR MALAYSIA

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan
bilateral dan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara
tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran termasuk
Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara
Asia yang lain Amerika Latin, Afrika, Asia Barat, Britain dan Amerika Syarikat.

Hubungan multilateral murujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan
seperti Persatuaan Negara-negara Asia Tengara atau Association of South-East Asian Nations

Cgu Echah80 pg. 2


3|

(ASEAN), Komanwel ,Pertubuhan Persidangan Islam atau Organisation of Islamic Conference


(OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau Non-Alligned Movement (NAM) dan sebagainya.

FAKTOR-FACTOR ASAS PENGGUBALAN/ FAKTOR YANG MEMPENGARUHI/ FAKTOR-FAKTOR YANG


MENCORAKKAN DASAR LUAR MALAYSIA
Asas penggubalan dasar luar dipengaruhi faktor sejarah. Sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka telah menjalin hubungan perdagangan dengan negara China, Arab, Siam dan negara serantau.
Pada masa kini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu seperti Indonesia
,Brunei, dan Singapura. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel
dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain serta negara Komanwel lain seperti Australia
dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang
menggugat keselamatan Malaysia. Keadaan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang
pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat
kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.

Seterusnya faktor ekonomi juga turut diambil kira dalam menggubal asas dasar luar
Malaysia. Malaysia merupakan negara yang mengamalkan ekonomi pasaran bebas. Malaysia juga
menjalinkan hubungan baik dengan negara lain dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman
penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar bijih timah dan getah. Pada
masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain
dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan
modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi mengalakkan pelaburan
asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang
pekerjaan. Menjelang tahun 1980-an ,Malaysia melaksanakan Dasar Pandang ke Timur, pelaburan
asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutamnya Jepun dan Korea. Pada masa yang
sama, Malaysia menjalin hubungan berdagangan dengan negara-negara sedang membangun dan
negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia disamping mengadakan
pelaburan di negara berkenaan.

Seterusnya ialah faktor politik. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-
prinsip keamanan sejagat. Hal ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan
pemeliharaan kedaulatan negara-negara yang lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong
perjuangan rakyat-rakyat Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga
berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi
mengekalkan keamanan dunia. Malaysia menyokong semua resolusi PBB bagi mencapai dan
mengekalkan keamanan dunia.

TAHAP PERKEMBANGAN DASAR LUAR NEGARA MALAYSIA

1. Perkembangan dasar luar Malaysia


(a) Tahap pertama – Tunku Abdul Rahman
(b) Tahap Kedua – Tun Abdul Razak/ Tun Hussien Onn
(c) Tahap Ketiga – Tun Dr Mahathir Mohamad
Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman (1957-1970).

Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-barat yang anti-komunis serta
dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh
Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial.

Cgu Echah80 pg. 3


4|

Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam
negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada
negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjaniian
Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956.
Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang
oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran.
Hal ini disebabkan selepas timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan
Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965).
Tahap Kedua: Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981).

Perkembangan dasar luar tahap kedua melibatkan kepimpinan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein
Onn. Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan dasar
berbaik-baik dengan semua negara.
Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan
kurangnya pengaruh Britain di Timur terutama apabila Britain mengundurkan tentera dari Terusan
Suez. Selain itu, tercetus pergolakan di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika
Syarikat dan China dalam perang Vietnam.
Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan oleh pemimpin
Malaysia seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bersama-
sama dengan anggota negara ASEAN.

Tahap Ketiga: Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003).

Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan
penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu
perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Dalam
usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat
dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis pelarian Vietnam dan pencerobohan
Vietnam ke atas Kampuchea.
Di samping itu, Dasar Pandang Ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan
menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini
bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti
semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.
Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi
lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, ke negara Afrika,
Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
2. Perkembangan dasar luar Malaysia sehingga kini.

Tahap Keempat: Tun Abdulah Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib Tun Razak (2003- kini).

i. Tun Abdullah Ahmad Badawi

Dasar luar Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi dari tahun
2003-2009 disifatkan telah melalui proses evolusi yang dinamik. Beliau meneruskan
kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi
dan mengkonsolidasi dasar luar sedia ada.
Di bawah kepimpinan beliau, inisiatif dasar luar negara terus diperhalus untuk
memperlihatkan respons pragmatik dalam menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi semasa

Cgu Echah80 pg. 4


5|

pandangan Malaysia disampaikan dengan lebih jelas. Keteguhan sebagai lanjutan dinamik kepada
dasar sedia ada. Peranan kepimpinan yang berpengaruh sebagai Pengerusi Pergerakan Negara-
negara Berkecuali (NAM) pada 2003 dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada 2003 dan
ASEAN dan Malaysia sebagai contoh terkemuka sebuah negara Islam yang bertoleransi dan
progresif – Islam Hadhari.

ii. Dato Seri Mohd Najib Tun Razak

Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pada 3
April 2009 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dalam era pemerintahan beliau sebagai
Perdana Menteri, beliau telah mengorak langkah ke hadapan dengan menekankan kepada dasar
luar yang lebih proaktif dan dinamik berbanding era Tun Abdullah.
Beliau meneruskan dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang
mantap, dinamik dan mudah pulih. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau, terutama
dengan ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga menekankan peri penting
dalam menjalinkan hubungan dua hala (diplomasi dua hala) dengan negara-negara yang
merupakan negara ‘trading partner’ dengan Malaysia, terutamanya dalam bidang ekonomi, seperti
China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Penglibatan/peranan/sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa dan serantau

Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa dapat dilihat dalam penyertaan negara
dalam pertubuhan seperti Komanwel, PBB, NAM, OIC, Negara-Negara Selatan dan ASEAN.

Komanwel
Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai pertubuhan Komanwel. Dalam
pertubuhan tersebut, Malaysia telah menyertai kerjasama pertahanan dengan negara anggota
Komanwel. Selain itu, Malaysia telah menandatangani perjanjian pertahanan iaitu perjanjian Anglo–
Malaysian Defence Treaty (AMDA) bersama Britain, Australia dan New Zealand bagi membantu
Malaysia.
Seterusnya, dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) telah memberi
ruang ketua-ketua kerajaan membincangkan hal-hal kepentingan bersama. Contohnya, Mesyuarat
CHOGM di Malaysia pada 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Deklarasi Langkawi
telah memutuskan negara komanwel bertanggungjawab mengawal dan mengatasi masalah
pencemaran
Dalam Komanwel, Malaysia dengan lantang bersuara menentang dasar apartheid di Afrika
Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Seterusnya, dalam bidang sukan, Malaysia telah
menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998 di Kuala Lumpur.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Penglibatan Malaysia dalam PBB dapat dilihat melalui peranan yang dimainkan oleh
Malaysia semasa membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Antara penglibatan Malaysia ialah
Malaysia telah dipilih menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan
perang saudara di Congo (Zaire) pada tahun 1960.
Selain itu, pada tahun 1989, Malaysia telah mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia
bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
Pada tahun 1990an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran dan Iraq
dan Kampuchea. Selain itu, Malaysia juga telah menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.

