You are on page 1of 28

1.

0 PENGENALAN

Malaysia adalah salah sebuah daripada negara yang melaksanakan sistem raja
berpelembagaan di mana Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara. Sistem ini telah berjalan
dengan sempurna sejak negara mencapai kemerdekaan dan bebas menentukan corak pentadbiran
sendiri. Britain, Sepanyol dan Thailand turut melaksanakan sistem raja berpelembagaan ini.
Sistem politik dan pemerintahan tradisi Melayu meletakkan raja atau sultan sebagai pemerintah
tertinggi yang diberikan sepenuh ketaatan dan kesetiaan. Sistem ini berlangsung berabad
lamanya. Ketika berlangsungnya penjajahan British di Tanah Melayu, Sultan masih lagi
mempunyai kuasa untuk hal tertentu bagi negeri masing-masing. Kedudukan mereka masih
dianggap berdaulat ketika itu.  Apabila perlembagaan moden Persekutuan Tanah Melayu digubal
oleh British, pengiktirafan terhadap kepentingan sistem beraja tetap diambil kira dengan
meletakkannya sebagai Raja berperlembagaan. Ia menjadi sebahagian elemen penting dalam
Perlembagaan Persekutuan. Menurut Tun Salleh Abbas, apabila kemerdekaan diberikan kepada
Tanah Melayu, institusi beraja dikekalkan dengan beberapa pindaan untuk disesuaikan dengan
konsep demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan. Ia sekali gus melambangkan Raja
Melayu adalah kesinambungan sejarah dan warisan negara. Kewujudan institusi Raja menjadi
sebahagian daripada identiti negara dan ia dilindungi oleh perlembagaan. Ia disebut di dalam
Perkara 159(5) yang menjelaskan bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan
berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan
sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Sistem raja
berpelembagaan telah diterima baik oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia bagi
memastikan kestabilan dalam pentadbiran. Kewujudan institusi ini akan terus dipertahankan
kerana tonggak kepada sebuah kerajaan yang adil, stabil dan maju ialah yang mampu
memastikan sistem yang dipilih berjalan dengan sempurna.

1
2.0 INSTITUSI YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)

2.1 Latar Belakang Penubuhan Institusi YDPA

Secara umumnya pada zaman tradisional masyarakat Melayu amat berpegang teguh
kepada sistem raja-raja Melayu. Hal ini demikian kerana pada zaman masyarakat Melayu
tradisional raja amat berkuasa dalam apa jua aspek kerana raja dianggap sebagai anak tuhan dan
sesiapa yang mengingkari akan terkena tulah. Kewujudan kesultanan melayu Melaka yang
diasaskan oleh Parameswara membrikan gambaran jelas mengenai sistem berkerajaan dan fungsi
raja yang berkuasa penuh di dalam pemerintahan negeri. Sultan merupakan pusat tumpuan rakyat
yang memberikan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Pada ketika itu orang Melayu pantang
untuk menderhakai raja sebagai contoh dalam peristiwa pergaduhan Hang Jebat dan Hang Tuah
yang mentaati perintah sultan.Kesultanan Melaka dipercayai mewarisi kerajaan melayu
Palembang yang dikatakan diasaska oleh Raja Iskandar Zulkarnain.

Perkembangan pemerintahan di negeri-negeri Melayu sejak kekalahan Melaka di tangan


Portugis pada tahun 1511 telah membuktikan bahawa sistem pemerintahan dan konsep
kedaulatan kesultanan Melayu Melaka begitu kukuh dipertahankan sebagai induk model sistem
pemerintahan tumpuan pergolakan politik, pusat perkembangan ekonomi, sosial dan kebudayaan
di setiap negeri. Kedatangan Islam telah memperkukuhkan lagi sistem pemerintahan negeri
dengan meletakkan sultan bukan sahaja sebagai ketua negara dan kerajaan tetapi juga sebagai
ketua agama islam. Pada tahun 1874 Inggeris telah menjajah Tanah Melayu melalui perjanjian
Pangkor di Perak.Inggeris telah menggunakan institusi istana dan kedaulatan raja-raja Melayu
untuk memerintah negeri bagi memudahkan pemerintahan dan menjaga sensitiviti orang Melayu.
Sistem pemerintahan Inggeris memperkenalkan undang-undang berpelembagaan iaitu
constitutional law .Bagi menggerakkan ekonomi Inggeris telah membawa masuk imigran asing
seperti kaum Cina dan India untuk merancakkan aktiviti ekonomi dari sudut perlombongan
perladanagan. Penubuhan Malayan Union pada umumnya ditentang hebat oleh sebilangn besar
masyarakat Melayu sehingga Inggeris terpaksa mengalah ekoran daripada penolakan kuasa raja-
raja Melayu selain daripada agama islam dan adat istiadat Melayu.

2
Kesan daripada itu Perskutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan pada tahun 1948
dengan mengembalikan semula kedudukan dan keistimewaan raja-raja Melayu. Langkah untuk
menjadikan Tanah Melayu sebagai berkerajaan sendiri diambil dengan menubuhkan satu
jawatankuasa kerja bagi merengka perlembagaan persekutuan yang dianggotai oleh penasihat
raja-raja melayu, para pemimpin UMNO dan wakil kerajaan British. Terdapat elemen tradisional
dalam merangka perlembagaan persekutuan Tanah Melayu iaitu antaranya kedudukan raja-raja
Melayu, agama Islam, bahasa melayu serta hak istimewa orang-orang melayu. Elemen ini
dianggap penting kerana menjadi asas kepada kestabilan dan pembangunan negara dan model
bertolak ansur terulung di dunia. Konsep raja berpelembagaan yang ada tercatat dalam
perlembagaan persekutuan merupakan satu penyelesaian terbaik antara semua kaum di negara ini
dan anugerah raja-raja Melayu terus terpelihara dan dianjungi masyarakat terutamanya kaum
Melayu di samping kaum-kaum lain.

Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia.Gelaran rasmi yang
penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh sebab Malaysia mengamalkan
sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai
istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di
bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh atau dengan nasihat Kabinet atau Jemaah Menteri
yang diketuai oleh Perdana Menteri.Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada
Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan
Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin
menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.Pada Ogos 1957, Majlis Raja-Raja telah berkenan
untuk memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong bagi Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu,
dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengikut susunan Raja yang paling lama
memerintah.

