You are on page 1of 6

 

PENGENALAN
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan objektif serampang dua mata, iaitu membasmikemiskinan dan
menyusun semula masyarakat, dilahirkan hasil pengajaran daripadaperistiwa berdarah rusuhan kaum pada 13
Mei, 1969. Pengajarannya ialah bagi negarayang penduduknya terdiri dari berbilang kaum, seperti Malaysia,
perpaduan masyarakatamat rapuh. Pertikaian dan rusuhan kaum boleh tercetus bila-bila masa sahaja. Kedua-
duaini berkemungkinan besar berlaku apabila masalah kemiskinan dan ketakseimbanganantara kaum dalam
penguasaan ekonomi wujud berpanjangan. Fenomena ini bolehmelahirkan rasa kurang senang dan iri hati
antara kaum dalam masyarakat. Dengan itu,menangani kedua-dua masalah ekonomi tadi amat perlu bagi
mengukuhkan semulaperpaduan nasional. Inilah yang menjadi asas kepada pembentukan DEB pada
tahun1971, dengan sasaran bahawa pada tahun 1990, masalah kemiskinan dan jurangketakseimbangan
kegiatan dan pemilikan kekayaan ekonomi antara kaum tadi akan dapatditangani (Malaysia 1971). Akhirnya,
akan lahirlah perpaduan nasional, iaitu dalambentuk perpaduan antara kaum. Dalam konteks ini, DEB
bolehlah dijadikan sebagai citraEkonomi Bangsa bagi Malaysia.Sejak DEB dilaksanakan, dengan strategi
yang pelbagai, banyak kemajuan telahdicapai ke arah memenuhi objektifnya, terutama sekali dari segi
pengurangan kadarkemiskinan mutlak. Namun, kejayaan tersebut hanya dicapai setelah 38 tahun
dasarberkenaan diteruskan merentasi tempoh DEB (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional(1991-2000)
dan sekarang dalam separuh pertama tempoh Dasar Wawasan Negara(2001-2020). Tegasnya, matlamat
dicapai bukan mengikut tempoh asal yang ditetapkan.Selain matlamat pengurangan kemiskinan, didapati
kejayaan mencapai matlamatpenyusunan semula masyarakat agak perlahan. Malahan, terdapat kajian
yangmenunjukkan bahawa agak mustahil untuk mencapai kejayaan sepenuhnya matlamatberkenaan
(Thillainathan 1977). Turut membimbangkan tentang matlamat ini ialahsasaran yang telah tercapai tidak
pernah kekal stabil. Kejayaan dari segi agihan kekayaandan guna tenaga antara kaum umpamanya pernah
terjejas teruk apabila berlakukemelesetan ekonomi dunia pada pertengahan tahun 1980-an (Zulkifly 1989).
Palingmalang, sejak awal tahun 1990-an walaupun ekonomi bertumbuh pesat, denganbermulanya proses
liberalisasi dan globalisasi, pencapaian matlamat DEB berkenaanhampir tersekat. Kejayaan yang pernah
dicapai sebelum ini sekali lagi kembali mundurke belakang apabila ekonomi negara dilanda krisis kewangan
pada tahun 1998 (Malaysia2001). Jurang ketakseimbangan sosioekonomi antara kaum, antara golongan kaya
dengangolongan miskin dan antara kawasan bandar dengan kawasan desa, kembali meluas(Malaysia 2006).
Jurang ini akan menjadi lebih meluas jika tidak ada tindakan proaktif yang diambil bagi mengurangkan kesan
kegawatan ekonomi dunia sekarang ke atasekonomi Malaysia. Bagaimanapun, fenomena ini
menggambarkan bahawa untuk mencapai objektif serampang dua mata DEB, pertumbuhan ekonomi perlu
cergas danmapan seperti yang diandaikan semasa mula DEB digubal dahulu. Hakikat ini jugaseolah-olah
membenarkan andaian bahawa faktor ekonomi amat penting bagi kejayaanDEB.Persoalannya adakah ini
sahaja syarat yang perlu dipenuhi bagi mencapaimatlamat DEB? Dalam konteks inilah penilaian semula
dibuat terhadap pencapaiansasaran DEB. Tujuannya tidak lain bagi menonjolkan kepentingan keperluan
kepada
 