Cgu Echah80 pg. 5


6|

Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid di Afrika Selatan serta
Malaysia juga menyarankan agar Benua Antartika dijadikan warisan dunia diletakkan di bawah hak
semua negara.
Selain daripada penglibatan dalam aspek politik, Malaysia juga bergiat aktif dalam bidang
ekonomi. Dalam hal ini, Malaysia telah menjadi ahli Bank Dunia.
Di samping itu, Malaysia terlibat aktif dalam usaha–usaha memerangi gejala penyalahgunaan
dadah. Dalam hal ini, Malaysia telah mengemukakan usul berkaitan dengan isu penyalahgunaan
dadah, hasilnya satu persidangan antarabangsa telah diadakan di Vienna Austria. Selain itu, Malaysia
telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, Malaysia telah
menyertai Food and Agricultural Organization (FAO), WHO, dan UNESCO.
Seterusnya, Malaysia juga telah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun
1965, 1989 dan 1999. Selain itu, Tan Sri Razali telah menjadi wakil Malaysia sebagai Pengerusi
Perhimpunan Agung di PBB. Tambahan lagi, Tan Sri Razali turut dilantik sebagai wakil khas PBB
untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
Di samping itu, Malaysia juga berpendirian tegas dan mendesak PBB menyelesaikan masalah
Palestin dengan menganjurkan persidangan antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur pada
2002.

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

Penglibatan Malaysia dalam NAM bermula apabila Malaysia mengganggotai pertubuhan tersebut
pada tahun 1970, setelah berlakunya pertukaran dasar luar Malaysia daripada dasar pro-barat dan anti-
komunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.
Dalam Sidang Kemuncak NAM ke-7 di New Delhi pada 1987, Malaysia telah
mengemukakan beberapa usul membela kepentingan negara-negara sedang membangun iaitu isu
Palestin, kerjasama ekonomi, dan isu Benua Antartika.
Dalam Sidang Kemuncak NAM ke-8 di Zimbabwe, Malaysia telah mengemukakan cadangan
bagi menghapuskan amalan dasar apartheid di Afrika Selatan.
Sementara itu, pada tahun 1989, Malaysia telah diberi penghormatan dipilih sebagai Naib
Presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade Yugoslavia.
Antara lain pemglibatan dalam NAM, Malaysia turut dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang
membincangkan isu-isu kerjasama politik antara negara anggota.
Selain itu, Malaysia telah menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NAM ke 13 pada tahun
2003. Dalam persidangan tersebut telah mencatatkan kemasukan Timur Leste dan Pulau Catalina
sebagai anggota baru NAM. Dalam sidang itu, deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha
menghidupkan kembali NAM dan mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin
serta serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA SELATAN

Penglibatan seterusnya adalah Malaysia turut terlibat aktif dalam pertubuhan Negara-Negara
Selatan. Dalam hal ini, penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan adalah datangnya daripada idea Dato
Seri Dr Mahathir Mohammad semasa sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe pada tahun 1987. Antara
strategi Negara-Negara Selatan adalah untuk menubuhkan kumpulan G15 pada tahun 1989. Hasilnya,
sidang kemuncak yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1990.
Antara projek yang telah dirancang termasuklah kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
serta penubuhan Pusat Pertukaran Data Perlaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan atau
SITTDEC di Kuala Lumpur. Selain itu, penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global atau

Cgu Echah80 pg. 6


7|

GSTP serta penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan telah
dirancang dalam pertubuhan tersebut.

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)


Penglibatan seterusnya adalah Malaysia telah terlibat secara aktif dalam pertubuhan OIC. Hal
ini dapat dilihat dengan tertubuhnya OIC pada 1971 atas idea Tunku Abdul Rahman. Malaysia telah
memainkan peranan penting apabila Tunku Abdul Rahman diberi penghormatan menjadi Setiausaha
Agung OIC yang pertama.
Antara peranan Malaysia dalam OIC ialah menjadi negara perantara dalam penyelesaian
krisis perang Iran-Iraq. Selain itu, Malaysia memberi sokongan kepada rakyat Palestin dalam
perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air daripada Israel.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003. Selain itu,
Malaysia telah menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada
tahun 2002.
Di samping itu, tawaran biasiswa telah diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk
belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Selain itu, Malaysia telah mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara
Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain. Malaysia telah diiktiraf sebagai
pengasas sistem perbankan Islam dan telah menjadi pakar rujuk kepada negara anggota.
Malaysia juga telah mendapat penghormatan daripada negara-negara ahli OIC kerana amat
serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN ialah Malaysia dan ASEAN telah
menandatangani satu deklarasi Kuala Lumpur pada 1971. Malaysia dan ASEAN bersepakat
mengistiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN). Tujuan
ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara serta tidak
bersekongkol dengan mana-mana blok barat atau blok timur bagi mengelakkan campur tangan.
Malaysia dan ASEAN telah berjaya mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas
Kampuchea bagi menjatuhkan regim Khmer Rouge. Dalam hal ini Kerajaan Campuran Kampuchea di
bawah Putera Norodom Sihanouk telah dibentuk atas persetujuan ASEAN dan Vietnam.
Malaysia dan ASEAN telah memutuskan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear. Hal
ini bermakna rantau Asia Tenggara tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan
kemudahan pelabuhan mengangkut bahan senjata nuklear.
Malaysia telah mengemukakan idea memperluaskan skop kerjasama ekonomi yang
melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan yang dikenali sebagai ASEAN +3.

MANFAAT/FAEDAH/KEPENTINGAN/KEBAIKAN YANG DIPEROLEH MALAYSIA DARIPADA


HUBUNGAN/DASAR LUAR MALAYSIA.

Faedah yang Malaysia peroleh daripada penyertaan dalam pertubuhan Komanwel ialah
Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan menjaga kedaulatan negara dalam
menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).
Selain itu, Malaysia telah mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara-negara
Komanwel. Malaysia telah membuat perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia,
dan New Zealand menerusi perjanjian Anglo–Malaysian Defence Treaty (AMDA). Dalam hal ini,

Cgu Echah80 pg. 7


8|

Malaysia diberi bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Malaysia
berkonfrantasi dengan Indonesia.
Di samping itu, Malaysia telah menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM di Kuala Lumpur
pada tahun 1989 dan mengisytiharkan Deklarasi Langkawi.
Faedah dari segi perdagangan, Malaysia memperoleh keistimewaan iaitu eksport Malaysia ke
negara-negara Komanwel telah dikenakan cukai yang rendah terutama ke Britain.
Rancangan Colombo telah menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang
pendidikan kepada pelajar Malaysia. Manakala, dalam bidang sukan, Malaysia telah menganjurkan
Sukan Komanwel pada tahun 1998.
Faedah dari segi politik, Malaysia telah dipilih menyertai pasukan pendamai di bawah panji-
panji PBB iaitu misi pasukan pendamai ke Congo (UNOC) pada 1960. Selain itu, Malaysia telah
dipilih mewakili misi pasukan pengaman ke Namibia (UNTG) pada tahun 1989 dan Bosnia
Herzegovina (UNPROFOR) pada tahun 1993-1998. Di samping itu, Malaysia telah dipilih menyertai
misi pasukan pemerhati ke sempadan Iraq –Iran, Kampuchea (UNTAC) pada tahun 1993, Lubnan
(2007-2010) dan Timur Leste (1999-2013). Dalam hal ini, penyertaan Malaysia dalam misi pendamai,
pengaman dan pemerhati menaikan imej negara di mata masyarakat antarabangsa.
Faedah dari segi ekonomi, Malaysia telah menjadi ahli Bank Dunia. Sebagai ahli Bank Dunia,
Malaysia memperoleh faedah kemasukan pelabur-pelabur asing membolehkan Malaysia membasmi
kemiskinan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Selain itu, Malaysia dapat
menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) serta membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan di tanah air.
Malaysia telah menjadi Yang Dipertua persidangan antarabangsa di Vienna Austria bagi
usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Dalam hal ini suara Malaysia didengari di
peringkat antarabangsa.
Malaysia juga telah bekerjasama dalam pelbagai agensi PBB seperti Pertubuhan Makanan dan
Pertanian (FAO), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Sebagai contoh, bandar Georgetown telah diiktiraf
sebagai tapak warisan dunia sekali gus meletakkan kedudukan Malaysia setaraf dengan negara lain.
Malaysia telah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada 1965, 1989 dan 1999. Selain itu,
wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB. Hal ini
dapat menunjukkan kewibawaan kepimpinan negara di mata dunia.