2.2 Pemilihan Dan Perlantikan YDPA

Kaedah pemilihan YDPA adalah berbeza dengan amalan biasa yang dipratikkan di
negeri-negeri melayu mengikut konsep nasab keturunan. Seseorang raja adalah layak dipilih
menjadi YDPA melainkan telah membritahu penyimpan mohor besar raja-raja bahawa ia tidak

3
berkehendak untuk dipilih atau majlis raja-raja mengambil ketepatan dengan undi sulit bahawa ia
adalah tidak sesuai untuk menjalankan tugas-tugas YDPA disebabkan oleh kelmahan akal, atau
sebab yang munsabah yang lain. Sesuatu ketetapan tidak boleh ditarik balik melainkan adanya
mendapat sekurang-sekurangya 5 orang ahli Majlis.Majlis Raja–raja hendaklah menawarkan
jawatan YDPA kepada raja yang dipilih yang negerinya ialah yang pertama dalam pemilihan.
Jika raja tersebut menolak jawatan tersebut Majlis raja-raja hendaklah menawarkan jawatan itu
kepada raja yang negerinya yang terkemudian selepas negeri yang pertama dalam senarai.
Mengikut sistem penggiliran ini, Sultan Johor Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu
Bakar, yang naik takhta pada 1895 adalah yang paling lama memerintah, tetapi baginda, yang
ketika itu berusia 84 tahun, telah menolak pencalonan tersebut disebabkan telah lanjut usia.Yang
kedua dalam turutan, Sultan Pahang Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni
Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah, yang naik takhta pada 1932, juga telah
menolak pencalonan. Maka itu, Raja yang ketiga paling lama memerintah iaitu Tuanku Abdul
Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan telah sebulat suara dipilih
untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Sebelum
ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan sejak 1933.

Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Hal
ini kerana, ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden
berasaskan perlembagaan.Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem
penggiliran ketua negara.Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari
negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak
Bersekutu.Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka
menganggotai Majlis Raja-Raja. Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong
(1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan
sebelum itu, iaitu yang pertama Negeri Sembilan, diikuti Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah,
Kelantan,Johor dan Perak. Raja yang dipilih sebagai YDPA hendaklah sebelum menjalankan
tugasnya hendaklah mengangkat dan menandatangani satu sumpah jawatan di hadapan ketua

4
hakim mahkamah agong. Sumpah itu hendaklah disaksikan serta ditandatngani oleh dua orang
yang dilantik oleh Majlis Raja-raja.Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu
Yang di-Pertua Negeri, atau Gabenor, kepada 4 buah negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan
Sarawak. Seseorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan jika:
(a) Raja itu belum dewasa: atau
(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak
berhasrat dipilih; atau
(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai
untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau
tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.

Sesuatu ketetapan di bawah seksyen ini tidak boleh diluluskan melainkan jika sekurang
kurangnya lima orang anggota Majlis itu telah mengundi menyokongnya Majlis Raja-Raja
hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang
Negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan yang diperihalkan dalam seksyen 4 dan,
jika Raja itu tidak menerima jawatan itu, menawarkan jawatan itu kepada Raja yang Negerinya
ialah yang berikut selepas Negeri yang pertama dalam senarai itu, dan demikianlah seterusnya
sehingga seorang Raja menerima jawatan itu. Apabila Raja yang telah ditawarkan kepadanya
jawatan Yang di-Pertuan Agong mengikut seksyen 2 menerima jawatan itu, Majlis Raja-Raja
hendaklah mengisytiharkan Raja itu sebagai dipilih dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
hendaklah memberitahu keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada kedua-dua Majlis
Parlimen.

Senarai Pemilihan YDPA


a) Bagi maksud pemilihan pertama hendaklah suatu senarai yang memasukkan Negeri
semua Raja mengikut susunan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja mengiktiraf
keutamaan antara mereka sendiri ketika itu;
b) Bagi maksud pemilihan yang kemudiannya hendaklah senarai sebagaimana yang diubah
mengikut subseksyen (2) sehingga senarai itu disusun semula di bawah subseksyen (3),
dan kemudiannya senarai pemilihan itu hendaklah senarai yang disusun semula
sedemikian, tetapi diubah, bagi maksud pemilihan seterusnya, megikut subseksyen (4).

5
Senarai yang berkuat kuasa pada pemilihan pertama hendaklah diubah seperti yang berikut:
a) Selepas setiap pemilihan, mana-mana Negeri dalam senarai itu yang mendahului Negeri
yang Rajanya telah dipilih hendaklah dipindahkan (mengikut susunan Negeri-Negeri
yang ada dalam senarai ketika itu) ke hujung senarai tu, dan Negeri yang Rajanya telah
dipilih itu hendaklah ditinggalkan;
b) Apabila ada sesuatu perubahan Raja sesuatu Negeri yang ada dalam senarai ketika itu,
Negeri itu hendaklah dipindahkan ke hujung senarai itu dan jika pada hari yang sama ada
perubahan Raja bagi lebih daripada satu negeri yang sedemikian, Negeri-Negeri itu
hendaklah dipindahkan sedemikian mengikut susunan yang ada dalam senarai ketika itu.

Apabila tiada Negeri lagi berada dalam senarai itu sebagaimana yang diubah mengikut
subseksyen (2), atau jika pada sesuatu pemilihan tiada Raja sesuatu Negeri dalam senarai itu
layak dipilih atau menerima jawatan, senarai pemilihan itu hendaklah disusun semula supaya
dimasukkan sekali lagi Negeri-Negeri bagi semua Raja, tetapi mengikut susunan yang berikut,
iaitu, Negeri-Negeri yang Rajanya telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong mengikut
susunan Raja-Rajanya telah memegang jawatan itu, dan yang lain-lain (jika ada) selepas Negeri-
Negeri itu mengikut susunannya dalam senarai itu sebelum senarai itu disusun semula.

Selepas setiap pemilihan yang diadakan mengikut senarai yang disusun semula itu, senarai
itu hendaklah diubah seperti yang berikut:
a) Mana-mana Negeri dalam senarai itu yang mendahului Negeri yang Rajanya telah dipilih,
hendaklah dipindahkan (mengikut susunan Negeri-Negeri itu dalam senarai ketika itu) ke
hujung senarai itu; dan
b) Negeri yang rajanya telah dipilih hendaklah kemudiannya diletakkan kemudian sekali.

6
2.3 Bidang Kuasa YDPA

Sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan YDPA


adalah kuasan pemerintah bagi persekutuan.Namun demikian dalam menjalankan tugasnya-
tugasnya baginda hendaklah mengikut nasihat Jemaah menteri atau nasihat seseorang menteri
yang bertindak sebagai kuasa am Jemaah menteri. YDPA mempunyai bidang kuasa yang luas
seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam
tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Eksekutif
Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong.
Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan
Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus,
Perdana Menteri. Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding
atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan,Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak
mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu melantik seorang Perdana
Menteri,bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimenserta meminta
mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.

Perundangan
Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi
Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-
Pertuan Agong sebagai sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut iaitu
memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa,memberhentikan dan membubarkan
Parlimen,memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen, serta memperkenankan Rang
Undang-Undang. Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator
untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan
Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.

