You are on page 1of 4

GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN

Berikut merupakan panduan kandungan laporan akhir tugasan.

1. Pra-kandungan

Bahagian ini merupakan bahagian paling awal dibaca oleh pembaca. Ia dimulai
dengan bahagian muka hadapan atau tajuk sehinggalah bahagian daftar kandungan
atau daftar jadual. Bahagian ini akan dibezakan dengan bahagian kandungan menerusi
kaedah pernomboran mukasurat, iaitu ia akan menggunakan sistem pernomboran
Romawi (angka Roman) berbanding bahagian kandungan yang akan menggunakan
sistem pernomboran Arab (1,2,3…) Berikut merupakan senarai perkara(bahagian)
Yang disediakan Dalam bahagian pra-kandungan:

i- Halaman tajuk – merupakan bahagian paling awal disediakan dalam


laporan. Ia lazimnya memaparkan tajuk dan nama penyedia (penulis)
laporan.
ii- Bahagian penghargaan – bahagian ini disedia untuk menyatakan
penghargaan atau ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja terutama
kepada yang membantu pelapor menghasilkan laporan. Bahagian ini juga
sering dinamakan sebagai “Sekapur Sireh”. Bahagian ini juga berstatus
tidak wajib atau pilihan, iaitu penulis mempunyai pilihan sama ada mahu
menyediakannya atau tidak.
iii- Sinopsis – bahagian ini juga dikenali sebagai ringkasan, abstrak atau
ringkasan eksekutif (untuk laporan bahan perniagaan seperti Rancangan
Perniagaan). Bahagian ini merupakan jantung atau bahagian utama laporan
kerana selepas melihat (membaca)tajuk laporan, pembaca akan merujuk
bahagian ini untuk mendapatkan gambaran lengkap berkenaan isi
kandungan penuh laporan. Oleh itu, ia boleh dianggap sebagai pencetus
'cinta pandang pertama' pembaca terhadap laporan. Kegagalan
menyediakan bahagian ini secara ringkas, padat dan mebarik akan
menyebabkan pembaca membatal niatnya untuk meneruskan pembacaan.
Bahagian ini hanya ditulis tidak melebihi satu Halaman (kebiasaannya
suku atau separuh halaman sahaja). Font Yang diguna untuk menulisnya
juga lebih kecil seperti font 9 atau 10 sahaja berbanding font laporan 11
atau 12. Selain itu, walaupun bahagian ini ditulis dalam bahagian paling
awal bagi sesebuah laporan, is hanya dapat disediakan setelah pelapor atau
penulis selesai menghasilkan laporan lengkap.
iv- Daftar kandungan- bahagian ini memaparkan maklumat semua kandungan
utama dan sub-bahagian (sub-topik) sehingga sub-bahagian kedua sahaja.
Walau mengguna saiz font yang sama dengan font kndungan, sela baris
(spacing) yang diguna lebih rapat (single spacing) berbanding bahagian
kandungan. Untuk maklumkan, semua ayat dlm bahagian pra-kandungan
(kecuali muka hadapan) perlu menggunakan single spacing.
v- Daftar rajah dan jadual – sekiranya terdapat rajah dan jadual dalam
laporan, penulis perlu menyediakan satu daftar kandungan khusus bagi
menyenaraikan rajah dan jadual. Sekiranya terdapat banyak rajah dan
jadual, maka penulis perlu menyediakan daftar rajah dan jadual secara
berasingan. Seperti yang dinyatakan dalam bahagian awal, bahagian pra-
kandungan berakhir di sini.

2. Kandungan

Bahagian ini merupakan bahagian paling penting bagi sesebuah laporan. Ia dimulai
dan ditutup secara secara berhemah atauyang terbaik bagi menarik perhatian dan
membantu pembaca membuat kesimpulan terhadap perbincangan dalam laporan.
Berikut merupakan perkara asas yang perlu ada dalam kandungan laporan:

i. Pengenalan – bahagian memperkenal atau menyampaikan secara ringkas


perkara-perkara atau kandungan penting dalam laporan. Ia mungkin
mengambil satu perenggan atau sehingga dua halaman. Kebiasaannya ia
dinomborkan sebagai 1.0.
ii. Kandungan – mengandungi senarai perkara-perkara penting perbincangan
atau ulasan serta keterangan lengkap bagi setiap perkara atau bahagian
perbincangan atau ulasan berkenaan. Sekiranya anda menyata atau
memberi pendapat, setiap pernyataan atau pendapat berkenaan perlu
disokong oleh rujukan yang bertepatan. Hal ini memerlukan anda untuk
merujuk kepada 'Panduan Penulisan Gaya APA'. Panduan penulisan
berkenaan bukan sahaja membantu anda menulis senarai rujukan atau
bibliografi tetapi juga membantu anda menulis sumber rujukan di dalam
teks.
iii. Penutup – juga dinamakan sebagai kesimpulan. Bahagian ini akan
menyatakan atau membuat kesimpulan ringkas bagi mengakhiri atau
menamatkan pembacaan oleh pembaca secara sempurna agar pembaca
membuat kesimpulan atau persepsi yang positif bagi setiap perkara yang
dibincang atau diulas oleh anda.

3. Penutup

Bahagian ini merupakan bahagian terakhir dalam laporan. Fungsi utama bahagian ini
adalah untuk menyokong persembahan kandungan laporan. Bahagian ini
mengandungi dua perkara penting, iaitu:

I. Rujukan (Senarai Rujukan) atau Bibliografi - kedua-dua istilah berkenaan


mempunyai perbezaan bukan sahaja daripada segi ejaan tetapi juga
maksud. Rujukan atau senarai rujukan merupakan senarai semua bahan
rujukan yang dirujuk sahaja. Contohnya, anda merujuk kepada 10 bahan
(buku, artikel jurnal, suratkhabar, YouTube, laman sesawang, laporan
syarikat, laporan bancian dan sebagainya), maka anda hanya
menyenaraikan 10 bahan rujukan berkenaan sahaja. Manakala bibliografi
pula akan menyenaraikan bahan rujukan melebihi daripada rujukan yang
dilakukan. Sebagai contohnya, anda hanya merujuk 10 bahan tetapi
menyenaraikan 20 bahan rujukan sebagai bibliografi laporan.
II. Lampiran – bahagian ini akan menyenaraikan bahan-bahan atau perkara-
perkara yang penting untuk menyokong perbincangan tetapi tidak sesuai
diletakkan di dalam bahagian kandungan. Bahan-bahan atau perkara-
perkara berkenaan seperti gambar bangunan, pets lokasi pejabat atau
kilang, contoh Halaman laman sesawang atau FB page dan sebagainya.
Setiap bahan laporan perlu dimakan dan dinomborkan kerana ia perlu
disebut atau ditulis dalam bahagian kandungan dengan menyatakan 'Sila
rujuk Lampiran….’.

You might also like