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

Faedah yang diperoleh oleh Malaysia ialah Malaysia telah diberi penghormatan apabila
dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM pada tahun 1989 di Belgrade
Yugoslavia. Selain itu, Malaysia telah dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu
kerjasama politik negara anggota. Penglibatan Malaysia dalam NAM dapat mengelakkan Malaysia
terjerumus dalam konflik kuasa-kuasa besar di samping memelihara kedaulatan negara.
Di samping itu, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM ke-13
pada tahun 2003 yang membawa penyertaan yang tertinggi 63 negara ahli serta berjaya mendaftarkan
Timur Leste dan Pulau Catalina menjadi anggota baru. Penyertaan negara anggota yang tinggi
menunjukkan keyakinan negara anggota terhadap kebolehan Malaysia sebagai penganjur.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA SELATAN


Faedah yang diperoleh Malaysia ialah Malaysia telah bekerjasama dalam bidang sains dan
teknologi serta menubuhkan SITTDEC di Kuala Lumpur. Selain itu, Malaysia bekerjasama dalam
menubuhkan GSTP dan penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan

Cgu Echah80 pg. 8


9|

perdagangan. Dalam hal ini, penglibatan Malaysia dalam pertubuhan Negara-Negara Selatan
membolehkan Malaysia meluaskan pelaburan ke negara-negara dunia ketiga.

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)

Faedah yang diperoleh Malaysia ialah Malaysia telah diberi penghormatan apabila Tunku
Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Selain itu, Malaysia telah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.
Di samping itu, Malaysia telah menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan
negara Islam pada 2002 di Kuala Lumpur. Hal ini menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara Islam
yang komited memerangi isu keganasan merentasi sempadan.
Selain itu, dari segi pendidikan, tawaran biasiswa diberikan kepada pelajar dari negara OIC
untuk belajar di UIAM khususnya pelajar Malaysia.
Manakala, manfaat dari segi ekonomi, Malaysia mendapat pinjaman daripada Bank
Pembangunan Islam, untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi kepentingan rakyat. Di
samping itu, Malaysia turut mendapat bantuan untuk menubuhkan UIAM.
Dari segi sosial, Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara anggota kerana
amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGGARA ASEAN

Faedah yang Malaysia peroleh daripada dasar berbaik-baik dengan negara serantau melaui
ASEAN ialah dapat mengekalkan kestabilan politik serantau. Contohnya, Malaysia Bersama ASEAN
telah mengistiharkan dasar Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Selain itu, ASEAN telah
menjadikan rantau ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear.
Di samping itu, faedah berbaik-baik dengan negara ASEAN membolehkan Malaysia
membangunkan ekonominya dengan sempurna. Dalam hal ini, pelbagai keistimewaan yang Malaysia
peroleh menerusi kerjasama ekonomi ASEAN, misalnya menerusi idea Tun Dr. Mahathir
menyarankan penubuhan ASEAN+ 3 yang merujuk kepada kerjasama negara ASEAN dengan negara-
negara timur. Iaitu Korea, Jepun dan China. Selain itu, aktiviti perdagangan dua hala dapat dijalankan
dengan negara anggota ASEAN seperti penubuhan Zon Kawasan Bebas ASEAN (AFTA). Penubuhan
AFTA dapat wujudkan pasaran yang luas dan menghapuskan sekatan dagangan anntara negara
anggota ASEAN. Hal ini memberi manfaat kepada ekonomi ASEAN seperti projek kerjasama
perindustrian baja Urea di Bintulu Sarawak.
Seterusnya, faedah Malaysia sebagai anggota ASEAN telah meningkatkan kualiti pendidikan
negara. Misalnya melalui penubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) tertubuhnya
Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang yang menjadi pusat kajian
rantau ini. Dalam hal ini, pelajar Malaysia dapat meningkatkan penguasaan matematik dan sains.
Selain itu, faedah dalam bidang sukan pula, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan SEA
pada 1976, 1971, 1977, 1989 dan 2001. Dalam hal ini, penganjuran sukan terbabit dapat mengeratkan
hubungan antara negara serta mempromosikan negara Malaysia diperingkat global.
Dalam bidang pelancongan pula, Malaysia dapat menarik pelancong asing melalui Tahun
Melawat Malaysia di bawah program Tahun Melawat ASEAN.
Kesimpulannya, manfaat yang Malaysia peroleh dalam penyertaan pertubuhan antarabangsa
menunjukkan Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara khususnya dalam
bentuk hubungan multilateral.

Cgu Echah80 pg. 9


10 |

KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN NEGARA DALAM MENGUBAL HUBUNGAN LUAR BERJAYA


MENINGKATKAN IMEJ NEGARA. / BUKTI DASAR LUAR NEGARA YANG DIAMALKAN BERJAYA
MELETAKKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG DIHORMATI
Malaysia sering dilihat sebagai negara contoh dan dikagumi di pentas antarabangsa dalam
kalangan negara membangun yang lain atas pencapaian dan kemajuan yang dikecapi selama ini. Ini
terbukti apabila Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan dan meraih majoriti besar untuk dipilih
sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bagi penggal 2015/2016. Usaha Malaysia
dalam mempromosikan nilai kesederhaan turut merima pujian daripada ramai pemimpin dunia.Dalam
konteks hubungan antarabangsa yang semakin kompleks dan rumit dewasa ini, nilai kesederhanaan
dilihat sebagai bertepatan bagi menyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Nilai yang diperjuangkan
oleh Malaysia ini dapat memartabatkan imej Malaysia dan kewibawaan pemimpin.
Sebagai Ahli Tidak Tetap UNSC, Malaysia mempunyai peranan yang terhad namun
pemimpin Malaysia tetap lantang memperjuangkan hak-hak asasi rakyat Palestin. Ini termasuk
mengadakan beberapa mesyuarat tidak rasmi Majlis Keselamatan PBB buat julung kalinya mengenai
situasi di Gaza dan memohon perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin. Malaysia telah
membentangkan satu draf resolusi mengenai MH17 pada tahun lepas bagi menggesa penubuhan satu
Tribunal Jenayah Antarabangsa yang bertujuan mendakwa individu yang bertanggungjawab dalam
menjatuhkan pesawat MH17. Justeru, jelaslah bahawa kepimpinan negara kita yang mempunyai
pendirian yang teguh dalam memperjuangkan keamanan sehingga Malaysia dipandang tinggi oleh
masyarakat antarabangsa.
Selain itu, Pemimpin Malaysia juga memperlihatkan kebolehanan berfikir secara futuristik.
Kita berperanan penting dalam termeterainya perjanjian berhubung Program Nuklear Iran dan
pemansuhan sekatan PBB terhadap negara tersebut disamping pemeteraian proses damai konflik di
Colombia yang telah berjalan selama 50 tahun (antara kerajaan Colombia dan pemberontak FARC-
EP). Hal ini, menggambarkan pemimpin kita sedar akan bahayanya penggunaan nuklear yang
memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat sejagat. Maka, kepimpinan negara kita jelas
telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan keamanan dunia.
Malaysia telah menggunakan pendekatan secara diplomasi dan prinsip kemanusiaan dalam
menangani sesuatu konflik. Banyak kejayaan yang dapat dilihat hasil penglibatan Malaysia dalam
menyelesaikan konflik di Somalia, Ivory Coast, Burundi dan Liberia. Malaysia bersama UNSC juga
telah bertindak untuk mencegah situasi konflik daripada merebak. Sepanjang keanggotaan Malaysia
dalam UNSC banyak usaha dibuat bagi mengekang penyebaran idealogi dan aktiviti pengganas
ekstrim seperti DAESH, Boko Haram sebagainya. Komitmen Malaysia juga amat jelas apabila kita
mewujudkan satu kerangka anti-keganasan yang cukup mantap yang sekiranya dilaksanakan akan
dapat mengekang aktiviti keganasan dari pelbagai aspek termasuk pembiayaan dan usaha mereka
merekrut ahli baru. Oleh yang demikian, Malaysia ternyata berusaha keras untuk mengekang aktiviti
pengganas peringkat awal lagi dan ini akan menjadikan negara kita sebagai negara yang dihormati.

