You are on page 1of 12

CTU 553

SEJAUHMANAKAH PERSEPAKATAN
POLITIK DI MALAYSIA TELAH BERJAYA
MEMBINA HUBUNGAN ETNIK YANG
LEBIH HARMONI.
NAMA: SUWAIBAH BINTI ABD RAZAK.
KOD PROGRAM: HS220
NO.MATIK : 2010402322
KATEGORI PENILAIAN MARKAH
1. PENGENALAN ATAU PENDAHULUAN

2. DEFINISI

3. ISI DAN HURAIAN

4. KESIMPULAN ATAU PENUTUP


5. RUJUKAN

SOALAN 5;

Sejauhmanakah persepakatan politik di Malaysia


telah berjaya membina hubungan etnik yang lebih
harmoni
PENGENALAN DAN PENDAHULUAN
SEJAUHMANAKAH PERSEPAKATAN POLITIK DI MALAYSIA TLAH BERJAYA MEMBINA
HUBUNGAN ETNIK YANG LEBIH HARMONI.

PENGENALAN:

Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat.Setelah melalui pelbagai ranjau dan
penderitaan kerana dijajah oleh British dan juga Jepun Malaysia akhirnya mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 . Segala kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa persepakatan
dikalangan penduduk Malaysia. Untuk menjadi sebuah Negara yang makmur dan aman
bukanlah semudah yang disangka, kestabilan ekonomi dan politik memainkan peranan yang
sangat penting dan ini bergantung kepada kebijaksaan para pemerintahan mentadbir dan
mengawal keadan politik Negara. Persepakatan di antara parti politik di Malaysia juga
memudahkan perkara ini berlaku.

ISI DAN HURAIAN


CABARAN ABAD KE 21.

Pelbagai cabaran yang dilalui oleh dunia Islam di era ini. Antaranya adalah :

1) Hegemoni Barat.

Hegemoni Barat bermaksud pemimpim, berasal dari bahasa Yunani iaitu Hegemonia
( to lead). Ia merujuk kepada penguasaan menyeluruh atau kepimpinan satu-satu
Negara atau kumpulan ke atas Negara atau kumpulan lain.
Hegemoni juga boleh didefinikan sebagai “ hegemony is the dominance of one group
over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance, the
dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly, cultural
perspectives become skewed to favor the dominant group. Hegemony controls the ways
that ideas become ‘naturalized’ in a process that informs notions of common sense.”
( tamadun Islam dan tamadun Asia,p.105).
Berdasarkan istilah yang diberi ini ,kita dapat melihat bagaimana Barat terus menguasai
dunia Islam dari dulu hinggalah sekarang walaupun cara dan pandangan telah berbeza.
Dominasi ini meliputi penguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran , teknologi, media,
sistem nilai dan etika. Termasuk juga pendidikan dimana ada yang menganggap belajar
di Barat adalah bagus serta di pandang hebat. Hegemoni menjadi dasyat apabila Barat
juga menggunakan kekuatannya untuk menguasai Negara yang tidak sehaluan
dengannya menggunakan kekuatan kuasa tentera. Sebarang tindak balas dari Negara
yang di kuasainya dianggap sebagai terrorisme. Mereka menggunakan kuasa media
untuk menyebarkan dakyah-dakyah yang tidak betul dan memburukkan Negara lain
terutamanya Negara Islam. Contohnya yang kita boleh lihat ialah selepas berlakunya
serangan 11 September 2001 yang meruntuhkan World Trade Centre di Amerika
Syarikat, media Barat terus menuduh serta menghentam kumpulan Al-Qaeda di bawah
pimpinan Osama ben Laden sebagai bertanggungjawab merancang serangan tersebut.
Bermula dari itu, Amerika terus meggerakkan kuasa tenteranya ke Asia Barat.mereka
menganggap mereka adalah polis dunia yang menjaga keamanan sejagat.Berita-berita
mengenai kekejaman al_qaeda terus kedengaran di media Barat. Melalui media juga
mereka mengubah corak pemikiran masyarakat Islam.mereka mendambakan bawah
kehidupan bebas tanpa batasan adalah yang terbaik. Muzik-muzik yang di tonjolkan
berbentuk hiburan semata-semata tanpa nilai positif.
Dari segi politik pula ,dengan kuasa veto yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dan
sekutunya, mereka menjadikan persatuan-persatuan dunia seperti Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai kuda tunggangan. Segala
keputusan di kawal oleh mereka. PBB hanya bertindak atas keputusan yang telah di
putuskan oleh kuasa besar tersebut. Kuasa Barat juga sering menuduh Negara lain
terutamanya Negara membangun yang kebanyakkan terdiri dari Negara Islam sebagai
kejam dan tidak adil.apa yang kita lihat adalah sebaliknya, boleh dikatakan setiap
permasalahan yang timbul ada kaitan dengan Negara Barat.
Dominasi Barat terhadap ekonomi, Barat telah memanipulasi ekonomi dunia.Bukan itu
sahaja mereka juga mengawal sistem kewangan antarabangsa melalui syarikat-syarikat
kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang matawang dan pengurus-
pengurus dana pelaburan . Kenaikan dan kejatuhan matawang dunia banyak
bergantung pada keadaan ekonomi mereka.
Tamadun Barat turut menguasai budaya dan adat –adat kita. Unsur-unsur Budaya Barat
meresap dan menenggelamkan nilai-nilai ketimuran yang penuh kesopanan yang
diterapkan oleh Agama Islam. Budaya mereka sering dilaungkan serta dianggap terbaik,
sedangkan kita lihat muzik, nyanyian, filem, kartun dan komik dari Barat penuh dengan
unsur negatif seperti blackmetal, seks bebas, hubungan songsang dan banyak lagi.
Mereka juga turut mempengaruhi jenis dan budaya makanan masyarakat dunia.
Kemasukkan makanan jenis ‘fastfood’ seperti Kentucky,McDonald berlaku dengan
pesatnya. Makanan ini boleh dinikmati dimana-mana sahaja.
Fesyen pakaian dari Barat yang menjolok mata semakin menjadi ikutan remaja masa
kini. Mereka megah bila memakainya. Perkara ini tidak bagus sama sekali kerana boleh
mengundang kepada perkara yang tidak baik seperti rogol dan sebagainya. Pakaian
yang bersopan yang di anjurkan oleh Agama Islam di anggap kolot dan ketinggalan
zaman.
Mentaliti masyarakat Islam turut menjadi agenda Barat. Mereka berusaha
mempengaruhi pemikiran orang Islam dengan menerapkan perkara-perkara yang
menjadi kesukaan golongan muda-mudi. Contohnya sambutan hari Valentine .Golongan
muda mudi meraikan hari tersebut dengan meriah dan tanpa batasan.

