You are on page 1of 31

AMALAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID DALAM


MENINGKATKAN DISIPLIN PELAJAR

MOHAMAD AKBAL BIN ABDUL MUTALIB

Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan


Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2013
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAJUK : AMALAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN


GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
DALAM MENINGKATKAN DISIPLIN PELAJAR.

Saya MOHAMAD AKBAL BIN ABD MUTALIB SESI PENGAJIAN : 2010 – 2013

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi Pengajian Tinggi.
4. ** Sila tandakan (  )

SULIT (Mengandungi maklumat yang


berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang
termaktub di dalam AKTA RAHSIA
RASMI 1972)

TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang


telah Ditentukan oleh organisasi/badan di
mana Penyelidikan dijalankan.

 TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)


Alamat Tetap:
10 Jalan Utama 5 Dr. Lokman Bin Mohd Tahir
Taman Pontian Utama, Tarikh : 27 Jun 2013
82000 Pontian Johor.
Tarikh : 25 Jun 2013

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)”

Tandatangan : …………………………………………………
Nama Penyelia : Dr. Lokman Bin Mohd Tahir
Tarikh : 27 Jun 2013
AMALAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID DALAM MENINGKATKAN
DISIPLIN PELAJAR

MOHAMAD AKBAL BIN ABDUL MUTALIB

Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah


Sarjana Pendidikan (Pengurusan Dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2013
ii

“Saya mengakui karya tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………....

Nama Penulis :MOHAMAD AKBAL ABDUL MUTALIB


Tarikh : 26 Jun 2013
iii

Dedikasi yang tidak terhingga ditujukan kepada:

Isteri tercinta, Supiatun Binti Md Halid


Anak-anak,
Muhammad Irfan Azfar
Muhammad Hazman Azfar
Nur Azhan Azfar
iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan


penghargaan yang tidak terhingga dan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelia
kajian iaitu Dr. Lokman Bin Mohd. Tahir di atas kesabaran beliau untuk memberi
tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, motivasi, idea dan cadangan yang membina di
samping tidak jemu memberikan bantuan sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pensyarah atas segala
bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang program pengajian dijalankan, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran
Daerah Pontian, guru besar dan guru-guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, guru-
guru disiplin, guru-guru kaunseling Daerah Pontian serta rakan-rakan sekalian kerana
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi bantuan kepada saya untuk
menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali ucapan terima kasih teristimewa untuk keluarga tercinta kerana
keprihatinan, galakan dan sokongan yang tidak berbelah bagi diberikan kepada saya
serta memahami kesulitan yang saya hadapi semasa menjalankan kajian.

Jasa baik, kerjasama dan pengorbanan daripada semua pihak amat saya hargai
dan sanjung tinggi. Dengan ini, saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.
v
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah amalan tingkahlaku dan gaya
kepemimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah daerah Pontian.
Kajian ini juga dapat mengenalpasti tentang gaya kepemimpinan seorang Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid berdasarkan empat kerangka yang dinyatakan Bolman dan Deal
(2003). Sampel dipilih dalam kalangan Guru Disiplin dan Guru Kaunseling di sekolah
kebangsaan daerah Pontian. Tujuan pemilihan sampel ini adalah untuk meneliti penilaian
Guru Kaunseling dan Guru Disiplin terhadap tingkahlaku dan gaya kepemimpinan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada kaunselor dan guru disiplin. Hasil
dapatan menunjukkan bahawa Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah
mengamalkan sekurang-kurangnya dua daripada keempat gaya kepemimpinan yang
diperkatakan oleh Bolman dan Deal. Kajian ini juga bertujuan menganalisis amalan
pengurusan pengurusan disiplin. Dari segi elemen pengurusan disiplin, semua aspek
dalam pengurusan disiplin menunjukkan tahap yang tinggi. Seramai empat orang Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dipilih. Selain itu kajian ini juga mengkaji keperluan
latihan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Hasil kajian mendapati guru-
guru memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Kajian berkaitan latihan pula mendapati Guru Penolong Kanan kurang diberi latihan
dalam pengurusan hal ehwal murid. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan
kepada pihak yang terlibat untuk memantapkan lagi perlaksanaan pengurusan yang
berkaitan pada masa hadapan dan seterusnya melahirkan sekolah yang berkualiti dan
berwawasan. Cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan
penambahbaikan.
vi
ABSTRACT