HUBUNGAN LUAR MALAYSIA TELAH MENYUMBANG KEPADA KEAMANAN/ KESEJAHTERAAN


MASYARAKAT ANTARABANGSA/SEJAGAT. BUKTIKAN ( SUMBANGAN )
Hasil daripada hubungan luar Malaysia sememangnya telah banyak menyumbang kepada
keamanan dan kesejahteraaan masyarakat di peringkat antarabangsa. Malaysia telah menyumbang
dalam membantu negara-negara yang ditimpa bencana alam melalui bantuan kemanusiaan.
Antarannya dalam bentuk ubat-ubatan dan bekalan makanan. Contohnya, sumbangan Malaysia
membantu mangsa tsunami di Acheh. Sumbangan ini bukan sahaja dapat meringgankan beban
penderitaan mangsa tsunami di Acheh malah dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia
terjalin.

Cgu Echah80 pg. 10


11 |

Sumbangan Malaysia seterusnya untuk kemanan dan kesejahteraan sejagat ialah dengan
menerima perlarian dari negara yang bergolak .Contohnya perlarian dari Syria dan Rohingya. Mereka
ini diberi penempatan dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan. Seterusnya layanan yang
diberi kepada mereka tiada driskriminasi daripada kerajaan Malaysia. Ini selari dengan dasar luar
Malaysia yang berpegang teguh kepada prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bagi menjamin keamanan sejagat kepada dunia, peranan Malaysia sangat menyerlah dalam
usaha membantu negara-negara yang menghadapi pergolakan. Contohnya peperangan yang
berlaku di Timur Leste. Kita telah menghantar pasukan pengaman kenegara berkenaan dan akhirnya
negara berkenaan berjaya mendapat kemerdekaan dari Indonesia. Kejayaan ini membuktikan
sumbangan Malaysia memang tidak boleh dinafikan dalam mewujudkan keamanan sejagat.
Malaysia juga turut menentang penggunaan senjata nueklear oleh negara-negara di dunia.
Contohnya, Malaysia sangat mengecam tindakan Korea Utara mengadakan ujian bom nuklear. Ini
adalah kerana Malaysia tahu bahawa penggunaan senjata nuklear akan memuasnahkan dunia dalam
sekelip mata seperti sektor pertanian. Seterusnya membawa kepada masalah kekurangan makanan.
Terutamanya kepada negara-negara sedang membangun seperti Malaysia dan Indonesia.
Selain itu Malaysia juga menentang sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia demi
menjamin keamanan sejagat. Contohnya negara Syria telah menggunakan senjata kimia dalam
menghapuskan kumpulan pemberontakan di negaranya. Ternyata penggunaan senjata kimia ini
membawa pengorbanan banyak nyawa. Malahan rakyat yang masih hidup tidak terlepas daripada
kesan penggunaan bahan kimia seperti kecacatan seumur hidup. Dengan ini sudah pasti rakyat terus
menderita dan tidak berpeluang menikmati kesejahteraan.Keberanian Malaysia ini dipuji oleh dunia
kerana memperjuangkan misi kemanusiaan masyarakat dunia.

MALAYSIA MEMPEROLEH PELBAGAI KEJAYAAN HASIL HUBUNGAN DENGAN


NEGARA LUAR.
Terdapat banyak kejayaan dicapai oleh Malaysia hasil daripada hubungan luar dengan
negara lain. Antaranya ialah kita berpotensi menjadi hub pendidikan antarabangsa.Ramai pelajar dari
pelbagai pelusuk dunia seperti Asia Barat, Afrika dan Asia Tenggara telah datang ke negara ini untuk
melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang. Mereka melanjutkan pelajaran di beberapa institusi
pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM),Universiti Teknologi Petronas(UTP)
dan lain-lain lagi. Keadaan ini telah mendatangkan banyak keuntungan kepada negara kita terutama
dari segi kemasukan pertukaran wang asing . Apabila negara kita menjadi tumpuan pelajar-pelajar
asing, sudah tentulah ia akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan .
Oleh itu, hub pendidikan telah membawa kesan positif kepada ekonomi negara.
Kejayaan yang seterusnya hasil hubungan luar ialah berlakunya pertukaran teknologi
dalam pelbagai bidang .Antaranya ialah bidang berat seperti automatif. Contohnya apabila Malaysia
mengamalkan Dasar Pandang ke Timur kita telah menghantar ramai golongan mahir dan separuh
mahir ke Jepun dan Korea Selatan untuk mendalami bidang automotif. Golongan ini menjadi pekerja
mahir yang mampu menyumbang kepada industri automotif negara iaitu penubuhan Proton. Pada
tahun 1985 Malaysia berjaya mengeluarkan kereta pertama iaitu Proton Saga. Tuntasnya hasil
daripada hubungan luar yang baik dengan Jepun dan Korea Selatan,negara kita telah muncul menjadi
pengeluar kereta yang pertama di Asia Tenggara dan proton juga telah dieksport keluar negara.
Teknologi Malaysia hari ini dilihat setanding dengan negara maju.
Selain itu, kejayaan negara hasil daripada hubungan luar ialah kita dapat menarik pelaburan
asing ke negara kita. Selain itu, kita dapat menarik pelaburan asing ke negara kita. Statistik terkini
menunjukkan pelaburan asing di Malaysia meningkat kepada RM12.8 bilion bagi tempoh suku
pertama 2016 tahun ini di sebalik persekitaran global di seluruh dunia masih lemah. Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, nilai

Cgu Echah80 pg. 11


12 |

pelaburan asing yang meningkat 28 peratus. Pelaburan ini melibatkan 1,271 projek dana akan
mewujudkan 39,990 peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan yang banyak ini akan dapat mewujudkan
kumpulan pertengahan yang ramai dan seterusnya matlamat untuk membentuk negara yang
berpendapatan tinggi akan tercapai. Oleh itu, hubungan luar telah dapat mendatangkan banyak kesan
positif ekonomi negara kita.
Seterusnya Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Persidangan
Dwitahunan CAPAM 2016 yang bermatlamat untuk menyediakan platform perkongsian maklumat
dan pengetahuan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan awam dalam kalangan 53 negara
Komanwel. Malaysia sendiri menerajui beberapa program inovasi di bawah DasarTransformasi
Negara seperti Program Transformasi Negara atau Government Transformation Programme (GTP)
dan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP). Hal ini jelas
menunjukkan bahawa negara kita telah menjadi pakar rujuk dalam sistem urustadbir di peringkat
dunia dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara yang mempunyai sistem urustadbir yang cemerlang.

