You are on page 1of 28

000214-05-0477

1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010) integrasi
bermaksud gabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau penyatuan.
Integrasi juga memberi maksud disatupadukan bangsa dengan kelompok etniknya.
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010) perpaduan
bermaksud kecocokan, persesuaian dan penggabungan sesuatu menjadi sepakat.
Perpaduan juga boleh dihasilkan apabila rakyat daripada pelbagai etnik dan agama
saling menghormati antara satu sama lain dan sentiasa berhati-hati dan menyedari
sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum Lee
Liam Thye (2018).

Menurut Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (2009) setiap rakyat Malaysia
harus menghormati hak dan perasaan masing-masing, bertolak ansur dengan agama
orang lain, adat dan tabiat, kerana menerusi kepelbagaian itu rakyat Malaysia boleh
mendapat perpaduan yang sebenar.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010) kaum ialah
puak atau suku serta bangsa yang banyak. Kaum juga berkaitan dengan sesuatu
seperti suku bangsa. Menurut Dr. Wan Azizah Wan Ismail (2019) perpaduan kaum
menjadi faktor penting untuk Malaysia mencapai status negara maju selain kepesatan
pembangunan dan ekonomi.

1
000214-05-0477

1.2 Langkah-langkah dalam memupuk integrasi dan perpaduan kaum di Malaysia

Integrasi adalah asas yang mengukuhkan bangsa Malaysia. Integrasi adalah


proses penyatuan pelbagai kelompok budaya dan sosial ke dalam satu kelompok
wilayah. Integrasi biasanya satu masyarakat majmuk etnik dan setiap kelompok
masyarakat memiliki bahasa dan kebudayaan yang berbeza.

Program rumah terbuka sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia juga


merupakan salah satu medium utama dalam memupuk integrasi dan perpaduan kaum.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010) program
bermaksud satu rancangan mengenai dasar serta cara menjalankan sesuatu. Program
juga boleh ditakrifkan sebagai satu susunan acara dlm sesuatu majlis rasmi dan lain-
lain. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010) rumah
terbuka bermaksud rumah atau kawasan yang dapat dikunjungi oleh semua orang iaitu
biasanya pada hari-hari perayaan tertentu seperti Tahun Baru Cina dan sebagainya.

Sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali,
Kristmas dan lain-lain banyak memberi ilmu dan kefahaman kepada kita tentang
budaya setiap kaum di Malaysia. Dengan menghadirkan diri ke rumah terbuka sesuatu
kaum, seseorang individu itu dapat melihat dan menyaksikan budaya masyarakat lain.
Sebagai contoh ketika rumah terbuka Aidilfitri, kaum bukan Melayu akan mengetahui
budaya makanan, hiasan serta hati budi masyarakat Melayu. Tidak dinafikan
masyarakat bukan Melayu akan teruja dengan hidangan masakan Melayu seperti
rendang, ketupat, soto, lemang dan sebagainya, yang tidak ada dalam menu rumah
terbuka atau ketika perayaan agama lain (Berita Harian Online, 26 Julai 2015)

Dalam bidang pendidikan, langkah memupuk perpaduan dalam kalangan


kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan Bahasa kebangsaan sebagai bahasa
penghantar utama bagi semua sekolah, (Akta Pendidikan 1961). Maka dengan ini,
hubungan antara kaum di sekolah akan lebih kukuh. Melalui penubuhan Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) pula, hubungan antara pelajar yang terdiri
daripada pelbagai kaum akan menajdi rapat menerusi pelaksanaan sukan dan aktiviti
kokurikulum sekolah.

Tidak dinafikan bahawa sukan merupakan salah satu wahana bagi memupuk
semangat perpaduan. Sebagai contoh, pasukan bola sepak kebangsaan yang berjaya

2
000214-05-0477

melayakkan diri ke peringkat akhir Olimpik Musim Panas di Moscow, Rusia terdiri
daripada pemain yang berlatarbelakangkan pelbagai kaum, budaya dan bangsa.
Menurut Hassan Sani (2016) semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan pemain
adalah faktor kekuatan serta penentu kejayaan pasukan bola sepak negara yang layak
ke Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980.

Menurut Anis Fauzieana Abdul Karim (2016) perpaduan kaum juga boleh
dipupuk melalui amalan bersukan. Contoh terbaik ialah menjadikan minggu ke dua
bulan Oktober setiap tahun sebagai hari aktiviti sukan di tempat tinggal kita seiring
dengan penganjuran Hari Sukan Negara.

Kesimpulannya, dengan semua langkah – langkah ini integrasi dan perpaduan


antara kaum di Malaysia dapat dikukuhkan sehingga generasi yang akan datang. Hal
ini bertujuan melahirkan sebuah negara yang lebih maju ke hadapan pada tahun 2020.

3
000214-05-0477

1.3 Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina sebagai medium integrasi dan
perpaduan kaum di Bukit Pelanduk, Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan

Bukit Pelandok merupakan satu pekan yang mempunyai komposisi


masyarakat pelbagai kaum dan bangsa. Bukit Pelandok terletak di Mukim Jimah
dibawah Dewan Undangan Negeri Chuah. Disebabkan komposisi kaum yang
pelbagai, isu perpaduan dan perkauman boleh berlaku. Hal ini dikatakan demikian
kerana kurangnya aktiviti yang melibatkan percampuran masyarakat pelbagai kaum.

