You are on page 1of 3
i. HUKUM MENUNTUT ILMU PERUBATAN Alim ulamak sepakat mengatakan bahawa menuntut ilmu perubatan itu hukumnya fardu kifayah; atau satu tanggungjawab yang dikenakan ke alas orang Islam secara umum untuk mempelajarinya. Sekiranya ia dipe- lajari oleh seseorang dalam satu kumpulan maka terlepasiah tanggungja- wab orang lain. Semakin sedikit orang yang melakukan tanggungjawab fardu kifayah itu, maka semakin banyaklah pahala yang diperolehi oleh mereka, kerana mereka merupakan kumpulan orang yang melepaskan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh ramai orang. ii. HUKUM MENGAJAR ILMU PERUBATAN Hukum mengajar ilmu ini adalah wajib bagi orang yang arif menge- nainya apabila tiba masanya dan masyarakal pula memerlukannya. Men- yembunyikan ilmu itu adalah berdosa dan termasuk dalam golongan orang yang balhil serta kufur nikmat Allah. Kewajipan ini juga bergantung kepa- da faktor-faktor luar, seperti keadaan tempal, penilaian dari orang yang hendak belajar dan lain-lain lagi. iii, HUKUM BERUBAT Hukum berubat ada dua, iaitu wajib dan harus. Pada orang awam hukumnya harus ketika ia masih dapat menanggung kesakilan dan dapat bersabar serta penyakit itu belum teruk. la menjadi wajib sekiranya sese- orang itu tidak dapat menanggung kesakitan Bagi orang khusus, iaitu seperti para wali dan Nabi di mana magam mereka tinggi dalam menghadapi ujian Allah, hukum berubat adalah ha- rus. Bagi mereka penyakit itu. adalah ujian dari Allah. Kerana itu jika Allah memberi sakit sebagai ujian maka ia tidak perlu diubati. la perlu diterima, dan Allah sahajalah yang menyembuhkannya. Malah, kalau penyakit itu terjadi sebagai ujian, ia tidak akan sembul: biarpun diubati selagi Allah ti- dak mahu menyembuhkannya. Nabi Allah Ayyub a.s. misalnya adalah Nabi yang terkenal dengan ketabahan hati dan kesabaran menanggung cubaan Allah. Pada asalnya ia adalah seorang yang Kaya raya, dermawan dan bersifat takwa. Apabila iblis mengetahui keadaannya sedemikian, ia rasa dengki dan ingin membinasa- kannya. Iblis memohon pada Allah supaya Nabi Ayyub ass. itu diuji untuk menentukan sama ada sifat-sifat yang wujud padanya itu lahir dari keikh- lasan diri atau kerana nikmat-nikmat kurnia Allah. Allah telah membiar- kan iblis untuk mengujinya Pada mulanya semua unta kepunyaan Nabi Ayyub a.s. telah binasa, tetapi ia tetap memuji Allah. Kali kedua kesemua kambing'ternakan ber- sama gembalanya mati. Kemudian sawah ladang dan semua harta benda- nya binasa. Lepas itu semua ‘anaknya habis terbunuh dilanda gempa bumi, tetapi ia tetap sabar. Akhir sekali Allah mengujinya dengan memenuhi permintaan iblis de- ngan menjadikan dagingnya luka-luka dan keluar nanah yang sangat bu- suk baunya. la dipulaukan oleh orang ramai kecuali isterinya yang setia, Siti Rahmah binti Afraim. Dalam tafsirnya, Yusuf Al-Qurtubi menceritakan tentang kesabaran dan ketabahan Nabi Ayyub, a.s. dengan mengatakan bila ia sujud, maka berjatuhanlah ulat dari kepalanya, apabila selesai su- jud, ulat-ulat tadi dipungutnya dan diletakkannya semula di tempat yang asal. Dalam menghadapi dugaan ini, Nabi Ayyub a.s. hanya