Buktikan dasar luar Malaysia iaitu berbaik-baik dengan semua negara mampu memajukan
negara. (aspek ekonomi dan sosial) ( KEJAYAAN MALAYSIA )
Terdapat banyak kejayaan dicapai oleh Malaysia hasil daripada hubungan luar dengan
negara lain. Antaranya ialah kita telah berjaya menjadi hub pendidikan antarabangsa.Ramai pelajar
dari pelbagai pelusuk dunia seperti Asia Barat, Afrika dan Asia Tenggara telah datang ke negara ini
untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang. Mereka melanjutkan pelajaran di beberapa
institusi pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM),Universiti Teknologi
Petronas(UTP) dan lain-lain lagi. Keadaan ini telah mendatangkan banyak keuntungan kepada negara
kita terutama dari segi kemasukan pertukaran wang asing . Apabila negara kita menjadi tumpuan
pelajar-pelajar asing, sudah tentulah ia akan melahirkan ramai cerdik pandai negara sekaligus
kedudukan universiti Malaysia diiktiraf dan dilihat setanding dengan universiti luar. Oleh itu, hub
pendidikan telah membawa kemajuan kepada pembentukan modal insan yang berfikiran bertaraf
global.
Selain itu, hubungan luar baik antara Malaysia dengan negara luar telah menyebabkan
Malaysia menerima bantuan ETA (English Teaching Assistant) dari negara Amerika Syarikat. Ini
membuka peluang dan ruang kepada guru dan pelajar tempatan untuk memahami dan mengenali
budaya barat yang bersesuai dengan tahap akademik dan umur pelajar. Hal ini sudah tentulah akan
melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan dapat
menyumbang kepada kemajuan negara.
Kejayaan yang seterusnya ialah berlakunya pertukaran teknologi dalam pelbagai
bidang. Antaranya ialah bidang industri berat seperti automatif. Contohnya apabila Malaysia
mengamalkan Dasar Pandang ke Timur kita telah menghantar ramai golongan mahir dan separuh
mahir ke Jepun dan Korea Selatan untuk mendalami bidang automotif. Golongan ini menjadi pekerja
mahir yang mampu menyumbang kepada industri automotif negara iaitu penubuhan Proton. Pada
tahun 1985 Malaysia berjaya mengeluarkan kereta pertama iaitu Proton Saga. Tuntasnya hasil
daripada hubungan luar yang baik dengan Jepun dan Korea Selatan,negara kita telah muncul menjadi
pengeluar kereta yang pertama di Asia Tenggara dan proton juga telah dieksport keluar negara.
Selain itu, kejayaan negara hasil daripada hubungan luar ialah kita dapat menarik
pelaburan asing ke negara kita. Selain itu, kita dapat menarik pelaburan asing ke negara kita.
Statistik terkini menunjukkan pelaburan asing di Malaysia meningkat kepada RM12.8 bilion bagi
tempoh suku pertama 2016 tahun ini di sebalik persekitaran global di seluruh dunia masih lemah.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, nilai
pelaburan asing yang meningkat 28 peratus. Pelaburan ini melibatkan 1,271 projek dana akan
mewujudkan 39,990 peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan yang banyak ini akan dapat mewujudkan

Cgu Echah80 pg. 12


13 |

kumpulan pertengahan yang ramai dan seterusnya matlamat untuk membentuk negara yang
berpendapatan tinggi akan tercapai. Oleh itu, hubungan luar telah dapat mendatangkan banyak kesan
positif ekonomi negara kita.
Seterusnya, dari segi ekonomi Malaysia terlibat dengan perkongsian buruh dan tenaga
pakar. Kekurangan tenaga buruh dan tenaga pakar di negara kita boleh ditampung oleh negara lain
contohnya Malaysia bergantung kepada tenaga buruh dari Indonesia dalam sektor perladangan dan
pembinaan. Kemasukan tenaga buruh ini membolehkan sktor pembinaan Malaysia berkembang
dengan pesat seperti pembinaan KLCC, Menara Berkembar dan Menara Warisan. Perkongsian
kepakaran dan nasihat teknologi juga dapat dilihat dalam pembinaan MRT, ERL dan ETS. Tuntasnya,
perkongsian kepakaran ini dapat memajukan negara setanding dengan negara maju lain di dunia.

RAMALKAN MASA DEPAN SESEBUAH NEGARA SEKIRANYA TIDAK MENJALINKAN HUBUNGAN


YANG BAIK DENGAN NEGARA LAIN. / KESAN SEKIRANYA SESEBUAH NEGARA TIDAK MENAJLINKAN
HUBUNGAN BAIK DENGAN NEGARA LAIN.
Politik
Sekiranya sesebuah negara tidak menjalinkan hubungan yang baik dengan negara lain,
kedaulatan negara akan terancam. Ancaman ini mungkin disebabkan adanya usaha kuasa asing
untuk campur tangan ke dalam sesebuah negara. Negara terbabit juga akan diserang dari pelbagai
sudut seperti diburuk-burukkan oleh pihak lain melalui pelbagai medium demi kepentingan tertentu.
Selain itu, negara tersebut juga mungkin mempunyai musuh tanpa disedari. Seterusnya, negara
tersebut berhadapan dengan kesukaran untuk menyelesaikan sesuatu masalah apabila negara
diceroboh oleh negara lain. Jadi, implikasinya apabila negara tidak menjalinkan hubungan luar
pastinya tiada negara lain untuk membantu apabila berada dalam kesusahan dan secara tidak langsung
boleh menjejaskan keselamatan negara.

Ekonomi
Sekiranya sesebuah negara tidak mengadakan hubungan dengan negara luar, ekonomi negara
akan sukar berkembang kerana eksport negara tidak berlaku dan hanya bergantung kepada urus
niaga dalaman. Pelabur asing juga tidak akan melabur di dalam negara kerana hubungan luar yang
tidak mantap. Contohnya jika Amerika Syarikat dan Britain menghentikan import getah dan bijih
timah dari Malaysia. Kesannya sumber pendapatan negara akan terjejas dan sumber pendapatan
rakyat akan berkurangan. Selain itu, peluang pekerjaan semakin berkurangan dan taraf hidup
rakyat merosot serta menyebabkan peningkatan kadar pengangguran. Jelaslah tanpa hubungan
baik dengan negara lain, akan membantutkan ekonomi sesebuah negara.
Dari aspek pelancongan, dasar tidak berbaik-baik dengan semua negara menyebabkan
industri pelancongan tidak berkembang kerana negara tersebut tidak popular dalam kalangan
masyarakat antarabangsa lantaran maklumat tentang negara tersebut tidak tersebar ke negara lain.
Banyak tempat menarik yang tidak dikunjungi oleh pelancong dari luar negara khususnya dan hanya
bergantung kepada pelancong domestik. Tanpa pelancong dari luar negara, pengaliran masuk mata
wang asing berkurangan dan hal ini merugikan negara serta mengurangkan sumber pendapatan
negara. Terbuktilah negara yang tidak menjalinkan hubungan baik dengan negara lain akan
mengalami banyak kerugian dari segi ekonomi.

Sosial
Dari aspek sosial pula, negara yang tidak mengadakan hubungan berbaik-baik dengan negara
lain juga menyebabkan rakyat tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Pelajar-pelajar hanya berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan dalam negara.

Cgu Echah80 pg. 13


14 |

Kesannya, pertukaran ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang terhad. Tambahan pula tenaga
pengajar juga diambil dari dalam negara sahaja. Hal ini menyebabkan pelajar tidak didedahkan
dengan ilmu dan kemahiran dari negara luar. Contohnya dalam tidak ada kerjasama dalam bidang
perubatan dengan negara lain seperti India dan Ireland. Oleh yang demikian, sesebuah negara tidak
dapat melahirkan tenaga pakar dalam bidang perubatan dan sukar untuk meningkatkan kesihatan
rakyat.
Tanpa hubungan baik dengan negara luar, sesebuah negara juga tidak dapat melakukan
pertukaran teknologi. Contohnya negara terbabit tidak menguasai teknologi automatif dari Jepun dan
Korea. Tanpa pertukaran teknologi, negara tersebut akan ketinggalan dan hanya menggunakan
teknologi lama. Dalam era globalisasi, semua negara di dunia memerlukan teknologi terkini untuk
pembangunan negara, maka negara yang tiada hubungan baik dengan negara luar tidak mampu
bersaing dengan negara lain.

