You are on page 1of 32

Panduan Tugas Jawatankuasa Kurikulum

1. Memastikan matlamat dan objektif akademik sekolah tercapai.


2. Mewujudkan suasana  pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
3. Mencadangkan, membina dan mengurus bahan-bahan bantuan
mengajar.
4. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
5. Menetapkan garis panduan penyediaan rancangan kerja.
6. Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran.
7. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan jadual waktu.
8. Mengadakan mesyuarat.
9. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi
meninggikan lagi prestasi pelajar.
10. Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan.
11. Mengesan dan memastikan supaya  sukatan dan perancangan
pelajaran  dilaksanakan dengan sempurna.
12. Merancang kursus dan pendedahan kepada kakitangan akademik
mengenai perkara baru dalam pendidikan.
13. Menyebar bahan-bahan bacaan dan maklumat mengenai
pendidikan kepada guru.
14. Mengkaji analisis keputusan UPSR dan peperiksaan dalaman.
15. Merangka program jangka pendek dan jangka panjang mengatasi
kelemahan
16. Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang 
digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaian
dan  membuat pembetulan jika terdapat kesalahan.

17. Berusaha untuk memperbanyakkan bahan pendidikan di sekolah.


18. Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.
19. Menggalakkan guru-guru menggunakan komputer  serta internet
dalam pengajaran dan  pembelajaran.
20. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Besar dari
semasa ke semasa.

Tugas dan Tanggungjawab Penolong Kanan Kurikulum


A. Bidang Tugas:
1. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar
semasa ketiadaannya di sekolah.
2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang
ditetapkan dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait
dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan
masyarakat dan juga keselamatan.
4. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang
mempunyai sidang petang.
5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan

1
menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan
pelaksanaan program dan projek sekolah.

B. Senarai Tugas:
1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan.
2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya
berjalan dengan lancar dan berkesan.
3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara
teratur dan baik.
4. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan,
pusat sumber, makmal dan bengkel.
5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber
pendidikan itu dilakukan dengan baik.
6. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum
dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian
mereka.
7. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan
kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan.
8. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan
dengan ujian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan.
9. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan yang ada di sekolah.
10. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
11. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan
lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.
12. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu
gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan
mengalami kecemasan.

C. Pentadbiran:
1. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru
sekolah adalah adil dan saksama.

2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan


untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya.
3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga
perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti
sepanjang tahun.
5. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.
6. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam
menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

2
7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur
bagi sekolahnya.
8. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama,
sukan dan permainan dan sebagainya.
9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan
terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam
mesyuaat dan juga perbincangan.
10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan
juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.

D. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah:


1. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan
keindahan sekolah.
2. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan
jayanya oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

E. Keselamatan:
1. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru
Besar.
2. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan
mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

F. Kantin:
1 Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid.

G. Buku Teks:
1 Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku
rujukan sekolah.

H. Tugas-Tugas Lain:
1. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah
sebagaimana yang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa.
2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang
diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan
ataupun yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.
Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru
Besar dari semasa ke semasa.

3
1. KURIKULUM

1.1 Menyedia dan menyusun jadual waktu kelas, jadual waktu guru serta jadual
waktu gantian.
1.2 Pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Penyeliaan dan penilaian.
1.4 Perlaksanaan kursus pengajian.
1.5 Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan dan penggalan.
1.6 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
1./ Bimbingan dan latihan kepada guru-guru baru.
1.8 Kajian laporan kurikulum.
1.9 Perancangan dan penyelarasan berkaitan dengan ujian / penilaian.
1.10 Menyelaras program kurikulum anjuran sekolah / PPD / JPN – UPSR.

2.       

2. PENGURUSAN

2.1 Membantu dalam penentuan tugas guru / kakitangan sokongan.


2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan / kursus / latihan untuk guru /
kakitangan.
2.3 Membantu menyelenggara dan penyelaras kutipan data / maklumat dan
perangkaan.
2.4 Membantu merancang takwim sekolah.
2.5 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan sokongan.
2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.7 Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
2.8 Menjadi ahli jawatankuasa pelaporan tatatertib sekolah.

3. PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID (PMD)

3.1 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah – keceriaan /


keindahan / kebersihan sekolah.
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan – mencegah kebakaran.
3.3 Mengadakan kursus motivasi murid.

4. PEMBANGUNAN KENDIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)

4.1 Menganggotai jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa.
4.2 Menghadiri kursus, seminar, bengkel dan lain-lain.