6strategi tertentu untuk mencapai kejayaan sepenuhnya sasaran objektif dasar tersebut.Memandangkan
sasaran penyusunan semula masyarakat sering dikritik dan tidak disenangi sejak awal DEB dilaksanakan
sehingga kini, maka sasaran objektif inilah yang

CETUSAN IDEA BAGI DASAR EKONOMI BARU


Fokus perancangan pembangunan ekonomi di Malaysia di peringkat awal sebaik sahajaselepas merdeka 1957
ialah terhadap pertumbuhan ekonomi. Dua pelan pembangunanlima tahun Malaya (selepas 1965 namanya
ditukar kepada Rancangan Malaysia Pertama)dirangka dan dilaksanakan dengan tujuan utama bagi
meningkatkan pertumbuhanekonomi, khususnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Andaiannya ialah
apabilaekonomi bertumbuh pesat, peluang pekerjaan akan meningkat dan kemakmuran ekonomiakan tersebar
luas dan dapat dinikmati oleh semua penduduk. Dengan ini, tidak perluusaha khusus untuk mewujudkan
peluang pekerjaan bagi mengatasi masalah jikaberlakunya pengangguran. Atas alasan yang sama, strategi
agihan kekayaan tidak mendapat perhatian pembuat dasar ketika itu.Andaian tadi bagaimanapun tidak
menepati kenyataan. Ekonomi Malaysia berjayabertumbuh cergas di sekitar tahun 1960-an, tetapi kadar
pengangguran terus meningkat.Di Semenanjung Malaysia umpamanya, kadar pengangguran meningkat
daripada 6.0%(1962) kepada 6.8% (1967/68) (Malaya 1962 dan Malaysia 1970). “Pertumbuhan
tanpapekerjaan” ini berlarutan dalam tempoh Rancangan Malaysia Pertama, 1966-1970. Diakhir tempoh
rancangan tersebut, didapati kadar pengangguran di Semenanjung Malaysiameningkat lagi kepada 8.0% (atau
7.3% bagi Malaysia) (Malaysia 1971). Di samping itu, jurang perbezaan pendapatan dalam masyarakat turut
melebar. Nisbah Gini bagiSemenanjung Malaysia meningkat daripada 0.41 (1957/58) kepada 0.51 (1970)
(Snodgrass 1975; Ishak dan Rogayah 1978).Akibatnya, selepas 13 tahun Merdeka, keseluruhan pola dan
susunan agihanekonomi (baik dari segi pekerjaan mahupun pemilikan kekayaan) masyarakat Malaysiaterus
kekal seperti dalam sistem dan pengaturan hasil peninggalan penjajah British.Pengenalan kaum mengikut
kegiatan ekonomi amat ketara sekali. Sektor perdagangandan industri di kawasan bandar terus dimonopoli
oleh kaum Cina. Majoriti kaum Melayuterus kekal dalam kegiatan sektor pertanian di desa dan sebahagian
lagi sebagaikakitangan dalam perkhidmatan awam. Sementara itu, pekerja sektor perladangan danpekerjaan
buruh kasar sektor awam majoritinya terdiri dari kaum India (lihat, Malaysia1971; Zainudin dan Zulkifly
1982).Pengasingan penduduk mengikut kegiatan ekonomi sebegini memangbermanafaat bagi penjajah kerana
kesatuan antara kuam tidak akan wujud. Tetapi setelahmerdeka, jika hubungan antara kaum tadi tidak rapat
dan mesra, maka fenomena inimudah mengundang kepada perpecahan masyarakat. Rasa kurang senang dan
iri hatidalam kalangan masyarakat akan menebal. Apabila berlaku sahaja umpamanyapengangguran yang
tinggi dalam kalangan sesuatu kaum dan dalam masa yang samadirasakan agihan kekayaan yang sepatutunya
dinikmati bersama tidak seimbang, makapasti mudah mencetuskan perpecahan dalam masyarakat. Inilah yang
telah dirakamkandalam peristiwa rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969.
 
