You are on page 1of 11
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Perak Jalan Tan Abdul Razak a 605 501 5000 Paks 605 527 7273 30640 Ipoh, Perak Darul Ridzuan beter) eee “4 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” J.Pel, Pk(SUK)5134/04/016(34) Tarikh Zulhijjah 1438H ‘Ogos 2017 Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Negori Perak. Tuan, KEJOHANAN HOKI 6 SEBELAH BAWAH 11 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) 2017 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk, 2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan menganjurkan kejohanan tersebut seperti ketetapan berikut: Tarikh 16 hingga 17 September 2017 Masa 8.00 pagi hingga 6.00 petang Tempat ‘SMK Gunung Rapat, Ipoh 3. Sehubungan dengan itu, jasa baik tuan dipohon agar dapat memanjangkan makluman ini kepada sekolah di daerah tuan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Bersama ini disertakan kertas Konsep dan peraturan Kejohanan tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Tuan Mohd Fakrul Nizan bin Tuan Kamarudin (Pegawai Teknikal SPTS, JPN Perak) i talian 019-596 3116 atau 05-242 3727 atau Encik Ismail bin Ibrahim (PTPS Hoki MSSPK) di talian 019-559 4003, 4, Kerjasama tuan dalam menjayakan kejohanan ini diucapkan setinggi-tinagi penghargaan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (SUMAIMI BIN JAAFAR) Ketua Penolong Pengarah HEM, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, b.p Pengarah Pendidikan Negeri Perak. sk 1 Pengarah Pendidikan Negeri Perak cena ‘Sto atta yan tt in spat bering KERTAS KONSEP KEJOHANAN HOKI BAWAH 11 TAHUN MSSPK 2017 Ji aout wstek KEJOHANAN HOKI BAWAH 11 TAHUN (LELAKI & PEREMPUAN) MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK 2017 Nama Kejohanan Kejohanan Hoki Bawah 11 Tahun Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPK) 2017 ini dinamakan sebagai " Perak U11 Championship 6 a-side 2017" Kategori Pertandingan Kategori yang dicadangkan jalah bawah 17 tahun Lelaki dan bawah 11 tahun perempuan. Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan Kerjasama Persatuan Hoki Perak. Pengelolaan Unit Sukan dan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Hoki, Tarikh dan Tempat Kejohanan Tarikh 16 dan 17 Ogos 2017 ( Sabtu dan Ahad ) Tempat ‘SMK. Gunung Rapat/Stadium Azian Shah. Tempat Penginapan Urusetia dan pengadil Asrama Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Penyertaan Kejohanan ini terbuka kepada semua sekolah dan kelab-kelab di Negeri Perak serta pasukan jemputan. Had penyertaan adalah 7.1, Pasukan Lelaki 32 pasukan 7.2. Pasukan Perempuan — : 32 pasukan Jumlah 64 Pasukan Tarikh Tutup penyertaan : 4 September 2017, 8 Hadiah dan Piala 8.1. Wang Tunai 8.2 83 84 85 Johan RM600 Naib Johan: RM400 Ketiga RM200 Keempat. RM150 Pingat ( Medal ) kemenangan ( 1 hingga 4) Sijil kemenangan (1 hingga 4 ) Sijl penyertaan Piala iringan . -Yuran Penyertaan Yuran penyertaan adalah RM100 bagi setiap pasukan 10. Jawatankuasa Pertandingan dan Kepegawaian 10.1 10.2 Pengadil Pengadil terdiri daripada pengadil-pengadil MSSPk dan Pengadil Persatuan Hoki Perak. Jumlah Pengadil yang diperlukan ialah seramai 11 orang Teknikal dan Urusetia Teknikal dan urusetia terdiri daripada Penyelaras Hoki, Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Perak, Pengerusi Teknik Hoki Negeri dan Daerah. Disediakan oleh (ISMAIL BI HIM) Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Hoki Negeri