You are on page 1of 4

KUALA LUMPUR - Akibat memandu kereta dan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol, dua

lelaki hari ini masing-masing didenda RM3,200 dan RM2,800 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah
Trafik di sini, hari ini.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman denda RM3,200 terhadap Low Jinn Yeh @
Wu Jinn Yeh, 33, selepas dia mengaku bersalah memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had
yang ditetapkan.

Jinn Yeh didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Klang Lama, di sini, pada 4.30 pagi tadi dan ujian
penafasan yang dijalankan terhadapnya mendapati, kandungan alkohol dalam 100 ml darah adalah sebanyak
220 miligram alkohol iaitu melebihi 80 miligram yang dihadkan.

Seorang pekerja bank R. Rueben, 25, didenda RM2,800 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah
menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol.

Rueben, didakwa melakukan perbuatan itu di tempat sama pada 3 pagi, 21 Ogos lepas dan ujian penafasan
yang dijalankan terhadapnya mendapati kandungan alkohol dalam 100 ml darah adalah 162 miligram
alkohol iaitu melebihi 80 miligram yang dihadkan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda maksimum
RM6,000 dan boleh juga dipenjara sehingga 12 bulan serta lesen percubaan dibatalkan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hashimah Hashim manakala kedua-dua
tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Penuntut kolej dituduh pandu di bawah pengaruh alkohol


Oleh Maria Uffa Zulkafeli ,
maria.uffa@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut sebuah kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret
Trafik hari ini atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga merempuh kereta peronda polis
di Jalan Pudu, di sini, Isnin lalu.

Tertuduh, Lua Norman, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan
Majistret Zura Syazween Hamizan.

Mengikut pertuduhan, Lua yang kini sedang dalam program persediaan Sarjana Muda ke Amerika Syarikat
didakwa memandu kereta Volkswagen Polo warna biru di bawah pengaruh alkohol melebihi 76 miligram
(mg) /100 mililiter (ml) daripada had ditetapkan sehingga tidak berdaya mengawal kenderaan itu di Jalan
Pudu, pada jam 8.55 pagi, 22 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman
denda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun serta tertera rekod kesalahan di lesen
memandu, jika sabit kesalahan.
ARKIB : 23/09/2009

30% punca kemalangan jalan raya kerana mabuk


KUALA LUMPUR 22 Sept.- Pengambilan minuman beralkohol atau arak dikenal pasti punca kepada 30
peratus kemalangan jalan raya di Malaysia.

Sekretariat Pertubuhan Antarabangsa Kawalan Produk Malaysia, David Ong Chan Hor berkata, ia
berdasarkan laporan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) sebelum ini.

''Individu yang minum arak terutama dalam kuantiti yang banyak akan mabuk dan dalam keadaan kurang
normal, jadi apabila mereka memandu, risiko mereka terlibat kemalangan adalah tinggi.

''Dengan peratusan kemalangan yang tinggi ini, syarikat insurans akan menaikkan premium insurans
kenderaan yang pastinya menyusahkan semua pemilik kenderaan,'' katanya di sini.

Menurut David, selain terlibat kemalangan, pengambilan minuman beralkohol mengakibatkan keganasan
rumah tangga.

''Berdasarkan maklumat Pertubuhan Bantuan Wanita di negara ini, pengaruh alkohol menyebabkan
seseorang itu terutama suami melakukan keganasan terhadap pasangannya.

''Alkohol menyebabkan pemikiran individu tidak normal yang juga menyumbang kepada masalah penderaan
terhadap anak," katanya.

David berkata, kesan lain yang sering timbul daripada pengambilan alkohol atau arak adalah melakukan
pembunuhan dan perceraian.

Tambahnya, di Eropah, seorang pakar perunding, Peter Anderson yang mengkaji kesan berhubung
pengambilan alkohol mendapati ia menyumbang 40 peratus kes keganasan dan penderaan terhadap sembilan
juta kanak-kanak. © Utusan Melayu (M) Bhd

Pandu kereta di bawah pengaruh alkohol, lelaki didenda


6 Mac 2018

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas
kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, tahun lalu.

Majistret Farah Adlini Mohd Din menjatuhkan hukuman itu ke atas Wong Kuan Weng, 37, setelah dia
mengaku bersalah memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sebanyak 333mg dalam 100ml urin iaitu
lebih 226 mg alkohol daripada had yang ditetapkan iaitu 107mg alkohol dalam 100ml urin.

Lelaki itu melakukan kesalahan tersebut di Jalan Klang Lama, di sini, jam 3 pagi, 18 November  2017
mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum
RM6,000 dan boleh juga dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan serta lesen percubaan dibatalkan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar
denda. Dia membayar denda berkenaan.Terdahulu, Kuan Weng yang tidak diwakili peguam merayu
hukuman ringan manakala Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Abdullah B Khazali memohon hukuman
setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pihak polis yang melakukan pemeriksaan sekatan jalan raya di Jalan
Klang Lama menahan tertuduh kerana dipercayai memandu kereta di bawah pengaruh alkohol. - Bernama
Pengaruh alkohol punca kemalangan meningkat: Sairin
3:54pm 19/02/2015 Sitti Nor Azizah Talata 0 komen
Berita Pilihan, Keningau, Mutakhir, Tempatan, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan

KENINGAU – Kecuaian pemandu disebabkan pengaruh alkohol semasa memandu merupakan punca utama
kepada kadar kemalangan di jalan raya terus meningkat termasuk di daerah ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Sairin Karno berkata, perkara itu boleh
dibendung sekiranya setiap para pemandu mengamalkan budaya memandu yang berhemah serta mematuhi
peraturan jalan raya sedia ada.

“Penguatkuasaan undang-undang jalan raya atau pendekatan berkaitan daripada semua pihak berkuasa juga
perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa agar kesedaran para pengguna terus meningkat, sekaligus
mengurang kadar kemalangan jiwa pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Op Selamat anjuran Ibu Pejabat Polis
Daerah IPD Keningau sempena perayaan Tahun Baru Cina di stesen minyak petronas di Apin-Apin, dekat
sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong berkata, statistik indeks
kemalangan bagi tahun lalu di daerah itu meningkat seramai 21 orang berbanding pada tahun sebelumnya
iaitu 15 orang.

Jelasnya, pada tahun ini, pihaknya berharap kadar kemalangan jiwa dapat dikurangkan sekiranya setiap para
pengguna jalan raya memberi kerjasama dengan mematuhi undang-undang sedia ada. – oleh Kalawon
Sawing / Sayang Sabah.

Rempuh Kereta Peronda: Penuntut Bawah Pengaruh Alkohol Di Tahan (video)


Thursday, June 25, 2015 -06-25 02:39:47'

Rempuh Kereta Peronda: Penuntut Bawah Pengaruh Alkohol Di Tahan


Penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh
belakang kereta peronda polis ditahan beberapa jam selepas kejadian Isnin lalu.

Remaja terbabit yang memandu kereta itu pada mulanya melarikan diri sejurus kejadian di Jalan Pudu
menghala ke pusat bandar namun berjaya dikesan dan ditahan.

Rakaman video berkaitan kejadian rempuhan yang berdurasi 1.22 minit itu mula tersebar di laman sosial
sejak Isnin lalu.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, kemalangan yang berlaku
pada 8.55 pagi itu mengakibatkan kereta peronda polis terbabit berpusing beberapa kali sehingga terbabas ke
kanan jalan.

“Kami berjaya mengesan remaja terbabit sebelum menahannya pada hari sama dan ujian dijalankan
mendapati dia dibawah pengaruh alkohol. Remaja berkenaan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis,”
katanya.

You might also like