7
Kehakiman
Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya,
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan
dengan Majlis Raja-Raja, melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai
Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim
Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai
Hakim Mahkamah Tinggi), memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65
tahun. Walaubagaimanapun, lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah
mencapai umur 65 tahun.

Selain itu,Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua


Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada
Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan
tertentu. Selepas menerima representasi itu, Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal
untuk memberi cadangan dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari
jawatannya. Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima
atau menolak cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan hakim.

Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh


mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang
berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau
negeri dalam keadaan terancam.Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa
Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang
menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan.Baginda juga
adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah

8
Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa
pelantikan diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.

Selain tiga fungsi ini, Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi seperti berikut seperti
Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata, mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan
menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua
kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, menjaga hak
istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak,sumber penghormatan dan
kebesaran, fungsi diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di luar negara dan menerima
mengadap diplomat asing serta menghadiri pelbagai majlis dan acara.

2.4 Perletakan Jawatan Dan Pemecatan YDPA

YDPA akan terhentti menjalankan tugasnya jika dipertuduh atas suatu kesalahan di
bawah mana-mana undag-undang dalam mahkamah khas yang ditubuhkan di bawah bahagian
15.YDPA juga hendaklah dipilih oleh Majlis raja-raja selama tempoh jawatan lima tahun tetapi
boleh mengutus surat pada bila-bila masa meletakkan jawatnnya dengan mengutus surat yang
ditandatngani oleh YDPA kepada Majlis Raja-raja atau dipecat jawatannya oleh majlis Raja-raja.
Antara perkara yang dilarang ialah tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai raja di
negerinya, tidak boleh memegang apa jua jawatan yang mempunyai saran,tidak boleh terlibat
dalam perniagaan serta tidak boleh meninggalkan persekutuan selama lebih daripada 15 hari
kecuali atas lawatan negara ke suatu negeri lain.

3.0 MAJLIS RAJA-RAJA

3.1 Latar belakang Majlis Raja-raja

Majlis Raja-raja telah dimulakan sejak pemerintahan Inggeris, 1 Julai 1896 apabila
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan. Majlis Raja-raja merupakan sebuah badan rasmi
yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi
Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang akan hal ehwal

9
dan kepentingan bersama dengan penjajah Inggeris yang sememangnya telah menguasai
pentadbiran negeri Melayu. Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau
lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 - 17 Julai 1897 di Istana Negara,
Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar)
yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum
yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua
Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja
sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada
dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri
hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua
Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir
pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini
menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia.

Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat
tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang
seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong
dalam Majlis Raja-Raja.Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis
Mesyuarat Raja-raja. Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja
Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu
Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah
ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan
Pemerintah Inggeris.

Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris
Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor),
DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), dan DYMM Sultan
Ahmad (Negeri Pahang). Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor

10
Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank
Swettenham (pengerusi mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh
Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H.
Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga
tahun 1939.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah
dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor, Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja.
Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan
telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak
Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948
hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali. Selepas
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut
menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada
tahun 1963. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30
dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed
Hassan Jamalullail, Raja Perlis.

3.2 Kedudukan Majlis Raja-raja dalam Perlembagaan.

Kedudukan Majlis Raja-raja merujuk kepada kuasa dan fungsi yang disebut oleh
perlembagaan persekutuan. Sebahagian besar daripada kuasa-kuasa dan peranan ini termaktub
dalam Perkara 38 manakala sebahagian yang lain disebut oleh Perkara 159. Selain itu, ada
beberapa peruntukan perlembagaan yang lain meskipun tidak menyebut kuasa atau hak majlis
secara langsung ada kemungkinan bahawa peruntukan-peruntukan ini memberi runag untuk
majlis memainkan peranan atau pengaruhnya. Mengikut peruntukan Perkara 38 perlembagaan,
peranan majlis merangkumi pelantikan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan
Yang di-Pertuan Agong. Peruntukan itu juga memberikan hak dan kuasa untuk majlis
menyetujui atau sebaliknya undang-undang yang menyentuh kedudukan, kuasa, keistimewaan
dan kehormatan raja-raja.

11
Dalam soal ini jelas majlis mengatasi kedudukan Parlimen. Selain itu, majlis juga berhak
membincangkan hal-hal mengenai negara yang dirasakannya sesuai untuk dibincangkan. Majlis
Raja-raja juga turut diberi hak untuk diminta berunding dalam soal pelaksanaan peruntukan
berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perkara 153. Dengan itu, kerajaan
yang memerintah yang tidak semestinya diterajui oleh orang Melayu, tidak mempunyai kuasa
mutlak dalam perlaksanaan peruntukan berkenaan. Hal ini selaras dengan semangat peruntukan
untuk memberi keistimewaan kepada orang-orang Melayu itu sendiri. Sementara itu di bawah
Perkara 159, dengan jelas menyebut pindaan-pindaan perlembagaan adalah perlu dipersetujui
oleh Majlis Raja-raja dan perkara ini termasuklah soal mengenai institusi beraja di bawah
Perkara 38.

Selain itu, ia juga melibatkan peruntukan mengenai bahasa Melayu dan agama Islam,
perlindungan perlembagaan terhadap kedudukan raja-raja dan lain-lain daripada perbincangan di
bawah Perkara 10, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan seumpamanya. Kuasa di bawah
Perkara 159 ini jelas menunjukkan kedudukan Majlis Raja-raja kelihatannya mengatasi
Parlimen. Walau bagaimanapun, terdapat juga perkara-perkara lain yang tidak dinyatakan secara
khusus dalam sesebuah peruntukan iaitu termasuklah persetujuan mengubah sempadan negeri,
keahlian dalam beberapa majlis seperti Majlis Angkatan Tentera, hak untuk dirundingi dalam
beberapa pelantikan penting seperti pelantikan hakim-hakim, ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya
dan lain-lain lagi. Kuasa Majlis Raja-raja juga perlu dilihat dalam konteks agama Islam dalam
perlembagaan persekutuan kerana ia telah diberi kuasa untuk menyetujui atau sebaliknya
mengenai apa juga sambutan keagamaan di peringkat persekutuan.

Apabila Negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan


mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual
Kelima Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut iaitu memilih Yang di-Pertuan Agong
dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan - peruntukan
Jadual Ketiga, mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau
upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan, mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa
undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut

12
Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh
atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di
bawah Fasal (1) Perkara 182, memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan,
menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42 dan boleh
menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar
Imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.

Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang


di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Y.A.B Perdana Menteri dan Raja-Raja yang lain dan
Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua
Menteri mereka. Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai
keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada
persetujuan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat
apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153
(mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, Bumiputera serta juga hak kaum-kaum
lain). Majlis Raja-Raja juga melantik seorang wakil untuk menganggotai Majlis Angkatan
Tentera, menurut Perkara 137 Perlembagaan, seorang wakil sebagai Ahli Lembaga Pengelola
Dewan Bahasa & Pustaka menurut Akta yang berkenaan.