Semangat perpaduan ini juga longgar kerana kesibukkan masa kerja penduduk
yang tidak menentu. Golongan dewasa lebih mementingkan kerjaya mereka
berbanding bersosial bersama penduduk. Hal ini seterusnya membuatkan mereka
kurang berkenalan dengan masyarakat di sekeliling mereka. Bukan itu sahaja,
kelekaan menggunakan media sosial membuatkan masyarakat lebih gemar bersosial
menggunakan aplikasi seperti Facebook, WhatsApp, Twitter, Instagram dan
sebagainya.

Disebabkan oleh hal yang demikian, satu medium untuk meningkatkan


semangat perpaduan antara penduduk di Bukit Pelandok wajar dilaksanakan. Maka,
rasional kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti aktiviti – aktiviti Program
Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Bukit Pelandok dalam mengeratkan hubungan
antara masyarakat yang berbilang kaum. Rumah terbuka terbukti mampu mewujudkan
semangat perpaduan kerana semua masyarakat berbilang kaum mampu bersama –
sama duduk semeja untuk berbual dan gelak ketawa menceritakan kisah – kisah lama
mereka.

Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengenalpasti kesan Program
Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dalam memupuk semangat integrasi dan perpaduan
antara kaum di Bukit Pelandok. Hal ini dikatakan demikian kerana, program rumah
terbuka sedikit sebanyak telah menyentuh hati masyarakat tentang betapa pentingnya
semangat perpaduan. Kajian ini bukan sahaja menumpukan kesan program rumah
terbuka terhadap kepentingan semangat perpaduan kepada golongan dewasa sahaja
tetapi program ini juga menumpukan kesan program rumah terbuka kepada golongan
muda penerus generasi masa hadapan negara.

4
000214-05-0477

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian berkaitan Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina sebagai Pemangkin Integrasi
dan Perpaduan Kaum di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan ini telah
menggariskan dua objektif yang mampu dijadikan landasan dan panduan semasa
menjalankan kajian ini. Objektif kajian ini adalah:

i. Mengenal pasti aktiviti - aktiviti Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di
Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan

ii. Mengkaji kesan aktiviti Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina bagi
memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk di Bukit Pelandok,
Port Dickson, Negeri Sembilan

5
000214-05-0477

3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian yang bertajuk Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina sebagai Pemangkin
Integrasi dan Perpaduan Kaum telah dijalankan di sebuah pekan iaitu Pekan Bukit Pelandok
di daerah Port Dickson dan terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus

3.1 Negeri Sembilan

Peta 1: Negeri Sembilan

(Sumber: Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, 2013)

Berdasarkan Adat Perpatih, Negeri sembilan dibahagikan kepada beberapa


daerah atau jajahan yang disebut luhak atau luak. Mengikut tradisinya memang sudah
lama wujud empat buah daerah besar dengan setiap satu ditadbir oleh seorang
pembesar yang bergelar Undang Berempat. Empat buah daerah yang asal ialah Sungai
Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol. Terdapat beberapa orang pembesar rendah daerah
separuh bebas yang berkaitan dengan salah satu daripada empat daerah besar ini.
Undang Berempat menjadi ketua bagi setiap luak dan ketua bagi luak-luak yang lain
dikenali sebagai Penghulu. Para pembesar lain di bawah Undang dan Penghulu

6
000214-05-0477

dikenali sebagai Lembaga, Buapak dan Perut. Lembaga merupakan ketua kepada
suku-suku anggota masyarakat.

Terdapat lebih kurang 12 suku dengan setiap luak biasanya mempunyai empat
suku. Lembaga bertanggungjawab ke atas suku-sukunya dalam aspek-aspek yang
berkaitan dengan keselamatan dan keamanan, menyelesaikan perbalahan sesama
suku, mengawal dan mengadili pembahagian harta pusaka serta menjadi orang
perantaraan antara anggota sukunya dengan Undang. Berikut adalah senarai kawasan
atau daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai pembesar:

1. Sungai Ujong - Dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kawasan


pedalaman yang dikuasai oleh Datuk Kelana dan rantau tengah sungai Linggi
yang dikuasai oleh Dato' Syahbandar.

2. Sungai Linggi - Daerah kecil yang diambil dari sungai ujong, dikuasai oleh
Datuk Muda Linggi.

3. Sungai Raya Lukut - Kedua-dua daerah ini dibuka oleh orang Bugis.

4. Rembau - Mempunyai seorang sahaja pembesar daerah, iaitu Undang.

5. Tampin - Sebuah daerah yang diambil dari Rembau dan pembesarnya


bergelar Tuanku Besar Tampin'.

6. Inas dan Gemenceh - Dua buah daerah kecil yang diambil dari Johol. Datuk
Inas dan Datuk Gemencheh mengakui Undang Johol sebagai ketua besar
mereka.

7. Jelebu - Mempunyai seorang pembesar daerah yang bergelar Undang.

(Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan, Tahun 2019)

7
000214-05-0477

3.2 Port Dickson

Peta 2: Port Dickson

(Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Port Dickson, 2000)

Port Dickson mendapat nama dari pegawai tinggi British bernama Sir John
Frederick Dickson yang telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat semasa akhir abad
ke-19. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama
Tanjung oleh orang Melayu tempatan kerana kedudukannya di teluk kecil. Orang
Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh
kerana berhampiran dengan teluk tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan
pengeluaran arangnya dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran.

Setelah menyedari Arang mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan


perindustrian dan Tanjung sebagai kawasan bandar yang membangun dengan
cepatnya, Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu Selat, Sir John Frederick Dickson, terus
mewartakan supaya Tanjung dijadikan sebuah pelabuhan yang strategik dan juga
menjadikannya sebagai tempat istirehat untuk pegawai dan peladang British. Kini
Port Dickson telah dibahagikan kepada 5 mukim iaitu Jimah, Port Dickson, Si Rusa,
Linggi dan Pasir Panjang.

