You are on page 1of 23

SM ISLAMIAH TAWAU

(GEOGRAFI)KITAR SEMULA

NAMA:NUR FATIN ASHYIQA BINTI


SHARINNIZAL
KELAS:3B IBNU BATUTTA
NAMA GURU:ENCIK RAHMAN BIN LABUNU
PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah
membantu saya dalam menyiapkan tugasan kajian lapangan Geografi ini.Ribuan terima kasih
diucapkan kepada Tuan Hasni Bin Hassan,Pengetua SM Islamiah Tawau kerana sentiasa
memberi galakan dan kebenaran semasa melakukan kajian lapangan geografi ini.Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Rahman Bin Labunu,guru matapelajaran
geografi kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan untuk menyiapkan kajian lapangan
Geografi.Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya
yang telah memberi sokongn moral dan tenaga sepanjang kajian ini dijalankan.Bikan itu
sahaja,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya Aqila,Amalin,dan
Faqihah kerana telah bekerjasama dan memberi idea serta sokongan untuk menyiapkan kajian
lapangan ini.
PENDAHULUAN

Saya dan raka-rakan,iaitu Aqilah,Amalin dan Faqihah memilih tajuk kajian tentang amalan
kitar semula di SM Islamiah Tawau,Sabah.
Kami memilih kawasan ini untuk dikaji kerana ianya merupakan sekolah saya dan
memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat dengan tepat dan lebih mudah
lagi.Disamping itu,saya memilih tajuk ini disebabkan terdapat beberapa pelajar yang sering
mengamalkan amalan kitar semula di kawasan kajian.
Kami menyiapkan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang
dikumpulkan di lapangan secara berkumpulan.Laporan ini berjaya disiapkan dalam masa tiga
minggu.

1.0 PERANCANGAN
1.1 Jadual Kerja

MINGGU TARIKH AKTIVITI CATATAN

1 28 Sept 2020-  Diberi taklimat daripada guru


02 Okt 2020 matapelajaran bagaimana
melaksanakan kajian lapangan.

 Membuat jadual kerja,objektif


kajian dan kaedah kajian

 Melengkapkan borang soal


selidik 10 orang responden
menggunakan Aplikasi
Whatsapp
2 05 Okt 2020-  Merangkan konsep dan takrif
09 Okt 2020 kitar semula

 Mengenal pasti latar belakang


kawasan kajian

 Melukis graf tentang amalan


kitar semula di kawasan kajian

3 12Okt 2020-  Mentafsir graf


16 Okt 2020
 Menghuraikan masalah-
masalah amalan kitar semula di
kawasan kajian

 Mencadangkan langkah-
langkah mengatasi masalah
amalan kitar semula dikawasan
kajian

 Menghantar tugasan kepada


guru

1.2 OBJEKTIF KAJIAN


Adalah diharapkan kajian tentang amalan kitar semula di kawasan kajian iaitu SM Islamiah
Tawau,Sabah ini dapat:

1. Merancangkan konsep dan takrif kitar semula

2. Mengenal pasti latar belakang kawasan kajian

3. Melukis dan mentafsir graf tentang amalan kitar semula di kawasan kajian

4. Menghuraikan masalah-masalah amalan kitar semula di kawasan kajian

5. Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah amalan kitar semula di


kawasan tersebut
1.3 KAEDAH KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini menggunakan pelbagai kaedah antaranya:

1. Soal selidik:Saya membuat soal selidik 10 orag responden untuk mengetahui amalan
ktar semula,masalah dan cadangan mengatasi masalah amalan kitar semula dikawasan
kajian menggunakan aplikasi WhatsApp.

2. Pemerhatian:Saya telah membuat pemerhatian mengenai pandang darat fizikal dan


pandang darat budaya di kawasan kajian.