The main objective of this survey is to evaluate the action and leadership style of a
Student Affairs Senior Assistance Teacher of a school in the district of Pontian. It will also
identify whether his/her action and leadership style has the similiarity in either one, two or all
four guidelines stated by Bolman and Deal (2003). Samples are selected from the Discipline
and Counselling teachers of school in Pontian. The main objective for choosing these samples
is to evaluate the survey and this is being made by a Discipline and Counselling teacher.
Datas from questionaires that are being arranged as a survey instrument are collected and
compiled. From the result gathered, it clearly shows the action and leadership of the Student
Affairs Senior Assistance Teacher complies with at least two out four Bolman’s and Deal’s
guidelines. Disciplinary management level and its procedures are also being identified. From
the element aspects the survey shows that a high level of disciplinary management has been
achieved. This survey is intended to be use as guideline to all those involve with the
disciplinary management in the future to ensure all implementations will result in schools
with high qualities and visions. Additional proposals and recommendations for future surveys
are included with the intention for more improvements. The other method used in this survey
was the personal interviews to gauge the level of assistance and cooperations given by the
other teachers towards the Senior Assistance teacher. Four Student Affairs Senior Assistance
teacher were being identified. Good response and cooperations were received by the Senior
Assistance teacher. As for the training subject, result from the survey indicated that the Senior
Assistance teacher is lacking in the students affairs training and should be given more
chances. Finally results from the survey are hope to be as a guideline in the future to all those
concern in order to achieve school with high visions and qualities.
vii
SENARAI KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI SINGKATAN xi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Matlamat Pengurusan Hal Ehwal Murid
Kementerian Pelajaran Malaysia 2
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Kepimpinan 13
1.8.2 Pengurusan 14
1.8.3 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 15
1.8.4 Disiplin 15
1.8.5 Pelajar 16
1.9 Kesimpulan 16
viii
2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 17
2.2 Konsep Kepimpinan 17
2.3 Pendekatan Kerangka Kepimpinan
Bolman Dan Deal 18
2.3.1 Kajian Berkaitan Model Bolman Dan Deal
(1991; 2003) 22
2.4 Konsep Pengurusan Hal Ehwal Murid 26
2.4.1 Sejarah Perkhidmatan HEM/Personalia
di Sekolah 27
2.4.2 Rasional perkhidmatan Hal Ehwal Murid
di Malaysia 28
2.4.3 Falsafah dalam Fungsi Pengurusan
HEM Di Sekolah 29
2.4.4 Prinsip dan Strategi Pengurusan HEM
di Sekolah 31
2.5 Kesimpulan 32

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Prosedur Kajian 36
3.4 Lokasi Kajian 38
3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 38
3.6 Soal Selidik 39
3.7 Instrumen Dan Alat Kajian 40
3.7.1 Soal selidik 40
3.7.2 Temubual 43
3.8 Analisis Data 44
3.8.1 Statistik Deskriptif 44
ix
3.8.2 Temubual 45
3.9 Takwim Penyelidikan 48
3.10 Kajian Rintis 50
3.11 Kebolehpercayaan Dan Kesahan 50
3.11.1 Keesahan 51
3.11.2 Kebolehpercayaan Instrumen 52
3.12 Tatacara Pemungutan Data 53
3.13 Kesimpulan 54

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 55
4.2 Latar Belakang 55
4.3 Amalan Kepimpinan Guru
Penolong Kanan HEM 57
4.4 Pengurusan Disiplin 61
4.5 Analisis Temu Bual 65
4.5.1 Analisis Latar Belakang Responden 65
4.6 Analisis Dapatan Temu Bual 67
4.6.1: Pengetahuan Tentang Bidang Tugas
Guru PenolongnKanan Hal Ehwal Murid 68
4.6.2 : Latihan Dan Kursus Dalam Pengurusan
Hal Ehwal Murid 70
4.6.3 : Keperluan Latihan Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid 71
4.6.4 Tahap kerjasama guru terhadap Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid 72
4.7 Kesimpulan 74
x
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 75
5.2 Perbincangan 76
5.2.1 Amalan Kepimpinan Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid 76
5.2.2 Kepemimpinan Yang Sering Diamalkan 77
5.2.3 Kepemimpinan Yang Kurang Diamalkan 78
5.2.4 Pengurusan Disiplin 80
5.2.5 Keperluan Latihan Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid 81
5.2.6 Kerjasama Guru-guru Kepada Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal 83
5.3 Implikasi Kajian 84
5.3.1 Implikasi Kajian Kepada Dapatan Kajian 84
5.3.2 Implikasi Kepada Gaya Kepimpinan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 84
5.3.3 Implikasi Dalam Pengurusan Disiplin Pelajar 85
5.3.4 Implikasi Kepada Kementerian Pelajaran 85
5.3.5 Implikasi Kepada Pusat Latihan Kepemimpinan 86
5.4 Cadangan DanKajian Lanjutan 87
5.5 Rumusan 88
RUJUKAN 90

