You are on page 1of 8

Kertas Kerja

Gotong Royong Perdana


Peringkat Sekolah

April 2013

Anjuran:

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 3 (F)


73480 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

Dengan Kerjasama
PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG)
SK JELAI 3 (F)
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor
yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang
kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi
pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan


sekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan
dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana
bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang
betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping
itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan
kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Tampin yang akan
dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau menyembur asap di sekitar sekolah.
Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SK Jelai 3 (F) akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,
indah, selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.
2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.
3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 13 April 2013 (Sabtu)


Tempat : Kawasan sekitar SK Jelai 3 (F)
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi
Pakaian : Pakaian sukan

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1 Pembersihan Longkang

 Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air
yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha
untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan
kepada murid khususnya yang berada di sekolah.

4.2 Kolam

 Kedudukan kolam ikan yang berada di antara blok A dan B merupakan kawasan
tarikan bagi murid dan pelawat yang datang ke sekolah ini. Melalui kerja gotong-
royong di kawasan kolam ini, ibu bapa, guru-guru dan para murid akan
membersihkan kolam dan kawasan di sekitarnya.

4.3 Tapak perhimpunan dan koridor bangunan

 Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di


sekitar koridor bangunan di tingkat dua. Seterusnya kawasan tapak perhimpunan.

4.4 Mengecat dan Memasang papan tanda

 Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga
di sekitar pondok keselamatan dan sekitar sekolah akan dicat menggunakan warna-
warna yang terang. Selain itu, papan tanda yang telah ditempah akan dipasang di
kawasan pintu masuk sekolah dan pejabat.

4.5 Surau

 Agihan tugas di sekitar surau ini meliputi longkang, kawasan perhiasan seperti pokok
bunga dan bahagian dalaman surau itu sendiri seperti susunan sejadah dan telekung
(sekiranya ada) serta kawasan di sekitar tempat wuduk (lelaki dan perempuan).
4.5 Kelas

 Setiap kelasn akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu bapa disamping
akan dibantu oleh beberapa kumpulan murid dari beberapa kelas untuk membersih
dan menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.

5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BIL. KAWASAN KETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT

Longkang

1.Di bahagian sekitar kantin 1. En. Kamarudin Bin Awang


1. dan makmal komputer. 2. Wakil PIBG/ibu bapa

2.Di bahagian sekitar blok 3. Murid Tahun 6 Bijak

sekolah.
1. Pn. Maziah Binti Malek
2. Kolam & Lanskap 2. Wakil PIBG/ibu bapa
3. Murid Tahun 5 Bijak

1. Pn. Noridah Binti Md Zin


Tapak Perhimpunan dan
3. 2. Wakil PIBG/ibu bapa
Kawasan Koridor
3. Murid Tahun 4 Bijak

1. En. Muhammad Norzikri Bin Ruslan


Mengecat Dan Memasang
4. 2. Wakil PIBG/ibu bapa
Papan Tanda
3. Murid Tahun 3 Bijak

1. Pn. Zaini Binti Ramli


5. Surau 2. Wakil PIBG/ibu bapa
3. Murid Tahun 2 Bijak
Agihan Tugas mengikut kelas

Bil Kawasan/Kelas Ketua dan Kumpulan Terlibat


1. Pn Azinah Binti Abdul Aziz
Blok C
2. Pn. Nurul Huda Binti Abd Ghafar
1. ( Kelas Tahun 4,5 & 6) 3. Pn. Siti Shallyra Aida Binti Mohd
Ali
4. Murid 10 orang
Blok B 1. Pn. Rapiza Binti Miswan
2. Pn. Azalela Binti Salleh
2. ( Kelas Tahun 1,2 & 3)
3. Pn. Hanitah Binti Saat
4. Murid 10 orang
Blok A
1. Pn. Aziah Binti Othman
( Perpustakaan, Bilik Pemulihan & Bilik 2. Cik Hjh Badariah Binti Abdullah
3.
Muzik ) 3. Pn. Sarimah Binti Awang
4. Murid 10 orang