MENGAPAKAH DASAR LUAR MALAYSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN MASA?


Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa kerana bergantung kepada
faktor kepimpinan negara. Dalam hal ini kepimpinan negara menentukan pembentukan dasar luar
negara. Di samping itu kewibawaan pemimpin menentukan hala tuju matlamat dasar luar Malaysia.
Misalnya dasar luar di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak
menekankan polisi kesederhanaan dan berusaha menyelesaikan konflik dengan mengutamakan
perundingan. Contohnya Perdana Menteri menjadi orang tengah kepada perjanjian damai antara pihak
MILF dengan kerajaan Filipina. Oleh itu, pengaruh kepimpinan sememangnya berperanan dalam
menentukan hala tuju dasar luar Malaysia. Hasilnya Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara
yang mementingkan konsep kesederhanaan global.
Selain itu, perubahan dasar luar Malaysia juga mengambil kira menjamin kepentingan
ekonomi negara. Kepentingan ekonomi negara perlu dipertahankan oleh pemimpin bagi
mensejahterakan rakyat. Ekonomi yang mampan dapat diwujudkan melalui hubungan perdagangan
dua hala dan pelaburan asing di Malaysia. Contohnya, Malaysia telah mengubah dasar luar yang
mengutamakan Britain kepada Dasar Pandang ke Timur. Dasar Pandang ke Timur dibuat setelah
Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad melancarkan dasar ‘buy British last 1 and 2’ kepada Dasar
Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun, Korea dan China sebagai model ekonomi Malaysia.
Impaknya dasar ini berjaya menarik ramai pelabur dari Jepun untuk melabur di Malaysia. Selain itu,
Malaysia juga telah memperkukuhkan hubungan perdagangan dengan negara-negara dunia ketiga
melalui kerjasama perdagangan pertubuhan Negara-Negara Selatan. Sehubungan dengan itu,
perubahan dasar luar sememangnya dapat menjaga kepentingan ekonomi sama ada di peringkat
domestik mahupun dalam peringkat antarabangsa.
Seterusnya, dasar luar Malaysia berubah kerana ditentukan oleh pergolakan politik dunia.
Dalam hal ini dasar luar perlu mengambil kira situasi krisis idealogi yang cuba mempengaruhi negara-
negara kecil seperti Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui pergolakan perang Vietnam, perang Korea
pemisahan Jerman Barat dan Jerman Timur dan krisis Cuba. Oleh itu, Malaysia telah mengambil
pendekatan dasar luar yang mengutamakan keselamatan negara dengan bertindak mengisytiharkan
diri berkecuali iaitu mengambil dasar tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar seperti kuasa
kapitalis mahupun komunis. Contohnya Malaysia telah menyertai Pertubuhan Negara-negara
Berkecuali (NAM) untuk mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal negara malah melalui
pergerakan tersebut Malaysia aktif memperjuangkan hak asasi manusia. Selain itu, berdasarkan
prinsip berkecuali, Malaysia bersama ASEAN telah mengisyitiharkan ZOFPAN dan Zon Bebas
Nuklear di rantau Asia Tenggara. Natijahnya pergolakan politik yang berlaku di dunia tidak
mempengaruhi perubahan dasar luar Malaysia kerana negara kita berpegang teguh kepada prinsip
berkecuali sekaligus hubungan luar Malaysia terus harmoni dan erat dengan semua negara.

Cgu Echah80 pg. 14


15 |

DASAR LUAR MALAYSIA TIDAK TERPENGARUH/TIDAK TERKESAN DENGAN KRISIS DALAMAN


SESEBUAH NEGARA LUAR. BUKTIKAN/ WALAUPUN KEADAAN DUNIA YANG LAIN SENTIASA
BERUBAH, PENDIRIAN MALAYSIA MASIH TETAP DAN MENGIKUT ACUAN SENDIRI. BUKTIKAN.
Dasar luar Malaysia tidak terpengaruh dengan krisis dalaman sesebuah negara kerana
Malaysia merupakan salah sebuah anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) yang
memegang prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain dan tidak bermusuhan dengan
negara lain. Contohnya di konflik ketegangan yang berlaku di Myanmar, Selatan Filipina dan di
Selatan Thailand. Konflik ini berterusan sejak sekian lama namun Malaysia masih meneruskan
hubungan baik negara tersebut. Malahan, Malaysia tetap menerima dan memberi perlindungan kepada
pelarian Rohingya dan dalam masa yang sama hubungan baik dengan kerajaan Myanmar tetap
dikekalkan. Tegasnya krisis dalaman sesebuah negara tidak menjejaskan hubungan bilateral yang
Malaysia praktikkan.
Selain itu, Malaysia juga sebuah negara yang suka akan keamanan dan keadilan dan
mempromosikannya kepada negara lain melalui pertubuhan-pertubuhan yang disertai Malaysia
seperti PBB. Contohnya, Malaysia telah bertindak sebagai orang tengah dalam mendamaikan
puak yang bersengketa dengan pemerintah seperti di Filipina sehingga tertubuhnya negara bangsa
Moro di selatan negara itu. Jelaslah pergolakan yang berlaku di rantau Asia tidak memberi kesan
kepada negara kita.
Malaysia juga tidak terpengaruh dengan berlakunya perubahan pucuk pimpinan negara
lain kerana mahu menjaga hubungan baik antara kedua-dua negara dan ingin menjaga kepentingan
Malaysia di negara tersebut. Malaysia mempunyai banyak kepentingan di negara tersebut dalam
pelbagai bidang seperti pendidikan, perdagangan, perniagaan.
Sehubungan dengan itu, dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara luar
perlu dikekalkan untuk melindungi kepentingan negara kita di sana. Contohnya Malaysia tidak
campur tangan dalam pertukaran pemimpin di Mesir membolehkan Malaysia menguruskan
penghantaran pulang pelajar dengan mudah tanpa menghadapi kerenah pihak berkuasa di negara
tersebut. Selain itu, hubungan perdagangan Malaysia dengan Mesir masih lancar walaupun berlaku
perubahan pucuk pimpinan di Mesir. Jelaslah bahawa hubungan baik antara Malaysia dengan negara
lain memudahkan sebarang urusan walaupun negara tersebut dilanda pergolakan.
Malaysia tetap mengekalkan hubungan baik dengan sesebuah negara demi kepentingan
ekonomi. Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan banyak negara. Perubahan dasar
keselamatan dalam sesebuah negara seperti Amerika Syarikat tidak memberi kesan kepada
hubungan baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Contohnya Amerika Syarikat yang telah
meluluskan tambahan AS1 bilion (RM3.3 bilion) bekalan peluru kepada Israel. Hal ini kerana
Amerika Syarikat merupakan rakan dagang utama Malaysia. Contohnya eksport Malaysia ke
Amerika Syarikat meningkat sebanyak 14.4 peratus pada tahun 2015.