6 LAMPIRAN

A Surat Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan


Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 97
B Surat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia 98
C Protokol Temu Bual 99
D Transkrip Temu Bual 102
E Contoh Borang Soal Selidik 123
F Data SPSS 129
xi
SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Ringkasan Prosedur Pengendalian Kajian 36

3.2 Taburan Sampel Responden 37

3.3 Penentuan Darjah Penilaian Berdasarkan Min 44

3.4 Takwim Tindakan Penyelidikan 47

3.5 Nilai Alfa Rangka Kepimpinan 52

3.6 Nilai Alfa Pengurusan Disiplin 52

4.1 Analisis Latar Belakang Responden 55

4.2 Hasil analisis min, sisihan piawai dan tahap min bagi
amalan kepimpinan struktural 56

4.3 Hasil analisis min, sisihan piawai dan tahap min bagi
amalan kepimpinan sumber manusia 57

4.4 Hasil analisis min, sisihan piawai dan tahap min bagi
amalan kepimpinan politik 58

4.5 Hasil analisis min, sisihan piawai dan tahap min bagi
amalan kepimpinan simbolik 59

4.6 Rumusan Amalan Kepimpinan Guru Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid 60

4.7 Hasil analisis min, sisihan piawai dan tahap min bagi
amalan kepimpinan 61
xii
SENARAI SINGKATAN PERKATAAN

HEM Hal Ehwal Murid


IAB Institut Aminuddin Baki
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Package for Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam urusan pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar menjalankan


segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah apabila guru besar dan
penolong kanan tiada di sekolah. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mengajar
sebilangan waktu bagi mata pelajaran tertentu mengikut arahan guru besar dari
semasa ke semasa. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga bertanggungjawab
kepada pengetua dalam soal-soal kokurikulum, pendidikan jasmani, disiplin,
bimbingan kaunseling. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga
bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar adalah terjamin (Surat
Pekeliling Ikhtisas SPI Bil.9/2000;Panduan Keselamatan Diri Pelajar).

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga mengurus dan mengemaskini semua
buku rekod pendaftaran pelajar di sekolah. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
menyemak buku kedatangan harian pelajar dan memastikan butirannya dikemas
kini. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menguruskannya dengan kerjasama
guru-guru lain. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga menguruskan
pertukaran pelajar ke sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang tertentu.
2

Dalam urusan pelajaran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal menyemak buku,
kad kemajuan dan jadual pelajar. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menentukan
butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke sekolah lain itu
lengkap dan dikemaskini. Penolong Kanan Hal Ehwal murid juga menguruskan
surat akuan, sijil-sijil pelajar, membuat pengesahan dan pengedaran sijil berhenti
sekolah. Penolong Kanan Hal Ehwal murid juga bertanggungjawab menyediakan
anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama guru besar, penolong
kanan dan pembantu tadbir kanan sekolah. Dalam merancang dan menyediakan
takwim sekolah, pentadbir sekolah sentiasa memberi bantuan dan menentukan
pelaksanaan program aktiviti sepanjang tahun dapat dijalankan (Abdullah Sani,Abd
Rashid dan Abd Ghani 2007)

Selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, mereka mestilah memahami
diri pelajar sebagai organisme yang berkembang dan kompleks. Mereka
menghadapi pelbagai masalah dan cabaran yang kompleks dalam proses
perkembangan diri dan memerlukan bantuan serta bimbingan daripada guru-guru di
sekolah. Inilah yang menjadi tanggungjawab Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid (Azman,1999).

1.1.1 Matlamat Pengurusan Hal Ehwal Murid Kementerian Pelajaran


Malaysia

Masyarakat memerlukan sumber tenaga manusia yang berkualiti dan cemerlang


bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam masyarakat sama ada bekerja dalam
sektor awam, swasta atau bekerja sendiri. Sekolah mempunyai matlamat dan objektif
yang telah ditetapkan dari segi pencapaian akademik dan non-akademik. Pelajar-
pelajar dalam konteks ini dikehendaki berusaha bagi mencapai matlamat dan objektif
yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Sekolah dan pelajar-pelajarnya mesti
memainkan fungsinya dengan sebaik mungkin supaya proses pendidikan, penerapan
nilai-nilai dan sosialisasi dapat berjalan dengan baik dan lancar. Pengurus Hal Ehwal
Murid sebagai satu unit perlu memainkan fungsinya supaya sekolah berjalan dengan
lancar. Pelajar sebagai individu mempunyai objektf yang tertentu di dalam proses
3

pembelajaran di sekolah. Cita-cita dan harapan setiap pelajar perlu dipenuhi oleh
pihak sekolah sama ada bagi tujuan akademik mahupun kerjaya pada masa hadapan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengurusan Hal Ehwal Murid meliputi pengendalian sumber sama ada


manusia atau kewangan untuk mencapai matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan
Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan
jasmani. Dalam waktu yang sama juga ianya dapat memberikan rasa kepuasan,
semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam kalangan guru-guru yang
terlibat mengurus para pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah
diri. Segala tanggungjawab yang diberikan perlu dilaksanakan mengikut pekeliling
Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri. Oleh itu pengurusan hal
ehwal murid memerlukan perancangan dan pengelolaan yang kemaskini serta
mengikut perkembangan teknologi maklumat melalui penggunaan komputer bagi
memproses maklumat dan data murid (Kamarudin, 1995).

