You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SYEIKH MOHD IDRIS AL-MARBAWI

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


LUBOK MERBAU 33010 KUALA KANGSAR
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
PROGRAM MENTOR MENTEE
2019

TARIKH
7 JANUARI 2019

HARI
ISNIN

MASA
7.40 PAGI

TEMPAT
DATARAN QASEH
SK SYEIKH MOHD IDRIS AL-MARBAWI
KUALA KANGSAR

ANJURAN
UNIT PPDA DAN BIMBINGAN KAUNSELING
SK SYEIKH MOHD IDRIS AL-MARBAWI
KUALA KANGSAR
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN SYEIKH MOHD IDRIS AL-MARBAWI

KERTAS KERJA
PROGRAM MENTOR MENTEE 2019
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SYEIKH MOHD IDRIS AL-MARBAWI

1.0 Muqadimah

Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan. Sejajar dengan
misi dan visi sekolah yang menitikberatkan pencapaian cemerlang murid-murid dari segi
kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semua pihak
perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya. Perubahan dan kemajuan dalam bidang
pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita warga
pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah
satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee.

2.0 Objektif

1. Membantu dan membimbing murid-murid (mentee ) mengesan potensi dan menanam


keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan
sahsiah.
2. Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar mencapai sasaran
yang ditetapkan oleh Ketua Panitia ataupun sekurang-kurangnya berada pada tahap lulus.
3. Mewujudkan perhubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru SKSMI dan seterusnya
guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah mereka khususnya yang berkaitan
dengan pelajaran.
4. Melahirkan murid-murid SKSMI yang mempunyai sahsiah yang terpuji.
5. Mewujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka, guru-guru dan
sekolah.

3.0 Tema
"Tunjuk Ajar Ku Sifu"

4.0 Anjuran

Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.

5.0 Perasmi

Cadangan Perasmi Pelancaran Program Mentor Mentee 2019 ialah Encik Shukri Bin Md Ani (Guru
Besar, SKSMI)
6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan sepanjang tahun dari Januari 2019 hingga November 2019

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi

8.0 Sasaran

Program ini mensasarkan semua murid Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi

9.0 Komitmen

Semua guru yang terlibat sebagai Mentor diminta dapat memberi kerjasama dan komitmen
terhadap tugas mereka dalam membimbing Mentee yang telah ditetapkan terdiri daripada
sekurang-kurangnya 10 orang murid untuk seorang guru.

9.0 Tatacara

. Perjumpaan mingguan diadakan pada setiap hari Rabu/Jumaat iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga
1.30
tengah hari. Atau hari dan waktu yang dirasakan sesuai.

i) Perjumpaan pertama ( Perjumpaan suai kenal )


ii) Perjumpaan seterusnya khusus untuk membincangkan masalah atau perkembangan pelajaran
Mentee.

2. Jika Mentee terlibat dengan sebarang urusan luar pada hari berkenaan, bolehlah diubah ke
tarikh lain pada minggu berkenaan. Mentor haruslah memberitahu Mentee jika ada sebarang
perubahan hari perjumpaan.

3. Tempat perjumpaan ditetapkan oleh Mentor.

9.0 Peranan Mentor

1. Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan supaya apa jua
masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
2. Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai keazaman dan keyakinan
untuk menghadapi peperiksaan.
3. Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada Mentee.
4. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya untuk mengetahui
perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina. Juga bertanyakan jika ada hal-hal
peribadi Mentee yang mengganggu pelajaran.
5. Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif program.
6. Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.

9.0 Peranan Mentee

Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:

1. Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.


2. Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian percubaan untuk
dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.
3 Membincangkan apa jua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.
4. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan hati yang terbuka
dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.
5. Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama memperolehi keputusan
yang cemerlang dalam UPSR.

9.0 Penilaian

1. Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian, peperiksaan


semester dan UPSR Mentee.

2. Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar bilik darjah dan juga
berdasarkan laporan guru-guru lain.

3. Berpandukan buku log semasa perjumpaan mingguan bersama Mentee.

9.0 Struktur Organisasi

(Sila lihat lampiran A)

10.0 Pembahagian
(Sila lihat lampiran B)

11.0 Belanjawan
(Sila lihat lampiran C)
13.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan
Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh :

……………………........................
(HASLINA BT MANSYURDIN)
Setiausaha Bimbingan dan Kaunseling
SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.
33010 Kuala kangsar,
Perak.