5. PEMBANGUNAN ORGANISASI (SYNERGY)

5.1 Hubungan ibu bapa / masyarakat.


5.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

4
Tugas dan Tanggungjawab Guru Panitia Mata Pelajaran

1. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini.

2.Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah


pengajaran / pembelajaran yang kemaskini

3.Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan


dan penggal

4.Menyalaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan


kertas-kertas jawapan

5.Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan


mengkaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari masa
ke semasa seprti mengadakan:

a.Kelas tambahan
b.Ceramah menjawab soalan-soalan
c.Peraduan-peraduan tertentu
d.Kuiz
e.Bahasa
6.Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolhah untuk perpustakaan
atau rujukan guru.
7.Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga
keselamatan buku-buku teks yang digunakan

8.Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran,


jika diperlukan

9.Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap kelas, jika
diperlukan

10. Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru yang


diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran
dan pembelajaran baru, jika ada

11. Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persetujuan


pihak sekolah

12. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan


prestasi murid-murid.

5
13. Melaksanakan peraturan-peraturan panitianya.

14. Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepanggal sekali atau


lebih kerap lagi, jika perlu

15. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Tugas dan Tanggungjawab Setiausaha Panitia Mata Pelajaran


1. Merancang agenda mesyuarat bersama ketua panitia.
2. Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
3. Mengedar surat panggilan mesyuarat/ memanggil mesyuarat.
4. Mencatat minit mesyuarat .
5. Menyiapkan laporan/menyediakan minit mesyuarat.
6. Mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli panitia.
7. Bersama-sama ketua panitia mengambil tindakan ke atas minit mesyuarat.
8. Membantu ketua panitia mengurus fail-fail panitia mata pelajaran .
9. Membantu ketua panitia mengurus dan menjaga alat / bahan bantu
mengajar.
10. Membantu ketua panitia menyenaraikan alat/bahan bantu mengajar dan
menyebarkannya kepada semua ahli panitia.
11. Membantu ketua panitia mengurus stok ABM / BBM panitia .
12. Membantu ketua panitia menganalisa ujian bulanan dan lain-lain
peperiksaan di sekolah.

Tugas dan Tanggungjawab AJK Panitia Mata Pelajaran


1. Merancang pengajaran dan pembelajaran tahunan dan harian
2. Melaksanakan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar di
bilik darjah
3. Memastikan KPI tercapai
4. Merancang program pengukuhan
5. Melaksanakan ujian / peperiksaan
6. Menyemak kertas jawapan pelajar
7. Menerangkan teknik menjawab soalan dengan betul
8. Menyemak latihan / nota pelajar

Tugas dan Tanggungjawab Penyelaras LINUS

1. Berbincang dengan pentadbir dan FasiLINUS untuk meningkatkan


prestasi LINUS
2. Menjadi ahli JKS di peringkat sekolah
3. Memastikan program LINUS dapat dilaksanakan dengan berkesan
4. Memaparkan JK LINUS di Papan Kenyataan
5. Membantu pentadbir menyediakan fail- fail Pengurusan LINUS.
6. Membantu pentadbir membuat perancangan jangka panjang dan
tahunan. (Perancangan strategik, pelan tindakan dan operasi)
6
7. Memastikan saringan LINUS dilaksanakan mengikut jadual yang
ditetapkan selepas mendapat arahan pelaksanaan saringan
8. Menerima dan memastikan instrumen saringan mencukupi
9. Membaca dan memahami manual Am-NKRA dan manual Instrumen
Lisan dan bertulis 
10. Memahami konstruk yang diukur
11. Merancang jadual pelaksanaan saringan mengikut tempoh yang
ditetapkan
12. Memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan pelaksanaan saringan
13. Melaksanakan taklimat pengisian data secara online
14. Melaksanakan pelaporan di peringkat sekolah dan pelaporan disediakan
untuk dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing
15. Memastikan dan memantau data penguasaan murid/ keputusan setiap
saringan dimasukkan ke dalam portal NKRA mengikut tempoh masa
yang ditetapkan.
16. Memantau pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan
menjalankan tindakan susulan untuk penambahbaikan
17. Memastikan guru LINUS dan guru Pemulihan menggunakan Modul
Literasi dan Numerasi (LINUS)
yang dibekalkan oleh KPM.
18. Bekerjasama dengan ibu bapa/ PIBG dalam memberi kesedaran,
maklumat dan kepentingan Program Literasi dan Numerasi (LINUS).