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dikurniakan dengan pelbagai


tanggungjawab. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah tidak hanya
mengajar tetapi juga merupakan pemimpin. Secara sedar atau tidak sifat
kepimpinan berkualiti bagi seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di
sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi bagi mewujudkan iklim pendidikan yang
mampu memacu kecemerlangan. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang
mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan
hubungan yang baik dengan kelompok yang dipimpin. Ibarat kepala memimpin
badan begitulah perumpamaan yang diberikan kepada pemimpin bagi mencernakan
ketokohan di dalam mengurus dan mengepalai sesebuah organisasi. Itulah jugalah
corak kepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan seorang pemimpin budiman
(Kamarudin, 1995).

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid perlu pengetahuan yang luas.
Pengetahuan tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran
pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuan semasa. Pengetahuan ikhtisas
4

pentadbiran pendidikan amat penting bagi memastikan komuniti pendidikan


dibawahnya seperti guru, kakitangan sekolah, serta murid dapat diurus dengan
sempurna dan selaras dengan keperluan semasa di samping memenuhi aspirasi
pendidikan negara. Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti psikologi dan
komunikasi amat diperlukan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di
sekolah bagi memastikan layanan dan kemesraan yang diwujudkan sesama ahli
komuniti berjalan dengan baik di samping dapat mengelakkan konflik. Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid harus mempunyai ketinggian peribadi.
Ketinggian peribadi yang dimaksudkan dari segi tutur kata bukan sahaja dari
santunan bahasa penuh hemah, malah mereka harus bijak untuk berkomunikasi
dengan semua peringkat umur. Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya
bersifat membina bukannya merendah-rendahkan martabat guru-guru lain.
Ketinggian peribadi juga boleh diukur dengan tingkah laku yang merendah diri
tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan kepada semua pihak tanpa
memilih bulu dan penuh hikmah.

Bagi menjadikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berkredibiliti


tinggi, mereka harus mempunyai kemahiran membimbing yang efektif. Kemahiran
membimbing ini penting bagi tujuan membantu guru-guru mencapai sasaran kerja
yang ditetapkan terutamanya dalam pengurusan hal ehwal murid. Guru penolong
Kanan Hal Ehwal Murid mampu untuk membimbing guru-guru bagi menjamin
kelangsungan budaya kerja berkualiti.

Pengurus Hal Ehwal Murid adalah pentadbir kanan di sekolah dan


hendaklah matang dan profesional untuk dilantik ke jawatan tersebut. Ramai yang
memiliki ijazah atau diploma dan berpengalaman memegang jawatan di sekolah
sebelum menjadi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Walau bagaimanapun
terdapat beberapa halangan dan kekangan yang wujud dalam menguruskan bidang
Hal Ehwal Murid yang perlu diatasi secara bijaksana menerusi pelbagai kaedah
pengurusan. Pelantikan jawatan Guru Penolong Kanan termasuk pelantikan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Malaysia, biasanya diberikan kepada guru
kanan yang berada pada penghujung perkhidmatan tanpa menilai sama ada mereka
mempunyai pengalaman dan ilmu tentang pengurusan sekolah atau sebaliknya.
5

Berdasarkan Hussein (2001), menjelaskan bagaimana guru yang dilantik


berdasarkan kekanan dalam organisasi sekolah tidak dapat menjamin kecekapan
dalam pengurusan organisasi sekolah tersebut. Bagi Robiah Sidin (1998), Ishak Sin
(2007) dan Zaharah Mokhtar (2002) telah menyatakan bahawa terdapat pentadbir
pendidikan yang tidak mempunyai latihan formal atau didedahkan kepada latihan
formal perjawatan yang disandang sedangkan ia amat perlu dalam menentukan
kecekapan pengurusan.