7Peristiwa sama jelas menggambarkan betapa tidak wujudnya keharmonianhubungan masyarakat berbilang
bangsa di Malaysia ketika itu. Berikutan itu, DEBdibentuk. Berlatarbelakangkan faktor ekonomi, objektif
serampang dua mata menjadisasarannya. Pertama ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Kedua
ialahmenyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomidapat dikurangkan
(Malaysia 1971). Sejak itu, bermulalah pembangunan ekonomiMalaysia yang berpandukan kepada strategi
pengagihan melalui pertumbuhan ekonomi.Agaknya apabila strategi sebegini dimulakan, maka pengalaman
lalu akan dijadikanpengajaran dan panduan bagi mencapai matlamat utama DEB, iaitu perpaduan kaum
atauperpaduan nasional

STRATEGI DEB: MATLAMAT SERAMPANG DUA MATA


Matlamat utama DEB ialah untuk mewujudkan perpaduan kaum. Walaupun maksudsebenar perpaduan
kaum tidak dinyatakan dan perkiraanya juga tidak jelas, namun yangpasti ia diharap dapat dicapai melalui dua
langkah pembangunan, iaitu pembasmiankemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula
masyarakat Malaysia untuk memperbaiki keadaan ekonomi yang takseimbang antara kaum. Tegasnya,
apabila kedua-dua matlamat tadi dicapai, maka masyarakat Malaysia akan hidup dalam aman dansentosa.
Ketika itu, tidak akan berlaku pertikaian dan jauh sekali tindakan rusuhan antarakaum. Hubungan harmoni
antara berbilang kaum akan terjalin. Bagaimanapun persoalanyang lebih penting di sini ialah adakah matlamat
DEB telah tercapai? Sebelum melihatkepada pencapaiannya, elok terlebih dahulu dinilai persepsi umum
masyarakat terhadapkedua-dua matlamat tersebut.Kemiskinan sering dikaitkan dengan golongan penganggur
atau bekerja separuhmasa, dan mereka yang terlibat dengan kegiatan ekonomi yang rendah
produktivitinya.Oleh itu, bagi membasmi masalah kemiskinan tumpuan harus diberikan terhadap
usahameningkatkan peluang pekerjaan dan meningkat produktiviti untuk golongan tadi.Dengan ini, kegiatan
ekonomi mereka menjadi lebih produktif dan berdaya maju. Sekaligus, sumber pendapatan mereka akan
meningkat. Salah satu strategi utama ialah melaluipeningkatan pelaburan dalam sumber manusia, iaitu
pendidikan dan latihan kemahiran.Selain itu, berbagai perkhidmatan sosial perlu disediakan bagi meninggikan
taraf hidupgolongan yang berpendapatan rendah. Inilah yang dilakukan dalam pelaksanaan
strategipembasmian kemiskinan dan paling penting ia tidak terbatas kepada mana-mana kaum.Oleh itu,
objektif dan strategi untuk memenuhi sasaran pembasmian kemiskinan jarangdilihat sebagai “agenda Melayu
atau agenda Bumiputera” secara khusus, sebaliknya iadilihat sebagai agenda ekonomi bangsa Malaysia.Ini
berbeza dengan objektif penyusunan semula masyarakat. Oleh sebab iamelibatkan pembaikan keadaan
ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, maka usahapenyusuanan semula masyarakat mahu tidak mahu
pasti akan melibatkan sesuatukumpulan kaum tertentu yang tertinggal. Strategi yang disusun bagi mencapai
matlamatini termasuklah memodenkan cara hidup masyarakat luar bandar yang kebetulannyaramai terdiri dari
kaum Bumiputera. Malahan terdapat beberapa strategi-strategi kususbagi kaum ini seperti membuka pusat-
pusat pembangunan baru untuk mereka berniagadan membentuk satu Masyarakat Perdagangan dan
Perusahaan Bumiputera (MPPB) disemua jenis dan peringkat pengurusan. Langkah-langkah ini diharap dapat
mengurangkan
 
