You are on page 1of 1

SURAU SEMADAH ‘18

PERATURAN AM SURAU AL-MUTTAQIN 2018


SMKA DATO HJ ABU HASSAN HJ SAIL (SEMADAH)
71400 PEDAS, NEGERI SEMBILAN

i. Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan
bidang tugas yang telah ditetapkan.

ii. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat, melaksanakan amali pendidikan
Islam, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan.

iii. Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam
keadaan yang memuaskan.

iv. Surau juga boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

v. Semua barang serta peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat dan tidak boleh dibawa keluar kecuali
dengan kebenaran.

vi. Dilarang membawa masuk ke dalam surau perkara-perkara berikut :-


 Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.

 Bahan-bahan dan gambar lucah, majalah hiburan dan apa-apa penerbitan yang berunsur politik serta risalah-
risalah ajaran sesat.

 Makanan dan minuman.

 Menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah dengan mendapat keizinan daripada pengerusi atau
jawatankuasa surau.

vii. Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat tidur, melepak, menyalin atau menukar pakaian dan
seumpamanya.

viii. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu,
kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.

ix. Semua peralatan surau hendaklah disimpan semula dengan kemas selepas digunakan.

You might also like