3. Rujukan:Saya juga telah membuat rujukan melalui Internet dan Buku Teks
Tingkatan 3 mengenai konsep dan takrif kitar semula

2.0 PROSES AWAL


BORANG SOAL SELIDIK
Nama:ANATI NUR ‘AFIFAH BT BURHAUDDUN

Umur:15 TAHUN
Alamat:SM ISLAMIAH TAWAU
AMALAN KITAR SEMULA YANG DIAMALKAN
Kurangkan (Reduce) Baiki (Repair)

Guna semula (Reuse) Tolak (Refuse)


Kitar semula (Recycle) √
MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI KAWASAN KAJIAN
Sikap tidak menghiraukan √ Kekurangan pengetahuan
Kurang pusat pengumpulan Harga yang rendah
CADANGAN MENGATASI MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI
KAWASAN KAJIAN
Kempen kitar semula Pendidikan alam sekitar

Memperbanyakkan pusat √ Harga yang berpatutan


pengumpulan

BORANG SOAL SELIDIK


Nama:NUR SYALSABILLAH BT HALI

Umur:15 TAHUN
Alamat:SM ISLAMIAH TAWAU
AMALAN KITAR SEMULA YANG DIAMALKAN
Kurangkan (Reduce) Baiki (Repair)

Guna semula (Reuse) Tolak (Refuse) √


Kitar semula (Recycle)
MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI KAWASAN KAJIAN
Sikap tidak menghiraukan Kekurangan pengetahuan
Kurang pusat pengumpulan √ Harga yang rendah
CADANGAN MENGATASI MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI
KAWASAN KAJIAN
Kempen kitar semula Pendidikan alam sekitar

Memperbanyakkan pusat √ Harga yang berpatutan


pengumpulan

BORANG SOAL SELIDIK


Nama:NURUL IZYAN IZZATI BT JAMALUDDIN

Umur:15 TAHUNS
Alamat:M ISLAMIAH TAWAU
AMALAN KITAR SEMULA YANG DIAMALKAN
Kurangkan (Reduce) Baiki (Repair)

Guna semula (Reuse) √ Tolak (Refuse)


Kitar semula (Recycle)
MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI KAWASAN KAJIAN
Sikap tidak menghiraukan Kekurangan pengetahuan
Kurang pusat pengumpulan √ Harga yang rendah
CADANGAN MENGATASI MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI
KAWASAN KAJIAN
Kempen kitar semula Pendidikan alam sekitar

Memperbanyakkan pusat √ Harga yang berpatutan


pengumpulan

BORANG SOAL SELIDIK


Nama:AMALIN QISTINA BT AZMAN

Umur:15 TAHUN
Alamat:SM ISLAMIAH TAWAU
AMALAN KITAR SEMULA YANG DIAMALKAN
Kurangkan (Reduce) Baiki (Repair)

Guna semula (Reuse) √ Tolak (Refuse)


Kitar semula (Recycle)
MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI KAWASAN KAJIAN
Sikap tidak menghiraukan √ Kekurangan pengetahuan
Kurang pusat pengumpulan Harga yang rendah
CADANGAN MENGATASI MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI
KAWASAN KAJIAN
Kempen kitar semula Pendidikan alam sekitar √

Memperbanyakkan pusat Harga yang berpatutan


pengumpulan

BORANG SOAL SELIDIK


Nama:AMIRAH HUMAIRA BT MADDIMUNRI

Umur:15 TAHUN
Alamat:SM ISLAMIAH TAWAU
AMALAN KITAR SEMULA YANG DIAMALKAN
Kurangkan (Reduce) √ Baiki (Repair)

Guna semula (Reuse) Tolak (Refuse)


Kitar semula (Recycle)
MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI KAWASAN KAJIAN
Sikap tidak menghiraukan √ Kekurangan pengetahuan
Kurang pusat pengumpulan Harga yang rendah
CADANGAN MENGATASI MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI
KAWASAN KAJIAN
Kempen kitar semula Pendidikan alam sekitar √

Memperbanyakkan pusat Harga yang berpatutan


pengumpulan

BORANG SOAL SELIDIK


Nama:AMIRAH FAQIHAH BT AMIRUDIN

Umur:15 TAHUN
Alamat:SM ISLAMIAH TAWAU
AMALAN KITAR SEMULA YANG DIAMALKAN
Kurangkan (Reduce) Baiki (Repair)

Guna semula (Reuse) √ Tolak (Refuse)


Kitar semula (Recycle)
MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI KAWASAN KAJIAN
Sikap tidak menghiraukan Kekurangan pengetahuan
Kurang pusat pengumpulan √ Harga yang rendah
CADANGAN MENGATASI MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI
KAWASAN KAJIAN
Kempen kitar semula Pendidikan alam sekitar