Selain merujuk kepada kuasa-kuasa yang ada peranan, ia juga menyentuh hal-hal yang
meskipun tidak disebut secara jelas oleh perlembagaan, nampaknya telah dilaksanakan dengan
berkesan oleh pihak majlis selama ini. Secara umum, setelah melihat kuasa-kuasa yang
diperuntukkan kepada majlis oleh perlembagaan, peranan majlis boleh dibahagikan kepada
beberapa ketegori iaitu peranan yang berhubung dengan institusi beraja itu sendiri, peranan yang
berhubung dengan hal-hal negara di peringkat kebangsaan, sebagai institusi yang menjaga
kedudukan dan keistimewaan orang-orang Melayu dan bahasa mereka, sebagai institusi tertinggi
dan rasmi di peringkat persekutuan mengenai hal-hal pentadbiran agama Islam dan boleh
bertindak sebagai jurucakaprasmi bagi pihak negeri-negeri dalam persoalan-persoalan tertentu.

13
4.0 MAJLIS RAJA-RAJA DAN HUBUNGANNYA DENGAN YANG DI-PERTUAN
AGONG DAN INSTITUSI BERAJA.

Menurut Abdul Aziz Bari (2002), hubungan antara Majlis Raja-Raja dengan Yang di-
Pertuan Agong serta institusi beraja boleh dilihat daripada beberapa sudut. Dalam konteks Yang
di-Pertuan Agong, hubungan itu wujud dalam bentuk kuasa majlis untuk melantik dan memecat
baginda. Perkara ini boleh mendatangkan kesan kepada seluruh kerangka perlembagaan kerana
ianya berkaitan dengan jawatan yang perlu dilaksanakan oleh baginda. Majlis Raja-Raja sering
dilihat sebagai sebagai komponen institusi beraja di Malaysia namun pada hakikatnya, Yang di-
Pertuan Agong, raja-raja dan Majlis Raja-Raja adalah satu badan iaitu sebuah sistem monarki di
Malaysia. Perbezaan antara ketiga-tiga komponen ini hanyalah dari segi fungsi dan kuasa yang
mereka jalankan.

4.1 Proses Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

Menurut Perkara 38 (6), Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa dalam memilih Yang di-
Pertuan Agong. Ianya terkandung dalam memorandum yang diserahkan oleh raja-raja kepada
Suruhanjaya Reid pada tahun 1957. Di dalam suruhanjaya tersebut, tidak dinyatakan bahawa
Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan berkenaan tetapi kuasa yang telah
diberikan itu seakan-akan menekankan pemilihan yang di-Pertuan Agong. Dalam proses
pemilihan, majlis dikehendaki menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada raja yang
paling kanan. Dalam pada masa yang sama, majlis juga mempunyai kuasa untuk
mengisytiharkan raja tersebut iaitu raja yang patut ditawarkan jawatan kerana kedudukannya
yang paling kanan sebagai tidak layak mendapat jawatan tersebut atas apa sebab sekali pun.

Peranan Majlis Raja-Raja dalam konteks pemilihan Yang di-Pertuan Agong merujuk
kepada sembilan orang raja yang terdiri daripada setiap negeri yang beraja sahaja dan ini
bermakna, Yang Dipertua Negeri tidak terlibat dalam proses pemilihan ini. Perlembagaan
Persekutuan menetapkan bahawa seorang Raja itu layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong
kecuali baginda belum dewasa, baginda telah memberitahu Penyimpan Mohor besar Raja-Raja
bahawa baginda tidak berhasrat untuk dipilih atau Majlis Raja-Raja telah mengambil ketetapan
bahawa baginda tidak sesuai menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong disebabkan

14
kelemahan akal atau tubuhnya atau kerana sebab-sebab lain. Maka, raja tersebut tidak layak
dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong jika lima orang raja telah menyokong ketetapan
tersebut.

Perlembagaan memperuntukkan bahawa Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan


jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada raja yang layak dipilih. Hal ini merujuk kepada
pemilihan dilakukan ke atas raja yang berada dalam kedudukan yang paling kanan dalam senarai.
Susunan yang digunakan dalam merangka senarai negeri pada tahun 1957 adalah Johor, Pahang,
Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak. Namun, keputusan
pemilihan menunjukkan Yang di-Pertuan Agong yang pertama adalah Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman. Jawatan Yang di-Pertuan Agong boleh kosong atas
beberapa sebab termasuklah pemegang jawatan itu mangkat atau dipecat oleh majlis. Oleh itu,
Majlis Raja-Raja yang akan memilih Yang di-Pertuan Agong untuk mengisi kekosongan
tersebut.

4.2 Melantik Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja

Selain itu, Majlis Raja-Raja berperanan dalam melantik Penyimpan Mohor Besar Raja-
Raja. Mohor Besar melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Jawatan ini layak
dipegang oleh pegawai kanan yang masih berkhidmat dengan kerajaan atau pun yang telah
bersara. Beliau berperanan sebagai setiausaha Majlis Raja-Raja dan beliau juga berperanan
penting dalam memastikan proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong berjalan dengan lancar
mengikut kehendak perlembagaan. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memegang jawatannya
selama yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Peranan Pemyimpan Mohor Besar Majlis
Raja-Raja adalah memaklumkan kepada semua Raja tentang tarikh pemilihan serta pengesahan
tiap-tiap orang Raja sama ada mereka bersedia untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dikehendaki menyediakan senarai Raja mengikut


susunan ke kanan bagi Raja yang telah menyatakan persetujuan untuk dilantik menjadi Yang di-
Pertuan Agong. Beliau juga bertanggungjawab menyediakan kertas undi yang mengandungi
nama Raja-Raja yang layak dan sedia dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong. Setelah
pengundian dijalankan, beliau dikehendaki memaklumkan keputusan mesyuarat dan mendapat

15
pengesahan sama ada Raja tersebut sanggup memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Sekiranya sanggup, Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan dilantik oleh majlis Raja-Raja dan
keputusan pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baru akan dimaklumkan kepada Dewan
Negara dan Dewan Rakyat.

Tugas lain yang perlu dijalankan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja termasuklah
memanggil mesyuarat dari semasa ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong atau Majlis
Raja-Raja. Beliau juga bertanggungjawab dalam mencatat dan menyimpan minit-minit
mesyuarat Majlis Raja-Raja. Setiap dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja
mesti mempunyai cop Mohor Besar dan tanda tangan Penyimpan Mohor Besar di samping tarikh
dan tempat dokumen berkenaan dikeluarkan. Mengumumkan keputusan Majlis Raja-Raja, tarikh
umat Islam berpuasa, tarikh Hari Raya Aidilfitri dan tarikh hari Raya Aidiladha juga merupakan
tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh Penyimpan Mohor besar Raja-Raja.

