You are on page 1of 11

Dasar Ekonomi Baru ( DEB )

Latarbelakang

Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan


masyarakat secara ‘plural’ melalui amalan ‘pecah’ dan perintah. Pihak British telah
menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan
ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan
perladangan.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan


pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum
mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara
kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.

Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan.


Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk
menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini
telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa
penjajahan masih berterusan.

Rasional

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung
Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin
86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut
kaum pula adalah saperti berikut:

Pendapatan Purata Keluarga


Kaum Kadar Kemiskinan ( % )
Sebulan ( RM )
Malayu 64.8 172.00
Cina 26.0 392.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00
Jumlah Pemilikan
Pemilikan %
( RM Juta )
1.Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah 279.6 4.3
a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6
b) Agensi Amanah 110.9 1.7
2.Bukan Bumiputera 2233.2 34.0
3.Warganegara Asing 4051.3 61.7
Jumlah :6564.1100.0

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:

Sektor-sektor Melayu Cina India Lain-lain


1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0
2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7
3. Perniagaan/Perdagangan, Pentadbiran Awam, 42.6 45.5 10.7 1.2
Pelajaran, Pertahanan dan kemudahan awam

Objektif
Matlamat-matlamat konsep warisan bersama yang disuarakan oleh Malaysia ialah:-

 Bahan-bahan Antartika digunakan untuk faedah manusia.


 ‘Ecology’ dan alam sekitar dipertahankan.

 Kerjasama dan penyelarasan antarabangsa dalam kajian saintifik dan lain-lain.

 Antartika digunakan untuk menggalakkan ‘disarmament’, ‘denuclearisation’ dan


‘demilitarisation’.

Strategi Pelaksanaan

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan


dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
i.
Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan
peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh
menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan
kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti
pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi
dan projek pembangunan telah dirangka supaya:
i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
menganggur.
ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang
rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan
bandar dan luarbandar dan antara wilayah.
v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.
vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di
Malaysia.
viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-
lain.
Penyusunan Semula Masyarakat
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan
saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di
negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan
Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah
disusun :
i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin
melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.
ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga
yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi
pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan
tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.
iii.
Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam
pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk
dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa
agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham
Nasional.
v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui
pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan
sebagainya.

Penutup

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang
kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan
adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini
memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya
memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN (RPLT)


1. Rancangan Melaya Pertama (RMP) 1956-1960
2. Rancangan Melaya Kedua (RMK) 1961-1965
3. Rancangan Malaysia Pertama (RM1) 1966-1970
4. Rancangan Malaysia Kedua (RM2) 1971-1975
5. Rancangan Malaysia Ketiga (RM3) 1976-1980
6. Rancangan Malaysia Keempat (RM4) 1981-1985
7. Rancangan Malaysia Kelima (RM5) 1986-1990
8. Rancangan Malaysia Keenam (RM6) 1991-1995
9. Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7) 1996-2000
10. Rancangan Malaysia Ketujuh (RM8) 2001-2005

Pelan Tindakan Kerajaan Selepas Peristiwa 13 Mei


1969
Tragedi 13 Mei 1969 telah menjadi peristiwa yang amat penting dalam sejarah Tanah Melayu dan peristiwa ini
memberi pengajaran kepada semua penduduk terutamanya para pemimpin politik dan rakyat Malaysia. Tragedi
ini telah menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda yang teruk di Malaysia. Sehubungan dengan itu,
kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya masalah
yang berkaitan dengan hubungan antara kaum .Hal yang demikian kerana tragedi 13 Mei berpunca daripada
masalah perpaduan yang amat ketara antara kaum .

Sehubungan dengan itu, pada 17 Mei 1969 sebuah majlis telah ditubuhkan dibawah kuasa Timbalan Perdana
Menteri,YAB Tun Abdul Razak bin Dato’Hussien iaitu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk mengambil
alih tugas parlimen .Beliau dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin
politik,pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. MAGERAN menjalankan
beberapa fungsi utama iaitu bertanggungjawab mengembalikan keamanan dan undang-uandang negara,
menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan
sesebuah kaum kepada kaum lain. Dibawah MAGERAN juga telah ditubuhkan sebuah pejabat Urusetia Hal
Ehwal Awam yang diketuai oleh seorang pegawai Perkhidmatan Awam Kanan untuk menjalankan tugasan
daripada Ketua Pegawai Kerja. Ketua Hal Ehwal Awam bertanggungjawab mengeluarkan arahan berkenaan
pembentukan dan penelitian semua dasar dan objektif kerajaan tentang hal-hal yang berkaitan dengan hal ehwal
awam serta penyelarasan agensi kerajaan lain agar dasar tersebut dipatuhi .