8 jurang perbezaan antara kaum dari segi gunatenaga dan hakmilik serta pengurusan harta-harta yang
produktif dalam ekonomi. Oleh sebab itulah matlamat ini sering dilihatsebagai “agenda Melayu atau agenda
Bumiputera”. Ia sering dikritik secara berterusan.Apabila DEB tidak lagi menggambarkan ekonomi bangsa,
iaitu dasar yangmemperjuangkan untuk semua bangsa, maka timbul keraguan dan kerjasama semuapihak
juga menjadi kurang dan akibatnya sasaran matlamat DEB berhubung denganpenyusunan semula masyarakat
sukar untuk dicapai.
PENCAPAIAN SASARAN PEMBASMIAN KEMISKINAN
Sejak DEB digubal, banyak kemajuan ke arah memenuhi sasaran ini telah dicapai. Palingketara ialah dari segi
sasaran bagi mengurangkan kadar kemiskinan mutlak. Kadarkemiskinan keseluruhan di Malaysia berkurang
daripada 52.4% pada tahun 1970 kepada16.5% pada tahun 1990. Selepas tempoh DEB, kadarnya terus
menurun. Umpamanyapada tahun 1997 (sebelum krisis kewangan melanda) kadarnya menurun kepada
6.1%.Tetapi, ia meningkat semula kepada 7.5% pada tahun 1999 akibat kesan krisis kewanganyang melanda
negara-negara di rantau ini, termasuk Malaysia (Malaysia 2001). Kadartersebut bagaimanapun menurun
semula apabila pertumbuhan ekonomi pulih dalamtahun-tahun awal 2000. Kadarnya ialah 5.1% pada tahun
2002. Data bagi tahun 2004menunjukkan kadarnya meningkat sedikit kepada 5.7% (dan kadar kemiskinan
tegarberada di tahap 1.2%), akibat pentakrifan semula dan penggunaan metodologi baru dalampenetuan
pendapatan garis kemiskinan (Malaysia 2006).Seimbas lalu, umumnya kadar kemiskinan dan kadar
pertumbuhan ekonomimempunyai hubungan sonsang yang agak rapat. Hubungan ini wujud sejak awal
tahunpelaksanaan DEB lagi. Umpamanya, di sekitar tahun 1971-1972, usaha untuk memperbaiki taraf hidup
penduduk miskin pernah tergendala disebabkan kelembapanpertumbuhan ekonomi dan kejatuhan harga
keluaran pertanian (Malaysia 1973).Implikasi penting di sini ialah untuk mencapai objektif pembasmian
kemiskinan,pertumbuhan ekonomi harus cergas. Memang wujud titisan ke bawah faedah
daripadapertumbuhan ekonomi. Namun begitu, ini tidak bererti bahawa dalam usaha membasmikemiskinan
hanya yang perlu ialah pertumbuhan ekonomi yang cergas. Sebaliknya,berasaskan pengalaman dan data
terkini, paling pasti harus ada strategi yang melibatkanagihan faedah hasil pertumbuhan ekonomi. Ini kerana
walaupun kemiskinan mutlak menurun, namun kemiskinan relatif dalam kalangan kaum Bumiputera kekal
tinggi.Jurang kemiskinan dalam kalangan Bumiputera meluas berbanding dengan kaum-kaumlain (Malaysia
2006).
http://www.scribd.com/doc/83276447/HE-DeB-Dalam-Rangka-Pembentukan-Ekonomi-Bangsa
21Selain itu, dalam zaman perkembangan K-ekonomi hasil anjakan ke arahpeningkatan ilmu
pengetahuan dan E-ekonomi hasil ledakan teknologi maklumat juga,pertubuhan ekonomi banyak
melibatkan teknologi dan peralatan baru, cara pengurusandan percambahan ide baru untuk
memperbaiki mutu dan persembahan produk supayaberkesan untuk menguasai pasaran baik di
peringkat tempatan mahupun di peringkatantarabangsa. Oleh itu, strategi-strategi berhubung
dengan objektif penyusunan semulamasyarakat yang hanya melibatkan peningkatan modal dan
bilangan pekerja bagimeningkatkan pertumbuhan akan menjadi semakin tidak lagi releven.
Sebaliknya,perkara yang amat diperlukan ialah faktor kepakaran, kepintaran minda dan daya
saingyang tinggi termasuk budaya pengurusan projek dan kewangan secara
profesional.Malangnya seperti yang ditunjukkan daripada peristiwa krisis ekonomi bahawa disiplin
didalam dunia korporat dan sektor kewangan yang diamalkan oleh masyarakat perniagaandan
perusahaan Bumiputera amat lemah. Kebanyakan mereka sebelum ini dapat bertahankerana
syarikat-syarikat perniagaan yang dibina, diberi peluang dan dilindungi olehkerajaan secara
berterusan. Tegasnya, dari segi realiti dalam usaha meningkatkan hartadan ekuiti Bumiputera,
kejayaan yang dicapai amat bergantung kepada perlindungankerajaan. Ini seolah-olah memberi
gambaran bahawa kebanyakan syarikat Bumiputerayang baru tidak mungkin maju dan berjaya
jika hanya bergantung kepada usaha individusahaja. Hakikat inilah yang harus difahami dan
disemai dalam setiap diri individupeniaga dan ahli korporat Bumiputera serta pekerjanya,
khususnya dalam sektor moden,supaya jiwanya menjadi lebih kental dan kukuh serta sekali gus
berdaya tahan dan saingseperti yang diperlukan dalam persekitaran baru ekonomi.Di samping itu,
bagi menjamin syarikat bergerak mengikut peraturan, makaketelusan dan pengurusan korporat
yang baik tanpa mementingkan kepentingan diri harusdijadikan amalan. Berasaskan pengalaman
lalu, peningkatan pencapaian ekonomiBumiputera amat bergantung kepada semangat dan
sikap diri sendiri. Jika masih ramaikaum Bumiputera sering mengambil jalan mudah umpamanya
dengan menjual setiapkepentingannya termasuk perniagaan kepada kaum lain, termasuk kepada
pekerja asing,maka sasaran objektif DEB bagi penyusunan semula masyarakat Malaysia akan
gagaldan mungkin kekal seperti yang ada sekarang walaupun sehingga tempoh Dasar
Wasasan2020 berakhir. Dalam hal ini apa yang harus diingat penjualan projek kepada kaum
lainatau dilakukan dalam bentuk sub-kontrak seperti kepada pekerja asing yang sekarang
iniberlaku secara berleluasan, adalah suatu tindakan yang menghampakan kerajaan
danmemalukan “Bangsa Bumiputera”.
 
