You are on page 1of 4

NURUL AISYAH BINTI KAMARULADNAN D20172080892

PERTANIAN PADI DI PERAK.

Sejak abad ke-16, Negeri Melayu Perak telah wujud dan ianya memberikan kesan
terhadap petempatan bagi penduduk khususnya penduduk Melayu di Negeri Perak iaitu
di lembah- lembah sungai seperti tebing Sungai Perak dan anak - anak sungai, ianya
mendorong kepada ekonomi yang berasaskan ekonomi sara diri dijalankan 1. Tanaman
utama yang dilakukan oleh mereka ialah tanaman padi disamping sayur- sayuran dan
buah buahan. Apabila terdapat lebihan tanaman, mereka akan menjadikannya sebagai
benih untuk digunakan pada musim berikutnya.

Di Perak pada era zaman pra-kolonial, terdapat dua jenis padi iaitu padi basah dan padi
kering. Mereka yang terkenal dengan usaha melaksanakan aktiviti tanaman ini ialah
kaum tani. Padi basah ini sering ditanam disekitar lembah- lembah sungai dalam bentuk
bendang. Manakala padi kering pula telah diusahakan dalam bentuk huma dan ladang.
Orang - orang melayu yang terdiri dari pelbagai suku kaum termasuklah orang- orang
tempatan, orang asli selain kumpulan – kumpulan pendang yang berasal dari Indonesia
seperti Orang Bugis merupakan penduduk terdapat di sana 2. Dalam aktiviti harian
mereka, orang-orang Melayu Perak ini akan melakukan beberapa proses dalam aktiviti
berladang iaitu bermula dengan penebangan pokok- pokok hutan sebelum dijadikan
ladang yang akan digunakan dalam tempoh tiga atau empat musim.selepas itu mereka
akan mencari tapak atau Kawasan yang lain pula.

Terdapat beberapa faktor yang telah mendorong kaum tani Melayu ini dalam menceburi
bidang pertanian padi kering dengan bentuk ladang. Antaranya ialah tempoh yang lama
dapat digunakan dalam sesuatu musim tersebut sebelum perlu bertukar ke Kawasan
yang lain. Hal ini kerana untuk mengendalikan sedidang tanah contohnya memerlukan
tempoh masa selama tiga tahun dan ianya memerlukan tenaga kerja yang banyak 3.
Mereka juga berpeluang untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti tanaman jangka

1
Lim Teck Ghee, Origins of a Colonial Economy: Land and Agriculture in Perak 1874-1897, Penang: Penerbit USM,
1977. Hlm 34.
2
McNair, J.E, Perak and the Malay, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1972, hlm 32.
3
Lim Teck Ghee, Origins of a Colonial Economy: Land and Agriculture in Perak 1874-1897, Penang: Penerbit USM,
1977, hlm 50.
pendek Bersama- sama padi dan hal ini turut mengumbang kepada faktor tarikan yang
memberansangkan kepada para penduduk. Selain itu juga, kegiatan penduduk juga
dipengaruhi oleh sistem hak pemilikan tanah serta keadaan semasa politik yang berlaku
di negeri- negeri tanah Melayu.

Walaupun kebanyakan orang Melayu Perak memilih untuk menjalankan penanaman


padi kering, tradisi penanaman padi basah bukanlah tidak terdapat di Semenanjung
Tanah Melayi. Hal ini demikian kerana di semenanjung merupakan lokasi pilihan untuk
tanaman Jenis ini. Hal ini demikian kerana kebergantungan tanaman padi basah ini
adalah air hujan. Namun terdapat perbezaan bagi sistem sawah padi bagi orang –
orang Minang Kabau kerana mereka menggunakan Teknik pengairan yang maju.

Pada era pemerintahan Kolonial Inggeris berlakunya perubahan kepada sistem


pertanian. Terdapat pelaksanaan undang – undang baru yang telah mengubah sistem
sara diri. Melihat kepada perubahan yang berlaku, terdapat lebih banyak peluang atau
jalan kepada semenanjung yang mempunyai kekayaan sumber dimana ianya telah
membuka peluang kepada peningkatan sitem ekonomi. Hal ini dapat memberikan
kesan kepada ekonomi dimana berlakunya perkembangan ekonomi pasaran 4.

Pembukaan Perak serta pelbagai Negeri- negeri Melayu yang lain dalam sistem
ekonomi telah menjadikan berlakunya peningkatan secara mendadak dalam jumlah
penduduk. Mereka ini terdiri dari imigran serta pendatang yang menjadikan ramai
tenaga buruh dapat diperolehi seperti Cina dan India. Sebagai contoh arus imigran Cina
yang terbesar telah berlaku pada tahun 1800 sehingga dekad yang pertama pada abad
ke-205. Terdapat juga pendatang dari kepulauan Nusantara iaitu Orang- Orang Jawa
dan Banjar. Mereka ini telah terlibat dengan aktiviti di ladang- ladang dan juga segelintir
dari mereka yang yang terlibat dengan penanaman padi disebabkan faktor mudah
untuk memiliki tanag di negara ini6.