Perak KEJOHANAN HOK! SEBELAH B11 PERAK 2017 TARIKH: 11 47 SEPTEMBER 2017 ‘TEMPAT: SMKGR/STADIUM SULTAN AZLAN SHAH, IPOH 4. PERATURAN PERTANDINGAN 4.4 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh "Rules of Hockey’ yang di terbitkan oleh ‘FIH Hockey Rules Board’ dan ‘Rules of ‘Mas Junior Hockey’ oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang telah diubah suai 1.2 Peraturan Pertandingan ‘Perak U11 Championship 6 a-Side 2017" diterbitkan dalam dokumen berasingan yang berkonsepkan ala ‘mas yang telah diubahsuai ((UNDANG-UNDANG PERMAINAN’) dan hendaklah dirujuk secara teliti bersama dokumen ini. 1.3 Pertandingan ini akan dijalankan secara enam (6) sebelah menggunakan separuh padang hoki berukuran 55m x 40m. 1.4 Setiap pasukan diwajib menurunkan seorang peniaga gol yang berpakaian lengkap alat keselamatan penjaga gol di dalam padang sepanjang permainan. Ini adalah untuk memastikan keselamatan serta menggalakkan penyertaan penjaga gol. 1.5 Penjaga gol boleh menggunakan keistimewaan/hak penjaga gol di dalam kawasan pertahanan sendir jaitu sehingga garisan tengah padang 1.6 Sekiranya penjaga gol mengalami kecederaan, pasukan berkenaan dikehendaki membuat penggantian dengan seorang pemain padang dan pemain ini diwajibkan berpakaian lengkap dengan alat keselamatan penjaga gol sebelum dibenarkan mengambil posisi dalam padang. 1.7 Untuk memastikan penjaga gol sentiasa berada dalam padang permainan, penjaga gol yang dikenakan tindakan tatatertib semasa permainan (kuning atau merah) akan meneruskan permainan tetapi pasukan yang terlibat akan bermain dengan kurang seorang pemain padang. 1.8 Pukulan penatti (penalty stroke) akan diambil dari jarak 6m dari garisan gol 2. PENYERTAAN 2.1 Penyertaan adalah daripada sekolah — sekolah seluruh negeri Perak dan beberapa pasukan jemputan oleh jawatankuasa penganjur. 2.2 Pemain-pemain yang mewakili pasukan adalah merupakan pemain-pemain berdaftar di sekolah, Pemain juga boleh bergabung dengan sekolah lain bagi membentuk sebuah pasukan, 2.3 Pendaftaran untuk setiap pasukan adalah seperti berikut i) seorang pengurus ii) seorang jurulatih / penolong jurulatih li 9 orang pemain padang termasuk seorang penjaga gol (wajib) 2.4 Pengadil terdiri daripada pengadil MSSPK dan Pengadil Persatuan Hoki Perak 3. PAKAIAN 3.1 Pakaian untuk pertandingan disediakan oleh pasukan sendiri. Jersi bernombor, seluar dan stoki, Pasukan juga digalakkan menyediakan dua set jersi berfainan warna. 3.2 Pemain-pemain dikehendaki memakai baju mengikut nombor yang didaftar ‘sepanjang pertandingan. Nombor baju hendaklah dinyatakan di sebelah nama pemain di dalam Borang Pendaftaran Pasukan. 3.3 Jika kedua-dua pasukan memakai baju dengan wama yang sama, maka pasukan yang dinamakan terdahulu dikehendaki menukar baju 3.4 Senarai nama pemain hendaklah diserahken kepada Pegawai Teknik 10 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. 3.5 Pemakaian topi (cap) semasa permainan tidak dibenarkan untuk menjaga keselamatan pemain-pemain. 4, SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Jika 32 pasukan, 8 kumpulan akan dibentuk. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 pasukan. Pusingan pertame dijalan secara liga satu pusingan. 4.2 Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati (KUMP. EMAS), 4.3 Tempat ketiga dan keempat setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati (KUMP. PERAK), 4.4 Untuk periawanan peringkat liga, tiga (3) mata diberikan untuk setiap kemenangan mutlak, satu (1) mata untuk seri dan Kosong (0) untuk kekalahan. 