Tugas dan Tanggungjawab Setiausaha Peperiksaan


1.Menyedia takwim/Jadual peperiksaan yang seimbang dan adil serta 
mengedarkannya.
2.Menyedia senarai pembuat soalan dan memastikan mutu dan keesahan
soalan.
3.Mengurus peperiksaan dan memastikan  keselamatan soalan.
4.Menganalisa dan  melapur keputusan  peperiksaan  dalaman  dan luaran.
5.Memberi taklimat terperinci kepada pelajar pengedaran borang sementara.
6.Menyedia,mengisi,menyemak  borang kemasukan dan menghantar borang
peperiksaan  ke JPN.
7.Menyedia /melengkapkan bilik-bilik  peperiksaan.
8.Menjalankan kajian sosioekonomi  pelajar sebagai  faktor penyebab
kecemerlangan.
Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS)

Tugas dan Tanggungjawab Penyelaras ICT

1. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.

2. Mengurus dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian


aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan serta menyelesaikan masalah
teknikal yang mungkin timbul.

7
3 Memastikan kemudahan insfrastruktur teknologi yang diterima daripada
pembekal atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan.

4 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik
setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub
dan sebagainya.

5.Memastikan kesemua insfrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.

6. Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik


kemudahan insfrastruktur teknologi tempatan.

7. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta


membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan
pembelajaran.

8. Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang


diperlukan oleh pihak pengguna.

9. Mengurus keperluan insfrastruktur teknologi untuk kegunaan warga


sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu
menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

10. Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru


seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan
sebagainya.

11. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping


menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

12. Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan


pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan
sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran.

13. Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk


menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.

14. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping


menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

15. Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan


kemahiran mengurus sistem computer (hardware & software) dan aplikasi
perisian.

8
16. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan
sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah
Bestari.

17. Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart


School Management System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah
beroperasi dengan baik.

18. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian


yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

19. Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian


yang dibekalkan.

20.Sebagai pengurus e-mel.

21.Mengurus akaun dan e-mel warga sekolah.

22.Memastikan integriti dan keselamatan data.

23. Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi


seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

24. Memastikan keselamatan kemudahan insfrastruktur teknologi dengan


langkah-langkah seperti berikut:-

24.1 Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan


banyak komputer.

24.2 Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang
diberi kuasa sahaja.

24.3 Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan


baik.

24.4 Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan
berada di tempat-tempat yang telah dikenal pasti. 

25. Memastikan keselamatan melalui langkah-langkah berikut:-

25.1 Memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.

25.2 Memastikan computer bebas dari virus.

9
25.3 Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.

25.4 Membuat backup dan replikasi maklumat mengikut jadual yang


disyorkan.

25.5 Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT
sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa.

25.6 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang


menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan
perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer, dan
lain-lain lagi.

25.7 Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan
perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian
seperti Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran
dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

25.8 Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara


keseluruhan dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (Enduser) dapat
menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum.

26 Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah


bestari kepada pihak yang berkenaan.

26.1 Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang


ditetapkan.

26.2 Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap


kecekapan rangkaian, tahap penggunaan komponen Penyelesaian
Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan menaik taraf
kemudahan ICT sekolah.

26.3 Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.

27. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.

27.1 Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan


kemudahan insfrastruktur teknologi.

27.2 Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.

27.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah


dari masa ke semasa.

10
27.4 Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri
dan luar negara mengenai Penyelarasan Bersepadu Bestari.

Tugas dan Tanggungjawab Guru Data

1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum


seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar.

2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah


yang diarahkan oleh Bahagian- Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain- lain
agensi kerajaan.

2.1 Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi


seperti EMIS, iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan,
penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran
data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual
yang ditetapkan yang berkaitan dengan:

2.1.1 Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;


2.1.2 Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
2.1.3 Staf bukan guru;
2.1.4 Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
2.1.5 Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

2.2 Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan
maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM),
Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, Peperiksaan,
Asrama, Kokurikulum, Buku Teks dan Sistem Pangkalan Data Murid.

3 Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi


sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.

4 Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat


peringkat sekolah bagi Sistem Pangkalan Data Murid.

5 Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan


maklumat peringkat sekolah.

6 Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran


Sekolah (JMPS).

7 Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan


dari semasa ke semasa.