Memperbanyakkan pusat √ Harga yang berpatutan


pengumpulan

BORANG SOAL SELIDIK


Nama:NUR’ AQILAH FAQIHAH BT ARIFA

Umur:15 TAHUN
Alamat:SM ISLAMIAH TAWAU
AMALAN KITAR SEMULA YANG DIAMALKAN
Kurangkan (Reduce) Baiki (Repair)

Guna semula (Reuse) Tolak (Refuse)


Kitar semula (Recycle) √
MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI KAWASAN KAJIAN
Sikap tidak menghiraukan Kekurangan pengetahuan
Kurang pusat pengumpulan √ Harga yang rendah
CADANGAN MENGATASI MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI
KAWASAN KAJIAN
Kempen kitar semula Pendidikan alam sekitar

Memperbanyakkan pusat √ Harga yang berpatutan


pengumpulan

BORANG SOAL SELIDIK


Nama:SYARAH NUR FADHILAH BT ROSMAN

Umur:15 TAHUN
Alamat:SM ISLAMIAH TAWAU
AMALAN KITAR SEMULA YANG DIAMALKAN
Kurangkan (Reduce) Baiki (Repair)

Guna semula (Reuse) √ Tolak (Refuse)


Kitar semula (Recycle)
MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI KAWASAN KAJIAN
Sikap tidak menghiraukan √ Kekurangan pengetahuan
Kurang pusat pengumpulan Harga yang rendah
CADANGAN MENGATASI MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI
KAWASAN KAJIAN
Kempen kitar semula √ Pendidikan alam sekitar

Memperbanyakkan pusat Harga yang berpatutan


pengumpulan

BORANG SOAL SELIDIK


Nama:NUR IZZATY ADAWIYAH BT ROSLAN

Umur:15 TAHUN
Alamat:SM ISLAMIAH TAWAU
AMALAN KITAR SEMULA YANG DIAMALKAN
Kurangkan (Reduce) Baiki (Repair)

Guna semula (Reuse) √ Tolak (Refuse)


Kitar semula (Recycle)
MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI KAWASAN KAJIAN
Sikap tidak menghiraukan √ Kekurangan pengetahuan
Kurang pusat pengumpulan Harga yang rendah
CADANGAN MENGATASI MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI
KAWASAN KAJIAN
Kempen kitar semula Pendidikan alam sekitar √

Memperbanyakkan pusat Harga yang berpatutan


pengumpulan

BORANG SOAL SELIDIK


Nama:HANAN REDHA BT RAMSA

Umur:15 TAHUN
Alamat:SM ISLAMIAH TAWAU
AMALAN KITAR SEMULA YANG DIAMALKAN
Kurangkan (Reduce) Baiki (Repair)

Guna semula (Reuse) √ Tolak (Refuse)


Kitar semula (Recycle)
MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI KAWASAN KAJIAN
Sikap tidak menghiraukan Kekurangan pengetahuan
Kurang pusat pengumpulan √ Harga yang rendah
CADANGAN MENGATASI MASALAH AMALAN KITAR SEMULA YANG DIHADAPI DI
KAWASAN KAJIAN
Kempen kitar semula Pendidikan alam sekitar

Memperbanyakkan pusat √ Harga yang berpatutan


pengumpulan

3.0 LAPORAN AKHIR


3.1 Konsep kitar semula
Menurut Buku Teks Tingkatan 3 kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan
sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
Menurut kamus dewan Bahasa dan pustaka,kitar semula bermaksud benda seperti surat
khabar dan botol kaca yang diproses supaya dapat digunakan semula.Kitar semula berlaku
apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama.Kitar semula mengubah
bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai.Tambahan
pula,ia menjadi sumber kepada alam sekitar,kewangan dan faedah sosial.Bahan-bahan seperti
kaca,besi,plastic dan kertas dikumpul,diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk
ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Menurut Wikipedia,kita semula bermaksud proses menukar bahan buangan menjadi
bahan dan objek baru. Kitar semula bahan bergantung pada kemampuannya untuk
mendapatkan semula sifat yang ada pada keadaan asli atau asal. Ini adalah alternatif untuk
pembuangan sampah "konvensional" yang dapat menjimatkan bahan dan membantu
menurunkan pelepasan gas rumah hijau. Kitar semula dapat mencegah pembaziran bahan yang
berpotensi berguna dan mengurangkan penggunaan bahan mentah segar, sehingga
mengurangkan: penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran
air (dari tempat pembuangan sampah).