Disemak oleh :

……………………..........................
(ROTHIAH BINTI ABDUL RAHIM)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.
33010 Kuala kangsar,
Perak.

Disahkan oleh :

…………………….........
(JUNAIDAH BINTI ZAINAL ABIDIN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.
33010 Kuala kangsar,
Perak.
Lampiran A

JAWATANKUASA PROGRAM MENTOR MENTEE SKSMI 2019

Pengerusi :Puan Junaidah Binti Zainal Abidin (Guru Besar SKSMI)


Naib Pengerusi I : Puan Rothiah Bt Abdul Rahim (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi II: Pn. Hajah Norazah Bt Mohammad
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi III:En. Meor Hedzir Shah B. Meor Abd. Malik
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi IV:Pn. Norasiyah Bt Jahari (Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Setiausaha I : Pn. Haslina Bt Mansyurdin

AJK Pelaksana Program Mentor Mentee


1. Puan Intan Farizalaila bt Hasidan
2. Puan Nurul Huda Binti Khiri
3. Puan Haslina Bt Mansyurdin
4. Puan Nurlia Bt Sharif
5. Puan. Sha Bakhiah Bt Masduki
6. Puan Nor Syahida Bt Roslan
7. Puan Noraziyah Binti Abdullah
8. Encik Muhammad B. Shuib
9. Puan Noorhana Binti Mohd Salleh
10. Encik Mohammad Iswandy B. Abu Bakar
11. Puan Habibah Bt Ngah Baharudin
12. Puan Che Roziela Bt Ahmad Rapidi
13. Puan Naimah Bt Saad
14. Encik Abdul Hamid b Saidin
15. Puan Nurzila bt Kamaruzaman
16. Puan Yusnida Bt Awang Hamat
17. Puan Azizah bt Zainudin
18. Encik Khidzir Bin Insab
19. Puan Salbiah Bt Abi Hashim
20. Puan Farahin Bin Haris
21. Puan Sanisah Bt Mansur
22. Encik Hazimin Bin Ismail
23. Puan Haslina Bt Hashim
24. Puan Ezlin Suzira Bt Che Mohd Yusuf
Lampiran B

PEMBAHAGIAN MENTOR DAN MENTEE 2019

Bil Mentor Mentee

1. Puan Intan Farizalaila bt Hasidan


Kelas 1 Bestari
Puan Nurul Huda Binti Khiri
2. Puan Haslina Bt Mansyurdin
Kelas 1 Cemerlang
Puan Nurlia Bt Sharif
3. Puan. Sha Bakhiah Bt Masduki
Kelas 2 Bestari
Puan Nor Syahida Bt Roslan
4. Puan Noraziyah Binti Abdullah
Kelas 2 Cemerlang
Encik Muhammad B. Shuib
5. Puan Noorhana Binti Mohd Salleh
Kelas 3 Bestari
Encik Mohammad Iswandy B. Abu Bakar
6. Puan Habibah Bt Ngah Baharudin
Kelas 3 Cemerlang
Puan Che Roziela Bt Ahmad Rapidi
7. Puan Naimah Bt Saad
Kelas 4 Bestari
Encik Abdul Hamid b Saidin
8. Puan Nurzila bt Kamaruzaman
Kelas 4 Cemerlang
Puan Yusnida Bt Awang Hamat
9. Puan Azizah bt Zainudin
Kelas 5 Bestari
Encik Khidzir Bin Insab
10. Puan Salbiah Bt Abi Hashim
Kelas 5 Cemerlang
Puan Farahin Bin Haris
11. Puan Sanisah Bt Mansur
Kelas 6 Bestari
Encik Hazimin Bin Ismail
12. Puan Haslina Bt Hashim
Kelas 6 Cemerlang
Puan Ezlin Suzira Bt Che Mohd Yusuf
Lampiran C

Pendapatan

BIL PERKARA RM
1. Peruntukan Bimbingan dan Kaunseling RM40.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM40.00

Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI RM

1. Banner Program Mentor Mentee 1 unit X RM40.00 RM40.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM40.00

You might also like