(Sumber: Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson, Tahun 2019)

8
000214-05-0477

3.3 Bukit Pelandok

Peta 3: Bukit Pelandok

(Sumber: Chin Leong Thye Sdn. Bhd. Tahun 2016)

Pekan Bukit Pelandok ialah satu pekan yang berada di dalam Mukim Jimah di
Daerah Port Dickson. Masyarakat di Bukit Pelandok terdiri daripada kaum Melayu,
Cina dan India. Bukit Pelandok juga mempunyai kemudahan seperti bank, dewan
orang ramai, kedai runcit dan lain-lain. Bukit Pelandok terletak kira-kira 28 km dari
Bandar Port Dickson dan kira-kira 43 km dari Bandar Seremban. Kawasan Bukit
Pelandok juga mampu dibangunkan sebagai kawasan pelancongan kerana ia terletak
kira – kira 27 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

9
000214-05-0477

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010),


metodologi ditakrifkan sebagai system yang merangkumi kaedah dan prinsip yang
digunakan dalam sesuatu kegiatan dan disiplin. Metodologi merupakan satu kaedah
yang digunakan untuk melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu
mengikut disiplin yang teratur (Sulaiman Masri, 2007). Tujuannya adalah untuk
menghasilkan kajian yang baik. Oleh sebab itu pengkaji mencuba sebaik mungkin
untuk mempraktikan teori tersebut dalam penghasilan kertas projek ini.

Oleh yang demikian, dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan


tentang sampel kajian dan instrument kajian bagi menjawab persoalan-persoalan yang
telah dikemukakan lebih awal. Selain itu, metodologi kajian juga digunakan untuk
memastikan objektif kajian dicapai melalui pengumpulan data yang sah dan cepat.

4.2 Persampelan

Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang
melibatkan 30 orang penduduk kampung di pekan Bukit Pelanduk. Dalam hal ini, soal
selidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data daripada 30 orang
responden untuk mendapatkan reaksi penduduk berkaitan aktiviti-aktiviti program
rumah terbuka Tahun Baru Cina di Bukit Pelanduk dan kesan aktiviti rumah terbuka
Tahun Baru Cina bagi memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk
di Bukit Pelanduk

4.3 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik, pemerhatian dan kajian kepustakaan


(arkib) sebagai instrument kajian.

4.3.1 Soal Selidik

10
000214-05-0477

Kajian ini menggunakan borang soal selidik bagi meninjau program rumah
terbuka Tahun Baru Cina sebagai pemangkin integrasi dan perpaduan kaum di Bukit
Pelanduk. Bahagian soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A
yang terdiri daripada soalan-soalan berkaitan jantina, kaum dan pekerjaan, Bahagian
B pula mengandungi 6 item yang melihat aktiviti-aktiviti program rumah terbuka
Tahun Baru Cina di Bukit Pelanduk dan Bahagian C mengandungi 6 item yang
menjurus kepada kesan aktiviti rumah terbuka Tahun Baru Cina bagi memupuk
integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk di Bukit Pelanduk

4.3.2 Pemerhatian

Dalam kajian ini, instrument pemerhatian digunakan untuk melihat aktiviti-


ktiviti program rumah terbuka Tahun Baru Cina di Bukit Pelanduk. Kaedah ini
digunakan untuk memerhati perlakuan individu, kumpulan orang atau kawasan yang
dikaji bagi membantu pengkaji lebih memahami situasi sebenar yang hendak
digambarkan oleh responden.

4.3.3 Kajian Kepustakaan / Arkib

Kajian program rumah terbuka Tahun Baru Cina sebagai pemangkin integrasi
dan perpaduan kaum di Bukit Pelanduk ini juga menggunakan instrument
kepustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data. Pengkaji menggunakan bahan-
bahan bertulis yang diterbitkan seperti buku, akhbar dan sumber daripada internet
bagi mendapatkan maklumat berkenaan tajuk kajian ini.

4.4 Penganalisisan Data

Kajian ini menggunakan analisis secara deskriptif untuk menganalisis data


daripada soal selidik dalam bentuk peratusan, min dan kekerapan. Seterusnya data
yang diperoleh tersebut dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf bar dan carta pai
supaya mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Dalam kajian ini, soal selidik
menggunakan Skala likert 5 peringkat dalam mendapatkan aktiviti-aktiviti program
rumah terbuka Tahun Baru Cina di Bukit Pelanduk dan kesan aktiviti rumah terbuka
Tahun Baru Cina bagi memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk
di Bukit Pelanduk. Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka dengan
menggunakan skala likert iaitu 1 mewakili sangat tidak setuju dan 5 mewakili sangat
setuju.

11
000214-05-0477

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang
responden. Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai
peratusan, taburan kekerapan, purata dan min.