2) Imperialisme Baru.

Imperialisme membawa maksud kepada fenomena kebangkitan semula rasa tamak dan
keinginan kuasa Barat untuk menguasai dan meluaskan semula pengaruh hegemoni
mereka ke atas masyarakat dunia. Ia merupakan satu strategi kuasa Barat meggunakan
istilah gerakan memerangi keganasan antarabangsa. Kebanyakkan Negara yang
menjadi sasaran adalah Negara Islam seperti Afganistan, Iran, dan Palestin. Mereka
membelakangkan keputusan yang dibuat oleh majlis antarabangsa seperti PBB. Mereka
turut menggunakan kuasa media,ekonomi, politik untuk memastikan cita-cita mereka
tercapai.

3) Globalisasi

Dunia pada abad ke 21 menghadapi cabaran yang sangat hebat termasuklah


globalisasi. Cabaran globalisasi. Mempunyai implikasi yang luas terhadap ekonomi,
politik, budaya pemikiran dan lain-lain seperti juga hegemoni. Globalisasi bermaksud
satu fenomena yang menjadikan dunia seakan mengecil dari segi perhubngan manusia
disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Perkara ini ada kebaikan
dan keburukannya yang tersendiri. Dunia pada masa kini seakan tiada bersempadan
geografi.dalam beberapa saat sahaja kita boleh memperolehi maklumat tentang sesuatu
melalui internet. Melalui gelombang globalisasi yang dihadapi, dunia Islam menghadapi
cabaran yang besar untuk mengawal kemasukkan unsur –unsur negatif yang cuba di
terapkan oleh kuasa Barat. Golongan yang menjadi sasaran pula adalah golongan muda
yang mana kita mempunyai keinginan tinggi untuk mencuba. Sekiranya perkara yang di
masukkan adalah buruk maka ini akan merosakkan akhlak mereka. Isu-isu berkaitan
globalisasi juga mensasarkan pada ekonomi,politik , budaya,pemikiran,nilai etika serta
peranan media.
CADANGAN DAN KESIMPULAN

CADANGAN DAN KESIMPULAN;

Cabaran yang dihadapi oleh dunia Islam untuk mengekalkan kehebatan dan keunggulan
tamadun adalah sangat hebat pada abad ini . Apa yang boleh kita lakukan disini adalah
memperkukuhkan peranan ilmu pengetahuan bagi setiap warga Islam. Ilmu
pengetahuan yang berteraskan ajaran Islam akan dapat membendung segala nilai
negatif yang cuba diterapkan oleh Barat.
Seperti petikan ayat AlQuran,
‘ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang
yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat dan ( ingatlah) Allah Maha Mendalam
pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan,’
( Surah Az Zaman ayat 11).
Selain itu,pemimpin –pemimpin dunia Islam seharusnya bersikap lebih tegas apabila
kuasa Barat cuba mencampuri urusan Negara masing-masing.
Islam adalah agama global yang mempunyai penganut yang besar di dunia, sepatutnya
kita bersatu menentang tindakan-tindakan yang dilakukan untuk menjatuhkan kita dan
mungkin suatu hari nanti dunia Islam pula menjadi kuasa besar dan menguasai segala
bidang. Sama-sama berusaha untuk mengembalikan kehebatan tamadun Islam perlu
ada dalam setiap jiwa penganutnya semoga tamadun Islam kembali gemilang seperti
zaman empayar Uthmaniayah, Zaman Umayyah dan banyak lagi.Amin..
RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

RUJUKAN:
1) Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba’iyah Mohd Noor, dan Salina Hj.
Zainol. 2002. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

2) Ahmad Zaki Abd.Latiff, Azam Hamzah,dan Azhar Mad Aros. 2009. Buku Teks
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam : Oxford fajar.

3) Mohd Yadman Sarwan. 2009. Tamadun Islam & Tamadun Asia. Shah Alam: Institut
Perkembangan Pendidikan (InED), Universiti Teknologi Mara.

4) Mohd Yusoff Hj.Othman, dan Abdul Salam Yussof. 2009. Sains Masyarakat dan
Agama. Kuala Lumpur : Utusan Publicatian & Distribution Sdn Bhd.

You might also like