11
Jawatankuasa Jadual Waktu
Peranan Tugas Jadual Waktu
1.   Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan
Akta Pendidikan 1996 .
       2.       Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan
kepakaran guru (pemeriksa kertas peperiksaan awam)
       3.       Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil
       4.       Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 26 waktu seminggu
       5.       Waktu pertama untuk kumpulan pentadbir akan diblok bagi tujuan 
pengurusan pentadbiran dan lain- lain.
       6.       Guru yang cuti rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan
akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti . Guru yang bercuti ini mestilah
menyediakan soalan- soalan latihan yang akan digunakan oleh pelajar  semasa
Jadual Waktu Ganti tersebut .
       7.       Jadual  waktu mengajar, Jadual waktu ganti dan Jadual Waktu Blok akan
diurus dan disediakan oleh  Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah .
       8.       Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru
penyelaras bilik-bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap
dan satu salinan mestilah disampaikan kepada pentadbir sekolah . Bilik-Bilik
khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat
Sumber, Makmal, Bengkel KH , Surau, Bilik Pendidikan Islam dan Makmal ICT

Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah


Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
1. Bertanggungjawab kepada Pengetua.
2. Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya
kepada J/Kuasa Induk PSS.
3. Mengawal selia dan menyelaras perbelanjaan dan rekod kewangan/stok
PSS.
4. Mewujudkan hubungan yang baik dengan Agensi luar seperti PSPN, BTP
dan lain-lain supaya memperoleh pengetahuan yang terkini.
5. Mempengerusikan Mesyuarat J/Kuasa Kerja.
6. Merangka Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS.
7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.
8. Memilih dan melantik Guru-guru PSS bersama Setiausaha.

Tugas Penyelaras NILAM

1.     Menggredkan buku


2.     Mengagih buku secara pinjaman kelompok
3.     Merancang dan melaksana aktiviti NILAM
4.     Memilih, menyedia dan mengedar rekod pembacaan
5.     Mendapat data daripada kelas untuk analisis
6.     Mengesah dan menandatangani rekod pembacaan pelajar.
7.     Memberi taklimat NILAM.

12
8.    Melancarkan Program NILAM peringkat sekolah.
9.    Menganalisis data NILAM.
10.  Mengenalpasti pemenang NILAM peringkat sekolah.
11.  Mengenalpasti tokoh NILAM untuk dibawa ke peringkat daerah, negeri dan
seterusnya peringkat kebangsaan.
12.  Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau PK1.

Tugas Setiausaha PIBG


1. Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.
2. Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan
Mesyuarat Jawatankusa PIBG
3. Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa
PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.
4. Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung
Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
5. Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod persatuan.
6. Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung
Tahunan kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai
Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan selepas Mesyuarat
Agung Tahunan.
7. Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.

13
JAWATANKUASA INDUK 
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. Mengenalpasti potensi murid  dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang.

2. Memberikan khidmat bantuan kepada murid  yang bermasalah.

3. Mengurus hal-hal berkaitan kebajikan murid.

4. Mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi pelajar.

5. Mengendalikan program orientasi murid tahun 1.

6. Menyediakan Pelan Strategik dan Pelan Taktikal ke arah pelaksanaan yang


berkesan.

7. Mengurus perkembangan disiplin dan sahsiah murid yang cemerlang.

8. Mengurus segala mesyuarat, mengemaskini sistem fail dan menyediakan


laporan dari semasa ke semasa dengan cekap dan sistematik.

JAWATANKUASA  DISIPLIN & 14


PENGAWAS SEKOLAH
1. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan
sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

2. Meningkatkan mutu disiplin dalam kalangan murid dengan


menguatkuasakan peraturan sekolah.

3. Merancang dan melaksanakan program / aktiviti yang bertujuan


meningkatkan tahap disiplin murid.

4. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan


penghayatan disiplin murid.

5. Menyelesaikan masalah ketidakakuran disiplin yang tidak dapat diselesaikan


oleh pengawas.  

6. Mengurus kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.

7. Mewujudkan sistem rekod disiplin dan sistem pemantauan yang berkesan.

8. Menerima laporan pengawas  dan seterusnya mengambil tindakan yang


sewajarnya.

9. Menentukan bahawa tindakan diambil terhadap murid-murid yang


melanggar peraturan sekolah. Jika perlu kes-kes tertentu mestilah dibawa
kepada tindakan kaunselor, PK HEM atau terus kepada Guru Besar.

10. Mengurus surat mesyuarat yang bersangkutan dengan tugas-tugas di atas


termasuk memaklumkan kepada penjaga tentang tindakan disiplin yang
dikenakan terhadap anak mereka.

11. Menjalankan rondaan (dengan bantuan guru bertugas harian) untuk


mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.