5.1 Latar Belakang Responden

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Bukit Pelandok


telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden meliputi aspek jantina,
kaum dan pekerjaan yang dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

5.1.1 Jantina

Responden mengikut jantina

BIL Jantina Bilangan ( Orang ) Peratus ( % )


1 Lelaki 17 57
2 Perempuan 13 43
Jadual 1: Responden mengikut jantina

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

12
000214-05-0477

Peratusan penduduk mengikut jantina

JANTINA

Lelaki
Perempuan
43% Perempuan
Lelaki
57%

Rajah 1: Peratusan penduduk mengikut jantina

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

5.1.2 Kaum

Responden mengikut kaum

BIL Kaum Bilangan ( Orang ) Peratus ( % )


1 Melayu 9 30
2 Cina 13 43
3 India 8 27
Jadual 2: Responden mengikut kaum

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

13
000214-05-0477

Peratusan penduduk mengikut kaum

KAUM

India Melayu
27% 30% Melayu
Cina
India

Cina
43%

Rajah 2: Peratusan penduduk mengikut kaum

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Dapatan hasil kajian menunjukan bahawa seramai 13 orang (43%) adalah terdiri
daripada responden Cina daripada jumlah keseluruhan responden iaitu 30 orang, manakala
responden Melayu (30%). Seterusnya, seramai 2 orang (27%) terdiri daripada responden
India. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan pandangan penduduk Bukit Pelandok tentang
program rumah terbuka Tahun Baru Cina sebagai pemangkin integrasi dan perpaduan kaum
di Bukit Pelandok. Oleh hal demikian, pemilihan responden mengikut kaum perlulah
seimbang agar dapatan kajian yang diperoleh tidak memihak kepada satu golongan kaum
sahaja.

14
000214-05-0477

5.1.3 Pekerjaan

Responden mengikut pekerjaan

BIL Pekerjaan Bilangan ( Orang ) Peratus ( % )


1 Kerajaan 9 30
2 Swasta 10 33
3 Bekerja Sendiri 5 17
4 Pelajar 4 13
5 Tidak Bekerja 2 7
Jadual 3: Responden mengikut pekerjaan

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

15
000214-05-0477

Peratusan penduduk mengikut pekerjaan

PEKERJAAN

Tidak Bekerja
7%
Pelajar Kerajaan Kerajaan
13% 30% Swasta
Bekerja Sendiri
Pelajar
Bekerja Sendiri Tidak Bekerja
17%

Swasta
33%

Rajah 3: Peratusan penduduk mengikut pekerjaan

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

5.2 Analisis aktiviti-aktiviti Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Bukit
Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan

Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


Perkara Tidak Setuju Setuju (4) Setuju
Setuju (2) (3) (5) Min

16
000214-05-0477

(1)
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
Menyediakan pelbagai
jenis menu makanan
yang boleh dijamu semua 0 0 0 0 0 0 6 20 24 80 4.8
kaum
Mengasingkan tempat 28 93 2 7 0 0 0 0 0 0 1.1
duduk mengikut kaum
Terdapat persembahan
Tarian Singa yang turut 0 0 0 0 4 13 12 40 14 47 4.3
disertai oleh kaum
Melayu dan India
Memberi Ang Pao
kepada kanak-kanak 0 0 0 0 0 0 5 17 25 83 4.8
pelbagai kaum
Menyediakan makanan
tradisional kaum Melayu, 0 0 0 0 2 7 16 53 12 40 4.3
Cina dan India
Menggalakkan
percampuran kaum
dalam setiap aktiviti 0 0 0 0 0 0 9 30 21 70 4.7
yang diaturkan sepanjang
program rumah terbuka

Aktiviti -aktiviti Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Bukit


Pelandok
30 28
24 25
25 21
20 16
15 1214 12
9
10 6 4 5
5 0 0 0 2 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 0 0 0
0

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju


Setuju Sangat Setuju

17
000214-05-0477

Graf 1: Aktiviti-aktiviti program rumah terbuka Tahun Baru Cina di Bukit Pelandok, Port
Dickson, Negeri Sembilan

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Berdasarkan dapatan kajian item 1 iaitu menyediakan pelbagai jenis menu


yang boleh dijamu oleh semua kaum, bilangan responden yang sangat setuju adalah
24 orang (80%) dan bilangan responden yang setuju pula adalah 6 orang (20%). Tiada
orang yang mencatatkan kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Item
pertama telah mencapai skor min tertinggi berjumlah 4.8 yang mendekati skala likert
5 iaitu responden sangat setuju tentang Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di
Bukit Pelandok menyediakan pelbagai jenis menu makanan yang boleh dijamu oleh
semua kaum. Dapatan kajian ini disokong oleh pemerhatian pengkaji yang mendapati
bahawa terdapat pelbagai jenis menu yang berasaskan ayam, kambing, daging, sayur-
sayuran dan buah-buahan disediakan untuk menjamu tetamu yang hadir. Makanan
seperti kari ayam, ayam golek, kuih bulan, sayur campur dan lain-lain dapat dinikmati
oleh semua kaum yang hadir.

Bagi item 2 iaitu mengasingkan tempat duduk mengikut kaum, menunjukkan


seramai 28 orang (93%) sangat tidak setuju dan 2 orang tidak setuju (7%). Tiada
orang yang menyatakan sangat setuju, setuju dan kurang setuju. Item kedua telah
mencatat skor min terendah iaitu berjumlah 1.1 yang mendekati skala likert 1 iaitu
responden sangat tidak setuju bahawa program rumah terbuka Tahun Baru Cina di
Bukit Pelandok tidak mengasingkan tempat duduk mengikut kaum. Dapatan kajian ini
disokong oleh pemerhatian pengkaji yang mendapati bahawa ketika Program Rumah
Terbuka Tahun Baru Cina berlangsung, penganjur tidak mengasingkan tempat duduk
mengikut kaum, sebaliknya pengunjung bebas duduk di tempat yang disukai oleh
mereka, penduduk di Bukit Pelandok tidak kekok untuk berinteraksi antara satu sama
lain dari peringkat kanak-kanak sehingga warga emas.

