You are on page 1of 3

PENULISAN JURNAL

Bilangan Jurnal : Kesebelas MINGGU


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 15 Oktober 2018 11
Tajuk : Pengajaran Secara Abad ke-21 (Flipped Classroom)

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 3 Kekwa bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Pada setiap minggu sebelum sesi PdPc, saya akan menjalankan
kaedah Flipped Classroom dalam PdPc sekolah. Maka, sebelum sesuatu topik baharu
diperkenalkan, saya akan meminta murid untuk mencari maklumat berkenaan dengan topik
yang akan dipelajari. Saya akan memberikan mereka peluang selama dua hari untuk
mencari maklumat berkenaan dan akan melakukan tindakan susulan dengan bertanyakan
kepada mereka berkenaan dengan tugasan yang diberikan.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Kebiasaannya, tugasan pencarian maklumat ini dilakukan bagi topik-topik yang sukar. Oleh
itu, bagi memudahkan mereka, saya telah meminta mereka mencari terlebih dahulu
maklumat berkenaan bagi memudahkan pemahaman mereka terhadap topik yang diberikan.
Kaedah bukan sahaja memberikan kemudahan kepada murid malahan memberikan galakan
kepada murid untuk belajar dengan lebih lanjut berkenaan topik yang diberikan. Hal ini juga
kerana, pencarian maklumat yang dipinta tidak terlalu sukar memandangkan kini di setiap
rumah sudah mempunyai akses internet yang diperlukan. Namun begitu, masalah timbul
apabila masih ada murid yang tidak dapat memahami kaedah ini. Ada antara mereka yang
sering tertanya-tanya berkenaan dengan kaedah ini.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :
Menurut Rashid, Boon & Ahmad (2017), guru and murid akan berinteraksi secara ilmiah
tentang bahan yang disediakan melalui kaedah ‘Flipped Classroom’. Hal ini kerana, kaedah
ini mampu meningkatkan penglibatan murid dengan aktif. Murid juga akan sering bertanya
memandangkan maklumat yang diperoleh hanyalah sebahagian daripada topik. Maka, untuk
menghilangkan kerunsingan mereka terhadap topik tersebut, mereka akan menggunakan
kaedah pertanyaan secara terus kepada guru mengenai isi pelajaran yang dicari. Hal ini
akan menggalakkan lagi hubungan dua hala antara murid dan guru.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Bagi menyelesaikan masalah murid yang tidak dapat mencari maklumat dengan betul, saya
telah melakukan beberapa tindakan, antaranya:
i. Meminta mereka untuk mencatat secara ringkas tajuk dan topik yang hendak
dicari secara spesifik maka murid tidak akan tersasar daripada topik sebenar.
ii. Menjelaskan sebab-sebab mereka perlu mencari topik tersebut.
iii. Memberikan tugasan tambahan iaitu mencatat maklumat yang dicari dan
dipersembahkan di hadapan kelas pada waktu PdPc berlaku. Hal ini akan dapat
menyediakan murid untuk tidak berlengah mencari maklumat.
iv. Memberi ganjaran tambahan buat murid yang berjaya menjalankan tugas
pencarian maklumat tersebut dengan baik.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Hari

6.TINDAKAN SUSULAN :
Saya menyediakan kertas kecil berbentuk nota bagi murid mencatat maklumat yang perlu
dicari dan menggalakkan dengan memberi ganjaran. Saya juga menjelaskan dengan lebih
spesifik berkenaan maklumat yang perlu dicari.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 16 Oktober 2018

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah saya laksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
dilakukan membawa kepada hasil yang positif. Murid dapat mencari maklumat dengan betul
dan memudahkan mereka untuk lebih memahami topik yang bakal dibincangkan dalam
kelas. Selain itu, penjimatan masa dalam sesuatu aktiviti dapat dipendekkan dan digunakan
untuk aktiviti lain dengan mudah.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :
Sesungguhnya, kaedah Flipped Classroom sememangnya memudahkan guru dan murid.
Bukan itu sahaja, pemahaman murid terhadap sesuatu topik juga dapat ditingkatkan
sekaligus memberi peluang untuk memberi menilai sendiri maklumat yang dicari adalah
betul atau tidak.
RUJUKAN
Rashid, N. A., Boon, P. Y., & Ahmad, S. F. (2017). Murid dan Pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

You might also like