4.5 Jika di akhir pertandingan dalam kumpulan, lebih dari satu pasukan mempunyai jumlah mata yang sama maka kedudukan akan di tentukan berpandukan perbezaan gol (goal difference). 4.6 Jika keputusan masih sama, maka kedudukan akan ditentukan berpandukan bilangan gol yang dijaringkan (goals scored). 4.7 Jika keputusan masih sama, maka kedudukan akan di tentukan berpandukan pasukan yang mengalahkan lawan di dalam peringkat kumpulan, 4.8 Sekiranya keputusan masih lagi sama, kedudukan akan ditentukan melalui pertandingan ‘penalty shootout” 6. MASA PERMAINAN 5.1 Semua perlawanan akan dijalankan selama 10 minit secara terus bagi kesemua perlawanan dalam kejohanan, 6. PENGGANTIAN PEMAIN (ROLLING SUBSTITUTION) 6.1 Hanya pemain yang didaftar dalam pasukan tersebut sahaja dibenarkan bermain. 6.2 Pemain yang digantung tidak dibenarkan masuk menggantikan pemain lain. 6.3 Pemain boleh diganti pada bila-bila masa sepanjang permainan secara ‘rolling substitution’ di mana pemain yang diganti itu boleh keluar dan dibenarkan masuk semula, 6.4 Seseorang pemain yang disingkirkan oleh pengadil (kad merah) tidak dibenarkan diganti dan pemain berkenaan dilarang bermain di sepanjang perlawanan dijalankan. 6.5 Pemain yang ingin menggantikan pemain lain hanya dibenarkan masuk melalui garisan tengah padang. 6.6 Hanya seorang penjaga gol untuk setiap pasukan sahaja dibenarkan berada di arena permainan pada sesuatu masa. 6.7 Pemain yang cedera tidak dibenarkan menerima rawatan dalam padang 6.8 Pakaian yang mempunyai kesan darah tidak dibenarkan dipakai semasa bermain. 7. PENANGGUHAN PERLAWANAN 7A Sekiranya pengadil menangguhkan perlawanan disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan atau sebagainya, perlawanan tersebut sewajamya diteruskan secepat mungkin dan tidak semestinya ditempat yang sama. 7.2 Jika selepas bermain separuh masa iaitu 5 minit, permainan diberhentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (padang yang tidak sesuai, hujan lebat/petir) maka permainan itu dianggap telah tamat tempoh permainannya dan kedudukan jaringan pada mase itu akan kekal dan diambil kira, 7.3 Jika permainan diberhentikan sebelum 10 minit, maka permainan itu akan disambung dari masa a diberhentikan dengan kedudukan yang kekal sebelum permainan ditangguhkan, di suatu tempat dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan, 8. BANTAHAN Pasukan tidak dibenarkan membuat sebarang bantahan 9, TATATERTIB 9.1 Jika dikenakan tindakan tatatertib, pemain yang terlibat boleh: a) diberi amaran lisan b) digantung sementara (dilayang kad kuning seta digantung permainan minima selama 2 minit, 5 minit atau selebihnya mengikut budi bicara pengadil perlawanan) ©) digantung dari baki permainan (dilayang kad merah). Tindakan susulan mungkin akan dikenakan bergantung kepada kesalahlakuan pemain berkenaan. 9.2Pemain-pemain yang menetima kad merah atau digantung perlawanan tidak dibenarkan berada bersama-sama pasukan di bangku simpanan semasa perlawanan berlangsung 10. WALK OVER’ Jika mana-mana pasukan tidak hadir selepas 5 minit dari masa yang ditetapkan, maka pasukan lawan akan diberi kemenangan melalui ‘walk over’. Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata dan 2 jaringan gol. Pasukan yang gagal hadir setelah bermain sekurang-kurangnya satu pertandingan akan disingkirkan terus dari keseluruhan pertandingan. 