bersabar dan tidak berikhtiar atau berdoa agar Allah s.w. menyembuhkannya. Ia hanya berkata, seperti yang dijelaskan dalam al-Quran, surah Al-Ambiaya’: 83: aN pa Ny Fal Gh 25 85 NOT Tatkala Ayyub berseru kepada Tuhannya, “‘Sesungguhnya aku telah disentuh oleh sesuatu malapetaka sedang Engkau adalah lebih penga- sih dari segala yang pengasih.’” Kita lihat betapa halusnya ungkapan dalam firman tadi. Biarpun ia te- lah mengalami berbagai-bagai penderitaan, tetapi Nabi Ayyub a.s. tetap meyakini bahawa Allah itu adalah lebih pengasih dari segala yang penga- sih. Segala bentuk dugaan itu tidak dikatakannya sebagai bencana dari Al- lah. Nabi Ayyub a.s. menggunakan satu ungkapan yang memperlihatkan sifat-sifat ketabahan dan kesabarannya menghadapi dugaan ‘itu dengan mengatakan bahawa segala-galanya itu adalah malapetaka yang telah menyentuhnya. la tidak menyesal atau mengadu. Ia hanya menyatakan bahawa Allah itu adalah paling mengasihi, kerana itu akhirnya Allah menghilangkan malapetaka yang menimpanya. Itulah dia Nabi Ayyub a.s, yang terkenal dengan kesabarannya. Allah menurunkan bencana kepadanya sebagai ujian, dan Allah memberikannya kesabaran. Bahawasanya Allah s.w. apabila mengasihi seseorang hamba Ta akan. menurunkan ujian kepada hambanya itu seperti yang dikatakan oleh Rasuluillah s.a.w.: aye) te Csi 5 St Sesungguhnya Allah apabila telah mengasil caya Ia mengujinya. seseorang hiamba nes- iv. HUKUM MENGUBAT DAN HAK PESAKIT Selain dari berziarah, mengubati pesakit juga merupakan satu kewaji- pan bagi orang yang mengetahuinya, Orang yang berilmu tetapi tidak sudi menyibarkannya kepada masyarakat yang memerfukannya, ia dianggap sebagai kufur nikmat. Begitu juga dengan memberi rawatan kepada orang yang memerlukannya. Bagi orang yang arif khidmat rawatan kepada pesakit adalah salah satu dari ciri-ciri bersyukur kepada anugerah Allah.’ Allah memberi sese- orang itu ilmu, dan orang yang berilmu itu memberi khidmat kepada ma- nusia melalui ilmu yang dimilikinya dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran dari manusia. selain dari Allah. Allah berjanji bahawa Ia akan menambahkan lagi keberkatan ilmu yang dimiliki oleh orang yang men- syukuri nikmat Allah di samping memberi kemewahan hidup di dunia, ke- tetapan iman dan juga ketenangan kepada mereka. Dalam surah Ibra- him: 7 Allah berfirman; Has GUE oy He 35 SIGN RS 3) Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan tambah (nik- mat) kepada kamu, dan jika kamu mengingkari (nikinatKu). Se- sungguhnya azabKu sangat pedih. Seperti yang dijelaskan bahawa berubat itu hukumnya wajib, tetapi kewajiban itu bergantung kepada pihak kedua, iaitu orang yang menguba- tinya. Ertinya biarpun berubat itu wajib, tetapi kalau orang yang menguba- tinya tidak ada, maka kewajiban tersebut tidak akan terlaksana. Otett itu orang yang mengubati ‘itu mesti ada untuk memenuhi keperluan wafib pe- sakit itu, Persoalan ini sama dengan masalah berkhatan. Berkhatan itu hukum- nya berbeza menurut pendapat ulama. Menurut Kitab al-Minhaj dan At Thufah bahawa berkhatan itu wajib sama ada atas lelaki atau perempuan.

You might also like