Untitled Document

You might also like

You are on page 1of 2

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.

Yang berbahagia, Dr Muhammad Nizam Yaakob, timbalan ketua jabatan, jabatan perancangan,
penyelidikan dan inovasi IPGK Darul Aman,

Yang berbahagia, Dr Hajah Zailah Zainudin, Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, IPGK Raja
Melewar,

Yang berusaha, Dr Noryani bt Md Yusof, Ketua Jabatan, Jabatan Perancangan Inovasi dan
Penyelidikan, IPGK Perempuan Melayu,

Yang berusaha, Dr Kamarudin bin Abu Hasan dan Dr Shahrir Affandi bin Daud @ Mohamed,
Penyelaras Program Virtual Simposium Online Pembentangan Proposal Penyelidikan PISMP
Pendidikan Khas Ambilan Jun 2018,

Yang dihormati, pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan khas dan Jabatan Perancangan


Inovasi dan Penyelidikan serta siswi guru PISMP Pendidikan Khas Ambilan Jun 2018.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan rahmatNya kita dapat bersama-
sama berkumpul di Program Virtual Simposium Online Pembentangan Proposal Penyelidikan
PISMP Pendidikan Khas Ambilan Jun 2018 peringkat IPGK Perempuan Melayu, Melaka bagi
tahun 2020.

Program Simposium Online Pembentangan Proposal Penyelidikan ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan
Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) PKUK3143 iaitu bagi subjek Asas Penyelidikan dalam Pendidikan. Justeru itu,
setiap siswi guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ini perlu melaksanakan satu tugasan penulisan proposal
penyelidikan isu pendidikan serta perlu dibentangkan di hadapan barisan panel sebagai syarat untuk melengkapkan
pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan).

Buat pengetahuan semua, semasa mempelajari kursus ini terdapat banyak perkara baharu mengenai asas
penyelidikan akan mula diterokai oleh siswi guru. Antara pengetahuan yang perlu dikuasai oleh siswi guru ini ialah
mereka perlu menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan serta membincangkan
bagaimana satu proses penyelidikan dalam pendidikan mampu dihasilkan mengikut kreativiti ulasan mereka di
dalam penulisan cadangan penyelidikan.

Berdasarkan kepada semua maklumat serta hasil dapatan yang dihasilkan di dalam penulisan cadangan penyelidikan
penyelidikan ini, maka setiap siswi guru dikehendaki untuk membentangkan hasil penulisan mereka kepada panel
penilai bagi menilai keberkesanan penyelidikan yang telah dibuat.

Selain daripada itu, simposium ini juga diadakan bagi mewujudkan hubungan kerjasama yang erat di antara
pensyarah Jabatan Pendidikan Khas dengan pensyarah daripada Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi.
Hubungan kerjasama yang erat ini antara kedua-dua jabatan ini telah dipamerkan melalui wujudnya pelantikan Dr
Kamarudin bin Abu Hassan dan Dr ShahrirAffandi bin Daud sebagai penyelaras bagi Program Virtual Simposium
Online Pembentangan Proposal Penyelidikan bagi unit Pendidikan Khas 1 dan 2 Ambilan Jun 2018.

Selain daripada itu, hubungan kerjasama yang erat ini juga telah diwujudkan dengan cara melantik pensyarah
daripada Jabatan Pendidikan Khas sebagai penyelia bagi setiap siswi guru Pendidikan Khas serta dibantu oleh
beberapa lagi pensyarah daripada jabatan lain.

Oleh itu, diharapkan agar program ini dapat memberi pengalaman kepada siswi guru untuk melaksanakan dan
membentangkan kertas cadangan penyelidikan secara dalam talian serta dapat menjalinkan hubungan bersama
pensyarah dan siswi guru yang lain walaupun secara dalam talian dengan baik.

Justeru itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Program Virtual Simposium Online
Pembentangan Proposal Penyelidikan PISMP Pendidikan Khas Ambilan Jun 2018 peringkat
IPGK Perempuan Melayu, Melaka bagi tahun 2020.

You might also like