Di pihak lain, penjualan aset dan pemberian kontrak kepada individu Bumiputeraharus
dilakukan dengan lebih teliti. Jika tidak seperti yang disebutkan sebelum ini, iaakan berakhir
dengan penjualan semula aset atau sub-kontrak yang tidak akanmenguntungkan kaum
Bumiputera. Selepas penjualan, kerajaan juga masih perlumemantau dan memberi perlindungan
sementara dan tidak berpanjangan kepada syarikatBumiputera. Ini kerana bantuan
dan perlindungan yang berlebihan boleh menyempit danmenekan beberapa syarikat Bumiputera
lain yang berpotensi. Perkara ini nampaknyadisedari dalam RMK-9 dan dengan itu agensi-
agensi kerajaan jika boleh diekat bersaingsesama sendiri, terutamanya dengan syarikat-syarikat
Bumiputera dalam bidang yangsama.
KESIMPULAN
 
 
22Sejak pelancaran DEB pada tahun 1971 hingga kini, usia pelaksanaannya sudahmencecah
melebihi 38 tahun. Namun tidak kesemua sasaran matlamat DEB berjayadicapai sepenuhnya,
terutama sekali berkait dengan matlamat penyusunan semulamasyarakat. Ini kerana matlamat ini
sering dianggap sebagai agenda Melayu atau agendaBumiputera. Dengan label ini, sokongan
dan kerjasama kaum lain pasti sukar diperoleh.Tambahan pula dalam tempoh yang begitu
panjang, Malaysia sering terperangkap denganbeberapa peristiwa kemelut ekonomi dunia yang
turut menjejaskan prestasi ekonominegara dan beberapa kali kejayaan yang telah dicapai kembali
mundur ke belakang.Tidak ketinggalan di sini ialah kemelesetan ekonomi dunia sekarang yang
lebih meluasdan dijangka akan mengambil masa yang panjang untuk kembali pulih.
Dalamkegairahan memulihkan semula pertumbuhan ekonomi, strategi yang melibat
agihansecara lagnsung jika sekali lagi menjadi mangsa, maka persoalan tentang berapa
lamalagikah matlamat DEB akan tercapai sukar diramal, kecuali jika kesempatan sekarangdiambil
bagi merubah minda keseluruhan masyarakat supaya DEB dilihat sebagai wadahkepada dasar
ekonomi bangsa untuk Malaysia. Bagi kaum Bumiputera sendiri dipersimpangan inilah
pembentukan masyarakat Bumiputera yang mempunyai minda kelaspertama seperti yang
terkandung dalam RMK-9 amat bermakna. Selain ilmu pengetahuandan kemahiran, harus juga
dimiliki ialah kecekalan, kegigihan, kepintaran, keberanianbersaing serta nilai moral yang tinggi.
Sekiranya kaum Bumiputera menyedari danbersedia untuk menyahut cabaran ini dan terus
berusaha bersungguh-sungguhmelengkapkan diri dengan ciri-ciri yang sedemikian sehingga tidak
mudah lagi mengalahdan putus asas, maka pasti masyarakat Bumiputera bukan sahaja akan
dapat menguasaiekonomi negara malahan turut menguasai ekonomi dunia.
RUJUKAN
Ishak Shari and Rogayah Mat Zain. 1978. Some Aspect of Income Inequality inPaninsular
Malaysia, 1957-70, dlm. Oshima, H.T. and T. Mizoguchi (eds.),