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa aspek latihan pengurusan juga turut
berperanan sebagai penyebab utama yang mempengaruhi keberkesanan
kepemimpinan di sekolah. Pengurus HEM mudah mengalami stres disebabkan
jangka masa bertugas yang panjang, sering menerima kritikan dan kurangnya
pemberian ganjaran (Kamariah 1995). Kebanyakan Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid sukar untuk bertukar jawatan dan memegang jawatan dalam jangka
masa yang agak panjang dan kurangnya jaminan keselamatan berkaitan jawatan
tersebut. Kesannya sesetengah pengurus HEM ini mengalami`burnout’, hilang
semangat, mengalami kesihatan yang buruk atau merasa seolah-olah mereka telah
gagal dalam menjalankan tugas sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(Kamaruzzaman, 2007.).

Sekolah khususnya pengurusan HEM sentiasa dibebankan dengan


tanggungjawab baru apabila wujud pelbagai masalah sosial di luar dengan segala
peraturan, program dan tindakan yang perlu dilaksanakan antaranya pihak sekolah
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kempen, pendidikan penyalahgunaan
dadah apabila kadar pengambilan dadah bertambah, pegawai penguatkuasaan
kesihatan apabila timbul isu merokok, guru diberi kuasa tambahan polis apabila
berlaku masalah jenayah remaja yang membimbangkan, dan lain-lain lagi.

Dalam pengurusan dalam pentadbiran seorang guru penolong kanan Hal


Ehwal Murid perlu mengurus proses-proses yang berhubungkait dengan
penyelesaian masalah pelajar, membuat sesuatu keputusan yang rasional berhubung
dengan disiplin pelajar, mengurus perhubungan sesama manusia melalui program di
bawah unit bimbingan dan kaunseling seperti program pembimbing rakan sebaya,
6

kursus motivasi dan kemahiran belajar serta mewujudkan komunikasi yang efektif
dalam kalangan guru dan para pelajarnya (Hailan dan Ahmad, 2010).

Bidang tugas dan tanggungjawab Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
terlalu luas untuk dilaksanakan. Pengurusan Hal Ehwal Murid merangkumi bidang-
bidang seperti, disiplin, bimbingan dan kaunseling, pentadbiran, kesihatan, buku
teks, biasiswa, Rancangan Awalan Makanan Permakanan, program susu,
perlindungan murid, keselamatan dan koperasi sekolah.

Setiap bidang tugas ini mempunyai objektif, dasar, pelaksanaan dan


kumpulan sasaran masing-masing. Berdasarkan senarai tugas yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran, pelbagai program dan aktiviti yang mesti dilaksanakan oleh
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi mencapai kecemerlangan murid
(Hailan dan Ahmad, 2010 ).

Di antara model-model program yang diarahkan ialah penyebaran


maklumat, menjalankan penyelidikan misalnya mengenai disiplin pelajar,
mengadakan kursus motivasi dan kemahiran belajar, bimbingan kerjaya dan
kaunseling, bimbingan kerohanian dan psikososial (perkembangan diri), latihan
kepemimpinan kepada pengurus dan pemimpin kelab atau persatuan, latihan
kejurulatihan dalam kalangan pelajar, program kesedaran keselamatan, program
keceriaan sekolah, program briged komuniti, program mencegah penyalahgunaan
dadah dan AIDS serta program pemulihan.

Beban tugas dan tanggungjawab seorang guru semakin rumit, kompleks dan
mencabar (Wan Ahmad Nasir, 1985). Perubahan-perubahan dalam sistem
pendidikan telah dilaksanakan sejak awal tahun 60-an. Setelah pengumuman
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelajaran pada tahun 1979 yang
menentukan beberapa garis panduan dan tindakan yang lebih teratur yang
merangkumi pelbagai aspek dan bidang dalam spektrum sistem pendidikan negara
( Hussein, 1992).
7

Perubahan pesat dalam arus reformasi pendidikan yang melanda alam


pendidikan masa kini tentunya menjadi cabaran utama kepada pentadbir sekolah.
Dalam era tahun 90-an, perubahan psikososial atau tingkah laku pelajar yang lebih
agresif, tegas dan devians telah menimbulkan beban tugas yang bertambah pada
Guru Penolong Kanan HEM apabila perlu mengajar dan juga menguruskan
kebajikan pelajar (Wan Ahmad Nasir, 1985)

