You are on page 1of 1

Rujukan Kami: 200-4/2/1 ( )

Tarikh: 22 Oktober 2019

Setiausaha Kehormat ,
Kelab Sultan Sulaiman,
Jln Dewan Sultan Sulaiman,
50300 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

MOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PARKIR KENDERAAN DI KAWASAN


KELAB SULTAN SULAIMAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Anugerah


Kualiti Tahun 2019 pada ketetapan berikut;

Tarikh : 1 November 2019


Hari : Jumaat
Masa : 8.00 - 1.00 petang
Tempat : Dewan SMK Puteri Wilayah

3. Sehubungan dengan itu, pada hari tersebut banyak tetamu dan ibu bapa akan hadir.
Memandangkan tempat parkir di sekolah kami amat terhad, pihak sekolah memohon jasa
baik daripada pihak tuan/puan untuk membenarkan kami menggunakan parkir kenderaan di
di hadapan Kelab Sultan Sulaiman jika diperlukan pada hari tersebut demi kelancaran majlis.

4. Sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Pn Shahida Bt Hj Azizan
Pengetua
SMK Puteri Wilayah

You might also like