Dasar-dasar yang yang berkaitan dengan hal ehwal awam tersebut termasuklah dasar kewangan, pelajaran,
pembangunan negara, luar bandar dan perusahaan, perdagangan dan perniagaan, pengangkutan, perkhidmatan
dan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan persekutuan dan negeri dan imigresen dan pendaftaran negara. Bagi
membantu dalam melaksanakan dasar-dasar ini beberapa panel telah ditubuhkan seperti panel ekonomi, panel
pelajaran, jawatankuasa ekonomi dan kewangan, jawatankuasa penanaman modal serta jawatankuasa
perancangan dan pembangunan negara ( JPPN).Selain itu, MAGERAN telah menubuhkan Jabatan Perpaduan
Negara (JPN) pada tahun 1970 dan Majlis Muhibah Negara (MMN) pada 18 Julai 1969.Tujuan penubuhan
Jabatan Perpaduan Negara yang diketuai oleh Tan Sri Mohd.Ghazali Shafie adalah bagi membantu kerajaan
mengerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara dengan lebih teratur dan teliti di samping
mendraf satu idealogi iaitu Rukun Negara.

Majlis Muhibah turut dibentuk di peringkat pusat, negeri, daerah dan kampung di bawah peruntukan Peraturan-
peraturan Perlu 1969 untuk mengalakan perkembangan muhibah dengan memulihkan kepercayaan sesebuah
kaum dengan kaum yang lain, mengkaji dan menyelesaikan masalah dengan kerjasama pihak berkenaan yang
berkaitan dengan kesulitan serta perselisihan faham antara kaum, membantu pertubuhan lain dan kerja-kerja
sukarela dalam lapangan kerja sosial mengikut pelbagai peringkat serta sedia membantu kerajaan pada bila-bila
masa diperlukan. Kerajaan Berparlimen telah dipulihkan semula pada 23 Feb 1971.Ekoran daripada hal tersebut
Majlis Muhibah Negara telah dimansuhkan dan diganti dengan Majlis Perpaduan Negara(National Unity
Council) yang mempunyai 51 orang anggota dan ditadbir melalui kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dengan
Pejabat Muhibah Negara. Peranan utama majlis ini adalah membincangkan perkara-perkara berkaitan perpaduan
negara yang difikirkan oleh Perdana Menteri perlu dirujukan kepada majlis dan membincangkan ,
mencadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada masalah perpaduan negara bagi memupuk perpaduan
kaum.

Pada 1 Januari 1972 Jabatan Perpaduan Negara dan Pejabat Muhibah Negara digabungkan menjadi Kementerian
Perpaduan Negara yang bertanggungjawab mengurus serta menyelaras tugas-tugas Majlis Penasihat Perpaduan
Negara dan Jawatankuasa Muhibah. Selepas pilihan raya umum 1974, kerajaan baru Barisan Nasional dibentuk
menyebabkan Kementerian Perpaduan Negara bertukar nama menjadi Lembaga Perpaduan Negara malah sebuah
panel penasihat yang terdiri daripada 16 ahli juga ditubuhkan. Panel penasihat ini bertanggungjawab
membincangkan masalah perpaduan, mencari idea baru bagi menghapuskan perasaan perkauman serta
mengelakkan berlakunya konflik atau konfrontasi antara kaum. Lembaga Perpaduan Negara bertukar kembali
menjadi Jabatan Perpaduan Negara yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Seterusnya , Majlis Perundingan Negara(MAPEN) ditubuhkan di bawah undang-undang darurat yang


