You are on page 1of 1

ILMUAN ISLAM BIDANG MATEMATIK TERSOHOR DI DUNIA

Amir Haikal

Yang dihormati para hakim yang arif lagi bijaksana, para pendengar yang setia
mendengar cerita saya, serta para hadirin yang saya hormati sekalian. Tajuk cerita
saya pada hari ini ialah ilmuan islam bidang Matematik tersohor di dunia.

Al-Khawarizmi atau nama sebenarnya Muhammad Ibnu Musa Al-Khawarizmi


merupakan seorang ilmuan Islam dalam bidang Matematik yang paling tersohor di
dunia. Al-Khawarizmi lahir dalam keluarga Parsi di Uzbekistan. Dalam pendidikan
telah membuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah seorang ilmuan Islam yang
berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi
bidang syariat, akan tetapi meliputi bidang falsafah, aritmetik, geometri dan lain-lain.
Pencapaian Al-Khawarizmi yang paling diingati ialah beliau telah mencipta satu evolusi
ilmu Matematik dengan meletakkan angka pada angka ‘0’ atau sifar yang sebelum ini
tidak mempunyai angka yang mana pengiraan dalam Matematik sebelumnya hanya
sehingga angka ‘9’. Bayangkan jika tidak ada angka sifar, bagaimana pula jika kita
ingin menghasilkan nombor sepuluh, seratus, seribu dan lain-lain?

Al-Khawarizmi sangat disanjungi oleh sarjana-sarjana barat dan Islam kerana


kepintarannya. Beliau diangkat oleh dunia barat sebagai Bapa Algebra. Asal perkataan
algebra diambil daripada perkataan Al-Jabra iaitu sebuah buku yang ditulis oleh Al-
Khawarizmi yang bermaksud penyelesaian sistem persamaan. Penghasilan buku Al-
Jabra ini ada kaitannya dengan masalah umat Islam yang dikaitkan dengan Faraid
umpamanya ataupun pembahagian pusaka, zakat dan mengira arah kiblat.

Al-Khawarizmi terus mencipta dan menyelesaikan pelbagai masalah nombor dan


pengiraan dalam Matematik. Beliau juga memberi ilham kepada kod binari yang
digunakan hingga ke hari ini. Pakar ilmuan barat turut mengiktiraf Al-Khawarizmi
sebagai tokoh islam yang tersohor dalam bidang Matematik. Buku agungnya tentang
algebra tersimpan rapi di Perpustakaan Bodlein, Oxford, England dan masih lagi
diguna pakai sebagai rujukan. Sumbangan beliau memang tidak dapat disangkal lagi
dalam bidang al-jabar atau Algebra sehinggakan nama algorithm juga diambil
sempena nama beliau, Al-Khawarizmi.

You might also like