You are on page 1of 3
1 PENERANGAN MENGENAI RAWATAN PESAKIT Perlu ditegaskan bahawa rawatan yang diamalkan menurut kaedah ini merupakan satu cara melalui doa-doa yang kebanyakannya dipetik da- ri ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi, contoh-contoh sunnah Rasulullah, doa-doa yang diajar oleh malaikat kepada nabi-ndbi dan wirid-wirid ter- tentu selain daripada doa-doa yang digunakan dalam kaedah ilmu_per- ubatan tradisional Melayu yang tidak mengelirukan maknanya serta tidak membingungkan lafaz sebutannya. Sebagai tambahan, bahan tumbuh- tumbuhan juga digunakan dalam rawatan ini. Ditegaskan bahawa kaedah perubatan ini tidak ada kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan makhluk-makhluk halus, sa- ma ada penyakit yang dipercayai disebabkan oleh kejahatan makhluk ha- lus atau penyakit yang berpunca dari gangguan fizikal. Makhluk-makhluk halus, tidak kira apa jenis atau sebutannya, seperti pelesit (hantu yang biasanya dibela oleh orang perempuan), hantu raya (hantu ‘yang biasanya dibela oleh orang lelaki) atau sebagainya sama sekali tidak ada kaitannya dengan kaedah rawatan ini. Tidak ada tenaga makhluk halus diperlukan dalam usaha merawat seseorang pesakit yang terkena sihir. Bisikan dari seorang “teman” dari jenis makhluk halus, langsung tidak dikaitkan dalam usaha memohon supaya harta yang dicuri orang itu dikembalikan. Allah menjadikan manusia dan makhluk halus itu dalam dua asal kejadian yang berbeza. Semuanya hidup dalam alam Allah, hanya nature hidupnya ber- beza antara satu sama lain. Telah dijelaskan dalam al-Quran bahawa syai- tan itu adalah termasuk dalam golongan yang kafir terhadap Allah dan yang ingkar kepada perintah Allah (Al-Bagarah: 34, Al-A‘faf: 10, Al- Isra’: 61, Al-Kahf: 51 dan Taha: 116). Lojiknya kalaulah iblis itu bera- ni mengingkari perintah Allah adalah paling mustahil kalau iblis dan kun- cu-kuncunya itu boleh taat menurut perintah manusia, Menurut al-Quran, iblis dihalau dari syurga lantaran sifat takburnya yang enggan bersujud ke- pada Adam kerana ia merasa bahawa asal kejadiannya adalah lebih mulia dari manusia. Atas penerangan iktibar sejarah ini maka adalah sesualu yang dikira terkeluar dari urusan tabei andainya iblis itu mahu menolong manusia, lebih-lebih lagi orang-orang Islam ketika merawat saudaranya, padahal ia terhalau dari syurga dan dihukum kafir berpunca dari manusia. oe Akhir sekali, dan ini merupakan satu amaran dari Allah iaitu supaya manusia selalu berwaspada dari iblis dan syaitan seperti dalam firmannya (Yasin: 60) “Bahawasanya dia (syaitan) bagi kamu adalah musuh yang nyata.”” wo sha, ye KIS Wyle ois Bahawa syaitan itu adalah musuh bagi kamu, maka hendaklah ka- mu mengambilnya sebagai musuh. Seperti yang dijelaskan bahawa punca ilmu perubatan kaedah ini adalah jelas sumbemya. Ini bukan merupakan hak golongan tertentu atau satu bahan warisan yang diperolehi melalui keturunan, Walaupun demi kian perlu difahami bahawa ilmu rawatan ini bukan merupakan satu ba- han pameran untuk dituntun atau dicuba-cuba. la hanya boleh dipelajari oleh mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu. Doa-doa yang dibaca dan air yang diminum atau dibasahkan di mana-mana bahagian anggota tertentu bukanlah_penyembuh. Ayat-ayat yang dibaca dan lafaz-lafaz doa hanyalah merupakan rangkaian kata yang dilafazkan oleh seorang perawat dalam usaha menolong supaya seseorang pesakit itu sembuh. Menurut kelazimannya, setiap orang Islam tahu membaca al-Fatihah. Tetapi ayat-ayat al-Fatihah yang dibaca oleh orang awam pada adatnya tidak dapat menolong meredakan sakit yang dideritai oleh seseorang, berbeza dengan mereka yang mempelajari kaedah ilmu perubatan dengan cara lertib dan lazim. Ini menunjukkan bahawa diri kedua-dua manusia yang menggunakan ayat-ayat_al-Fatihah tadi adalah berbeza kualitinya. Ber- beza tentang kemujaraban doa mereka di sisi Allah. Perbezaan ini wujud ialah kerana perbezaan martabat diri orang yang berkenaan di sisi Allah. Berikut ini dijelaskan beberapa perkara mengenai asas-asas perubatan: Hukum menuntut ilmu perubatan Hukum mengajar ilmu perubatan Hukum berubat Hukum mengubat dan hak pesakit Mengetahui tentang bahan perubatan,

You might also like