Bagi item 3 iaitu terdapat persembahan Tarian Singa yang turut disertai oleh
kaum Melayu dan India, bilangan responden yang sangat setuju adalah 14 orang
(47%), setuju 12 orang (40%) dan 2 orang (6%) kurang setuju. Tiada orang yang
mengatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju. Item ketiga telah mencapai skor min
berjumlah 4.3 yang melepasi skala likert 4 iaitu responden setuju bahawa terdapat

18
000214-05-0477

penyertaan dari kaum Melayu dan India dalam persembahan Tarian Singa. Dapatan
kajian ini disokong oleh Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini menjadi panduan
pembentukan dan pengekalan identiti rakyat Malaysia. Objektif dasar ini dijalankan
adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Dapatan kajian ini juga
disokong oleh pemerhatian pengkaji yang mendapati bahawa pemain gendang
persembaha Tarian Singa adalah remaja dari kaum India manakala terdapat remaja
Melayu yang menjadi Singa. Hal ini menunjukkan keunikan dalam program ini
dimana masyarakat pelbagai kaum bergabung untuk menjayakan persembahan kaum
tertentu.

Bagi item 4 iaitu memberi Ang Pao kepada kanak-kanak pelbagai kaum,
menunjukan seramai 25 orang (83%) sangat setuju dan 5 orang (17%) setuju. Tiada
orang yang menyatakan kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Item
keempat juga mencatatkan skor min tertinggi iaitu 4.8 yang mendekati skor likert 5
iaitu responden sangat setuju bahawa kanak-kanak yang hadir ke program rumah
terbuka akan menerima Ang Pao tanpa mengira kaum kanak-kanak itu. Dapatan
kajian ini juga disokong oleh pemerhatian pengkaji yang mendapati setiap orang
kanak-kanak mendapat Ang Pao semasa program rumah terbuka Tahun Baru Cina di
Bukit Pelandok.

Bagi item 5 iaitu menyediakan makanan tradisional kaum Melayu, Cina dan
India, seramai 12 orang (40%) sangat setuju, 16 orang (53%) setuju dan 2 orang (7%)
kurang setuju. Tiada orang yang menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju. Item
kelima telah mencapai skor min 4.3 yang melepasi skor likert 4 iaitu responden setuju
bahawa program rumah terbuka Tahun Baru Cina di Bukit Pelandok menyediakan
makanan tradisional kaum Melayu, Cina dan India. Pemerhatian pengkaji mendapati
bahawa terdapat pelbagai menu seperti sate, rendang ayam, roti canai, kari ayam, nasi
ayam, kuih bulan, yee sang dan lain-lain telah disediakan ketika Program Rumah
Terbuka Tahun Baru Cina di Bukit Pelandok. Semua pengunjung dapat sama-sama
merasai pelbagai menu tradisional pelbagai kaum. Dapatan kajian ini juga disokong
oleh Rencana Berita Harian Online (26 Julai 2015) yang menyatakan bahawa program
rumah terbuka telah memberikan pengetahuan tentang makanan tradisional sesuatu
kaum kepada kaum lain

19
000214-05-0477

Bagi item 6 iaitu menggalakkan percampuran kaum dalam setiap aktiviti yang
diaturkan sepanjang program rumah terbuka menunjukkan bahawa seramai 21 orang
(70%) sangat setuju dan 9 orang (30%) setuju. Tiada orang yang menyatakan kurang
setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Item keenam juga telah mencapai skor
min 4.7 yang mendekati skor likert 5 iaitu responden sangat setuju bahawa setiap
acara di program rumah terbuka melibatkan peserta yang pelbagai kaum. Pemerhatian
pengkaji mendapati aktiviti-aktiviti yang berlangsung ketika Program Rumah Terbuka
Tahun Baru Cina turut menggalakkan campuran pelbagai kaum. Sebagai contoh
aktiviti Tarian Singa turut disertai oleh kaum India dan Melayu. Begitu juga aktiviti
jamuan Yee Sang, setiap kaum dicampurkan untuk menggaul Yee Sang yang
bertujuan untuk mendapatkan kesejahteraan bersama antara kaum. Aktiviti jamuan
makan juga melibatkan campuran semua kaum, mereka kelihatan bersama-sama
menjamu selera dengan penuh gembira. Hal ini dapat menggelakkan semangat
perkauman dalam kalangan penduduk di Bukit Pelandok.

5.3 Analisis kesan aktiviti program rumah terbuka Tahun Baru Cina bagi
memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk di Bukit Pelandok, Port
Dickson

Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


Tidak Setuju Setuju (4) Setuju
Perkara Setuju (2) (3) (5) Min
(1)
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
Dapat menjaga
sensitiviti sesebuah 0 0 0 0 0 0 9 30 21 70 4.7
kaum yang ada di

20
000214-05-0477

Malaysia
Masalah perkauman
semakin meningkat 25 8 5 17 0 0 0 0 0 0 1.2
3
Dapat menambah
pengetahuan mengenai
budaya pelbagai kaum 0 0 0 0 2 7 15 50 13 43 4.4
seperti Tarian Singa dan
lain-lain
Dapat menerap
semangat perpaduan dari 0 0 0 0 0 0 4 14 26 86 4.9
usia muda
Dapat mengenali
makanan tradisional 0 0 0 0 3 10 11 37 16 53 4.4
pelbagai kaum
Menambah bilangan
kenalan baharu daripada 0 0 0 0 0 0 7 23 23 77 4.8
pelbagai kaum melalui
program rumah terbuka
Kesan aktiviti program rumah terbuka Tahun Baru Cina bagi memupuk
semangat integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk di Bukit
Pelandok
30 25 26
21 23
20 15 16
13 11
9 7
10 5 4 3
000 000 002 000 00 000
0

