You are on page 1of 2

Soalan struktur 7.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyahut cabaran dan sanggup


menjayakan Wawasan 2020 dengan melengkapi diri dengan pelbagai
ilmu dan kemahiran, saling membantu, bekerjasama dan hidup dalam
keadaan harmoni.”

1 (a) Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan tiga nilai yang perlu ada
pada rakyat Malaysia. [6m]

(b) Nyatakan dua cabaran dalam Wawasan 2020. [2m]

(c) Berikan dua peranan anda sebagai pelajar untuk merealisasikan


wawasan ini. [2m]

Jawapan Soalan struktur 7.2

1 (a) (i) Hidup bersama secara aman. Rakyat Malaysia harus hidup
berbaik-baik antara satu sama lain dalam menjaya Wawasan
2020. @ Rakyat Malaysia harus mengutamakan kedamaian dan
keharmonian dalam menjaya Wawasan 2020.

(ii) Saling membantu dan bekerjasama. Rakyat Malaysia harus


mempunyai usaha yang baik dan membina dalam dalam
menjaya Wawasan 2020. @ Rakyat Malaysia harus berusaha
bersama-sama dalam menjaya Wawasan 2020.

(iii) Bertanggungjawab. Rakyat Malaysia harus mempunyai


kesanggupan untuk memikul / melaksanakan kewajipan sebagai
rakyat dalam menjaya Wawasan 2020.

(iv) Berdikari. Rakyat Malaysia harus menjaya Wawasan 2020 tanpa


bergantung kepada orang lain. @ Rakyat Malaysia harus
sanggup melakukan sesuatu seperti belajar bersungguh-
sungguh dalam menjaya Wawasan 2020.

(b)
1. Mewujudkan masyarakat yang bersatupadu.
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiawa bebas, tenteram
dan maju.
3. Mewujudkan masyarakat yang demokratik yang matang.
4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur.
6. Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.
7. Mewujudkan masyarakat yang penyayang.
8. Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat yang makmur.

(c)
(i) belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam
peperiksaan.
(ii) menjadi pelajar contoh dalam pelbagai bidang.
(iii) menjadi warganegara yang mahir dan berpengetahuan.
(iv) menjadi warganegara yang bermoral dan beretika
(v) mempunyai matlamat hidup yang positif
(vi) tidak melakukan perbuatan yang tidak senonoh
(vii) menjadi warganegara yang berguna

You might also like