You are on page 1of 3

Pengenalan

-Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara ini sebagai
sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan negara-negara maju yang lain.

-Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan untuk mencapai kemajuan bersepadu
seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika,
kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat yakin diri bangsanya.
Terdapat beberapa usaha yang perlu dihadapi oleh negara Malaysia bagi merealisasikan Wawasan
2020.

Isi-isi Penting:

Usaha

1. Memberi tumpuan dan mengambil tahu mengenai masalah rakyat.

-Kerajaan berusaha untuk menyelami dan memperbaiki masalah yang dihadapi


oleh setiap rakyat supaya perkara itu dapat diselesaikan dengan segera dan tidak
berlanjutan.

-Kerjaan mengadakan pertemuan bersama rakyat untuk menyediakan segala


kehendak yang diperlukan oleh rakyat.

2. Memperbaiki pentadbiran supaya menjadi lebih stabil dan baik

- Kerajaan yang peka dan berinovatif sentiasa berusaha untuk menambah baik
pentadbir supaya menjadi lebih maju yang boleh diterima oleh semua rakyat.
- Kerajaan menurunkan cukai dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Cabaran

1. Cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.

-Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan
rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu
bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
-Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi
cabaran pertama Wawasan 2020.

-Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu seperti
Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan
perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia.

2. Cabaran yang kedua ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi.

-Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara
melulu.

-Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka 
menerima perubahan dan pandangan orang lain.

-Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh
setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-
masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara.

-Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan  dan Akta Bahasa


Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan
bertolenrasi.

3. Cabaran seterusnya ialah menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang
ekonomi.

-Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan
perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat.

-Masyarakat yang dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan
fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut
ekonomi.

-Kerajaan telah melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin


keadilan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pembangunan Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
Kesimpulan

- Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar kerajaan adalah bertujuan
merealisasikan Wawasan 2020.

- Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara dapat dicapai dengan
keadilan ekonomi dan perpaduan negara.

You might also like