11. PERKARA ~ PERKARA YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN Perkara-perkara yang tidak diperuntukkan di dalam peraturan pertandingan ini akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad. UNDANG—UNDANG PERMAINAN PERAK U11 CHAMPIONSHIP 6 A-SIDE 2017 1. BILANGAN PEMAIN a.6 orang pemain berada di dalam padang termasuk penjaga gol sepanjang perlawanan berlangsung b, 9 orang pemain bawah umur 11 tahun sahaja layak didaftarkan, 2. PENJAGA GOL a, Memakai kelengkapan yang lengkap semasa perlawanan berlangsung, b. Waiib berada di dalam pasukan sepanjang perlawanan . Kicking Back tidak dibenarkan. 3. PADANG a, Saiz : 55 meter panjang dan 40 meter lebar. b, Garisan tengah memisahkan kawasan kedua—dua pasukan. . Garisan 11 meter menandakan kawasan 11 meter dari garisan belakang 4d, Penalty Stroke - 5 meter dari garisan gol. 4. JARINGAN GOL a. Pemain boleh melakukan jaringan yang sah sebaik sahaja memasuki kawasan pihak lawan iaitu selepas garisan tengah. b. Bola yang naik tinggi menuju ke arah pintu gol akibat dicedok, dipukul atau ditolak antara garisan tengah dan garisan 11 meter, adalah tidak dibenarkan kecuali semasa Penalty Corner (Power Play). c. "Element of Danger’ diputuskan sepenuhnya oleh pengadil bertugas. d. Gol dikira sah apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol. 5. KAWASAN 41 METER a. Sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pemain pertahanan dalam kawasan tersebut, penalty comer akan diberikan b. Kesalahan yang dikategorikan serius oleh pengadil termasuk backstick, penalty stroke akan diberikan kepada pasukan menyerang. c. Peraturan penalty stroke masih sama dengan peraturan oleh FIH 6, MEMULAKAN PERLAWANAN a, Permulaan perlawanan dimulakan di garisan tengah. b. Bola yang keluar menerusi garisan tepi, pemain memulakan kembali perlawanan atas garisan di mana bola tersebut keluar KECUALI bola melepasi garisan tepi di dalam kawasan 11 meter. Pemain perlu memulakan di garisan tepi, belakang daripada garisan 11 meter. c. Bola yang keluar melepasi garisan belakang, pemain akan memulakan kembali di garisan 11 meter selari dengan arah bola yang keluar. d. Kedudukan bola adalah statik sebelum memulakan perlawanan. 7. RULES OF 3 METRES a, Merujuk kepada pergerakan bola semasa pukulan percuma dalam kawasan 11 meter. b. Merujuk kepada jarak pertahanan dan penyerang semasa pukulan percuma dan permulaan perlawanan. 8, KAD DAN PENGGANTUNGAN a. Kad Hijau - gantung 1 minit b. Kad Kuning - gantung 3 minit c. Kad Merah - Gantung perlawanan d. Sistem Demerit tidak digunakan 9. PENALTY CORNER (POWER PLAY} a, Diambil dari garisan tengah, 3 pemain PENYERANG berada di belakang garisan tengah. 2 orang lagi berada di garisan 11 meter. b, Hanya 2 pemain PERTAHANAN dan 1 PENJAGA GOL sahaja dibenarkan berada di garisan gol. Pemain pertahanan yang lain berada di garisan 11 meter pasukan penyerang. ¢. Pemain boleh membawa bola ke arah gol dan juga terus melakukan jaringan apabila memulakan PC. 40. PENALTY SHOOTOUT a, Menentukan kedudukan dalam kumpulan - la akan dijalankan selepas semua perlawanan ditamatkan. Kaedah digunakan adalah secara sudden death ( 1 vs 1) b, Pusingan kedua - la akan dijalankan sebaik sahaja perlawanan tamat secara “sudden death” (tvs 1). 44, HAL—HAL LAIN a. Tertakluk kepada Undang - Undang Persekutuan Hoki Antarabangsa yang terkini. b. Tertakluk juga kepada keputusan oleh penganjur.

You might also like