You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Ministry of Education Malaysia BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN Sports, Co-curicuar And Ats Division Aras 1, 6 & 7, Blok E13, Kompleks Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Telefon: +603 88841002/88841333 62604 PUTRAJAYA Faks 603 88841034/88886790 MALAYSIA Laman Web : www.moe.gov.my KPM.600-4/2/1 () § September 2020 Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri. YBrs. Dr. / Tuan / Puan, PELAKSANAAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) DAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) TAHUN 2020 Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas. 2. _Adalah dimaklumkan bahawa berikutan kesan penularan jangkitan Novel Coronavirus (COVID-18) yang melanda seluruh dunia, penjarakan sosial merupakan salah satu prosedur yang perlu dipatuhi dalam norma kehidupan baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ini menyebabkan pelaksanaan aktiviti Kokurikulum bercorak penglibatan ramai termasuk aktiviti KRS dan TKRS seperti Perkhemahan Perdana KRS dan TKRS, pertandingan kawad kaki dan kursus kenaikan pangkat peringkat kebangsaan tidak dapat dilaksanakan. 3. Sehubungan dengan itu, sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tahun 2020 bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah KPM, ujian kenaikan pangkat (senarai pangkat seperti di lampiran) bagi ahli KRS dan TKRS wajar dilaksanakan dalam skala kecil, iaity dengan melaksanakan aktiviti tersebut di peringkat daerah dengan mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan Pasca Covid-19, 4. Dalam hal ini, Bahagian ini memohon kerjasama pihak Jabatan Pendidikan Negeri dengan kerjasama sekretariat KRS dan TKRS negeri serta daerah untuk merancang dan melaksanakan pengujian tersebut. Sebarang pertanyaan berkaitan erkara ini, pihak YBrs. Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi En. Nazar bin Mamat italian 03-88721645 / 019-3399078 atau emel nazar.mamat@moe.gov.my. Kerjasama dan sokongan pihak YBrs. Dr. / Tuan / Puan dalam hal ini amat kami hargai Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya fang menjalankan amanah, ¢ (ZINAL BIN ABAS) Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. LAMPIRAN KENAIKAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) DAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) Kadet Remaja Sekolah a. Lans Koperal KRS Koperal KRS Sarjan KRS Staf Sarjan KRS Pegawai Waran KRS Tunas Kadet Remaja Sekolah a. b, ©. Lans Koperal KRS Kopral TKRS Sarjan TKRS.

You might also like