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju


Setuju Sangat Setuju

Graf 2: Kesan aktiviti program rumah terbuka Tahun Baru Cina bagi memupuk
semangat integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk di Bukit Pelandok

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

21
000214-05-0477

Berdasarkan dapatan soal selidik item 1 iaitu dapat menjaga sensitiviti


sesebuah kaum di Malaysia, bilangan responden yang sangat setuju adalah 21 orang
(70%) dan bilangan responden yang setuju pula adalah 9 orang (30%). Tiada orang
yang mencatatkan kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Item pertama
telah mencapai skor min berjumlah 4.7 yang mendekati skala likert 5 iaitu responden
sangat setuju bahawa program rumah terbuka Tahun Baru Cina di Bukit berjaya
menjaga sensitiviti sesebuah kaum yang ada di Malaysia. Dapatan kajian ini disokong
oleh pemerhatian pengkaji yang mendapati bahawa makanan yang disediakan sangat
menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Terdapat menu halal untuk orang
Islam dan menu selain daging juga disediakan untuk menjaga sensitiviti masyarakat
Hindu. Dapatan kajian ini juga disokong oleh Mahathir Mohamad (2019) yang
menyatakan bahawa merayakan perayaan bersama tidak bermakna kita menukar
agama, sebaliknya diizinkan setiap agama untuk merayakannya.

Bagi item 2 iaitu masalah perkauman semakin meningkat, menunjukkan


seramai 25 orang (83%) sangat tidak setuju dan 5 orang tidak setuju (17%). Tiada
orang yang menyatakan sangat setuju, setuju dan kurang setuju. Item kedua
merupakan item yang mencatat skor min terendah iaitu 1.2 yang melepasi skala likert
1 iaitu sangat tidak setuju. Hal ini bermaksud responden sangat tidak setuju bahawa
Program Rumah Terbuka mengakibatkan masalah perkauman semakin meningkat.
Hal ini sebenarnya menunjukkan bahawa program rumah terbuka Tahun Baru Cina di
Bukit Pelandok berjaya mengurangkan masalah perkauman. Dapatan kajian ini
disokong oleh pemerhatian pengkaji yang mendapati bahawa penduduk di Bukit
Pelandok sangat mesra antara satu sama lain tidak kira dari peringkat kanak-kanak
sehingga orang dewasa ketika menyertai aktiviti Program Rumah Terbuka Tahun
Baru Cina di Bukit Pelandok. Dapatan kajian ini juga disokong oleh Firdaus Wong
Wai Hung (2019) yang menyatakan bahawa sambutan perayaan sesuatu kaum
sebenarnya merapatkan hubungan selaturahim tanpa mengira kaum.

Bagi item 3 iaitu dapat menambah pengetahuan mengenai budaya pelbagai


kaum seperti Tarian Singa dan lain-lain, bilangan responden yang sangat setuju adalah
13 orang (43%), setuju 15 orang (50%) dan 2 orang (6%) kurang setuju. Tiada orang
yang mengatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju. Item ketiga telah mencapai skor

22
000214-05-0477

min berjumlah 4.4 yang melepasi skala likert 4 iaitu responden setuju bahawa
integrasi dan perpaduan kaum di Bukit Pelandok bukan sahaja ditunjukkan oleh
golongan dewasa tetapi golongan belia juga telah menunjukkan sikap untuk menjaga
semangat perpaduan kaum. Dapatan kajian ini juga disokong oleh pemerhatian
pengkaji yang mendapati bahawa pemain gendang persembahan Tarian Singa ialah
remaja kaum India manakala remaja Melayu yang menjadi pemain Tarian Singa. Hal
ini membolehkan mereka mengenali budaya kaum lain dan tentunya dapat
meningkatkan persefahaman.

Bagi item 4 iaitu dapat menerapkan semangat perpaduan dari usia muda,
menunjukan seramai 26 orang (87%) sangat setuju dan 4 orang (13%) setuju. Tiada
orang yang menyatakan kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Item
keempat telah menatat skor min tertinggi iaitu 4.9 yang mendekati skor likert 5 iaitu
sangat setuju. Hal ini menunjukan bahawa penduduk di Bukit Pelandok sangat
mementingkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum
dengan mengajar generasi muda mereka untuk mula mempertahankannya sejak usia
muda lagi. Dapatan kajian ini juga disokong oleh pemerhatian pengkaji yang
mendapati setiap kanak-kanak di Bukit Pelandok tidak kekok untuk bermain bersama-
sama ketika program sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Pelandok walaupun berbeza
warna kulit. Ibu bapa juga tidak takut untuk melepaskan anak-anak mereka bergaul
sesama mereka. Dapatan kajian ini juga disokong oleh Lee Lam Thye (2018) yang
menyatakan bahawa kanak-kanak kecil boleh dibentuk dengan tidak melihat perkara
melalui kanta berwarna. Letakkan anak-anak bersama-sama dan biarkan mereka
membesar bersama supaya anak-anak akan dapat mengenali, memahami dan
menghayati rakan mereka yang mempunyai warna kulit yang berbeza atau latar
belakang keagamaan.

Bagi item 5 iaitu dapat mengenali makanan tradisional pelbagai kaum, seramai
16 orang (53%) sangat setuju, 11 orang (37%) setuju dan 3 orang (10%) kurang
setuju. Tiada orang yang menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju. Item kelima
telah mencapai skor min 4.4 yang melepasi skor likert 4 iaitu responden setuju
bahawa program rumah terbuka Tahun Baru Cina di Bukit Pelandok berjaya
membuatkan generasi muda mengenali makanan tradisional pelbagai kaum di
Malaysia. Dapatan kajian ini juga disokong oleh pemerhatian pengkaji yang
mendapati bahawa menu-menu yang disediakan oleh pihak penganjur seperti sate,

23
000214-05-0477

rendang ayam, roti canai, kari ayam, yee sang, kuih bulan dan lain-lain amat disukai
oleh semua pengunjung tanpa mengira kaum. Secara tidak langsung, penduduk dapat
mengenali menu tradisional kaum lain semasa Program Rumah Terbuka Tahun Baru
Cina ini dijalankan.

