You are on page 1of 3
Ada pendapat mengatakan bahawa ia wajib ke atas lelaki dan tidak ke atas perempuan. Ini ialah pendapat menurut kebanyakan ulama. Ada pu- la ulama, seperti Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan baha- wa berkhatan itu sunat bagi setiap orang. Adalah jelas bahawa seseorang itu sempurna pengislamannya dengan menyebut Dua Kalimah Syahadah kalau sebelum itu ia adalah seorang kafir. Kalau ia enggan berkhatan, ia boleh berbuat demikian dengan ber- taklidkan kepada pendapat yang mengatakan berkhatan itu tidak wajib. Walaupun demikian sebagai seorang Islam, ia wajib mengerjakan sembah- yang lima waktu yang diantara syarat sahnya ialah suci daripada najis. Apabila seorang itu tidak bersunat, padahal di bawah kulit zakarnya ter- kandung najis, maka dengan sendirinya ia menafikan kesucian dirinya yang secara langsung melibatkan kesahihan sembahyangnya. Ini bermakna ba- hawa kewajiban sembahyang itu tidak sempurna kecuali dengan menghi- langkan najis yang ada pada dirinya iaitu dengan bersunat. Ternyata ba- hawa bersunat itu wajib untuk memenuhi kewajiban bersembahyang. Jelas di sini bahawa mengubati pesakit itu wajib bagi orang yang arif untuk memenuhi keperluan wajib berubat. Menyentuh tentang hak pesakit, seseorang yang mendapat bencana, tidak kira apa bentuk bencana yang menimpa, seperti sakit dan sebagai- nya perlukan orang lain yang boleh meringankan tekanan perasaan yang mengasak dan menghimpitnya. Kerana itu adalah penting bagi setiap orang Islam menolong saudaranya yang berada dalam keadaan demikian. Para ulama telah bersepakat menyatakan bahawa menolong kawan yang. sedang menderita, atau kebuntuan fikiran adalah salah satu usaha mendampingkan diri kepada Allah s.w. Al-A‘mash meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a. telah bersabda: J) OL 5S fe US HU cei op Gh Uae tb Ai a os Us 236 3 Kah gs b seh obs Big aN, Gg a Barang siapa yang melapangkan kesempitan dunia saudaranya yang Islam, nescaya Allah akan melapangkan baginya kesempitan akhirat, dan barang siapa yang meringankan seseorang yang berada dalam kesempitan, maka Allah akan meringankan ke atasnya di dunia dan akhirat, Allah tetap membantu seorang hamba selagi hamba itu membantu saudaranya yang Islam. Di antara cara untuk melapangkan tekanan yang dideritai oleh seorang pesakit, atau sesiapa yang ditimpa kemalangan ialah dengan melawatnya. Kebanyakan manusia apabila ia mengalami sakit merasai jiwanya kosong Ini terjadi kerana orang yang sakit itu tidak dapat bergerak sebagaimana biasa. Kerana itu ia tidak dapat memenuhi keperluan hariannya melalui kegiatan pergerakan fizikal seperti biasa oleh itu menziarahinya adalah perlu, dan itulah di antara hak seorang Islam terhadap seorang Islam yang yang lain Sebuah hadis riwayat dari Imam Bukhari dan Muslim berbunyi: Jig GAG Ss So hth ge A 15 htelb les thy dle pS ad th JU od iy Aas alt, ye hy US Au AGSG Sig CALS Go Hak seorang Islam ke atas orang Islam yang lain itu ada enam. Di- tanya orang, apakah hak-hak itu wahai Rasulullah. Rasulullah men- Jawab, “‘jika awak berjumpa akan did maka hendaklah ucap salam, bila ia mengundang, hendaklah penuhi undangannya, Bila ia me- minta nasihat maka hendaklah kau nasihatinya. Bila ia mengucap Al-hamdu li: ‘Llah ketika ia bersin, sambutlah dengan jawapan: yarhamuka ’Llah = (semuga Allah memberi rahmat akan dikau), bila ia sakit, jenguklah akan dia dan jika ia meninggal iringilah je- nazahnya. Mengenai hak: mengiringi jenazah hingga ke kubur: Rasulullah ada bersabda: . eS as; Sb pal o bigs Barang siapa mengiringi jenazah, maka baginya pahala satu kirat emas. Kalau ia menunggu hingga selamat dikuburkan, maka “bagi- nya dua kirat. Kirat bermaksud satu ukuran sebesar bukit Uhud. Penderitaan yang dialami oleh seseorang, lebih-lebih lagi penderitaan yang bersifat tekanan mental memerlukan sesuatu yang dapat meringan dan melapangkan tekanan perasaannya. Ini mungkin boleh dilakukan de- ngan cara berbual atau bercerita. Atau mungkin dengan cara meluahkan perasaan kepada orang yang berkunjung, melahirkan rasa derita yang di- alami atau sebagainya. Satu kunjungan teman itu mungkin boleh mela- pangkan penderitaan yang terbuku menekan jiwa seseorang. Rasulullah s.a.w. pernah mengadu panas badan, melebihi kadar panas biasa ketika demam, begitu juga Sayyidatina Aishah pernah mengadu kepada Baginda menyatakan kepalanya sakit. Ibn Mas‘ud meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud bahawa se- seorang yang mengadu derita yang dialaminya tidak dinamakan menga- du, kalau ia bersyukur terhadap kada’ dan kadar Allah sebelum itu. Mengadu kepada Allah s.w. itu adalah di antara ciri orang yang beriman, dan ini adalah disyariatkan. Nabi Allah Yaakub ada berkata seperti yang tersebut dalam surah Yasuf: 86: AN G5 Sl Aku adukan kedudukan dan kesedihanku kepada Allah. Di antara adab mengunjungi orang sakit ialah tidak duduk terlalu la- ma, sedikit bertanya tetapi banyak melahirkan kasih sayang dan mendoa- kannya agar lekas sembuh. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang ee sud bahawat “Kesempurnaan mengunjungi orang sakit, itu ialah dengan meletak- * kan tangan ke atas dahi atau atas tangan orang sakit, dan mena- nyakan tentang khabarnya, dan kesempurnaan salammu itu ialah berjabat tangan.”” .

You might also like