12. Mencatat semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang
disiplin / buku laporan disiplin.

13. Menyediakan dan membekalkan data serta maklumat disiplin kepada


kementerian pelajaran/jabatan pelajaran/ PPD. (SSDM)

14. Merancang program dan kerja-kerja pengawas dan ketua kelas sepanjang
tahun.

15
15. Mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pengawas dan ketua kelas
dari semasa ke semasa.

16. Mengawasi kewibawaan pengawas-pengawas pada pandangan murid-murid


termasuk prestasi akademik mereka.

17. Merancang dan menguruskan pemilihan pengawas akhir tahun dan majlis
perlantikan pengawas & ketua kelas pada awal tahun.

18. Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan


mengadakan ceramah, lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di
sekolah.

19. Menyediakan laporan Tahunan

20. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
16
1. Menasihati / membimbing murid yang bermasalah.

2. Merekod murid yang bermasalah.

3. Mempamerkan carta unit bimbingan dan kaunseling.

4. Membuat laporan murid bermasalah untuk tindakan susulan.

5. Merancang dan melaksana program motivasi dan ceramah khas dari luar dan
peringkat sekolah.

6. Merancang, mengurus dan melaksanakan Program Guru Penyayang.

7. Mengurus dan melaksanakan Program Pencegahan Dadah dan Jenayah.

8. Menyedia dan mengemaskini fail.

9. Menyediakan bilik kaunseling yang lengkap dan sesuai serta


memaksimumkan penggunaannya.

10. Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua masalah  yang
dapat dikesan.

11. Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama


guru-guru bimbingan dan kaunseling.

12. Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan
menyediakan laporan yang diperlukan.

13. Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar.

14. Merancang dan menyelaras program PRS.

15. Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka.

16. Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan.

17. Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid


bermasalah disiplin yang dirujuk kepadanya.

18. Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang


memerlukannya.

17
19. Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam
membantu sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin
murid.

20.Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan menyediakan


minit mesyuarat berkenaan.

21. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA   KEBERSIHAN &


KECERIAAN

18
1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan kebersihan
sekolah.

2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan


kebersihan murid.

3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid


dan sekolah secara berkala.

4. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan


komuniti  dalam program kebersihan dan keceriaan.

5. Merancang, melaksana dan memantau program/ aktiviti untuk mengekal dan


meningkatkan tahap persekitaran sekolah yang bersih  dan ceria.

6. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara


hidup bersih dan sihat.

7. Menyedia dan membuat laporan berkala.

8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan


menyediakan minit mesyuarat berkenaan.

9. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan


sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan kebersihan sekolah.

10. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KESELAMATAN

19
1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan pengurusan keselamatan
sekolah.

2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid


dan sekolah.

3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi sebarang krisis/ bencana.

4. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan


keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.

5. Menentukan semua polisi, manual dan tatacara keselamatan mengikut


piawaian yang ditentukan oleh badan-badan profesional yang berkaitan
dengan keselamatan.

6. Menyediakan pelan kebakaran sekolah di sudut tertentu dan kelas.

7. Membuat latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

8. Mengadakan ceramah/taklimat/pameran/demotrasi dengan kerjasama


agensi yang berkaitan.

9. Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi.

10. Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta
pelajar terancam.

11. Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas yang sah.

12. Mencegahkan kes-kes gangsterimse dan peras ugut.

13. Memastikan laluan kenderaan di kawasan sekolah sentiasa dalam keadaan


terkawal.

14. Menyediakan laporan secara berkala.

15. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan


menyediakan minit mesyuarat berkenaan.

16. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KESIHATAN &


RAWATAN

20
1. Bertanggungjawab merancang pelan tindakan program pembangunan
kesihatan murid.

2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan


murid di sekolah.

3. Membuat pemantauan pelaksanaan pendidikan kesihatan murid dan


program kesihatan sekolah.

4. Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti


jerebu, keracunan makanan, jangkitan kudis buta dan lain-lain.

5. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.

6. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program


kesihatan.

7. Menyedia dan membuat laporan berkala.

8. Mengurus dan memastikan peti ubat disediakan dan lengkap.

9. Mengumpul dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas.

10. Bertanggungjawab mengurus pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan


Kesihatan.

11. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran,


derma darah dan lain-lain yang sesuai.

12. Mengurus murid-murid yang memerlukan rawatan di hospital.

13. Menyediakan laporan bulanan denggi.

14. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan menyediakan


minit mesyuarat berkenaan.

15. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA KANTIN /RMT

21
1. Memastikan kebersihan kantin sentiasa terjaga dan dipertingkatkan dari
semasa ke semasa.

2. Memastikan pihak kantin sentiasa mematuhi garis panduan pengendalian


kantin.

3. Memantau kebersihan, kepelbagaian menu dan mutu masakan.

4. Memastikan perkhidmatan kantin mesra, cekap dan memuaskan pelanggan.

5. Mengambil tindakan segera dan proaktif bagi mengatasi semua kelemahan


yang dapat dikesan.

6. Menyediakan laporan bulanan ke pihak yang berkenaan.

7.  Menceriakan kantin dengan lebih konduksif.

8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan menyediakan


minit mesyuarat berkenaan.

9. Pemilihan murid yang layak menerima RMT.

10. Pemilihan pembekal makanan.

11. Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT.

12. Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.

13. Bertugas semasa waktu rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa rehat.

14. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA  PROGRAM SUSU


1 MALAYSIA

22
1. Pemilihan murid yang layak menerima Program Susu Satu Malaysia.
 
2. Penyeliaan dan pelaksanaan Program Susu Satu Malaysia.

3. Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.

4. Membanci murid yang patut menerima susu  percuma.

5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan menyediakan


minit mesyuarat berkenaan.

6. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA  SKIM PINJAMAN


BUKU TEKS (SPBT) 

1. Mengurus fail  dan bilik SBPT supaya sentiasa dikemaskini dan teratur.

23
2. Mengedar dan memungut semula borang-borang SPBT.

3. Memesan buku –buku teks.

4. Menerima buku-buku daripada pembekal, menyemak dan merekod ke dalam


buku stok.

5. Memproses buku-buku yang diterima.

6. Memberi pinjaman buku-buku teks kepada muridyang layak.

7. Memungut kembali buku-buku teks daripada murid.

8. Melakukan aktiviti pemeriksaan buku-buku teks  dari semasa ke semasa.

9. Memilih dan melantik Pengawas SPBT/Bilik BOSS.

10. Melapor sebarang keperluan buku teks.

11. Mengurus pelupusan buku teks.

12. Mengemaskini maklumat dan menyediakan  laporan kepada pihak


berkenaan.

13. Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan memaklumkan


kepada semua guru dan pelajar.

14. Memastikan pelajar-pelajar menjaga kebersihan buku pinjaman dan


menggantikan buku yang rosak.

15. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan menyediakan


minit mesyuarat berkenaan.

16. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

JAWATANKUASA  DATA MURID  

1. Mengurus kemasukan murid baharu.

24
2. Mendaftarkan murid baharu ke dalam sisitem APDM dan membuang murid
yang tukar sekolah dari sistem APDM sekolah dengan bantuan guru kelas .

3. Mengemaskini dan menyediakan maklumat /data terkini setiap hujung bulan


(sebelum 5hb).

4. Memaklumkan kepada PK HEM sebarang perubahan data/maklumat murid.

5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan menyediakan


minit mesyuarat berkenaan.

6. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa.

JAWATANKUASA  KEBAJIKAN  &


BANTUAN 

1. Memantau perancangan, pelaksanaan dan pelaporan semua unit bantuan dan


kebajikan murid.

25
2. Membentuk tabung kebajikan murid dan  tabung kilat/kecemasan.

3. Menguruskan hal ehwal derma dari luar.

4. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan dan menguruskan kebajikan


mereka.

5. Mengenalpasti dan mengurus murid-murid yang layak mendapat bantuan


KWAMP, bantuan awal persekolahan, derma, bantuan peralatan /
pakaiandan bantuan lain. Menyimpan rekod dan menganalisis prestasi
akademik / sahsiah mereka untuk tujuan rujukan dan penyambungan
bantuan.

6. Memastikan semua murid mempunyai pelan perlindungan insuran takaful.

7. Mengenalpasti murid yatim dan susah (miskin).

8. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan menyediakan


minit mesyuarat berkenaan.

9. Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa

Panduan Tanggungjawab Jawatankuasa Ko-Kurikulum


Bidang Tugas Bidang Ko-Kurikulum
Tugas dan Tanggungjawab Penolong Kanan Ko-Kurikulum
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/PK
Pentadbiran/ PK HEM
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum
4. Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah
5. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
kokurikulum sekolah
6. Menyelaras proses penubuhan kelab dan persatuan,sukan dan permainan
serta unit pakaian seragam
7. Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum

26
8. Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan kokurikulum
9. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kokurikulum yang diambil
10. Membantu sekolah dalam segala jenis pengelolaan atau penganjuran dalam
program yang melibatkan kokurikulum
11. Menyelaras Hari-Hari Perayaan dan Upacara Sekolah
12. Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum
untuk meningkatkan tahap pencapaian
13. Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum
14. Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkap dan dihantar satu salinan
ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
15. Mengurus kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang
kokurikulum
16. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum
dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka
17. Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kamalangan
yang layak dituntut
18. Merancang aktiviti kokurikulum untuk aktiviti selepas peperiksaan dan
semasa cuti sekolah (jika perlu)

TUGAS-TUGAS LAIN
19. Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa
20. Melaksanakan arahan dan tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar dari
masa ke semasa

Tugas dan Tanggungjawab Setiausaha Ko-Kurikulum


1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD,
JPN dan KPM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut kelab dan persatuan,sukan dan permainan
serta unit pakaian seragam
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat
kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan
sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat. 
5. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah
dan negeri.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan
seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan
untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan
koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan
keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
11. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan
sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab /
persatuan / badan beruniform sekolah.
13. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum
sekolah.

27
14. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
15. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah,
daerah, negeri direkod.
16. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut
dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
18. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum .

Tugas dan Tanggungjawab Setiausaha Sukan.


1. Mengatur rancangan/ jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan/jadual
MSSD, MSSK, dan MSSM.
2. Membahagikan pelajar mengikut rumah sukan.
3. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan
sekolah-sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan
padang.
4. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan sukan tahunan sekolah.
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.
6. Menyelaraskan pernyertaan sekolah dalam kegiatan yang dianjurkan oleh
badan-badan sukan yang lain.
7. Mengawal dan menjaga alat sukan dalam keadaan baik dan mengemaskinikan
buku stok.
8. Mengagihkan alat-alat sukan kepada guru-guru berkenaan.
9. Mencadangkan peralatan dan kemudahan yang patut dibeli atau diperbaiki oleh
pihak sekolah mengikut keutamaannya.
10. Mengatur pengangkutan untuk pasukan sukan sekolah sekiranya perlu.
11. Menyediakan laporan sukan tahunan.
12. Menilai semula rancangan sukan sekolah dan mencadangkan langkah-langkah
untuk meningkatkan prestasi sukan sekolah.
13. Merekodkan penglibatan/pencapaian pelajar dalam kegiatan sukan serta
mencadangkan olahragawan dan olahragawati sekolah.
14. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB / PERSATUAN / BADAN


BERUNIFORM
1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD sepanjang
tahun.
2. Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid
mengikut KELAB dan PERSATUAN..
3. Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan
serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Megenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah.
5. Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan uniform.
6. Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum menyelaraskan kegiatan latihan dan
pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan
tempat. 

28
7. Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan keperluan untuk acara-acara
anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
8. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama dan pembangunan unit masing-
masing.
9. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan yang diserti
oleh unit masing-masing.
10. Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan
keadaan yang baik.
11. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan /
badan beruniform sekolah.
12. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum unit masing-
masing .
13. Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
14. Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti
anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
15. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli
dan diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut keutamaan.
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
Tugas dan Tanggungjawab Guru Penasihat Persatuan dan Kelab
1.Guru Penasihat setiap unit adalah bertanggungjawab akan semua
peraturan,latihan,ujian dan kemajuan unitnya.

2.Guru Penasihat bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota pasukan


daripada pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya.Satu daftar
keahlian hendaklah di simpan sebagai rekod.

3.Menguruskan yuran pendaftaran bagi unit beruniform hendaklah di lakukan pada awal
tahun.

4.Guru Penasihat bertanggungjawab menguruskan latihan pasukannya pada hari yang


ditetapkan.Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang ditetapkan tidak
boleh dilakukan tanpa kebenaran khas daripada Guru Besar.Latihan tambahan pada
hari lain boleh diadakan dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar.

5.Guru Penasihat bertanggungjawab menyimpan fail-fail dan lain-lain butiran dan


maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pertubuhan berkenaan dan satu salinan
laporan aktiviti hendaklah dihantar ke pejabat untuk fail sekolah.

6.Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi unit masing-masing.

7.Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai penasihat atau
wakil sekolah.

Tugas dan Tanggungjawab Guru Penasihat Sukan dan Permainan


1. Memajukan kemahiran pelajar dalam permainan di bawah jagaanya dengan cara
melatih mereka mengikut jadual yang telah di tetapkan atau masa-masa lain
dengan persetujuan Setiausaha Sukan dan mengatur seberapa banyak
permainan atau perlawanan persahabatan dengan pasukan lain atau sekolah-
sekolah berdekatan.