Bagi item 6 iaitu menambah bilangan kenalan baharu daripada pelbagai kaum
melalui program rumah terbuka menunjukkan bahawa seramai 23 orang (77%) sangat
setuju dan 7 orang (23%) setuju. Tiada orang yang menyatakan kurang setuju, tidak
setuju dan sangat tidak setuju. Item keenam juga telah mencapai skor min 4.8 yang
mendekati skor likert 5 iaitu responden sangat setuju bahawa program rumah terbuka
bukan sahaja program untuk menyambut hari perayaan tetapi ia juga tempat untuk
masyarakat melebarkan kenalan mereka tanpa mengira warna kulit. Dapatan kajian ini
disokong oleh pemerhatian pengkaji yang mendapati bahawa pengunjung yang datang
ke program tersebut kelihatan asyik berbual bersama rakan-raka lama mereka yang
telah terputus hubungan selepas tamat zaman persekolahan mereka. Dapatan kajian
ini juga disokong oleh Firdaus Wong Wai Hung (2019) yang menyatakan sambutan
perayaan menemukan saudara mara dan rakan-rakan lama yang lama tidak
berhubung.

6.0 RUMUSAN

6.1 Pendahuluan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan Program Rumah Terbuka Tahun
Baru Cina dalam memupuk integrasi dan perpaduan di Bukit Pelandok. Bukit
Pelandok telah disediakan pelbagai kemudahan seperti bank, kedai runcit, restoren,
dan sebagainya yang mampu mengumpulkan masyarakat pelbagai kaum dari kawasan
sekitar. Pemupukan integrasi dan perpaduan amat penting dalam hubungan
kemasyarakatan yang akan menghasilkankan kesan baik kepada komuniti di

24
000214-05-0477

sekitarnya. Justeru itu, aktiviti-aktiviti yang boleh memupuk semangat perpaduan


hendaklah diperbanyakkan di Bukit Pelandok, Port Dickson.

Kedudukan strategik Bukit Pelandok sebagai pusat perjumpaan tiga kaum


terbesar menjadikan ia satu kawasan yang wajar diperbanyakkan aktiviti yang boleh
memupuk integrase dan perpaduan kaum. Pihak berkenaan hendaklah menggunakan
peluang ini dengan sebaiknya dengan melaksanakan pelan jangka panjang program-
program dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang boleh dijalankan di Bukit
Pelandok. Hal ini seterusnya sedikit sebanyak mampu melahirkan nilai toleransi dan
perpaduan dalam diri penduduk di Bukit Pelandok.

Analisis data kajian dilakukan secara deskriptif dengan mengambil kira


kekerapan, peratusan dan min melalui borang soal selidik. Kalangan penduduk tidak
kira tua atau muda perlu menjawab dengan jujur bagi mendapatkan keputusan yang
sebetulnya. Borang soal selidik yang diedarkan merangkumi dua bahagian iaitu
bahagian pertama tentang latar belakang responden dan bahagian kedua dan ketiga
tentang keputusan responden terhadap kajian. Penyelidik telah menjalankan kajian
kepada 30 orang kalangan penduduk yang telah hadir ke Program Rumah Terbuka
Tahun Baru Cina di Bukit Pelandok. Dapatan kajian tentang latar belakang responden
kajian lapangan mengikut jantina kebanyakannya lelaki (57%) dan perempuan (43%).
Bahagian kedua borang tentang keputusan responden terbahagi kepada keputusan
objektif pertama dan objektif kedua.

6.2 Mengenal pasti aktiviti – aktiviti Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina
di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa terdapat


banyak aktiviti yang dijalankan dalam Program Rumah Terbuka Tahun Baru
Cina di Bukit Pelandok. Walaubagaimanapun, hanya sebahagian aktiviti
sahaja yang mampu untuk memenuhi objektif kajian ini. Sepanjang
menjalankan kajian ini, analisis telah dilakukan melalui borang soal selidik
yang diisi oleh responden dan melalui pemerhatian.

25
000214-05-0477

Terdapat dua item yang mendapat skor min tertinggi. Item yang
pertama adalah menyediakan pelbagai jenis menu yang boleh dijamu oleh
semua kaum. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai jenis menu yang
berasaskan ayam, kambing, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan
disediakan untuk menjamu tetamu yang hadir. Makanan seperti kari ayam,
ayam golek, kuih bulan, sayur campur dan lain-lain dapat dinikmati oleh
semua kaum yang hadir. Selain itu item memberi Ang Pao kepada kanak-
kanak pelbagai kaum juga mendapat skor min tertinggi. Hal ini demikian
kerana setiap orang kanak-kanak mendapat Ang Pao semasa program rumah
terbuka Tahun Baru Cina di Bukit Pelandok. .