 Income Distribution by Sectors and Overtime in East & Southeast Asian Countries
, Manila:CAMS.Ishak Shari & Zulkifly Osman, 1988. Strategi Perindustrian: Kesan terhadap
PenyerapanBuruh, Struktur Upah dan Pendapatan di Sektor Perkilangan, dlm. Chamhuri Siwar&
Mohd. Haflah Piei, (eds.)
 Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan.
KualaLumpur: DBP.Malaya, 1962.
 Report on Employment, Unemployment and Underemployment in the Stateof Malaya 1962.
Kuala Lumpur: DOS.Malaysia, 1970.
Socio-economic Sample Survey of Households,1967-68
. Kuala Lumpur:Department of Statistics._______, 1971.
 Rancangan Malaysia Kedua 1971-75,
Kuala Lumpur: PercetakanNegara._______, 1973.
Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975
. Kuala Lumpur:Percetakan Negara._______,1976.
 Rancangan Malaysia Ketiga 1976-80
, Kuala Lumpur: Percetakan Negara.
 
23_______,1979.
 Mid-Term Review of Third Malaysia Plan, 1976-80.
Kuala Lumpur:Jabatan Percetakan Negara._______,1984.
 Mid-Term Review of Fourth Malaysia Plan, 1981-1985.
Kuala Lumpur:Percetakan Nasional Malaysia Berhad._______,1986.
 Labour and Manpower Reports 1984-1985
. Kuala Lumpur: PercetakanNasional Malaysia Berhad._______, 1991(a).
The Second Outline Perspective Plan, 1991-2000.
Kuala Lumpur:Percetakan Nasional Malaysia Berhad._______, 1991(b).
 Rancangan Malaysia Keenam, 1991-1995.
Kuala Lumpur: PercetakanNasional Malaysia Berhad._______, 1996.
 Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000.
Kuala Lumpur: PercetakanNasional Malaysia Berhad._______, 2001.
 Rancangan Malaysia Kelapan,
 
2001-2005.
Kuala Lumpur:
 
PercetakanNasional Malaysia Berhad._______, 2006.
 Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010
. Kuala Lumpur:Percetakan Nasional Malaysia Berhad.Osman Rani Hassan, 1986. A Review on
Employment and Poverty Eradication Projectsin Malaysia: Their Effectiveness and Problems. in
Occasional Paper of The Facultyof Economics.
Bangi:UKM.Rasiah R. & Zulkifly Osman, 1998. Economic Policy and Employment Growth
inMalaysia, in Rasiah R. & Norbert von Hofmann, (eds.)
 Employment and  Development: Experiences of the OECD and Southeast Asian Economies.
 Singapore: Friedrich Ebert Stiftung.Snodgrass, D.R., 1975. Trends and Patterns in Malaysian
Income Distribution, 1957-70,in David Lim, (ed.)
 Readings on Malaysian Economic Development 
, KualaLumpur: Oxford University Press.Thillainathan, R. 1977. The Twenty-year Plan for
Restructuring Employment inPaninsular Malaysia: a quarterly assessment.
Kajian Ekonomi Malaysia
, Vol. XIVNo. 2 : 49-62.Zainudin Salleh & Zulkifly Osman, 1982. The Economic Structure, in
E.K.Fisk & OsmanRani. 1982.
The Political Economy of Malaysia
. Kuala Lumpur: Oxford Univ.Press.

You might also like