You are on page 1of 3

PENULISAN JURNAL

Bilangan Jurnal : Kesembilan MINGGU


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 1 Oktober 2018 9
Tajuk : Masalah disiplin murid di dalam kelas

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di tahun 3 Kekwa.
Semasa saya menjalankan aktiviti, terdapat seorang murid iaitu Novelina tidak menumpukan
perhatian walaupun sudah ditegur beberapa kali. Pelajar tersebut turut mengganggu rakan
kelas yang lain dan menyebabkan berlaku sedikit pergaduhan. Murid tersebut sukar
menerima arahan yang diberikan oleh guru. Murid-murid ini juga sering kali bermain-main
sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan di samping mengganggu murid-murid yang lain.
Oleh sebab itu, berlaku sedikit kecacatan pada pdp yang dirancang.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Punca murid ini tidak dapat menumpukan perhatian adalah kerana murid ini duduk di
belakang. Murid ini berasa guru tidak memerhatikan gerak gerinya. Setelah diperhatikan
sepanjang minggu, Saya mendapati murid ini memang mengalami masalah disiplin. Walhal,
di dalam buku disiplin, terdapat banyak nama murid tersebut yang dilaporkan oleh guru
untuk tindakan lanjut.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :
Menurut Salleh (2003) dan Haittie (2003) dalam Rohani Arbaa. et al (2010) telah
menyatakan bahawa faktor guru adalah signifikan dalam mempengaruhi minat dan
komitmen pelajar terhadap pelajaran serta berpotensi mengubah sikap dan status pelajar
terhadap sesuatu kurikulum. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Rohani Arbaa
et.al dalam kajiannya telah menunjukkan bahawa adanya hubungan positif yang sederhana
di antara ciri kualiti guru yang dikaji dengan komitmen pelajar. Hubungan guru dan pelajar
dikenal pasti sebagai ciri kualiti guru-guru yang menjadi peramal terbaik untuk meningkatkan
komitmen belajar pelajar. Secara relatifnya, pelajar perempuan lebih menunjukkan
komitmen belajar yang tinggi daripada pelajar lelaki, manakala status sosioekonomi pelajar
tidak mempengaruhi komitmen belajar pelajar. Dapatan kajian mendapati hubungan guru
dan pelajar merupakan faktor yang signifikan dalam meningkatkan komitmen belajar pelajar.
Sikap pelajar terhadap guru mata pelajaran atau subjek yang diambil akan mempengaruhi
minat serta usaha ke arah kejayaan akademik seseorang pelajar (Suradi Salim, 1987).
4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-
i) Selalu menyebut nama pelajar tersebut untuk menarik perhatian
ii) Mengubah kedudukan murid tersebut

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Hari

6.TINDAKAN SUSULAN :
Saya memanggil pelajar tersebut untuk duduk dihadapan dan selalu bersoal jawab dengan
pelajar tersebut.
7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 2 Oktober 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, dapat dilihat melalui peningkatan
fokus murid tersebut.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :
Saya berpuas hati dengan peningkatan minat murid saya untuk terlibat dalambilik darjah.
Ganjaran juga diberikan kepada kumpulan murid yang menunjukkan sahsiah yang baik.
RUJUKAN
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & N ordin Abd Razak (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan
aitannya Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan
PerbezaaPerbezaan Pembelajaran?
Lian, C. P., Chueen, L. L., & Yeong, V. L. Y. (2005, Oktober). Isu-isu masalah disiplin
pelajar: pelajar: pendekatan dan penyelesaian. Dalam Seminar pendidikan.
Mahzan Arshad. (2005). Disiplin pelajar - Kerjasama ibu bapa, guru penting. Kuala Lumpur:
Utusan Utusan Malaysia.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

You might also like