diwartakan pada 29 Januari 1970. MAPEN dan MAGERAN saling berkerjasama iaitu MAGERAN bertindak
sebagai pemerintah manakala,MAPEN berfungsi sebagai penasihat kepada MAGERAN khususnya perkara
berkaitan perhubungan kaum. MAPEN berperanan membincangkan dan meneliti masalah yang berkaitan
perpaduan kaum untuk mencari jalan penyelesaian agar ‘pisang tidak berbuah dua kali’ iaitu mengelak
berulangnya peristiwa 13 Mei.MAPEN dianggotai oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussien(pengerusi), tiga
orang menteri, wakil-wakil kerajaan negeri,wakil-wakil parti politik ,wakil-wakil agama, badan professional,
perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil kumpulan-kumpulan
kecil.Setiap ahli berperanan dalam membincangkan isu berkaitan perpaduan kaum dengan jujur tanpa was-was
dan dalam keadaan yang tenang.Namun isu yang dibincangkan bukan hanya tertumpu kepada perpaduan kaum
semata-mata tetapi juga melibatkan perancangan dan penyelarasan pembangunan dari segi ekonomi, sosial,
pembangunan wilayah dan negeri.

MAPEN telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada 27 Jan 1970 yang dipengerusikan oleh pengarah
MAGERAN dan telah menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu membuat keputusan berkenaan bentuk
masyarakat Malaysia pada masa akan datang bagi mencapai perpaduan yang harmoni. Melalui perbincangan
yang dijalankan selama beberapa bulan MAPEN berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu panduan yang
boleh dijadikan idealogi bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang baru dan maju .Idealogi tersebut
dikenali sebagai Rukun Negara yang mengandungi 5 prinsip utama iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan
kepada raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan
kesusilaan.Rakyat Malaysia harus mendukung cita-cita yang berpandukan kepada kelima-lima prinsip tersebut
iaitu mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyrakat , memelihara cara hidup demokratik,
mencipta satu masyarakat yang adil ,menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
pelbagai corak dan membina sebuah masyarakat progresif dengan mengunakan sains dan teknologi moden.

Di samping itu, Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dirangka dengan dua objektif yang menjadi serampang dua
mata iaitu membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.Dasar Ekonomi
dirujuk sebagai tapak ,panduan ,falsafah, peraturan dan cara mencapai matlamat dasar yang merujuk kepada
usaha untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan yang mundur kepada maju dalam pelbagai
aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Jurang kemiskinan antara golongan kaya dengan golongan
miskin terlalu besar bezanya terutama daripada aspek ekonomi dimana golongan kaya memonopoli hampir
separuh sektor ekonomi menyebabkan penduduk miskin tidak dapat melibatkan diri dalam sektor ini. Program
pembangunan ekonomi diwujudkan bagi mencapai perpaduan ekonomi yang seimbang dalam sektor ekonomi
agar setiap golongan masyarakat dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

DEB mengutamakan isu kemiskinan di luar bandar dan di bandar sebagai tumpuan utama terutamanya bagi
kaum bumiputera yang menjalankan aktiviti pertanian tradisional. DEB telah mengambil beberapa langkah unutk
menangani isu ini iaitu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak , menambahkan daya pengeluaran dan
pendapatan, memberi peluang kepada pekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya ke sektor yang
lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan kawasan, memodenkan kehidupan di
luar bandar, mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan kaum bumiputera, mewujudkan sektor
pekerjaan yang mengabungkan pelbagai kaum, memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat. DEB menjalankan
pembasmian kemiskinan melalui tiga perigkat iaitu pembasmian mengikut kawasan luar bandar dan bandar,
pembasmian mengikut negeri dan pembasmian melalui penyediaan keperluan asas dan mutu hidup yang baik.
Masyarakat telah disusun semula melalui beberapa strategi iaitu peningkatan dalam pendapatan dan kadar
kemiskinan disusun mengikut kaum, penyusunan semula corak guna tenaga, penyusunan semula hak milik
dalam sektor syarikat dan sektor industri dan pembangunan bandar dan luar bandar.

Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk hasil daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
1971 untuk menjadi panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan
dunia antarabangsa. Kementerian Kebudayaan ditubuhkan pada 20 Mei 1987 bagi merancang ,mengawal
,menyelia dan melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.Di samping melaksanakan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, kementerian ini berfungsi untuk memberi khidmat nasihat, mengubal dan menyelia dasar yang
berkaitan dengan perkembangan kebudayaan dan industri pelancongan .Mengawal dan menyelia perjalanan
jabatan dan agensi di bawahnya serta merancang program pembangunan, penyelidikan dan perhubungan dalam
bidang kebudayaan dan pelancongan selaras dengan dasar yang telah ditetapkan .Melaksanakan, menyelaras dan
mengawasi program kebudayaan dan pelancongan serta menilai keberkesanan dasar program kebudayaan dan
pelancongan.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip utama seperti kebudayaan rakyat asal rantau melayu,
unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar diterima dan Islam sebagai unsur yang paling penting. Terdapat
beberapa objektif Dasar Kebudayaaan Kebangsaan ini iaitu mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang wujud daripada kebudayaan kebangsaan
serta memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan manusia dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi. Dasar Kebudayaan Kebangsaan dilaksanakan melalui pemulihan, pemeliharaan
dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. Meningkatkan dan
mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih peminat, pendokong dan pengerak
kebudayaan dengan meluas sebagai jentera pembangunan yang berkesan. Mewujudkan komunikasi yang
berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia, memenuhi keperluan
sosiobudaya serta meninggikan taraf dan mutu kesenian.Kementerian Kebudayaan ,Kesenian dan Pelancongan
berperanan penting dalam melaksanakan dasar ini iaitu menguruskan penyelidikan ,pembangunan dan
pengalakkan penyelidikan dan pengembangan kesenian serta perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan
kebangsaan.

Persekutuan Malaysia merupakan negara yang mempunyai 13 buah negeri iaitu 11 buah di Semenanjung
Malaysia ,Sabah dan Sarawak.Negeri Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang terpisah daripada
Semenanjung Tanah Melayu, situasi ini menyebab kedua-dua negeri ini sukar untuk berhubung dengan negeri-
negeri di Semenanjung.Pihak kerajaan harus menjalankan pembangunan yang mengambilkira usaha-usaha bagi
mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan struktur di antara negeri atau wilayah di
Malaysia.Antara aspek yang perlu dititikberatkan ialah potensi,keupayaan dan keadaan negeri atau wilayah yang
berkaitan untuk membolehkan pembangunan pertanian,perusahaan ,perindustrian dapat disalurkan ke arah
pembangunan negara yang seimbang .Objektif utama pembangunan ini ialah mewujudkan agihan yang lebih
seimbang dan adil dari segi pekerjaan,pendapatan ,pendidikan ,kemudahan asas,kesihatan,sosial dam rekreasi
khususnya di negeri Sabah ,Sarawak dan negeri-negeri yang mundur di semenanjung.Penempatan semula
penduduk ke kawasan atau pusat-pusat bandar baru yang berpotensi dalam pembangunan telah dijalankan di
bawah pengawasan pihak berkuasa seperti JENGKA dan DARA(Pahang), KEJORA(Johor),
KESEDAR(Kelantan), KETENGAH(Terengganu) dan KEDA(Kedah).Di Sabah sektor pertanian menjadi
penyumbang utama dalam Pengeluaran Negara Kasar(PNK).Melalui RMK-5 ,64000 hektar tanah dibangunkan
yang menempatkan 3900 peneroka dan mempelbagaikan industri balak kepada industri pengeluaran kertas kayu
dan pulpa.Penggunaan pelabuhan di Kota Kinabalu, Labuan, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau untuk tujuan
pengeksportan hasil keluaran setempat dipergiatkan .

Sektor perlombongan di Sarawak seperti pengeluaran gas asli telah berkembang pesat ekoran daripada
permintaan yang tinggi oleh LNG plant dan Asean Ammonia-Urea Plant di Bintulu. Melalui RMK-5 Sarawak
menjadi pengeluar kayu balak terbesar dan kemajuan sektor pertanian disebabkan projek Pembangunan
Pertanian Bersepadu(Intergrated Agricultural Development projects) serta pembangunan luar bandar. Dasar dan
sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak dapat diselaraskan dengan pendidikan di Semenanjung di bawah
Kementerian Pendidikan. Sistem perhubungan antara Sabah dan Sarawak diperluaskan melalui rancangan
pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo yang menghubungkan Kuching dengan Kota Kinabalu seterusnya dapat
membantu dalam pemesatan pembangunan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Perhubungan udara di
bawah Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS) dari Kota Kinabalu dan Kuching ke Kuala Lumpur dan Bandar
lain di semenanjung ,sistem komunikasi yang baik seperti telefon ,perkhidmatan pos,televisyen dan radio
membolehkan jurang pemisah antara Sabah dan Sarawak dengan semenanjung dapat dihapuskan .