Pengetua pada dasarnya ialah pemimpin utama dalam kurikulum, hal ehwal
murid dan ko-kurikulum. Sekiranya kepimpinan pengetua tidak berkesan sudah
pasti akan memberi implikasi terhadap pengurusan dalam sektor-sektor yang ada di
sekolah termasuk HEM. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tidak diberi
banyak peluang untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka sedangkan
cabaran pendidikan yang terpaksa dihadapi semakin kompleks dan tuntutan
terhadap kualiti semakin mendesak. Satu perkara yang perlu difikirkan ialah
kebanyakan pengurus HEM bukanlah dilatih secara formal dalam bidang berkenaan
sebaliknya dilantik berdasarkan kekananan dan prestasi kerja yang tinggi.
Akibatnya mereka terpaksa mempelajari kemahiran-kemahiran baru sendiri melalui
pekeliling, buku dan pengalaman diri sendiri dan penjawat lain. Justeru itu program
perkembangan profesional mereka haruslah diarah kepada mempertingkatkan
kemahiran untuk keberkesanan tugas HEM. Oleh itu latihan komprehensif
berkaitan pengurusan HEM perlu didedahkan kepada personel yang akan dilantik
ke jawatan berkenaan supaya wujud keberkesanan yang berkualiti apabila
malaksanakan tangungjawab berkenaan di sekolah (Azman 1993). Dalam Laporan
Mengenai Kedudukan Disiplin Murid yang dirumuskan oleh Jawatankuasa
Penasihat Disiplin Sekolah, Kementerian Pendidikan (1987), di antara perkara yang
wajar dan perlu diberi perhatian ialah masalah disiplin dalam kalangan murid
memerlukan kerjasama semua pihak dan tidak terbatas kepada tanggungjawab
sekolah atau ibubapa semata-mata. Realitinya tanggungjawab untuk mengawas dan
mengawal disiplin murid hanya dibebankan kepada guru penolong kanan HEM dan
guru disiplin semata-mata. Ramai guru lepas tangan dan tidak mengambil tahu
tentang tanggungjawab ini (Ahmad Jaffni, 1991).
8

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam organisasi pendidikan khasnya di sekolah ada beberapa isu yang timbul
berdasarkan persekitaran, suasana dan budaya sesebuah sekolah. Salah satu isu
ialah kepimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang kurang berkesan,
tidak proaktif dan kreatif. Perkara ini timbul kerana beberapa sebab tertentu di
antaranya ialah cara pelantikan mereka ke jawatan tersebut seperti mana yang
diamalkan oleh Kementerian Pelajaran. Pelantikan seseorang sebagai Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid biasanya berdasarkan “senioriti” dan tidak
mengambil kira prestasi kerja mereka atau pengetahuan mereka dalam pengurusan
atau pengalaman mereka dalam pengurusan.

Kebanyakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang dilantik tidak diberi
kursus atau pendedahan sebelum dilantik memegang jawatan tersebut. Jika sebelum
ini mereka tiada pengalaman dalam pengurusan dan hanya sebagai guru biasa yang
terus dilantik berdasarkan senioriti tentulah mereka kurang mantap dan cekap
dalam menguruskan sesebuah sekolah.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seharusnya merancang, memimpin,


mengelola dan mengawal organisasi sekolah dengan cara mengadakan mesyuarat
bersama-sama dengan guru-guru dan staf. Misi, visi, matlamat dan objektif
pengurusan hal ehwal murid hendaklah diputuskan bersama dengan guru-guru,
barulah guru-guru dan staf mempunyai semangat kekitaan atau kepunyaan. Mereka
akan merasakan bahawa mereka menyumbang kepada organisasi (Mohd. Sani,
2008 ).
9

1.4 Objektif Kajian

Objekif kajian adalah seperti berikut:


1. Mengenalpasti amalan kepimpinan Guru Hal Ehwal Murid di
sekolah.
2. Mengenalpasti amalan pengurusan disiplin yang dilaksanakan oleh
Guru Hal Ehwal murid berkesan.
3. Mengenalpasti sama ada latihan yang diberikan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
mencukupi dalam meningkatkan pengurusan pelajar.
4. Mengenalpasti tahap kerjasama guru terhadap Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik cuba untuk mendapatkan jawapan bagi


persoalan-persoalan kajian yang dinyatakan dibawah sebagai memenuhi
objektif kajian yang dijalankan iaitu:

1.Apakah amalan kepimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang
diamalkan di sekolah.
2.Apakah tahap pengurusan disiplin dilaksanakan oleh Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid.
3.Adakah latihan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mencukupi dalam
meningkatkan pengurusan pelajar.
4.Apakah tahap kerjasama guru terhadap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid.
10

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini memberikan persepsi tentang tanggungjawab Guru Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid. Bagi pentadbir, penolong kanan dan pendidik sangat
wajar mengikuti perkembangan ikhtisas serta keadaan pengetua dan guru penolong
kanan khususnya dan guru-guru umumnya di sekolah kerana golongan pendidik ini
ialah aset kepada organisasi pendidikan. Seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid yang gembira menjalankan tugasnya sebagai pengurus pendidikan di
samping mengajar dan berdedikasi akan memberi faedah kepada semua pelajar di
bawah pentadbirannya dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara (Nor Azizah
Salleh, 1991).