Berpandukan soal selidik yang dijalankan di kawasan kajian didapati amalan kitar semula
yang diamalkan adalah seperti kurangkan (Reuse),kitar semula (Recycle),baiki (Repair) dan
tolak (Refuse).

3.2LATAR BELAKANG CIRI FIZIKAL DAN BUDAYA DI SM ISLMIAH TAWAU


Saya telah memilih SM Islamiah Tawau untuk dijadikan kawasan kajian saya.Luas kawasan
kajian saya ialan 1.2 km2 yang tertumpu di sekitar SM Islamiah Tawau.Jarak kawasan kajian
saya dari bandar ialah 1.5 km.

Pandang darat fizikal yang terdapat di sekitar SM Islamiah tawau ialah kawasan tanah
pamah yang sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti.Selain itu,terdapat juga kawasan hutan
yang di sekitar kawasan kajian saya.

Pandang darat budaya yang terdapat di sekitar SM Islamiah Tawau ialah petempatan
seperti kampung Airport Lama.Selain itu terdapat kemudahan sosial seperti masjid sebagai
tempat beribadah dan sekolah iaitu SK Bandar Tawau.Disamping itu,terdapat juga jalan raya
yang menghubungkan kawasan kajian dengan bandar dan menjadi laluan kenderaan
seharian.Tambahan pula,terdapat juga kawasan untuk melakukan aktiviti beriadah atau
bersenam berhampiran dengan kawasan kajian iaitu Taman Muhibbah.

3.3MELUKIS DAN MENTAFSIR GRAF


Jadual 1.0:Amalan Kitar Semula yang diamalkan oleh pelajar tingkatan 3 Ibnu Batutta di SM
Islamiah Tawau pada tahun 2020.

AMALAN KITAR SEMULA BILANGAN RESPONDEN

KURANGKAN (REDUCE) 1

GUNA SEMULA (REUSE) 6

KITAR SEMULA (RECYCLE) 2

BAIKI (REPAIR)

TOLAK (REFUSE) 1

JUMLAH 10

Mentafsir graf
Jadual 1.0 menunjukkan tentang amalan kitar semula yang diamalkan oleh pelajar
tingkatan 3 Ibnu Batutta di SM Islamiah Tawau pada tahun 2020.Antaranya adalah
kurangkan(Reduce),guna semula (Reuse),kitar semula (Recycle),baiki (Repair) dan tolak
(Refuse).
Amalan yang sering dilakukan oleh pelajar tingkatan 3 Ibnu Batutta ialah guna semula
(Reuse) iaitu seramai 6 orang diikuti dengan amalan kitar semula (Recycle) iaitu seramai 2
orang.Manakala amalan kurangkan (Reduce) dan tolak (Refuse) masing-masing mendapat 1
orang.
Pelajar sering mengamalkan amalan guna semula (Reuse) kerana ianya lebih
menjimatkan masa,wang,tenaga dan sumber.Contohnya,pelajar boleh membawa bekas
makanan sendiri untuk membungkus makanan.Amalan baiki (Repair) merupakan amalan
yang kurang diamalkan kerana pelajar tidak mempunyai alat dan kemahiran dalam membaiki
barangan yang rosak.Oleh itu,amalan baiki kurang diamalkan oleh pelajar tingkatan 3 Ibnu
Batutta.
Sebagai rumusan,pelajar tingkatan 3 Ibnu Batutta sering mengamalkan amalan guna
semula (Reuse) dan amalan yang kurang diamalkan ialah baiki (Repair).

