You are on page 1of 2

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENGAKTIFAN SEMULA PENERIMAAN SUMBANGAN TUNAI


COVID-19 KE AKAUN AMANAH PEMBELIAN ALAT
KELENGKAPAN, KEPERLUAN PERUBATAN, KEMUDAHAN DAN
PERKHIDMATAN DI FASILITI KESIHATAN KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA

16 OKTOBER 2020

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 23 Mac 2020 telah


menubuhkan satu Akaun Amanah atas nama Akaun Amanah Pembelian
Alat Kelengkapan, Keperluan Perubatan, Kemudahan dan Perkhidmatan
di Fasiliti Kesihatan KKM bagi membolehkan syarikat, Badan Bukan
Kerajaan (NGO) dan orang ramai yang prihatin untuk menyalurkan
sumbangan bagi kegunaan Barisan Hadapan semasa berlakunya wabak
COVID-19.

2. KKM dalam kenyataan akhbar pada 29 Mei 2020 telah


memaklumkan penamatan penerimaan sumbangan tunai pada 31 Mei
2020 berikutan penurunan kes positif COVID-19. Sebanyak
RM31,671,903.27 telah disumbangkan secara tunai oleh syarikat, NGO
dan orang ramai ke Akaun Amanah ini. Daripada jumlah berkenaan,
sehingga 30 September 2020, sebanyak RM30,597,202.81 telah dilulus
untuk dibelanjakan oleh Jawatankuasa Akaun Amanah di peringkat KKM
dengan baki sumbangan tunai sebanyak RM1,074,700.46.

3. Sumbangan tunai yang diterima telah digunakan bagi tujuan


membeli alat-alat kelengkapan perubatan antaranya seperti ventilator,
Infra-red Thermometer, Ultrasound, katil-katil pesakit dan Patient-
Monitor. Selain itu, pembelian reagen untuk ujian COVID-19 dan
penghantaran pegawai-pegawai KKM untuk bertugas di Sabah bagi
membantu menangani wabak COVID-19 di negeri tersebut turut
menggunakan sumbangan tunai ini.

1
4. Berdasarkan keadaan semasa dengan peningkatan kes positif
COVID-19, terdapat banyak pertanyaan dari pelbagai pihak yang ingin
membuat sumbangan tunai bagi membantu KKM menangani wabak
COVID-19. Oleh itu, KKM telah mengaktifkan semula penerimaan
sumbangan tunai di bawah Akaun Amanah ini dan Kementerian
Kewangan telah meluluskan kemudahan potongan cukai di bawah
Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi sumbangan tunai
ke Akaun Amanah ini.

5. Sehubungan dengan itu, sumbangan tunai di bawah Akaun


Amanah ini boleh disalurkan melalui butiran seperti berikut:

Nombor Akaun: 2-66016-0002347-5


Bank: RHB Bank
Atas Nama: Sumbangan Perubatan KKM

6. KKM tidak melantik sebarang pihak atau ejen bagi


melaksanakan kutipan sumbangan tunai atas nama Kementerian ini.
Sebarang pertanyaan dan pemakluman mengenai sumbangan tunai di
bawah Akaun Amanah ini, sila hubungi 03-88833111 atau melalui e-
mel sumbangancovid19@moh.gov.my.

7. KKM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih di atas kesudian syarikat, NGO dan orang ramai yang
telah tampil ke hadapan untuk memberi sumbangan tunai kepada
Kementerian ini dalam usaha menangani wabak COVID-19.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min


Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia

You might also like