IDEA/CADANGAN/PENDAPAT/PANDANGAN/SUARAMALAYSIA DIDENGARI/DITERIMA DI PERSADA


DUNIA. ULASKAN.
Idea Malaysia di persada dunia jelas memperjuangkan kesejahteraan bersama apabila
pemimpin Malaysia mengemukakan usul di pertubuhan antarabangsa seperti di PBB, OIC,
Komanwel. Contohnya, dalam PBB Malaysia telah menyarankan agar benua antartika dijadikan
warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara. Malaysia juga lantang
bersuara menetang dasar apertied di Afrika Selatan dalam pertubuhan antarabangsa. Oleh itu,
suara yang diperjuangkan oleh Malaysia telah mendapat perhatian masyarakat dunia.
Sebagai Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan (UNSC), Malaysia juga berperanan untuk
memastikan keamanan dunia. Dalam hal ini Malaysia telah mengemukakan idea untuk
memperjuang hak-hak asasi manusia selari dengan prinsip PBB iaitu mewujudkan keamanan sejagat.
Contohnya, Malaysia memperjuangkan hak-hak asasi rakyat Palestin dan tegas mendesak PBB
berusaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa
tentang Palestin di Kuala Lumpur dan mengadakan beberapa mesyuarat tidak rasmi Majlis

Cgu Echah80 pg. 15


16 |

Keselamatan PBB buat julung-julung kalinya mengenai situasi di Gaza dan memohon perlindungan
antarabangsa rakyat Palestin yang dijajah Israel. Situasi ini jelas mencerminkan idea Malaysia
diketengahkan atau didengar di peringkat antarabangsa mahupun serantau.
Selain itu, Malaysia turut tegas memperjuangkan keadilan terhadap sebarang isu. Prinsip
ini sememangnya telah lama diperjuangkan dalam dasar luar Malaysia yang mengutamakan keamanan
dan hak asasi manusia. Contohnya dalam memperjuangkan isu MH17, Malaysia telah
membentangkan satu draf resolusi UNSC pada tahun 2015 bagi menggesa penubuhan satu
Tribunal Jenayah Antarabangsa. Tribunal ini bertujuan untuk mendakwa individu yang
bertanggungjawab menjatuhkan MH17. Malaysia tetap komited dalam memastikan akauntabiliti
terhadap mereka yang bertanggunjawab dan keadilan bagi mangsa-mangsa tragedi ini. Buat masa ini
Malaysia bersama Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine yang akan membuat keputusan
bersama mengenai mekanisme pendakwaan yang sesuai setelah keputusan penyiasatan jenayah
selesai dijalankan. Terbuktilah bahawa suara Malaysia diterima di persada dunia dan dapat
mengelakkan rasa ketidak puasan hati terhadap keputusan bagi negara yang terlibat.

HUBUNGKAIT HASIL DASAR LUAR MALAYSIA DENGAN KEDAULATAN MALAYSIA


HARI INI.

Dasar luar Malaysia yang bersifat pro-Barat serta berbaik-baik dengan negara Komanwel
membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara. Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu
yang termeterai pada tahun 1956 telah membolehkan Malaysia mendapat bantuan ketenteraan
daripada negara-negara Komanwel seperti Britain, Australia dan New Zealand. Hal ini telah dapat
membantu negara mengekang penularan pengaruh komunis. Maka ini merupakan langkah awal ke
arah memantapkan kedaulatan negara.
Dasar kerjasama dengan negara-negara maju menyebabkan ekonomi negara berkembang
dengan pesat. Hubungan baik Malaysia dengan negara seperti Amerika Syarikat, Britain, China dan
Jepun membawa banyak impak positif ke arah peningkatan ekonomi negara. Antara yang terkini ialah
kerjasama Malaysia-China dalam mewujudkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China
(MCKIP) yang telah menarik kemasukan pelaburan asing ke dalam negara. Hal ini membuktikan
Malaysia diiktiraf sebagai negara yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Jelaslah kerjasama
tersebut telah memperkukuhkan imej negara sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Dasar Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) yang merupakan idea Malaysia telah
ditandatangani dalam Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971 merupakan langkah awal ke arah
kesejahteraan negara-negara anggota ASEAN. Ini membuktikan langkah tersebut dapat menjamin
keselamatan Malaysia dan negara-negara ASEAN daripada campur tangan kuasa besar dunia. Sebagai
Pengerusi Persidangan ASEAN 2015, Malaysia telah mengemukakan memorandum mengenai aktiviti
Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ). Malaysia percaya dalam
mengukuhkan perjanjian tersebut dan penubuhan zon bebas senjata nuklear yang baharu dapat
menarik minat Negara Senjata Nuklear (NWS) untuk berbuat demikian. Hai ini dapat mengelakkan
campur tangan kuasa luar dalam politik negara. Justeru jelas membuktikan bahawa Malaysia begitu
komited dalam menangani isu-isu yang melibatkan keamanan dan kedaulatan sesebuah negara.
Selain itu, Malaysia juga menjalin hubungan multilateral dengan negara Islam melalui
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) agar dapat mengeratkan hubungan sesama mereka. Pertubuhan
ini akan membolehkan negara-negara Islam tersebut menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang
politik, ekonomi dan sosial. Malaysia menerajui negara-negara Islam yang lain dalam menangani isu-
isu kemanusiaan. Dengan ini Malaysia berperanan dalam menggerakkan negara-negara anggota lain
untuk bangkit memperjuangkan martabat negara-negara Islam. Keadaan ini menjadikan negara Islam
mempunyai ruang untuk bersuara, contohnya dalam isu penindasan Palestin dan Syria. Impaknya,

Cgu Echah80 pg. 16


17 |

peranan yang dimainkan oleh Malaysia melalui pertubuhan OIC bukan sahaja dapat mengekalkan
kedaulatan Malaysia malah dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan antara negara-negara
Islam. Malaysia sangat disegani oleh negara-negara OIC dan senario ini pastinya dapat mengelakkan
hubungan tidak harmoni antara negara-negara anggota sekali gus menjamin kestabilan politik
Malaysia. Maka jelaslah dasar luar negara kita amat selari dengan tuntutan agama Islam yang
mementingkan keamanan dan kedaulatan sesebuah negara.

CABARAN-CABARAN/ HALANGAN/ ISU/ RINTANGAN/ MASALAH YANG


MENGGUGAT HUBUNGAN BAIK /DIPLOMATIK ANTARA NEGARA-NEGARA LAIN/
HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LAIN.

Cabaran yang boleh menggugat hubungan Malaysia dengan negara-negara lain apabila
timbulnya isu tuntutan bertindih. Isu ini menyebabkan wujudnya hubungan yang agak dingin dan
mewujudkan persaingan sesama sendiri. Akibat daripada perebutan ini menjadikan hubungan antara
negara menjadi renggang. Contohnya, tuntutan ke atas Pulau Spratly yang melibatkan Malaysia,
Brunei, Singapura dan Vietnam. Jelaslah perebutan ke atas hak penguasaan wilayah menyebabkan
timbulnya suasana hubungan diplomatik yang tidak harmoni.
Seterusnya cabaran yang boleh mengeruhkan hubungan luar Malaysia dengan negara-negara
lain disebabkan berlakunya masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) seperti dari
Indonesia. Kemasukan yang tidak terkawal ini menyebabkan timbulnya banyak masalah seperti isu
kesihatan, peningkatan kadar jenayah dan membentuk demografi baru di negara kita. Hal ini
menyebabkan keharmonian negara terdedah dan terancam disebabkan kebanjiran PATI di negara kita.
Malaysia telah berusaha menangani masalah ini dengan langkah toleransi dan diplomasi di peringkat
kepimpinan tertinggi. Namun demikian sehingga kini langkah ini belum menunjukkan perkembangan
yang positif seperti yang diharapkan. Walaupun kedua-dua pihak baik Malaysia mahupun Indonesia
telah berusaha untuk mengatasi masalah tersebut. Situasi yang berterusan ini menyebabkan hubungan
harmoni sukar diwujudkan.
Halangan seterusnya yang boleh menggugat hubungan luar antara negara ialah jenayah
merentasi sempadan. Isu yang paling ketara ialah isu pemerdagangan manusia. Malaysia dijadikan
sebagai negara transit dalam hal ini oleh sindiket-sindiket antarabangsa. Kesannya imej Malaysia
tercalar dan memberi gambaran buruk kepada negara luar. Kerajaan Malaysia telah mengambil
pelbagai pendekatan bagi menangani isu tersebut dengan melibatkan kerjasama teknikal dengan
negara-negara lain seperti Thailand dan Afrika. Namun begitu tiada kesungguhan daripada pihak yang
terlibat, keadaan ini seolah-olah mencabar sistem keselamatan negara yang dilihat sebagai kurang
berkesan. Dalam konteks ini, nampaknya hanya Malaysia yang berusaha keras untuk mengekang
masalah ini daripada berlarutan. Impaknya keadaan yang berterusan ini menyebabkan hubungan erat
antara negara sukar dikekalkan.