Sehubungan daripada peristiwa 13 Mei ini terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti bagi menyelesaikan
masalah perpaduan kaum iaitu sentiasa mengalakkan penduduk bermigrasi untuk meluaskan pergaulan.Terdapat
beberapa faktor tarikan yang boleh menggalakan penduduk berpindah iaitu penyatuan perkhidmatan awam
antara semua negeri di Malaysia , mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik di sesebuah tempat dan
meningkatkan aspek keselamatan untuk mengelak ancaman dari luar.Selain itu,penyeragaman sisitem
pendidikan adalah penting kerana Dasar Pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Feen-Wu,Undang-undang
Pelajaran1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan serta dasar lain berkaitan
pendidikan berperanan dalam memupuk perpaduan kaum. Media massa pula memainkan peranan dalam
memberi pendedahan kepada berita-berita, laporan dan dasar kerajaan untuk mengurangkan jurang penerimaan
maklumat yang ada. Media massa dapat membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang positif terhadap
negara.

Integrasi ekonomi melalui dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, DEB, Dasar
Pembangunan Nasional adalah untuk memastikan pengasingan ekonomi yang dijalankan sejak zaman penjajahan
sehingga selepas merdeka dapat dimansuhkan di samping merapatkan jurang ekonomi yang wujud antara
penduduk kaya dengan penduduk miskin agar perasaan tidak puas hati dapat dielakkan. Fahaman politik yang
bersatu harus diwujudkan seperti Parti Perikatan(UMNO-MCA-MIC) atau Barisan Nasional yang dianggotai
oleh pelbagai parti komponen seperti UMNO, MCA, MIC, PPP, Gerakan, AKAR, PBDS, SNAP, PBB, SUPP,
PBRS, PDS dan SAPP .Manakala aspek-aspek sosial lain yang perlu diambilkira ialah perpaduan kaum dapat
dipupuk melalui pengenalan dan penerapan dasar-dasar sosial seperti Rukun Negara, Dasar Belia Negara, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain .Dalam hal ini Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan intergrasi
nasional kerana sikap kesederhanaan dan bertolak ansur semua kaum.

Tragedi 13 Mei ini telah memberi pengajaran khususnya kepada pemimpin-pemimpin politik termasuk rakyat
Malaysia.Antara pengajaran yang dapat dijadikan iktibar ialah kerosakan harta benda dan nyawa kerana rusuhan
kaum ini telah mengakibatkan banyak nyawa terkorban misalnya jumlah kematian pada tempoh darurat ialah
172 hingga 196 orang manakala yang tercedera seramai 493 orang.YDPA telah mengisytiharkan darurat atas
nasihat Tunku Abdul Rahman dan ahli Jemaah Menteri .Perintah berkurung ini bertujuan untuk mengawal
keselamatan dan mengembalikan kestabilan negara .Walaubagaimanapun , keadaan ini telah menyekat
kebebasan dan pergerakan penduduk untuk melakukan aktiviti harian mereka seperti mencari nafkah. Tragedi ini
telah memberi keuntungan kepada musuh negara malah turut memberi peluang kepada mereka untuk
memecahbelahkan hubungan rakyat seterusnya menakluki negara ini. Misalnya, kejatuhan Empayar Melayu
Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 disebabkan oleh keadaan kucar- kacir di negeri tersebut.

Selain itu ,tragedi ini juga telah mengajar rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya pembentukan dasar
perpaduan dalam melahirkan masyarakat yang harmoni.Di samping itu ,tragedi ini juga telah menunjukan faktor
utama wujudnya masalah perpaduan kaum ialah faktor kemiskinan yang terutamanya melibatkan penduduk luar
bandar disebabkan dominasi ekonomi oleh golongan kaya. Oleh itu, pembentukan DEB adalah untuk membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi ini.Seterusnya, Bahasa Kebangsaan iaitu
Bahasa Melayu berperanan dalam menjadi alat perpaduan kaum .Oleh itu, setiap penduduk Malaysia perlu mahir
bertutur dalam bahasa ini.Namun, pengunaan dan pembelajaran bahasa lain tidak di sekat untuk mengelakkan
rasa tidak puas hati kaum lain seperti kaum cina dan india .