4
Sivalingam, G, “The Political Economy of Agrarian Change, West Malaysia 1947-1075”, PhD dissertation, Cornell
University, 1983, hlm 90.
5
McGee, T.G., “Population: A Preliminary Analysis” in Wang Gungwu (ed.), Malaysia: A Survey, New York:
Frederick A. Praeger, 1965. Hlm 70.
6
Chai, Hon Chan, The Development of British Malaya 1896- 19909, kuala Lumpur: Oxford University Press, 1964.
hlm 23.
Impak yang diperoleh hasil kedatangan imigran ini ialah berlakunya peningkatan
terhadap keperluan beras. Pihak colonial mengambil langkah yang bijak dalam
memastikan hasil padi tempatan dapat diperluaskan. Melihat dari sudut bekalan beras,
kemasukan buruh- buruh tidak menjadi sesuatu yang menjejaskan masyarakat
tempatan. Hal ini kerana pengeluaran padi melui bendang atau ladang yang
diusahakan oleh masyarakat Melayu Perak ini adalah bagi memenuhi keperluan sara
diri dan bukanlah demi nilai pertukaran di pasaran.

Secara kesimpulannya masyarakat Melayu 7 yang menetap di sekitar kawasan


pedalaman merupakan populasi utama penduduk semasa zaman prakolonial
Semenanjung Tanah Melayu dimana kelompok mereka yang lebih besar menetap di
kawasan yang berhampiran dengan laut atau di pinggir sungai. 8 Golongan peribumi lain
pula terdiri daripada kumpulan - kumpulan orang asli yang terlibat dalam aktiviti
memburu, mengumpul dan pertanian pindah. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu
pada masa itu adalah bersifat jenis sara hidup yang mudah 9 berasaskan pada
penanaman padi.10 Tiada kegunaan lebihan pada tanah, sekiranya jumlah populasi
berkembang maka lebih banyak tanah akan dibuka untuk penanaman padi. Sebelum
abad ke-15, padi ditanam kering melalui kaedah ladang (pertanian pindah). Teknik
penanaman padi basah telah diperkenalkan ke kawasan utara Semenanjung Tanah
Melayu dari Siam pada abad ke-15.11

7
Mohd Faidz Mohd Zain, Jamaie Hj. Hamil, Mohd Rizal Mohd Yaakob & Mohamad Rodzi Abd Razak, Pengaruh
Nasionalisme Melayu Mewarnai Budaya Politik Melayu Dalam UMNO dlm. Jurnal Melayu (7), 2011, hlm. 195-197.
8
Surya Awang, Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957, Tesis Sarjana Muda Sejarah,
Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 1.
9
Surya Awang, Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957, Tesis Sarjana Muda Sejarah,
Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 1.
10
Tan Ding Eing, Sejarah Malaysia dan Singapura, Terj. Shahabuddin Shafie, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd., 1979, hlm. 234.
11
Tan Ding Eing, Sejarah Malaysia dan Singapura, Terj. Shahabuddin Shafie, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd., 1979, hlm. 234.
Chai, Hon Chan, The Development of British Malaya 1896- 19909, kuala Lumpur:
Oxford

University Press, 1964.

Lim Teck Ghee, Origins of a Colonial Economy: Land and Agriculture in Perak 1874-

1897, Penang: Penerbit USM, 1977.

McGee, T.G., “Population: A Preliminary Analysis” in Wang Gungwu (ed.), Malaysia: A

Survey, New York: Frederick A. Praeger, 1965.

McNair, J.E, Perak and the Malay, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1972.

Mohd Faidz Mohd Zain, Jamaie Hj. Hamil, Mohd Rizal Mohd Yaakob & Mohamad Rodzi

Abd Razak, Pengaruh Nasionalisme Melayu Mewarnai Budaya Politik Melayu

Dalam UMNO dlm. Jurnal Melayu (7), 2011,

Sivalingam, G, “The Political Economy of Agrarian Change, West Malaysia 1947-1075”,

PhD dissertation, Cornell University, 1983.

Surya Awang, Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957, Tesis

Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002.

Surya Awang, Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957, Tesis

Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002.

Tan Ding Eing, Sejarah Malaysia dan Singapura, Terj. Shahabuddin Shafie, Kuala

Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1979.

Tan Ding Eing, Sejarah Malaysia dan Singapura, Terj. Shahabuddin Shafie, Kuala

Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1979.

You might also like