4.3 Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Malike Ibrahim (2012), Majlis Raja-Raja mempunyai hubungan secara langsung
dengan Yang di-Pertuan Agong dan institusi beraja di negara ini. Di samping urusan pelantikan
dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja berkuasa untuk mengenakan kawalan
terhadap baginda sebelum baginda meninggalkan persekutuan dalam tempoh melebihi lima belas
hari kecuali untuk tujuan lawatan rasmi. Majlis Raja-Raja boleh mengawal pergerakan baginda
iaitu baginda perlu meminta izin majlis sebelum meninggalkan negara. Perkara ini boleh
dikatakan sebagai satu sebab kepada Raja-Raja untuk enggan menerima jawatan Yang di-Pertuan
Agong pada tahun-tahun awal selepas merdeka.

Undang-undang yang berkaitan dengan fungsi Yang di-Pertuan Agong iaitu Ordinan
Yang di-Pertuan Agong (Menjalankan Tugas-Tugas) 1957 telah diluluskan oleh Parlimen setelah
mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja. Berkaitan dengan pemecatan Yang di-Pertuan
Agong, perlembagaan menetapkan bahawa pemecatan boleh dilakukan jika mendapat sokongan
sekurang-kurangnya lima daripada sembilan orang anggota Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja
boleh memecat Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa dan atas apa jua alasan yang

16
munasabah. Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan mengenai prosedur, jenis kesalahan yang
membawa kepada pemecatan itu dan siapa yang boleh membuat aduan tentangnya. Sekiranya
Yang di-Pertuan Agong dituduhkan atas sesuatu kesalahan dalam Mahkamah Khas (Raja-Raja),
baginda hendaklah berhenti daripada menjalankan tugas-tugasnya.

4.4 Majlis Raja-Raja dan Institusi Diraja

Peranan yang terpenting Majlis Raja-Raja adalah sebagai pihak yang berkuasa dalam
mempertahankan segala keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja daripada
dikurangi oleh Parlimen. Kuasa ini telah terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan sejak
tahun 1957 lagi yang menetapkan bahawa mesyuarat Majlis Raja-Raja boleh diadakan untuk
membincangkan tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja. Hal ini
kerana kita sudah sedia maklum bahawa sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi Raja
merupakan lambang kedaulatan negara kita dan kedaulatan ini dipertahankan oleh Majlis Raja-
Raja. Selain itu, menurut Hasnah Hussin (2007), Majlis Raja-Raja mempunyai satu badan khas
ygn bertindak untuk memelihara hak istimewa orang Melayu. Hal ini bermakna, jika berlaku
apa-apa perubahan tentang kedudukan orang Melayu maka perkara tersebut perlu dibincangkan
terlebih dahulu di majlis ini.

Mengikut pandangan Malike Ibrahim (2012), raja-raja yang menjadi ahli Majlis Raja-
Raja boleh dalam keadaan tertentu mengambil alih kuasa pengampunan di peringkat negeri.
Majlis juga diberi kuasa untuk melantik pengerusi badan pengampunan apabila ia melibatkan
putera atau puteri Yang di-Pertuan Agong itu sendiri. Hal ini penting bagi menjamin keadilan
dan merelevankan institusi tersebut. Di samping itu, majlis juga memberikan kuasa untuk
menamakan hakim dalam mahkamh khas yang diberi kuasa untuk membicarakan Raja-Raja.
Kuasa-kuasa ini telah dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1993. Perkara
ini bertujuan untuk menjadikan Majlis Raja-Raja bertindak sebagai pengawas raja-raja bagi
mengawal gejala negatif agar institusi berraja tidak dilihat tidak relevan dan membebankan.

Majlis Raja-Raja boleh mengambil alih kuasa agama daripada Raja-Raja Melayu dalam
keadaan tertentu. Majlis penting dalam penyelarasan hal agama Islam di seluruh Malaysia kerana
undang-undang Islam digubal oleh Dewan Undangan negeri dan dikuatkuasakan oleh kerajaan

17
negeri. Maka, akan timbullah ketidakseragaman jika penyelarasan tidak dilakukan. Sebagai
contoh, Perlembagaan menyebut bahawa sekiranya Majlis Raja-Raja memutuskan bahawa
sesuatu perbuatan atau perayaan Islam itu disambut diseluruh negara maka Raja-Raja hendaklah
memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili mereka agar tidak berlaku
kekeliruan dalam soal agama.

5.0 CONTOH KES

5.1 Kes Saman Tengku Muhammad Fakhry

Mahkamah Tinggi menetapkan 8 April bagi pengurusan kes dalam permohonan


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Sultan Ismail Petra untuk membatalkan
saman oleh adindanya Tengku Muhammad Fakhry berhubung milikan kereta buatan Bentley
model Brooklands berharga S$706,880 (RM1,689,530). Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah
Tinggi menetapkan tarikh itu selepas berjumpa peguam P.Vadivu yang menyebut bagi pihak
peguam Mohd Haaziq Pillay yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry dan Farah Syuhadah
Razali bagi Tengku Muhammad Faris. Mohd Haaziq berkata mahkamah memerintahkan pihak
plaintif (Tengku Muhammad Fakhry) mengemukakan afidavit balasan kepada mahkamah
sebelum atau pada 12 Mac berhubung permohonan Tengku Muhammad Faris bagi membatalkan
saman itu.

Pada 9 Sept, 2009, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman pemula itu dan
menamakan kekandanya sebagai defendan, memohon antaranya deklarasi bahawa kereta
berwarna biru dengan nombor pendaftaran DBG 1 itu telah dibeli bagi pihak atau untuk
kegunaannya atau ayahandanya, justeru kereta tersebut adalah kepunyaannya.
Baginda juga memohon deklarasi bahawa baginda adalah secara mutlak berhak terhadap
kenderaan itu, deklarasi bahawa defendan (Tengku Muhammad Faris) adalah tidak berhak
kepada kereta itu dan penahanan kereta itu oleh defendan adalah tidak sah. Tengku Muhammad
Fakhry juga memohon deklarasi bahawa baginda berhak mengambil semula kereta itu di mana ia
berada atau dijumpai dan Tengku Muhammad Faris dihalang sama ada secara sendiri atau oleh
pekerjanya daripada menuntut milikan kereta itu tanpa izin dan pengetahuannya.