Kajian ini boleh memberikan gambaran keadaan Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid di sekolah dan boleh digunakan dalam perancangan program
pendidikan untuk membuat penilaian, perancangan, melaksanakan dan
menyediakan kursus serta latihan dalam bidang pengurusan Hal Ehwal Murid
seperti kursus dalam perkhidmatan, seminar, bengkel dan latihan dalam motivasi,
pengurusan disiplin pelajar, pentadbiran unit ko-kurikulum dan sebagainya yang
berkaitan dengan pengurusan Hal Ehwal Murid.

Pihak Jabatan Pelajaran dapat memperbaiki langkah yang lebih praktikal


suasana kerja guru penolong kanan Hal Ehwal Murid seperti bilik guru penolong
kanan yang lebih selesa memandangkan di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM)
terdapat banyak bahagian tugas yang berat seperti unit disiplin, pendaftaran murid,
unit bimbingan kaunseling, unit buku teks dan sebagainya. Pihak Jabatan dan
Kementerian Pendidikan hendaklah merangka program khas untuk memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada Guru Penolong Kanan HEM mengatasi masalah
disiplin pelajar, mewujudkan hubungan yang lebih mesra di antara pegawai jabatan
dan kementerian agar guru penolong kanan HEM merasakan kepuasan kerja
walaupun beban tugas yang di amanahkan begitu berat. Masalah pengurusan unit
hal ehwal murid di sekolah sememangnya berat dan mencabar, oleh itu kerjasama
11

dan bantuan perlu diberikan kepada Guru Penolong Kanan HEM untuk
menjalankan tugas mereka.

Segala maklumat dan pengetahuan mengenai tanggungjawab Guru


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah penting. Peranan unit hal ehwal murid
untuk mewujudkan suasana sekolah yang bersih dari sebarang gejala-gejala sosial
yang boleh mencemarkan sahsiah para pelajar. Adalah menjadi harapan kepada
setiap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk melaksanakan setiap tugas
dan tanggungjawab yang di amanahkan kepadanya dapat meningkatkan disiplin
pelajar di sekolah.

Hasil dapatan daripada kajian ini dapat memperlihatkan faktor-faktor yang


dapat membantu tugas atau kerja penolong kanan Hal EhwalMurid. Kajian ini cuba
untuk melihat sama ada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mendapat
kerjasama daripada semua peringkat di sekolah sama ada pentadbir atau guru-guru
lain.

Pengurusan Hal Ehwal Murid merupakan satu bidang yang penting di


sekolah dalam mana sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan baik, ia akan
merencatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri. Oleh
kerana adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan para pelajar dan
masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pengurus atau pemimpin
sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan
fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Setiap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid mestilah menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi
guru-guru dan para pelajar di sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Untuk
membentuk individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Negara bukanlah suatu
tanggungjawab yang ringan. Di peringkat sekolah ia memerlukan suatu
perancangan yang lebih berstruktur atau tersusun dan strategik dalam unit Hal
Ehwal Murid. Peranan Penolong Kanan atau Guru Kanan Hal Ehwal Murid di
sekolah ialah membantu pihak pentadbir sekolah dalam memainkan peranan
sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara penyelaras, pegawai
12

penawar dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya para


pelajar. Segala maklumat yang diperolehi daripada kajian ini dapat memberi
maklumbalas kepada pengetua, unit hal ehwal murid di Jabatan Pelajaran Negeri
dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan lagi usaha untuk
memperbaiki pengurusan unit ini selaras dengan matlamat Wawasan Pendidikan
untuk meletakkan mutu pendidikan negara di tahap yang lebih tinggi di samping
menghadapi cabaran-cabaran masa kini.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.


Kajian kuantitatif dijalankan terhadap dua orang guru kaunseling dan dua orang
guru disiplin bagi lima puluh buah sekolah di daerah Pontian. Melalui kaedah
kualitatif, data temu bual dan pemerhatian adalah terhad kepada pandangan dan
pendapat dan tingkah laku kepemimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
yang dilihat, diperhatikan serta melalui penceritaan oleh subjek kajian. Batasan lain
dalam kajian ini ialah:

i. Kajian ini hanya terbatas kepada guru-guru sekolah kebangsaan


daerah Pontian sahaja.

ii. Pemilihan kaedah pengumpulan data mengakibatkan penyelidikan


ini bergantung sepenuhnya dengan jawapan yang diberikan oleh
responden melalui borang soal selidik sahaja.

iii. Kajian ini hanya melihat amalan kepimpinan Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid dan pengurusan disiplin daripada persepsi guru
sendiri sahaja.

iv. Kesibukan para guru dalam menyelesaikan tugasan-tugasan dan


komitmen-komitmen lain di sekolah selain tumpuannya terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan mereka
13

berkecenderungan untuk menjawab borang soal selidik yang


dikemukakan secara terburu-buru.

