You are on page 1of 3

7.2.

Sejarah Masjid
Masjid pertama telah dibangunkan ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah
Al-Munawwarah. Nama masjid tersebut ialah Masjid Quba dan ia didirikan sehari
selepas baginda berhijrah ke Madinah. Masjid Quba telah disifatkan oleh Allah
dalam Al-Quran sebagai masjid yang didirikan atas takwa. Bentuk senibina Masjid
Quba tidak dapat dibuktikan dengan jelas, namun keluasan tapak atau dinahnya
ialah seratus hasta persegi, dan tinggi dindingnya pula ialah tujuh hasta, manakala
di sebelah baratdaya bangunannya didirikan sebuah lindungan (al-Mizallah)
daripada batang tamar yang diikat dengan tanah liat. Pada penjuru tenggara ada
pula sembilan ruang bilik dengan tiga buah pintu, dan bilik-bilik tersebut ialah tempat
kediaman Rasulullah SAW

 
7.5. Seni Bina Masjid
Seni bina masjid telah menjalani pelbagai perubahan sejak masjid pertama
dibina. Ia berkembang serentak dengan perubahan kehidupan sejak masjid pertama
yang dibina oleh Nabi di Yathrib. Perkembangan itu telah menarik pelbagai unsur
seni bina dari lain-lain negeri dan tempat. Percantuman kesenian Arab-Islam yang
juga dikenali sebagai seni bina µsaracenic¶ kemudian kian luas berkembang dengan
terus menerima berbagai-bagai unsur dari Timur seperti Pakistan, India, China,
Indonesia serta seluruh Nusantara termasuk Malaysia dan Singapura mengikut
perkembangan agama Islam itu sendiri. Terdapat juga seni bina dan rekabentuk-
rekabentuk yang mengekalkan corak tradisional masing-masing bangsa seperti
yang terdapat pada dasar seni bina Parsi-India di India, bentuk bumbung kelenteng
di China dan bumbung tangkup di Malaysia. Ini membuktikan kesenian pada masjid
telah kian berkembang luas.
Jalinan pelbagai unsur kesenian ini, pengaruh mempengaruhi, menjadi begitu
erat hingga kerap didapati sukar untuk membezakan bentuk asal sesuatu kesenian
itu. Ia lebih senang dikenali sebagai kesenian Islam yang universal, seperti yang kini
terdapat wujud di masjid. Pelbagai faktor seperti bilangan penduduk, alam sekitaran
dan lain-lain lagi juga harus diambil kira dalam pembinaan sesebuah masjid di suatu
kawasan.
7.6 . Ciri-ciri Seni Bina Masjid
Perkara utama yang dititikberatkan dalam seni bina Islam ialahm e n d irik a n
bangunan masjid sebagai bangunan tempat ibadah yang menggambarkan ciri-
ciri kesepaduan bangunanselaras dengan fungsi masjid yang secara langsung

menetapkan unsur seni bina Islam berpandukan prinsip-prinsip yang ditentukan oleh
Allah SWT. Oleh yang demikian, selari dengan perkembangannya, maka muncul
pelbagai unsur penambahankemudahan asas dan keindahan yang berupa
kelengkapan, hiasan dan penyertaan gaya dekoratif-ornamentif. Ini dapat dilihat
melalui latar belakang budaya yang terdapat di persekitaran kehidupan umat Islam
pada masa ini.
7.6 .1.K ubah
Kubah adalah sebahagian daripada bangunan masjid yang terletak di atas
masjid. Terletak di bahagian atas masjid, kubah seolah-olah bumbung masjid itu.
Pada mulanya, kubah hanya terdapat pada istana-istana Byzantine dan Parsi,
kemudian diambil oleh umat Islam dan dijadikan sebahagian daripada bumbung
masjid.
7.6 .2. Menara
Menara ialah tempat muazin melaungkan azan. Menara biasanya terletak
di samping masjid. Menara dibuat tinggi dengan maksud untuk memanggil orang
ramai melakukan solat berjemaah di masjid atau supaya suara muazin itu
kedengaran sampai ke tempat yang jauh.
7.6 .3 . Dewan Solat
Dewan solat ialah satu bahagian masjid yang berbumbung yang
menghadap ke arah kiblat dan keluasannya berbeza-beza dari satu masjid
dengan satu masjid yang lain dan dari sudut zaman ke satu zaman yang lain.

7.6 .4. Ruang Legar
Ruang legar juga dikenali sebagai serambi masjid, yang biasanya terletak
di tengah-tengah masjid, pula tidak berbumbung. Pada awalnya, ia dilihat
sebagai unjuran atau sambungan bagi tempat solat, digunakan ketika
menunaikan solat-solat berjemaah. Para fuqaha telah menghadkan penggunaan
ruang legar masjid itu sehingga mereka mengharamkan apa-apa pekerjaan yang
tidak mempunyai hubungan solat di situ.
7.6 .5. TempatK iblat
Tempat kiblat pula dipertengahan masjid dan dindingnya menghadap ke
arah Baitullah Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah. Pada mulanya, kiblat Masjid
Nabi SAW menghala ke arah Baitul Maqdis sehingga turun perintah Allah yang
menukar arah kiblat menghadap ke Masjid Al-Haram.
7.6 .6 . Mihrab
Mihrab pula ialah tempat berdirinya imam ketika beliau ingin
mengimamkan solat. Pembinaan mihrab terdiri daripada pelbagai bentuk dan
biasanya dibina ke dalam dari permukaan dinding arah kiblat. Mihrab juga
dilengkapkan dengan hiasan tulisan khat ayat-ayat suci Al-Quran dan geometri.
Model-model awal bagi mihrab mempunyai bentuk lelangit atau seperti gawang
siput.

 
Masjid ialah tempat beribadat yang khusus bagi umat Islam, seperti solat dan iktikaf. Peranan
masjid sebagai pusat kebudayaan , muamalat, pentadbiran, perkembangan dakwah Islamiah,
dan pusat aktiviti umat Islam menjadikannya begitu signifikan dalam pembangunan Islam.
Sememangnya, struktur masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, bahkan ianya
bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.
Di Nusantara umumnya, rata-rata pembinaan struktur masjid banyak mempunyai pengaruh
bumbung berlapis tiga yang pada kebiasaannya terletak ruang solat utama dibawahnya.
Signifikan pembinaan sedemikian rupa adalah bagi membolehkan pengaliran udara yang lancar
bagi membenarkan proses stack effect dan ventuari effect berlaku dan membenarkan
pencahayaan untuk memasuki seluruh ruang masjid melalui ruang- ruang diantara lapisan -
lapisan bumbung.

Proses stack effect dan ventuari effect  ini penting dalam menjamin udara di dalam ruang
masjid daripada menjadi berkuap dan keadan tidak selesa kepada jemaah masjid . Prinsip
udara panas yang akan tersedut diatas secara semulajadi dan digantikan dengan udara segar
daripada tingkap ini mampu menlancarkan pengudaran pada keseleluruhan ruangan masjid.
Selain itu, kehidupan dan tatacara hidup masyarakat Nusantara yang mempunyai pegangan
teguh terhadap falsafah maka, setiap apa yang dibuat selalunya memiliki sebab yang
munasabah . Begitu juga dengan pembinaan masjid yang mempunyai tiga lapisan bumbung

You might also like