18
Tengku Muhammad Fakhry dalam afidavitnya bagi menyokong saman pemulanya
berkata segala urusan rasmi perjanjian dan pembelian kereta itu pada sekitar September 2008,
dilakukan antaranya dengan penjual kereta itu, Malayan Motors. Baginda berkata pada 24 Sept,
2008, kereta itu telah dihantarserahkan dari London kepada Sultan Kelantan yang didaftarkan
atas nama Sultan Kelantan. Tengku Muhammad Fakhry berkata sejak ketibaan kereta itu,
kenderaan berkenaan pada setiap masa berada dalam milikan dan posesi eksklusifnya bagi
kegunaannya di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu dan juga di kediamannya, di Dua
Residency, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Baginda berkata pada 18 Julai 2009, semasa kereta
itu berada di Dua Residency, defendan melalui ejen atau pekerjanya tanpa pengetahuan dan
kebenarannya telah mengambil kereta itu semasa baginda berada di luar negara dan membawa
pulang kereta itu balik ke Istana Mahkota.

Tengku Muhammad Fakhry juga memohon deklarasi bahawa baginda berhak mengambil
semula kereta itu di mana ia berada atau dijumpai dan Tengku Muhammad Faris dihalang sama
ada secara sendiri atau oleh pekerjanya daripada menuntut milikan kereta itu tanpa izin dan
pengetahuannya. Baginda berkata resit yang dikeluarkan untuk pembelian kereta itu dan pemilik
berdaftar kereta itu juga adalah atas nama Sultan Kelantan. Pemangku Raja itu berkata Tengku
Muhammad Fakhry tidak mempunyai kuasa dan hak undang-undang untuk memasuki apa-apa
perjanjian bagi pihak Sultan Kelantan. Baginda berkata deklarasi yang dipohon Tengku
Muhammad Fakhry bahawa baginda adalah pemilik benifisiari terhadap kereta itu sepatutnya
dipohon terhadap pemilik berdaftar kenderaan itu iaitu Sultan Kelantan.

5.2 Kes Cerai Tunku Puan Zanariah

Bekas Sultanah Johor, YAM Tunku Puan Zanariah melalui Tetuan Kamar Ainiah, Raziff
dan Zashidi telah mefailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Baharu untuk
mengetepikan perintah Mahkamah Syariah yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum
Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail telah menceraikan YAM Tunku
Puan. Permohonan difailkan pagi semalam jam 10:00hrs di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi
Syariah Johor Baharu di Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, Lot 259 Jalan Abu

19
Bakar, Johor Baharu, Johor. Peguam yang mewakili Tunku Puan Zanariah, Kamar Ainiah
Kamarulzaman dalam kenyataanya memaklumkan bahawa permohonan tersebut adalah untuk
mengetepikan dan membatalkan perintah Mahkamah Rendah Syariah menerusi saman
bernombor 01001-054-2025-2010 yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan
Johor telah menceraikan Tunku Puan Zanariah pada 23 Januari 2009 dan rujuk yang dilafazkan
pada minggu berikutnya adalah tidak sah. 

Tambah beliau lagi, permohonan tersebut dibuat dengan alasan bahawa penghakiman
Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bertarikh 30 September 2010 dalam kes saman
berkenaan adalah menyalahi hukum syarak dan undang-undang serta menyalahi tatacara
Mahkamah Syariah. Perintah tersebut tambahnya lagi telah menamakan Almarhum sebagai
plaintif walaupun semasa hayat baginda, Sultan Iskandar tidak pernah membuat apa-apa
permohonan untuk mengesahkan dakwaan cerai tersebut. Almarhum dan YAM Tunku Puan
Zanariah telah hidup bersama sebagai suami isteri yang sah dengan aman sehingga kemangkatan
baginda pada 22 Januari 2010. 

Menurut Kamar Ainiah lagi, "Walaupun Tunku Puan Zanariah dinamakan sebagai
defendan di dalam kes saman tersebut, Tunku Puan Zanariah tidak pernah dimaklumkan atau
menerima apa jua kertas klausa kes tersebut dan hanya mengetahui penghakiman mahkamah
serta dakwaan cerai tersebut pada 22 Ogos 2013 menerusi surat yang dihantar oleh Mufti
Johor,". Kamar Ainiah mendakwa bahawa, daripada surat mufti tersebut, adalah jelas bahawa
jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah menyalah guna kuasa apabila membuat fatwa pada 06
Ogos 2010 iaitu lapan bulan selepas kemangkatan Almarhum bahawa Almarhum  dan Tunku
Puan Zanariah telah sah bercerai talak tiga pada 23 Januari 2009 dan rujuk Almarhum adalah
tidak sah. Menteri Besar Johor pada ketika itu telah mengutus surat kepada Tunku Puan Zanariah
pada 09 Disember 2010 menyatakan bahawa gelaran Yang Maha Mulia Sultanah dibatalkan dan
Tunku Puan Zanariah langsung tidak mengetahui mengenai keputusan Menteri Besar sehingga
dimaklumkan menerusi surat mufti lebih tiga tahun berikutnya.

5.3 Penceraian DYMM Sultan Ismail Petra dengan Cik Puan Elia Suhana Ahmad

20
Pada 5 Disember 2010, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menolak pengesahan cerai
talak tiga DYMM Sultan Ismail terhadap isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad.
Penceraian difailkan oleh plaintif, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman pada 9 Mac 2010
selepas Sultan Kelantan didakwa telah melafazkan cerai berkenaan ketika baginda masih dirawat
di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada 12 Februari di hadapan beberapa saksi.

Walau bagaimanapun, plaintif boleh membuat rayuan berhubung keputusan ini dalam
masa 14 hari. Plaintif bersama peguam beliau Encik Zainul Rizal kemudiannya menyerahkan
keputusan mahkamah itu kepada seorang wakil Istana Mahkota untuk disembahkan kepada
baginda. Hakim Syarie Abdullah Man dalam penghakimannya telah mengambil kira tiga alasan
penting yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah termasuk isu yang ditimbulkan pihak
plaintif dan defendan iaitu sama ada pihak ketiga boleh memohon bagi pengesahan lafaz cerai,
apakah plaintif mempunyai saksi yang mencukupi dan apakah yang berlaku di Istana Mahkota
antara Yang Arif Hakim Abdullah Man dan baginda boleh diterima mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu memaklumkan bahawa mahkamah


mendapati plaintif gagal mengemukakan saksi yang mencukupi ketika mendengar lafaz
berkenaan di samping tiada saksi lain ketika beliau mengadap baginda di Istana Mahkota pada 30
November 2010. Oleh itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Yang Arif Hakim
Abdullah Man memutuskan bahawa Cik Puan Elia Suhana binti Ahmad kekal sebagai isteri yang
sah kepada Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra.

5.4 Kerabat Diraja Johor Dihukum Penjara

Seorang kerabat Diraja Johor bersama dua orang lagi dijatuhkan hukuman penjara empat
tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas tuduhan mencederakan bekas peninju dalam satu
pergaduhan. Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman selepas mendapati Tunku Nick
Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 22 bersama Mohd Arif Husin, 35 dan Alex Foo Hee Wee,
41 didapati bersalah mencederakan Mohammad Farkhan Haron di Jalan Molek 3/2 Taman
Molek, Johor Bharu antara jam 4.30 pagi sehingga 7.00 pagi pada 6 Mei 2012.