v. Perasaan guru dan keadaan persekitaran kerja mungkin


mempengaruhijawapan yang diberikan oleh guru-guru sewaktu
memilih jawapan pada borang soal selidik.

vi. Memandangkan responden kajian ini hanya melibatkan guru-guru di


daerah Pontian sahaja maka ia hanya menggambarkan keadaan yang
berlaku di daerah Pontian.
vii. Taraf perkahwinan, tempoh perkhidmatan, umur dan jantina tidak
dijadikan pembolehubah dalam kajian ini.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Kepimpinan

Definisi asas kepimpinan mengikut tafsiran Yukl (2006) merujuk kepada


sekumpulan manusia yang berinteraksi, berhubung dan mempengaruhi satu sama
lain dalam menuju objektif yang sama. Kepimpinan juga didefinisikan sebagai
proses mempengaruhi orang lain untuk mengubah tingkah laku (Hughes et al.
2002). Harris et al. (2003) mentakrifkan kepimpinan sebagai tingkah laku yang
dikongsi secara kolektif dan penglibatan semua ahli dalam sebuah organisasi.
Mengikut Gardner (2000), kepimpinan dirujuk sebagai satu proses pujukan iaitu
mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif secara kolektif antara pemimpin
dengan pengikut.

Kepimpinan menurut takrifan Bass (1990) serta Tichy dan Devanna (1986)
adalah proses mentransformasi pengikut, mencipta matlamat yang dicapai,
menentukan langkah-langkah; serta tindakan dalam mencapai matlamat yang telah
ditentukan. Definisi kepimpinan mengikut Kouzes dan Posner (2003) pula merujuk
kepada proses interaksi antara pemimpin dengan pengikut dalam sebuah organisasi
untuk mencapai objektif.
14

1.8.2 Pengurusan

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi


melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara
bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali ‘maneggiare’


iaitu ‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin – ‘manus’
(tangan). Perkataan bahasa Perancis ‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi
perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada abad-abad
ke 17 dan 18.

Mary Parker Follet (1868 -1933) mendefinisikan bahawa pengurusan


sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain. Free-Content Encyclopedia
Wikipedia menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya
sebagai ‘tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap
dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan
untuk mencapai maklumat yang dirancang’.

Stoner & Wienkel pula mendefinisikan pengurusan sebagai proses


merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota
organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai
matlamat organisasi yang ditetapkan.

Wan Azmi Ramli, merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan


pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung
dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan
tugas-tugas kakitangannya itu.
15

1.8.3 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan guru
kanan yang bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara. la bertanggugnjawab menjalankan
tugas untuk mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti ko-kurikulum dan
penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan para pelajar (Bahagian Sekolah-
Sekolah, 1990). Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, yang merupakan orang penting
selepas Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran yang dijangkakan dapat
membantu dan membimbing guru-guru dan murid-murid mencapai kejayaan
cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik melalui portfolio yang
disandang. Di samping organisasi pengajaran yang merupakan 'teras' kepada
matlamat dan objektif sesebuah sekolah tu diwujudkan, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid perlu berfungsi membina dan memupuk iklim sekolah yang sihat, kondusif,
ceria, bersih, cantik, kemas, seronok, selamat serta menjadi kebanggaan guru dan
murid. Unsur -unsur tidak formal dan normatif di sekolah seperti disebutkan itu
amat mempengaruhi malah menyokong pembelajaran serta pembentukan sikap diri
insan yang amat tinggi nilainya(Mohd Asri 1997).

1.8.4 Disiplin

“.... Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-


undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri
dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan
mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang
lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain, dan mempunyai
semangat tolong menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada dan
menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”
(Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979)
16

“... Struktur dan skima yang diwujudkan untuk menggerak kelicinan


kerja/aktiviti sama ada untuk memperoleh pengetahuan oleh pelajar, kemahiran
dalam bidang tertentu atau pembinaan hubungan antara individu (Turner, 1970)

1.8.5 Pelajar

Pelajar-pelajar sekolah terdiri daripada mereka yang berumur antara 7


hingga 18 tahun. Pelajar-pelajar sekolah rendah ialah mereka yang berumur antara
7 hingga 12 tahun manakala pelajar sekolah menengah pula berumur antara 13
hingga 18 tahun.(Azman 1999)

1.9 Kesimpulan

Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu
pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal
Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh
mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. Dengan adanya permintaan
dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap
kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih
daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir
sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk
mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana
murid-murid merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara
bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk
membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek
sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu
perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan
yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu
memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan
akademik.

You might also like