1. Pn. Samsila Binti Sulaiman


4. Bengkel Kemahiran Hidup 2. Pn. Shamsaimun Binti Ismail
3. Murid 10 orang
1. Pn. Intan Delaila Binti Mohd Nor
5. Makmal Komputer 2. Pn. Noorasmaliza Binti Mat Alias
3. Murid 10 orang
1. Pn. Hjh Rohani Binti Ya
6. Makmal Sains 2. Pn. Rosniza Binti Rosly
3. Murid 10 orang

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.00 pagi Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah
8.15 pagi Taklimat agihan tugas
8.30 pagi Gotong–royong bermula
11.00 pagi Ketibaan tetamu VIP
Jemputan tetamu VIP melawat kawasan sekitar
11.30 pagi
sekolah
Hadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan
12.00 petang
dari YDP PIBG & tetamu VIP.
12.30 petang Makan tengahari dan majlis bersurai

8.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN


Sumbangan diperolehi daripada:
a) PIBG = RM1,000.00
b) Keperluan pembiayaan/sumbangan = RM1,000.00
Jumlah Keseluruhan = RM2,000.00

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


a) Murid = 171 orang
b) Ibu bapa = 80 orang
c) Guru = 22 orang
d) AJK PIBG = 7 orang
__________
Jumlah = 280 orang

9.1 Makan dan minum untuk makan tengahari


a) Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM3.50)
b) Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)
Jumlah = RM3.00
Keseluruhan : 280 x RM4.00 = RM 1,120

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM1,120

9.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil Peralatan Harga Jumlah


(RM)

1. Tin Cat (Batu perhiasan) 3 unit x RM50.00 150.00

Tin Cat (Tiang garaj


2. kereta) 3 unit x RM20.00 60.00

3. Berus Cat 20 unit x RM5.00 100.00

4. Penggarit 50 unit x RM6.00 300.00

5. Plastik Beg Sampah 10 unit x RM2.00 20.00

Berus Sabut
6. 10 unit x RM2.50 25.00
7. Sabun Pencuci 3 unit x RM10.00 30.00

8. Berus Longkang 5 unit x RM6.00 30.00

9. Pencedok longkang 5 unit x RM8.00 40.00

10 Runcit 125.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM880.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)

RM1,120 + RM880.00 = RM2,000.00

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat : En. Adam Bin Hj. Omar, Guru Besar


Pengerusi : En. Dzulkalnian Bin Ayat@Ayom, GPK HEM
Pengerusi Bersama : YDP PIBG
Naib Pengerusi : En. Zahari Bin Hj. Mokhtar, GPK Pentadbiran
En. Mohamad Solihin Bin Abdullah, GPK Kokurikulum
NYDP
Penyelaras : Pn. Aziah Binti Othman, Penyelaras 3K
Bendahari : Bendahari PIBG

Juruacara Majlis : Pn. Samsila Binti Sulaiman

Buku Program : Pn. Noorasmaliza Binti Mat Alias


Pn. Rosniza Binti Rosly

Makanan : Pn. Hanitah Binti Saat


Pn. Azinah Binti Abdul Aziz
Pn. Maziah Binti Malek
Pn. Hjh Rohani Binti Ya
Peralatan : Pn. Sarimah Binti Awang
Cik Hjh Badariah Binti Abdullah
Pn. Intan Delaila Binti Mohd Nor
AJK PIBG

PA System : En. Muhammad Norzikri Bin Ruslan


AJK PIBG
Persiapan Dewan : En. Kamarudin Bin Awang
& Kantin Sekolah Pn. Siti Shallyra Aida Binti Mohd Ali
Pn. Zaini Binti Ramli
Pn. Aziah Binti Othman
Pekerja Swasta

Disiplin dan : Pn. Azalela Binti Salleh


Keselamatan Pn. Rapiza Binti Miswan
Pn. Nurul Huda Binti Abd Ghafar

Disediakan oleh

………………………………..……….
(AZIAH BINTI OTHMAN)
Penyelaras J/K 3K,
SK Jelai 3 (F)
73480 Gemas, Negeri Sembilan.

Disemak oleh

………………………………..………………..
(EN. DZULKALNIAN BIN AYAT@AYOM )
GPK HEM,
SK Jelai 3 (F)
73480 Gemas, Negeri Sembilan.

Disahkan oleh,

………………………………..………………..
(EN. ADAM BIN HJ. OMAR)
Guru Besar
SK Jelai 3 (F)
73480 Gemas, Negeri Sembilan.

You might also like