Dalam insiden tersebut, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan


kecederaan parah terhadap mangsa sehingga menyebabkan tulang pipi mangsa patah dan

21
kecederaan di tulang rusuk. Sebelum kejadian itu, mangsa dikatakan menerima panggilan telefon
daripada salah seorang suspek yang meminta beliau datang ke rumahnya. Sejurus sampai di
rumah berkenaan, Farkhan terus diserang sekumpulan enam orang menggunakan senjata seperti
kayu dan besi. Insiden ini menyebabkan beliau cedera parah dan tidak dapat menyertai Sukan
Olimpik London 2012. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan. Hakim
juga menolak rayuan untuk menangguhkan hukuman kepada ketiga-tiga tertuduh bagi memberi
laluan kepada tertuduh untuk menunaikan ibadah puasa.

Ketiga-tiga tertuduh telah disabitkan atas kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara
selama empat tahun oleh Mahkamah Seksyen Johor baru yang dihakimi oleh Hakim Zamri
Bakar bermula 29 Jun 2013.

5.5 Penghinaan YDPA di Laman Sosial

Pihak berkuasa digesa bertindak tegas terhadap pemilik akaun Facebook atas nama
‘Chandra Lawan Tetap Lawan’ berikutan penghinaan yang menjadikan Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, sebagai sasaran. Gesaan itu dibuat Persatuan Pegawai
Tadbir Negeri Kedah (PPTNK), Alumni Pegawai Tadbir Negeri Kedah dan Kesatuan Penghulu/
Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Kedah, yang menyifatkan perbuatan itu
provokasi melampau yang mencabar institusi diraja serta seluruh rakyat negara ini. Setiausaha
Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali, yang mewakili pertubuhan terbabit,
berkata pihaknya mengecam tindakan pemilik akaun Facebook terbabit yang disifatkan sudah
sampai ke tahap maksimum dan perlu dihentikan demi menjaga kedaulatan Raja-Raja.

Sekurang-kurangnya sembilan laporan polis dibuat di Kedah, susulan tindakan


penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, oleh laman
Facebook 'Chandra Lawan Tetap Lawan. Antaranya membabitkan PPTNK; Majlis Kerabat
Diraja Kedah (MKD); Pergerakan Pemuda UMNO Kedah; Pertubuhan Peribumi Perkasa
(PERKASA); Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan
Perpaduan, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Kedah; Pertubuhan Ikatan Usahawan
Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan
Negeri Kedah.Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap

22
pihak yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
menerusi laman sosial Facebook.  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan
bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi
menjalankan siasatan lanjut terhadap individu yang dikatakan terlibat dalam kegiatan itu.Pada
jam 9.30 pagi itu, Polis Diraja Malaysia telah membuat tangkapan terhadap seorang wanita ,
Melissa Gooi, yang berusia 32 tahun di Taman Nirwana Ampang, Selangor. Tangkapan
dilakukan bersabit dengan siasaatn di bawah Seksyen 491 Akta Hasutan 1948.Polis Kuala
Lumpur juga meminta penama-penama berikut tampil membantu siasatan :

1. WEENNEE TAN
2. SHUH CHIEN LOO
3. HUN KEAT WONG
4. CAROL TAY

5.6 Mahkamah Khas Arah Tuanku Ja’afar Bayar Standard Chartered RM3.5 Juta

Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad hari ini membenarkan jurufoto dan
jurukamera media merakam prosiding Mahkamah Khas yang membicarakan kes Standard
Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) menentang Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Jaafar bekas YDPA yang ke 10.Mahkamah Khas hari ini mengeluarkan perintah
terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman supaya
melunaskan bayaran kira-kira RM3.5 juta kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
berhubung pengeluaran kredit berdokumen sembilan tahun lalu.

Mahkamah Khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan kerabat diraja hari
ini mengarahkan Tuanku Ja’afar, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, membayar AS$1 juta
kepada Standard Chartered selepas memutuskan baginda perlu mematuhi termaterma dalam surat
kredit.Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, yang bersidang bersama Hakim Besar
Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard
Malanjum dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli
Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan saman yang dikemukakan bank berkenaan
terhadap Tuanku Ja’afar.Mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Ja’afar terhadap

23
bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk
melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.Saman itu
dikemukakan selepas kerabat diraja itu telah, pada atau sekitar 12 Februari 1999, memperoleh
menerusi Standard Chartered, surat kredit (SBLC) tunggu sedia bernilai AS$1 juta untuk
Connecticut Bank of Commerce (CBC) di Amerika Syarikat bagi kemudahan kredit yang akan
diberikan oleh CBC kepada sebuah syarikat AS yang dikenali sebagai Texas Encore LLC
(TEC).Menurut peguam bank ,Robert Lazar bank berkenaan berhak mengeluarkan jumlah
terbabit daripada akaun simpanan tetap Tuanku Ja’afar.Pada 21 Julai lalu, Mahkamah Khas yang
mendengar isu raja-raja, buat kali pertama bersidang bagi mendengar tuntutan saman terhadap
Tuanku Ja’afar oleh Standard Chartered Bank.Baginda disaman oleh bank berkenaan kerana
gagal mematuhi akujanji yang terkandung dalam terma-terma permohonan kredit
tersebut.Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-10 ketika kejadian yang didakwa
berlaku dalam tuntutan saman tersebut iaitu pada awal 1999.

5.7 Kes Douglas Gomez

Pada akhir tahun 1992, dua kes serangan berasingan oleh Sultan dan puteranya Tunku
Abdul Majid Idris terhadap jurulatih hoki, memuncak dengan pelucutan kekebalan raja-raja dari
pendakwaan. Kedua-dua kes ini banyak disiarkan di muka depan akhbar tempatan dan
antarabangsa lalu diberi jolokan "Peristiwa Gomez".Pada 10 Julai 1992, putera kedua Sultan
Iskandar, Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid Idris, naik berang ketika berakhirnya
perlawanan hoki antara Johor dan Perak yang memihak kepada Perak dengan pukulan penalti,
lalu menyerang penjaga gol Perak, Mohamed Jaafar Mohamed Vello. Mohamed Jaafar
kemudiannya membuat laporan polis pada 30 Julai. Kejadian ini menarik perhatian ramai, lebih-
lebih lagi dibahaskan dalam parlimen. Kejadian ini menyebabkan Persekutuan Hoki Malaysia
mengenakan larangan daripada menghadiri mana-mana perlawanan kepada Tunku Majid selama
lima tahun selepas siasatan. Tunku Majid kemudiannya disabitkan kesalahan menyerang pada
Januari 1993, oleh itu dipenjarakan setahun dan didenda RM 2,000, sebelum dibebaskan dengan
ikat jamin, dan tuduhan-tuduhannya digugurkan atas sebab kekebalan yang masih sah
diperlakukan sewaktu kejadian tersebut.

