You are on page 1of 2

PENULISAN JURNAL

Bilangan Jurnal : Kesepuluh MINGGU


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 8 Oktober 2018 10
Tajuk : Kekangan masa untuk melakukan aktiviti kokurikulum bagi tujuan penyeliaan

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Aktiviti kokurikulum telah selesai dijalankan oleh pihak sekolah pada minggu 6 semasa saya
menjalankan praktikum fasa 1 di SK Tarcisian Convent. Akibatnya, saya telah menghadapi
satu masalah untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi memenuhi syarat pelaksanaan
praktikum yang memerlukan saya untuk menjalankan satu sesi penyeliaan kokurikulum.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Hasil daripada analisis bagi isu ini, saya telah mendapati punca kepada masalah ini adalah
pihak sekolah telah selesai melaksanakan semua aktiviti kokurikulum bagi Badan
Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dengan lebih awal supaya murid-murid dapat
memberi fokus untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.
3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU
KAJIAN LEPAS) :
Menurut Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran 1956, kokurikulum adalah extra
curriculum atau ‘kegiatan luar darjah’. Dalam pada itu, Peraturan-peraturan Kokurikulum
Kebangsaan di bawah Warta Kerajaan, Akta Pendidikan 1995 yang bertarikh 31.12.1997
pula menyifatkan kokurikulum sebagai “kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari
dalam bilik darjah”.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-
i) Mengatur waktu di luar kelas dengan persetujuan murid dan guru pembimbing

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Hari
6.TINDAKAN SUSULAN :
Saya berbincang dengan guru dan murid tentang penyeliaan kokurikulum yang wajib dibuat
dan semua pihak telah bersetuju

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 9 Oktober 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif. Saya telah dapat menjalankan
penyeliaan kokurikulum dengan jayanya.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :
Saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

RUJUKAN
Lian, C. P., Chueen, L. L., & Yeong, V. L. Y. (2005, Oktober). pendekatan dan
penyelesaian. Dalam Seminar pendidikan.
Mahzan Arshad. (2005). Kerjasama ibu bapa, guru penting. Kuala Lumpur: Utusan
Malaysia.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

You might also like