You are on page 1of 3

PENULISAN JURNAL

Bilangan Jurnal : Dua belas MINGGU


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 22 Oktober 2018 12
Tajuk : Murid tidak mendengar arahan dan tidak serik atas kesalahan yang dilakukan

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Saya telah menghadapi masalah sewaktu melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid ini perlu ditegur setiap kali membuat aktiviti.
Murid-murid ini cepat melupakan teguran yang diberikan oleh guru dan selalu membuat
muka tidak besalah walaupun pernah meminta maaf atas kesalahan yang sama. Murid-
murid didalam kelas tidak melaksanakan arahan dan mereka mengambil enteng mengenai
setiap arahan yang telah dikemukakan. Hal ini memberikan sedikit masalah kepada saya
dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan mencapai objektif yang telah ditetapkan di dalam
rancangan pengajaran harian. Masalah ini juga memberikan impak kepada saya untuk
mengesan kelemahan yang terdapat pada murid-murid dalam melaksanakan aktiviti yang
telah dirancang oleh guru.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Saya telah merancang satu pdp yang berpusatkan murid di mana saya cuma sebagai
fasilitator. Masalah yang timbul ini disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan
secara individu yang memerlukan setiap murid mendengar arahan dengan jelas daripada
guru-guru. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid
sekolah ini tidak berminat untuk mendengar arahan yang telah dikemukakan oleh guru dan
mereka lebih mudah terasa bosan dengan aktiviti yang cuba dilaksanakan. Terdapat juga
sebilangan kecil murid yang menjadi punca membuat bising di dalam kelas mengakibatkan
murid-murid yang lain turut tidak memberikan perhatian kepada arahan yang telah
dikemukakan oleh guru. Disamping itu, masalah ini juga timbul kerana murid telah menerima
budaya bahawa guru perlu bersuara lantang dan menggunakan sedikit kekerasan dalam
penyampaian arahan oleh guru. Setiap kali ingin membuat aktiviti akan berlaku satu
pertelingkahan kecil antara saya dan murid-murid supaya mereka mendengar arahan saya.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :
Graves (1983) mendapati bahawa fokus dan tumpuan boleh membantu dalam sesuatu
perubahan tingkah laku. Ini bermaksud, murid yang aktif akan memberi tumpuan yang lebih
kepada kerja apabila ganjaran diberikan. Hal ini bermaksud, bagi murid yang kurang aktif,
ganjaran amat memberi peranan kepada mereka.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-
i. Saya patut membudayakan satu pergerakan yang menarik seperti tepuk
semangat supaya murid kembali ke tempat masing-masing
dan mendengar arahan yang akan dikemukakan oleh guru. Pergerakan juga
mampu membantu saya mengawal tingkah laku murid dan seterusnya
memberikan kelebihan penyampaian arahan agar diterima oleh keseluruhan
kelas.
ii. Cadangan tindakan kedua adalah menyediakan plan A dan B sewaktu
mengalami masalah terbabit. Plan B mampu memberikan peluang kepada saya
untuk memperbaiki kelemahan sewaktu melaksanakan pengajaran di dalam
kelas. Plan B yang dilaksanakan oleh saya adalah menyediakan satu aktiviti lain
yang mampu menarik minat murid di dalam kelas seperti kuiz, menyalin nota dan
sebagainya.
iii. Cadangan aktiviti yang terakhir adalah mendapatkan nasihat danbimbingan
daripada guru dan pensyarah pembimbing. Nasihat yangdikemukan oleh mereka
mampu memberikan pengetahuan baharu kepada saya dalam mengatasi
masalah yang dihadapi.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Hari

6.TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil tindakan pembentulan iaitu menggunakan aktiviti-aktiviti yang
menarik sebagaimana cadangan penyelesaian yang disebut di atas.
7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 23 Oktober 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan
bilangan murid yang memberi kerjasama dan jawapan yang sangat baik walaupun daripada
mereka yang sangat nakal.
9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA
ADA) :
Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
telah saya sampaikan dengan menggunakan papan ganjaran yang saya sediakan.
Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang
saya sampaikan.

RUJUKAN
Cohen, L. & Manion, L. (1994). Research methods in education (Ed. Keempat). London:
Routledge.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

You might also like