Kesimpulannya, tragedi 13 Mei 1969 menyebabkan berlaku beberapa perubahan di Malaysia terutama dalam
sektor politik.Kerajaan telah menubuhkan beberapa persatuan dan badan-badan kerajaan yang baru seperti
MAGERAN, MAPEN, DEB, JPN, MMN, Rukun Negara dan banyak lagi .Pelaksanaan dasar-dasar ini
memerlukan kerjasama serta komitmen daripada setiap lapisan masyarakat terutamanya para pemimpin politik
kerana salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya peristiwa rusuhan kaum ini ialah sikap tidak
bertanggungjawap para pemimpin politik semasa berkempen dan selepas keputusan pilihan raya diumumkan
iaitu para pemimpin politik ini tidak dapat mengawal perasaan diri dan pengikut-pengikut mereka serta tidak
menghormati sensitiviti kaum lain.Oleh itu, peristiwa ini telah banyak mengajar setiap anggota masyarakat
tentang nilai murni yang perlu ada pada diri setiap masyarakat untuk mewujudkan hubungan yang harmoni
.Selain itu, setiap anggota masyarakat juga diajar untuk saling bantu-membantu agar ‘pisang tidak berbuah dua
kali’ iaitu agar tragedi 13 Mei ini tidak berlaku lagi dan dijadikan pengajaran oleh semua anggota masyarakat.

Allahyaraham Tun Abdul Razak

Walau bagaimanapun, sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang paling penting
adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah
untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara
berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-
ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup
golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA
dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan
rantaian kemiskinan.

Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah sebagai
Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dengan rela
hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri. Pada tahun 1971
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan
Agung UMNO ke 22. Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke peringkat akar
umbi sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab utama yang menjadi
punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya perpaduan kaum.
Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan Dasar
Ekonomi Baru dan Rukun negara.

'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan
yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan
menjadikan matlamat utamanya:

# Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum


# Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.

Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang
dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan
Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan
pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang
dilancarkan pada tahun lalu.

Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB
mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam
negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.

Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority'
(FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan
pembagunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling
besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan
minyak kelapa sawit.

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1970 – 1990)

Terdapat 2 matlamat utama di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu untuk membasmi kemiskinan
dan menyusun semula masyarakat Malaysia. Sebelum berlakunya tragedi 13 Mei, masyarakat
berbilang kaum di Malaysia dikenali melalui sistem ekonomi yang diamalkan oleh mereka hasil dari
dasar “Pecah dan Perintah” yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kolonial Inggeris. Sepanjang tempoh
DEB dari tahun 1970 hingga 1990, terdapat beberapa program memajukan sosio-ekonomi
masyarakat Malaysia melalui pembukaan tanah – tanah pertanian baru, kawasan – kawasan
pertanian, pembukaan bandar – bandar baru dan sebagainya.

Felda dan Felcra telah merancakkan lagi proses pembangunan ekonomi negara melalui penglibatan
golongan Bumiputera dan Bukan Bumiputera di dalam memajukan ekonomi mereka melalui skim
pertanian moden. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri bagi menyediakan kemudahan
infrastruktur dan perbandaran baru juga menggalakkan penglibatan semua kaum di dalam
memajukan ekonomi di kawasan – kawasan perbandaran dan petempatan baru. Proses ini
menggalakkan pergaulan kaum – kaum secara harmoni dan aman damai serta mengamalkan sistem
ekonomi yang lebih luas tanpa mengekalkan amalan ekonomi tinggalan Penjajah Inggeris. Ekonomi
negara mula berkembang dan banyak bandar – bandar baru telah dibangunkan seperti Shah Alam,
Seri Manjung, Tanjung Malim, Kajang, Port Dickson, Sungai Petani dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, kemajuan ekonomi dan pembangunan negara telah digugat disebabkan oleh
kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun – tahun 1984 dan 1985 akibat dari
pergantungan terhadap sektor pertanian dan perlombongan. Langkah pemulihan telah
diperkenalkan melalui Dasar mempelbagaikan Ekonomi. Hasilnya banyak kawasan – kawasan
perindustrian baru telah dibuka seperti di Mak Mandin, Seremban, Shah Alam, Seberang Perai,
Kuantan dan sebagainya

You might also like