3.4 MASALAH-MASALAH AMALAN KITAR SEMULA DI KAWASAN KAJIAN SAYA


Pada masa kini,konsep kitar semula ini kurang diterapkan dalam diri masyarakat
khusunya para pelajar kerana pelajar pada hari ini hanya memandang sebelah mata tentang
amalan kitar semula terutamanya di kawasan sekolah.Antara masalah atau punca yang
menyebabkan amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan atau tidak dipraktikkan ialah
sikap.Terdapat segelintir pelajar yang tidak mempedulikan amalan kitar semula
ini.Kebanyakan barang yang boleh dikitar semula dibuang begitu sahaja.Contohnya,pelajar
boleh mengitar semula surat khabar menjadi bakul atau kraf tangan yang menarik.Dengan
itu,tidak akan berlaku pembaziran bagi barang yang boleh dikitar semula.
Selain itu,kebanyakan pelajar yang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan
oleh kekurangan ilmu pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula.Mereka lebih
senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula bagi mereka amalan kitar
semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa
kepentingan.Contohnya,menggunakan botol plastik sebagai hiasan atau bekas alat tulis.
Seterusnya,dikawasan kajian saya kekurangan pusat pengumpulan bahan kitar semula
seperti tong kitar semula.Keadaan ini menyebabkan pelajar sukar untuk membuang bahan
kitar semula mengikut kategori yang telah ditetapkan.Pihak sekolah atau pihak kerajaan perlu
peka akan hal seperti ini kerana kebersihan alam sekitar sangat penting sekaligus dapat
mendisiplinkan pelajar tentang penjagaan alam sekitar .
Akhir sekali,kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan
harga yang rendah,Kertas dibeli dengan harga tidak kurang dari 20 sen untuk 1
kilogram.Harga yang rendah menyebabkan pelajar lebih senang membuangnya daripada
mengumpulnya dan menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak berbaloi atau
menguntungkan.

3.5 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH AMALAN KITAR SEMULA DI


KAWASAN KAJIAN
Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian,beberapa
langkah atau tindakan dapat dilakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan
oleh pelajar antaranya seperti mengadakan kempen yang akan meningkatkan kesedaran
khususnya kepada para pelajar tentang kepentingan alam sekitar.Selain itu,kempen sebegini
akan melahirkan masyarakat yang lebih peka,prihatin dan bersama-sama memainkan peranan
untuk mengamalkan amalan kitar semula.Kempen atau program ini dapat memberi keinsafan
kepada masyarakat supaya menjaga alam sekitar daripada kemusnahan.
Selain itu,guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk
melaksanakan amalan kitar semula.Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini
dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah.Guru juga boleh
mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula
dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan tersebut.
Seterusnya,pihak kerajaan perlulah menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan
kitar semula bagi menarik minat pelajar dan juga masyarakat untuk mengamalkan amalan
kitar semula.Perkara ini penting supaya pelajar tidak lagi membuang barang yang boleh
dikitar semula sesuka hati.Ini dapat mengelakkan dari pembaziran.Pihak sekolah juga boleh
memperbanyakkan atau menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di tempat yang
lebih strategic bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke
dalam tong yang betul.
Akhir sekali,pihak pusat pengumpulan kitar semula perlulah mengubah peraturan
bagi harga barangan dengan cara menaikkan harga barangan dengan berpatutan dan tidak
menentukan harga barangan dengan timbangan.Saya yakin cara ini akan menarik lebih
banyak pihak terutamanya pelajar untuk terus mengumpul bahan kitar semula dan
menjualnya di pusat pengumpulan.

4.0 RUJUKAN
Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi ini
mengikut masa dan tempoh yang telah ditetapkan.Semasa menyiapkan tugasan ini saya telah
mendapat banyak pengetahuan.Antaranya saya dapat mengetahui maksud amalan kitar
semula.Selain itu,saya juga dapat mengetahui masalah yang sering dihadapi pelajar berkaitan
amalan kitar seperti kurang ilmu pengetahuan,sikap kurang kerjasama antara masyarakat
serta langkah-langkah yang boleh mengatasi masalah tersebut seperti mengadakan kempen
dan memperbanyakkan pusat pengumpulan.

5.0RUJUKAN

A.Buku Teks Geografi Tingkatan 3


ͦ Abd. Rahim Md Nor,2004,Geografi Tingkatan 3,Pulau Pinang,Cerdik Publicayion Sdn.Bhd
ͦ Chong Mui Seng,2002,Geografi Tingkatan 1,Kuala Lumpur,Johor Central Sdn Bhd

B.Internet
ͦh
ttps://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
ͦh
ttp://norainiabdullah-noraini.blogspot.com/2011/10/kempen-kitar-semula-dalam-bentuk.html
ͦ http://lelaki-kertas.blogspot.com/2010/04/kerja-kursus-geografi-tajuk-kitar.html

You might also like