29
2. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui
Setiausaha Sukan.
i Peraturan/Perlembagaan
ii Senarai AJK
iii Rancangan/Kegiatan setahun
iv Anggaran perbelanjaan/penyata kewangan
3. Mengurus dan melatih Pasukan Sekolah mengikut kumpulan untuk pertandingan
MSSD dan MSSK.
4. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam
permainan.
5. Menguruskan pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk pasukan
sekolah ke pertandingan luar dan mengurus surat kebenaran ibubapa.
6. Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam satu-satu perlawanan.
7. Bertanggungjawab atas kehadiran pemain pada masa latihan dan perlawanan.
8. Kehadiran pelajar mesti ditandatangani didalam kad/buku rekod kehadiran
selepas tamat perjumpaan.
9. Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan
memungut balik disimpan tempat yang selamat.
10. Menyimpan rekod perlawanan yang disertai pada semua peringkat dengan
mencatat butir-butir, tarikh, pasukan lawan, tempat berlawan dan keputusan.
11. Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti keselamatan, minuman, kecederaan
dan sebagainya.
12. Memastikan pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi
disamping menjunjung undang-undang dan disipilin sekolah.

Tugas dan Tanggungjawab Guru Penasihat Badan Beruniform


1. Menentukan dan menetapkan objektif-objektif badan beruniform serta menentukan
bahawa objektif-objektif tersebut tercapai.
2. Memastikan Unit Beruniform mempunyai perlembagaan.
3. Membuat rancangan / takwim tahunan, satu aktiviti rutin dan satu aktiviti
pembangunan dan menyerahkan satu salinan takwim, aktiviti rutin dan
pembangunan tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
4. Mengawal setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan perjumpaan / kegiatan itu
sihat dan tidak menyalahi undang-undang.
5. Menyelia latihan / perjumpaan pada hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan
mengambil berat terhadap kehadiran ahli.
6. Menyimpan laporan-laporan setiap mesyuarat/kegiatan/laporan tahunan, senarai
nama ahli, kedatangan ahli dalam Buku Pengurusan Kokurikulum dan menyerahkan
buku tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak pada akhir
setiap bulan.
7. Menguruskan segala urusan surat menyurat melalui Pengetua jika melibatkan gerak
kerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan / lawatan sambil belajar.
8. Mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah.
9. Mengadakan Mesyuarat Agung setahun sekali pada tarikh yang diselaraskan oleh
sekolah dan menghantar satu salinan AJK baru kepada Penolong Kanan
Kokurikulum.
10. Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya dan
dikemaskinikan.
11. Bekerjasama dengan badan-badan lain sama ada di luar atau di dalam sekolah
dengan menyertai kegiatan/pertandingan yang sihat.
12. Menghadiri mesyuarat / taklimat / kursus jika dikehendaki.

30
13. Menjadi jurulatih Unit Beruniform setakat mana yang boleh.
14. Menyelenggarakan rekod simpanan peralatan yang dikehendaki.
15. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.

Tanggungjawab Guru Rumah Sukan


1. Membentuk jawatankuasa
2. Merancang dan meningkatkanpengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti
sukan dan permainaN
3. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi
4. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
5. Menganjurkan perlawanan antara rumah, asrama dan kelas jika perlu
6. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar
7. Mengurus surat kebenaran ibu bapa dan penjaga dan surat akuan rawatan ke
pertandingan luar
8. Melapor dan merekodkan keputusan  pertandingan yang disertai
9. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan ahli
10. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi
11. Merancang aktiviti tahunan dengan ahli atau murid dibawah seliaannya
12. Tugas –tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa

Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan dan Kelab,Sukan dan


Permainan,Badan Beruniform
1. Pengerusi

1.1 Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.


1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
1.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester
dan tahunan bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
1.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan
baik.
1.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa

31
2. Naib Pengerusi

2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab


yang diberi.
2.2 Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.

3. Setiausaha

3.1 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.


3.2 Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh
Guru Penasihat.
3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
4. Penolong Setiausaha

4.1 Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.
4.2 Berkerjasama dengan setiausaha.
4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
5. Bendahari

5.1 Mengutip wang derma daripada ahli.


5.2 Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.
5.3 Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru
Penasihat.
5.4 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
5.5 Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.

6. Ahli Jawatankuasa

6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

32

You might also like