You are on page 1of 2

KOPERASI SEK. MEN.

KEBANGSAAN SERI KANDI BERHAD

ATURAN KUMPULAN WANG PENDIDIKAN


BIL ATURAN KUMPULAN WANG PENDIDIKAN TAJUK

1. 1.1 Aturan-aturan ini dinamakan Aturan Kumpulan Wang Pendidikan SMK Seri Kandi Koperasi Tajuk
Berhad.

1.2 Aturan ini diwujudkan di bawah fasal (3) Undang-undang kecil 8 dan dikuatkuasakan
selepas diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Koperasi dan setelah dimaklumkan kepada
Ketua Pendaftar.

2. Di dalam Aturan ini melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan ertinya maka : Tafsiran

“Derma” ertinya pemberian wang secara ikhlas yang dikeluarkan dari kumpulan wang mengikut
aturan-aturan atau sumbangan wang yang diterima secara ikhlas daripada pihak-pihak tertentu
untuk digunakan oleh kumpulan wang ini.

“Anggota” sertinya anggota-anggota yang telah sah diterima masuk menjadi anggota mengikut
undang-undang kecil koperasi ini; dan

“Lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini dilantik di bawah undang-undang kecil Koperasi.

3. Tujuan Kumpulan Wang Pendidikan ialah untuk : Tujuan

3.1 Membantu pembayaran yuran anggota yang memerlukan.

3.2 Membantu pembelian peralatan persekolahan seperti alat tulis, buku-buku dan
sebagainya.

3.3 Membantu Panitia yang memohon secara bertulis untuk pembelian alatan Alat Bantu
Mengajar atau Bahan Bantu Mengajar di bawah tanggungjawab Lembaga Koperasi.

4. Kewangan bagi Kumpulan Wang ini boleh diperolehi daripada: Punca


Kewangan
4.1 Tidak lebih daripada 10% daripada keuntungan bersih koperasi pada tiap-tiap tahun
dengan keputusan mesyuarat agung koperasi mengikut perenggan (e) fasal (2)
Undang-undang Kecil SMK Seri Kandi Koperasi ini;

4.2 Derma-derma dan sumbangan daripada anggota Koperasi dan pihak lain;

5. 5.1 Kumpulan Wang Pendidikan ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Kumpulan Pentadbiran
Wang Pendidikan yang dilantik oleh Lembaga di bawah perenggan (s) fasal (2)
Undang-undang Kecil SMK Seri Kandi Koperasi ini.
5.2 Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat jika perlu dan hendaklah
mengemukakan kepada Lembaga minit mesyuarat tidak lewat daripada lima belas hari
selepas mesyuarat itu.
5.3 Jawatankuasa ini mempunyai kuasa menguruskan Kumpulan Wang Pendidikan.

6. Tahun kewangan Kumpulan Pendidikan ini, bermula pada satu haribulan April dan berakhir pada Tahun
tiga puluh satu haribulan Mei. Kewangan
BIL ATURAN KUMPULAN WANG PENDIDIKAN TAJUK

7. 7.1 Jawatankuasa bolehlah, melabur semua atau sebahagian daripada dana kumpulan Pelaburan
wang ini, dalam mana-mana badan atau institusi kewangan tertakluk kepada seksyen
Aturan-aturan ini telah dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan koperasi ini pada
54 Akta Koperasi
________________________ 1993.______________ tahun ___________________________
haribulan
7.2 Apa-apa perolehan dari pelaburan ini hendaklah dikreditkan sebagai pendapatan
Kumpulan Wang Pendidikan.

…………………………………… ………………………………….. ………………………………………


8. 8.1 Anggota yang telah menjadi anggota selama enam bulan dengan tidak terputus-putus Kelayakan
( ) memohon.
adalah layak ( ) ( Memohon )
Pengerusi, Anggota Lembaga Anggota Lembaga
8.2……………
Koperasi Anggota-anggota
Berhad tidaklah boleh……………………..
Koperasi menuntut derma iniBerhad
sebagai satu haknya.
Koperasi …………………. Berhad
9. 9.1 Bantuan kepada pemohon-pemohon yang layak adalah mengikut kadar yang Kadar derma
ditetapkan Lembaga.
9.2 Bantuan boleh diberi dalam semua jenis perbelanjaan yang dibenarkan tanpa had
selagi wang tersebut mencukupi.
9.3 Kadar yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada permohonan tertakluk kepada
kedudukan kewangan Kumpulan Wang Pendidikan. Kadar ini juga boleh diubah
dengan persetujuan Lembaga Koperasi.

10. 10.1 Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada Kumpulan Wang Permohonan
Pendidikan hendaklah dipohon kepada Jawatankuasa;
10.2 Jawatankuasa hendaklah menentukan permohonan itu dibuat mengikut kehendak dan
syarat Aturan ini sebelum diperakukan oleh Lembaga

11. 11.1 Semua pembayaran boleh dibuat dalam bentuk cek atau tunai mengikut keperluan. Pembayaran

11.2 Bayaran akan dibuat dengan serta-merta setelah jawatankuasa berpuashati di atas
kesahihan permohonan itu.

12. 12.1 Jika kedudukan kewangan Kumpulan Wang Pendidikan ini mengalami kesulitan, Penggantungan
maka Lembaga hendaklah menggantungkan aktivitinya sehingga kesulitan ini diatasi. Derma

12.2 Anggota-anggota Koperasi hendaklah diberitahu melalui surat pekeliling mengenai


penggantungan atau pemulihan semula Kumpulan Wang ini.

13. Akaun Kumpulan Wang Pendidikan audit bersekali dengan akaun koperasi. Audit

14. Lembaga hendaklah membentangkan di dalam mesyuarat agung kepada anggota, laporan Makluman
aktiviti Kumpulan Wang ini serta cadangan bagi memajukannya. Anggota

15. Jika berbangkit sebarang perselisihan kefahaman di atas tafsiran aturan-aturan ini, atau timbul Pertikaian
apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Ketua
Pendaftar mengikut Undang-Undang Kecil 75 Koperasi ini.
16. Pengurusan Kumpulan Wang Pendidikan ini adlah di bawah tanggungjawab Lembaga Koperasi. Makluman
Anggota

You might also like