LANGKAH-LANGKAH/USAHA/ TINDAKAN/ CARA MENGEKALKAN HUBUNGAN


BAIK.

Langkah mengatasi cabaran ialah negara-negara yang terlibat hendaklah mematuhi undang-
undang yang ditetapkan oleh Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (ICJ). Tindakan ini membolehkan
isu tersebut ditangani dengan telus dan adil. Semua negara yang terlibat diberi hak untuk
mengemukakan bukti terhadap tuntutan masing-masing. Keputusan yang ditentukan oleh ICJ perlu

Cgu Echah80 pg. 17


18 |

dipersetujui dan diakui bersama. Jelaslah pendekatan ini dapat mengelakkan pergolakan berpanjangan
antara negara yang terlibat.
Langkah untuk mengatasi kebanjiran PATI ialah mengadakan rundingan di peringkat
pimpinan tertinggi negara. Kedua-dua pihak memberi cadangan dan langkah untuk mengatasi masalah
ini. Pihak yang terlibat juga boleh menggubal akta baru yang lebih berkesan di samping
penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan tegas oleh kedua-dua negara. Implikasinya
kedua-dua pihak berpuas hati dengan langkah yang diambil dan tidak saling menyalahkan antara satu
sama lain.
Bagi mengatasi isu jenayah merentasi sempadan, kerjasama teknikal antara negara terbabit
perlu dipertingkatkan agar lebih terkesan. Pengawalan pintu masuk yang ketat antara sempadan perlu
dikuatkuasakan. Dalam hal ini, penglibatan pihak Interpol sangat membantu kedua-dua negara bagi
memastikan mereka yang terlibat dapat dikesan dan diheret ke muka pengadilan. Konklusinya ini
memudahkan dan meningkatkan komitmen kedua-dua pihak dalam mengatasi isu pemerdagangan
manusia. Seterusnya keadaan ini mewujudkan iklim diplomatik yang lebih stabil antara negara.
Untuk mengatasi tanggapan negatif Malaysia dilabelkan sebagai negara yang menyokong
keganasan, pihak yang mewakili kerajaan di persidangan antarabangsa perlu tegas dan berani bersuara
menyatakan bahawa Malaysia menyokong prinsip kesederhanaan. Malaysia juga menyokong segala
bentuk usaha untuk memerangi keganasan di peringkat dunia. Saluran media antarabangsa harus
digunakan untuk membersihkan nama baik Malaysia di mata dunia. Di peringkat dalaman pula,
kerajaan telah mengambil tindakan tegas terhadap individu yang disyaki terlibat dengan gerakan
militan. Oleh yang demikian, kesungguhan yang ditunjukkan oleh Malaysia telah membuktikan kita
menolak segala bentuk keganasan dan mengutamakan keamanan dunia. Justeru pemimpin dunia
seharusnya mengubah persepsi dan memberhentikan tomahan bahawa Malaysia sebagai negara
pengganas sekali gus dapat merapatkan hubungan luar antara negara.

IKTIBAR YANG DIPEROLEH DARIPADA PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA

Iktibar yang diperoleh daripada dasar luar Malaysia, kita harus menjalin hubungan baik
dengan semua negara tanpa mengira ideologi mereka supaya iklim politik negara lebih bersifat
neutral.
Selain itu, kita juga hendaklah menghormati kedaulatan negara lain. Contohnya, kita
tidak perlu mencampuri urusan politik negara lain. Ini akan menjadikan negara kita lebih dihormati
dan disegani di persada dunia. Kesannya martabat bangsa dan negara kita akan dipandang tinggi.
Seterusnya kita dapati kebijaksanaan pemimpin sangat penting dalam mencorakkan dasar
luar Malaysia boleh memberi impak yang positif kepada kesejahteraan rakyat dan negara. Oleh itu,
kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang telah memberi sumbangan besar dan
mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Ini kerana dasar luar yang telah diamalkan oleh
Malaysia dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju yang aman dan
makmur.
Kita juga perlu mengamalkan sikap keterbukaan bagi memastikan hubungan baik antara
negara terus dipelihara. Ini akan memastikan suasana politik yang lebih stabil dan kondusif dapat
diwujudkan. Kesannya ekonomi negara dapat dipertingkatkan dengan berkesan melalui hubungan
perdagangan.
Di samping itu, kita mesti mengamalkan nilai toleransi dalam setiap perkara khususnya
yang melibatkan hubungan diplomatik. Hal ini pastinya dapat menggambarkan kebijaksanaan
pemimpin Malaysia dan seterusnya meningkatkan imej negara di mata dunia

KESIMPULAN KESELURUHAN ISI YANG TELAH DIBINCANGKAN:

Cgu Echah80 pg. 18


19 |

(A) PENGETAHUAN YANG DIPEROLEH


(B) NILAI-NILAI MURNI DAN UNSUR PATRIOTISME YANG DIPEROLEH
(C) HARAPAN MENJADIKAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA LEBIH MAJU

PENGETAHUAN YANG DIPEROLEHI


Daripada topik yang dikaji, kita dapat mengetahui tentang peranan Malaysia dalam
mewujudkan keamanan sejagat. Usaha yang dilakukan oleh negara kita menyebabkan negara kita
dihormati dan dipandang tinggi di mata dunia. Kita juga dapat mengetahui sebab yang mendorong
Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini bertujuan untuk
meningkatkan kemajuan ekonomi negara.
NILAI MURNI
Seterusnya nilai murni yang diperoleh daripada topik yang dikaji ialah kita hendaklah sentiasa
menjalinkan kerjasama agar dapat mewujudkan kesejahteraan dunia. Ini kerana kesejahteraan dunia
dapat menjamin kedaulatan negara kita. Kita perlu memupuk perpaduan masyarakat dunia tanpa
mengira bangsa dan agama. Hal ini menyebabkan masyarakat dunia dapat hidup dengan sejahtera.
UNSUR PATRIOTISME
Unsur patriotisme yang boleh diperoleh daripada hubungan dasar luar Malaysia ialah kita
mesti menyokong penuh dasar yang telah diputuskan oleh pemimpin. Hal ini bertujuan bagi
memastikan kestabilan negara dapat dipelihara dan dikekalkan. Selain itu, kita mesti berbangga
dengan kepimpinan Malaysia yang menyerlah di peringkat antarabangsa dan serantau. Buktinya
Malaysia sering menjadi pakar rujuk dalam menangani isu-isu antarabangsa dan serantau.

HARAPAN
Kita berharap melalui sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa, Malaysia
dapat menjadi ahli tetap dalam Majlis Keselamatan PBB supaya Malaysia dapat memainkan peranan
utama dalam memastikan keamanan dunia terpelihara. Selain itu saya juga berharap Malaysia
sentiasa dihormati dan disegani di mata dunia agar imej negara setanding dengan negara maju yang
lain. Kita juga berharap bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang berjaya dan terserlah
sumbangannya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di peringkat antarabangsa.

Cgu Echah80 pg. 19

You might also like