Sultan Iskandar membalas larangan tersebut dengan menggesa pihak berkuasa negeri
agar memencilkan pasukan hoki Johor dari semua perlawanan kebangsaan.Pada November 1992,

24
Douglas Gomez, seorang jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar, meluahkan
kekesalan kerana dipanggil untuk menarik diri daripada perlawanan separuh akhir oleh Pengarah
Jabatan Pendidikan Johor. Sultan Iskandar tertarik lalu menitah Gomez untuk menghadap
baginda di Istana Bukit Serene tetapi kemudian menyelar dan menyerangnya. Selepas itu, Gomez
merawat muka dan perutnya, kemudian membuat laporan polis untuk mendakwa Sultan kerana
menyerangnya. Gomez menjelaskan bahawa para pengawal peribadi Sultan, selaku anggota
Angkatan Tentera Johor, sekadar memerhati, sebaliknya Sultan sendiri yang bertanggungjawab
sepenuhnya atas kecederaan yang dialaminya.

Kejadian serangan ini mencetuskan kemarahan rakyat sehingga semua peringkat kerajaan
sehingga pangkat tertinggi kerajaan persekutuan digesa agar menyiasatnya. Pada akhir tahun
1992, dan juga awal tahun 1993, tersiarnya berpuluh-puluh artikel berita yang menyebut
dakwaan salah laku kerabat diraja beberapa negeri, khususnya Sultan Iskandar sendiri.
Kebanyakan dakwaan salah laku tersebut termasuk pengenaan denda yang jauh melebihi
ketentuan undang-undang, terhadap sesiapa yang menghalang kereta Sultan. Apapun Sultan
Iskandar memikul segala padah yang timbul akibat semua dakwaan salah laku jenayah tersebut
walaupun kebanyakannya dilakukan oleh ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Akibat daripada kecaman yang disiarkan oleh pihak akhbar menggesa para ahli Dewan
Rakyat agar mengadakan sidang khas pada 10 Disember 1992. Kesemua 96 ahli parlimen yang
hadir pada hari itu sebulat suara meluluskan ketetapan yang menyeru agar tindakan diambil
untuk menyekat kuasa raja-raja sekiranya perlu. Ketika persidangan ini, para ahli mendedahkan
rekod jenayah lepas mengenai Sultan Iskandar dan dua puteranya yang terlibat dalam sekurang-
kurangnya 23 kes serangan dan pematian orang, lima daripadanya dilakukan oleh Sultan selepas
tahun 1981, dua kes oleh Tunku Mahkota dan tiga kes oleh Tunku Bendahara.

Rang undang-undang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara masing-masing
pada 19 dan 20 Januari 1993.Rang undang-undang yang berusul melucutkan kekebalan ini
diluluskan oleh enam daripada sembilan raja , namun menghadapi tentangan hebat daripada tiga
raja yang lain, termasuk Sultan Iskandar sendiri. Sultan Iskandar mengambil inisiatif untuk
meraih sokongan diraja untuk menghalang pelaksanaan usul tersebut. Rang undang-undang yang
berusul melucutkan segala kekebalan dari para raja dan ahli kerabat diraja, menjadikan mereka

25
boleh didakwa mengikut undang-undang bila-bila masa timbulnya salah laku jenayah yang
terbukti.

Sultan Iskandar hendak menganjurkan perarakan di luar istana dengan tujuan meraih
sokongan awam untuk menghalang pelaksanaan rang undang-undang tersebut, tetapi terpaksa
membatalkannya setelah menerima tekanan hebat dari kerajaan. Laporan yang dibuat ketika
perarakan tersebut menyebut tentang Sultan Iskandar menyeru semua pegawai awam negeri
untuk memulaukan majlis-majlis anjuran negeri dan persekutuan sebagai tanda sokongan
terhadap tindakan baginda.Sementara itu, kerajaan persekutuan masih menekan raja-raja agar
memperkenankan rang undang-undang itu sampai dapat setelah dilakukan beberapa semakan.
Selepas itu, rang undang-undang tersebut ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan pada Mac
1993.Rang undang-undang ini membolehkan raja-raja yang menyalahi undang-undang
dikenakan dakwaan, manakala Akta Hasutan 1948 turut dipinda untuk membolehkan orang
awam mengkritik raja-raja. Mahkamah khas ditubuhkan dengan Ketua Hakim Negara sebagai
pengerusi untuk memberi kuasa mendakwa ahli-ahli kerabat diraja.

Sultan Iskandar dan ahli keluarga baginda tidak didakwa bagi pelanggaran lalu mereka
terhadap undang-undang atas alasan bahawa kekebalan diraja masih berlaku ketika kejadian
berlaku.Walau bagaimanapun, tidak lama selepas kejadian itu, Sultan Iskandar telah digesa untuk
mengambil langkah-langkah untuk memulihkan imejnya di mata masyarakat awam, yang lebih
atau kurang tercemar oleh kejadian itu. Dalam ucapan awam sejurus selepas kejadia itu, Sultan
muncul dengan gaya agak lebih merendah diri, merayu kepada rakyat Johor untuk mengekalkan
kesetiaan mereka kepadanya.Peristiwa Gomez juga membawa kepada kajian dan cadangan oleh
Kerajaan Persekutuan pada Ogos 1993 untuk membubarkan Askar Timbalan Setia meskipun
kemudian ditolak oleh kerabat diraja Johor.

26
6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sistem diraja yang diamalkan di negara kita merupakan warisan
daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu, Raja berkuasa penuh dalam segala
aspek namun setelah kedatangan penjajah, kuasa Raja-Raja hanya tertakluk dalam bidang agama
dan adat istiadat Melayu sahaja. Penubuhan Persekutuan Tanah MAPaelayu telah
mengembalikan semula keistimewaan Raja-Raja Melayu. Kini, Malaysia telah mengamalkan
sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di mana Yang di-
Pertuan Agong diletakkan sebagai ketua negara dan menjadi lambang kedaulatan negara kita.
Sistem pemerintahan ini juga terdiri daripada sebuah badan yang berkuasa iaitu Majlis Raja-
Raja. Majlis yang dianggotai oleh Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa
budi bicaranya seperti yang ditetapkan dalam Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Ia juga
merupakan badan yang penting dalam mempertahankan segala keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja. Majlis Raja-Raja ini mempunyai hubungannya secara
langsung dengan Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja di negara kita agar sistem
pemerintahan negara berjalan dengan lancar seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan
Persekutuan.

27
28

You might also like