Justeru itu, kajian pengkaji sejajar dengan Dasar Kebudayaan


Kebangsaan. Dasar ini menjadi panduan pembentukan dan pengekalan identiti
rakyat Malaysia. Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan
perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan
perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan
persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga
ialah memelihara keperibadian kebangsaan dan meningkatkan kualiti
kehidupan rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, terdapat item yang memperoleh min yang paling


sedikit ialah mengasingkan tempat duduk mengikut kaum iaitu 1.0 yang
bermaksud responden sangat tidak setuju terhadapa item ini. Hal ini demikian
kerana penganjur tidak mengasingkan tempat duduk mengikut kaum,
sebaliknya pengunjung bebas duduk di tempat yang disukai oleh mereka.

6.3 Mengkaji kesan aktiviti Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina
bagi memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk di Bukit
Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, didapati banyak kesan positif


yang boleh diperoleh daripada aktiviti yang dijalankan. Item yang mendapat
min paling tinggi ialah dapat menerapkan semangat perpaduan dari usia muda.
Seramai 26 orang responden (87%) sangat setuju terhadap pernyataan tersebut
26
000214-05-0477

selebihnya 4 orang responden (13%) setuju. Min yang tercatat bagi item ini
4.9 iaitu responden sangat setuju dengan item yang dikemukakan. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap kanak-kanak tidak kekok untuk bermain
bersama-sama ketika Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Bukit
Pelandok walaupun berbeza warna kulit.

Hal ini disebabkan oleh kanak-kanak tidak pernah membezakan warna


kulit seseorang untuk bermain bersama-sama. Maka, golongan ini harus diberi
perhatian yang lebih dan contoh tauladan yang baik dalam memupuk semangat
perpaduan dalam diri mereka. Hal ini penting kerana merekalah yang akan
mencorakkan masa depan negara. Jadi, mereka hendaklah diajar diperingkat
awal agar mementingkan perpaduan agar kedaulatan negara dapat terjaga
untuk generasi yang baharu pula.

Walaubagaimanapun, terdapat item yang mendapat skor min paling


rendah iaitu masalah perkauman semakin meningkat. Seramai 25 orang
responden (83%) menyatakan sangat tidak setuju dan selebihnya 5 orang tidak
setuju (17%). Skor min bagi item ini ialah 1.0 dimana responden sangat tidak
setuju dengan item yang dikemukakan. Hal ini dikatakan demikian kerana
penduduk di Bukit Pelandok sangat mesra antara satu sama lain tidak kira dari
peringkat kanak-kanak sehingga orang dewasa ketika menyertai aktiviti
Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Bukit Pelandok. Mereka juga
bebas berbual mesra, bergelak ketawa mengimbau kenangan silam bersama.
Tiada sebarang provokasi perkauman yang timbul daripada mana-mana pihak
sepanjang Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Bukit Pelandok. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa masalah perkauman tidak timbul di Bukit
Pelandok.

6.4 Kesimpulan

Berdasarkan hasil analisis kajian ini, responden rata-rata agak positif


terhadap Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang boleh dijadikan
sebagai medium pemupukan integrasi dan perpaduan. Aktiviti yang dijalankan
semasa Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina perlu melibatkan semua
kaum agar dapat memupuk integrasi dan perpaduan sekaligus mewujudkan
kesan-kesan positif seperti semangat kerjasama yang tinggi dan melahirkan

27
000214-05-0477

rasa hormat kepada rakan berlainan kaum. Kawasan yang stategik digunakan
sebaiknya untuk memupuk perpaduan dan integrasi. Perhubungan yang
terjalin antara penduduk setempat yang berlainan kaum dapat membentuk
masyarakat yang harmoni dan saling memahami antara satu sama lain kerana
tiada lagi sensitiviti sesebuah kaum dipertikaikan atau dipersendakan. Selain
itu, persekitaran yang kondusif menyebabkan setiap penduduk dapat hidup
dengan lebih selesa untuk bergaul sesama jiran tanpa timbul rasa
persengketaan dalam diri masing-masing. Setiap penduduk tidak kira tua atau
muda seharusnya menggunakan masa yang terluang untuk mengenali jiran
dengan lebih mendalam kerana jiran yang banyak memberi manfaat kepada
hidup kita.

Sehubungan dengan itu, kajian lanjutan bagi mengkaji kesan yang


diperoleh daripada aktiviti yang dijalankan boleh dijalankan dengan mengenal
pasti jenis aktiviti yang dapat memupuk semangat integrasi dan perpaduan.
Tambahan dari itu, rentetan kajian boleh dilakukan dengan menambahkan
bilangan responden yang bersesuaian dengan kawasan kajian. Kawasan kajian
juga boleh diperluaskan lagi untuk memudahkan pencarian responden bagi
menjawab borang soal selidik yang telah disediakan sebagai sumber kajian
pengkaji. Responden yang ramai dapat membantu dalam menganalisis tentang
cara pemupukan integrasi dan perpaduan melalui aktiviti yang dijalankan.

Akhir sekali, pengkaji berasa bahawa pemahaman integrasi dan


perpaduan seharusnya dititikberatkan dalam diri individu setiap rakyat
Malaysia. Hal ini perlu dipupuk dari awal untuk merealisasikan cabaran
Wawasan 2020 yang pertama iaitu membentuk masyarakat yang bersatu.
Apabila rakyat yang terdiri daripada berlainan kaum dan agama dapat bersatu,
ia turut menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang utuh dan tidak akan
terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang jahat. Kemakmuran dan keamanan
yang dinikmati di Malaysia hari ini adalah salah satu nikmat yang dapat
dicapai menerusi perpaduan dan keharmonian hidup dalam kalangan rakyat
yang berbilang bangsa, agama dan kebudayaan. Oleh itu, setiap rakyat
Malaysia hendaklah membuang sikap pentingkan diri sendiri untuk menikmati
kehidupan yang aman dan damai.

28

You might also like